DALAM  urusan dunia, masyarakat jahiliah jauh dari kesan bodoh. Di antara mereka terdapat sasterawan, ahli perniagaan, dan diplomat ulung. Tapi syariat tetap melabelinya dengan jahiliah yang bererti kebodohan. Di manakah letak kejahiliahan mereka?

Kejahiliahan itu terlihat pada cara beragama dan moral mereka. Jika kita menyelami sisi yang satu ini, setompok bukti kejahiliahan boleh kita dapatkan. Dalam menyembah, mereka menyekutukan Allah SWT. Dalam moral dan akhlak, mereka terlilit oleh tradisi-tradisi yang menyimpang.

Di tengah masyarakat seperti itulah Rasulullah SAW diutus. Tugas beliau adalah mengembalikan mereka pada jalur kemuliaan dengan meninggalkan tradisi-tradisi jahiliah. Di antara tradisi itu adalah menampar pipi, mengoyak baju sebagai pelempiasan di kala berduka.

Kehilangan orang yang dicintai acapkali meletupkan kesedihan yang begitu mendalam. Kondisi inilah yang kadang dimanfaatkan oleh syaitan. Ia menyusupkan bisikannya saat seorang sedang dirundung duka. Tanpa sedar sikap dan perilaku kita di bawah kendaliannya. Alhasil, kesabaran menjauh dan pelempiasan kesedihan ala jahiliah yang menyeruak.

Dalam sebuah hadisnya Nabi SAW berpesan: ”Bukanlah golongan kami, sesiapa yang menampar pipi, meengoyak baju dan menyeru dengan seruan jahiliah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas bekal penting untuk menghindari berduka ala jahiliah. Sebab, melempiaskan kesedihan tidak boleh seenaknya dan sekehendak hawa nafsu. Menangis sambil meraung, mengoyak baju dan menampar pipi adalah perbuatan yang dikecam keras oleh Rasulullah SAW.

Kecaman keras itu sangat terasa pada lafaz yang beliau gunakan. Rasulullah SAW mengawali hadisnya dengan lafaz laisa minna yang ertinya tidak berada di atas jalan dan ajaran kami.

Ghalibnya, Baginda SAW menggunakan lafaz seperti ini sebagai peringatan keras terhadap sesuatu maksiat. Ibnu Hajar al-Asqalani berkata: “Uslub seperti ini digunakan oleh Rasulullah untuk mencegah dengan keras agar tidak  terjerumus dalam perbuatan dosa.” (dalam Fathul Bari 3/163).

Penjelasan serupa juga disampaikan oleh Syaikh Abdul Aziz bin Baz. Ia berkata: “Hadis-hadis yang di dalamnya terdapat laisa minna adalah peringatan akan maksiat yang sangat besar bobot dosanya, tapi pelakunya tidak keluar dari Islam selama ia tidak meyakini maksiat itu sebagai sesuatu yang halal. ” Adapun yang dimaksud dengan da’wah al-jahiliah adalah, menangis sambil mengucapkan perkataan yang tidak boleh menurut syariah.” (dalam Tuhfatul Ahwadzi, 4/68).

Peringatan keras dalam hadis di atas erat kaitannya dengan salah satu rukun iman iaitu beriman kepada takdir. Bersedih dengan menangis sambil berteriak, meraung, menampar pipi adalah perilaku yang boleh mencederai bahkan merusak pilar keimanan kita kepada takdir.

Cukup di Hati dan Air Mata

Mencermati sejarah, Nabi Muahmmad SAW adalah sosok yang paling dahsyat ujian dan cubaannya. Kondisi dan situasi sulit nyaris tak terpisahkan dari perjalanan hidupnya.

Perhatikanlah sejarah hidup Baginda. Sebelum lahir ia telah kehilangan ayahnya. Setelah lahir silih berganti orang-orang yang dicintainya dipanggil Allah SWT. Mulai dari ibu, datuk, bapa saudara, dan isetri tercintanya Khadijah.

