Haji adalah salah satu ibadah penting bagi umat Islam, kerana termasuk salah satu Rukun Islam yang kelima. Namun, tidak semua orang Islam dapat melaksanakan ibadah yang satu ini.

Ibadah haji memerlukan wang yang tidak sedikit. Selain itu, sekarang ini ibadah haji memerlukan masa menunggu giliran yang cukup lama, hingga bertahun-tahun.

Mari kita renungkan apa sahaja lima pesan ulama agar dapat menjadi haji mabrur:

1.  Ikhlaskan Niat

Di antara Rukun Islam yang lima, ibadah haji adalah yang paling berat. Pertama, kita harus keluar wang yang banyak. Kedua, memerlukan tenaga yang lebih, sebab kita perlu jauh-jauh pergi ke Mekah untuk melaksanakan semua kewajipan dan rukun haji. Ketiga, kita berpisah dalam tempoh yang cukup lama dengan ahli kelurga dan saudara mara.

Disebabkan masa menunggu giliran memakan masa yang cukup lama, anda diberikan kesempatan oleh Allah untuk memperbaiki niat. Bukan hanya untuk sekadar mencari status sosial dan mendapat gelaran Tuan Haji dan Puan haji, apatah lagi untuk membeli belah.

2.  Taubat Nasuha

Siapa manusia di dunia ini yang tidak pernah berbuat dosa? Jawapannya, hanya para Nabi yang tidak pernah berbuat dosa.

Jauh-jauh hari sebelum berangkat haji, perbanyaklah memohon ampun kepada Allah. Apatah lagi bagi yang ibadahnya seperti solat dan puasa Ramadan masih ‘banyak berlubang’, besok solat, lusa tidak solat; tahun ini puasa, tahun depan tidak puasa.

3.  Minta Maaf pada Orang yang Pernah Anda Sakiti

Meminta dan memberikan maaf adalah dua perbuatan yang mudah diucapkan, namun berat untuk dilaksanakan. Misalnya anda pernah diludahi oleh seseorang di hadapan kawan-kawan kita,lalu orang yang telah menyakiti kita itu, hanya dengan kata “maaf”, dosa yang pernah ia perbuatkepada kita diampunkan oleh Allah.

Sebenarnya, dalam masalah ini, kita diperbolehkan membalas setimpal perbuatan orang tersebut. Namun, memaafkan merupakan hal yang digalakkan dalam Alquran. Begitupun dengan meminta maaf.

Perasaan gengsi dan sombong membuat orang enggan meminta maaf pada orang lain yang pernah dilukai hati mahupun tubuh badannya.

4.  Pelajari Syarat, Wajib, Rukun, dan Sunah Haji Sejak Awal

Sebelum berangkat haji hendaklah belajar terlebih dulu perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum hakam haji sejak jauh-jauh hari.

Hal ini diperlukan untuk menyempurnakan ibadah haji kita dan tidak ada sedikitpun pahala yang tertinggal di Mekah. Jauh-jauh hari setelah kita memutuskan berangkat haji, kita belajar langsung pada ustaz atau mana-mana tempat yang tidak jauh dari rumah kita.

5.  Berperilaku Baik

Abdullah bin Umar pernah berkata, “Berbuat baik itu mudah. Iaitu dengan menunjukkan wajah yang ramah dan perkataan yang lemah lembut.”

Petikan: DatDut.Com

Translate »