Namun apa yang dilakukan oleh Nabi SAW, tidak satu pun dari peristiwa-peristiwa tersebut yang dirayakan sebagai hari berkabung. Yang diperlihatkan oleh Rasulullah SAW adalah sabar. Beliau tidak memukul, apalagi sampai melukai diri sebagaimana yang dilakukan kalangan Syiah.

Sebagai manusia tentu beliau bersedih. Bahkan saat putrea beliau Ibrahim meninggal beliau menangis. Tapi kesedihan itu hanya sebatas di hati dan air mata. Tidak ada ucapan apalagi aktiviti fizikal yang mencerminkan kesedihannya. Inilah Islam yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Beliau bersabda: “Seungguhnya Kedua mata boleh menyucurkan air mata, hati boleh bersedih, hanya kita tidaklah mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Rabb kita. Wahai Ibrahim, sungguh kami sangat bersedih kerana berpisah denganmu.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Sebatas bersedih dan mengeluarkan air mata tanpa disertai dengan ratapan dan teriakan, maka hal tersebut dibolehkan. Beliau bersabda: “Sesungguhnya Allah itu tidak menyiksa kerana tetesan air mata kesedihan hati, tetapi Allah hanya akan menyiksa kerana ini, (beliau menunjuk kearah lidahnya) atau Allah akan mengampuninya.” (Al-Bukhari).

Adapun tradisi berduka dengan berteriak, menampar pipi, melukai diri adalah tradisi jahiliah yang sangat dilaknat dan dikecam oleh Rasulullah SAW.

Tradisi Jahiliyah

Beberapa waktu lalu masyarakat sempat dihebohkan perayaan Asyura oleh kalangan Syiah. Di kalangan Syiah perayaan seperti ini bukanlah hal yang baharu, bahkan menjadi ciri khas kesyiahan seseorang.

Perayaan ini semakin memperjelas betapa berbezanya Syiah dengan ajaran Islam yang dicontohkan Nabi SAW. Ketika umat Islam disunnahkan berpuasa pada tanggal 10 Muharran, kalangan Syiah justeru menghidupkan tradisi jahiliah dengan menampar bahkan melukai diri dengan alasan berduka atas kematian Hussin RA.

Pakar tafsir dan sejarah al-hafidz Ibnu Katsir sangat terhairan-hairan dengan perilaku Syiah. Pasalnya, sebelum Hussin banyak sahabat yang meninggal tetapi tidak seorang pun yang dijadikan sebagai hari bersedih. Ali bin Abi Talib ayah dari Hussin,  Usman Affan, Abu Bakar al-Siddik, dan Umar al-Khattab. Mereka semua meninggal, tetapi hari menginggalnya tidak diperingati sebagai hari bersedih. Sekiranya berduka ala Syiah adalah bahagian dari ajaran Islam, maka Rasulullah SAW yang paling berhak untuk diperlakukan demikian. (lihat Al-Bidayah Wa Nihayah, 8/221).

Ibnu Taimiyah berkata, “Dengan kematian Hussin, syaitan mengadakan dua kebid’ahan. Bid’ah bersedih pada hari Asyura yang dilakukan oleh orang Syiah dan bergembira yang dilakukan oleh orang-orang nawashib.” (Minhajussunnah, 4/544).

Mengundang Laknat Allah SWT

Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara bermaksiat kepada-Nya adalah pelanggaran terhadap syariat. Hukuman Allah SWT tidak sahaja tertuju kepada pelakunya, tetapi juga yang memberi izin dan melindunginya.

Rasulullah SAW bersabda: “Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah, Allah melaknat orang yang menyembunyikan (melindungi) penjahat, Allah melaknat orang yang melaknat kedua orang tuanya, dan Allah melaknat orang yang memindah (menggeser) batas (patok) tanah.” (HR. Muslim no. 1978).

SumberL Ahmad Rifa’I, pengajar di Sekolah Tinggi Ilmu Syariah (STIS) Balikpapan, https://www.hidayatullah.com/

Translate »