INDIA IALAH NEGARA DEMOKRASI TERBESAR dan mempunyai penduduk kedua terdapat di dunia. Kira- kira 82% penduduknya menganut agama Hindu dan 11% Islam; selebihnya Kristian, Buddha, Jainisme, Sikh dan Yahudi. Islam masuk ke Indiam dalam tiga tahap, melalui orang Arab, Turki dan Afghan. Bahasa yang digunakan ialah Hindi dan Inggeris. Negara di Asia Selatan ini membentuk persekutuan dengan ibu kota New Delhi. Negara ini diapit oleh Teluk Benggala di Timur dan Laut Arab di barat. Di Timur, India bersempadan dengan Myanmar; di barat laut dengan Pakistan dan Afghanistan; di utara dengan Pergunungan Himalaya, China dan Nepal; di timur laut dengan Bangladesh; dan di selatan dengan Lautan Hindi. Kesultanan Moghul terbentuk pada 1526. Pada zaman pemerintahan Raja Akbar (1542- 1605), Moghul sudah menguasai India Utara. Pada zaman Moghul inilah Shah Jehan membina Taj Mahal. Pada 1858, Inggeris menaluk dan menguasai India sehinggalah kemerdekaannya (1947). Selepas kemedekaan terjadi konflik antara Hindu – Islam yang menyebabkan lahirnya Negara Pakistan.

SULTAN BABUR

Babur mendirikan Moghul pada 1526. Setelah meninggal dunia (1530). Babur diganti oleh puteranya (Humayun). Humayun dikalahkan (1540) oleh Bahadur Shah, pemerintah Gujerat. Humayan kembali berkuasa pada 1556. Kemudian, Moghul dipimpin oleh Akbar selama 49 tahun. Pada zaman inilah Moghul mencapai puncak kejayaan. Akbar berniat menyatukan India. Baginda melarang pengunaan huruf Arab, menyuruh rakyat sujud kepadanya dan melarang khatan serta makan daging lembu. Hal ini dikecam oleh umat Islam. Pada 1605, Akbar meninggal dunia, lalu diganti oleh Sultan Salim atau Nuruddin Muhammad Jahangir (mangkat 1627). Shah Jehan (mangkat 1666) menggantikan Sultan Salim. Pemimpin Moghul berikutnya ialah Aurangzeb (Alamgir I 1658 – 1707). Selepas pemerintahannya, Moghul mengalami kemunduran kerana tidak ada lagi raja yang kuat. Sultan Babur, orang yang menubuhkan Kesultanan Moghul yang telah membangunkan empangan mata air Khawaja sih yaran dekat Kabul, Afghanistan.

EKSPEDISI UMAR

Islam telah masuk ke India ketika Khalifah Umar bin al- Khattab memerintahkan ekpedisi ke sana. Setelah Umar meninggal dunia pada 643, orang Arab menaluki Makran di Baluchistan (Pakistan barat). Pada zaman Umaiyah, Islam meneruskan futuhat ke sana di bawah Panglima Muhammad bin Qasim yang berjaya menguasai Sind (Pakistan selatan). Sejak 871, oeang Arab telah menetap di sana pada 1020, Mahmud Ghaznawi (pemimpin Kerajaan Ghaznawiyah) berjaya menundukkan raja- raja Hindu di India, lalu mengislamkan mereka. Setelah Kerajaan Ghaznawiyah, muncul kerajaan kecil seperti Mamluk, Khalji, Tugluq dan Kerajaan Lody yang ditubuhkan oleh Bahlul Khan Lody (m.d 1489). Ketika berlaku kekacauan, beliau menjemput Zahiruddin Muhammad Babur dari Kabul yang kemudian berjaya menubuhkan Kerajaan Moghul.

PENYEBARAN ISLAM

Umat Islam India tersebar ke beberapa Negara seperti Uttar Pradesh, Bengala Barat, Bihar, Kerala, Assam, Andra Pradesh, Maharashtra, Kashmir, Tamil Nadu, Gujerat, Karnataka dan Madya Pradesh. Mereka hidup sebagai petani, pekerja kraftangan dan buruh. Di banyak kota raya bahagian Uttar Pradesh, orang Islam menguasai perdagangan tekstil, sementara di Gujerat dan Maharashtra mereka berkerja sebagai pedagang. Meskipun berkedudukan minority, orang Islam India aktif dalam bidang politik. Islam di India meninggalkan pelbagai kemajuan yang sangat mengagumkan, khususnya dalam bidang seni bina sebagaimana yang kelihatan pada makam Taj Mahal.

PERADABAN INDUS

Peradaban purba telah berkembang di Lembah Indus sekitar 2600 SM dan Lembah Ganges sekitar 1500 SM. Ketika itu, kawasan ini dihuni oleh bangsa Dravidia. Peradaban ini hilang dengan datangnya bangsa Arya yang berbahasa Sanskrit sekitar 1500 SM. Bangsa Arya menerapkan system kasta dalam kehidupan sosaial India. Peradaban penting yang lain ialah Maurya yangmencapai kejayaannya pada zaman pemerintahhan Raja Asoka (273- 232 SM). Kemudian masuk beberapa pengaruh luar seperti dari Parsi (abad ke 6SM), Iskandar Agung 9327 SM), Arab (abad ke- 8M), Turki (abad ke-12), Afghan dan Moghul (abad ke- 16) serta Inggeris (abad ke- 19).

KURIKULUM DAVIS- INIZAM

Perkembangan budaya Islam dalam pelbagai bidang di India mencapai kejayaannya pada zaman Kesultanan Moghul. Moghul berjaya menegakkan budya Islam di Wilayah yang menganut budaya Hindu sejak abad ke- 5 SM. Dalam bidang futuhat, Moghul berjaya menguasai kawasan yang sangat luas. Ketika itu, umat Islam dalam Kesultanan Moghul telah mewujudkan hubungan perdagangan antara benua dan mengeksport kain, nila, rempah, opium, gula, garam, serbuk sodium, benang bulu biri dan minyak wangi ke Eropah. Moghul juga mencapai kemajuan pesat dalam bidang pendidikan dan ilmu. Banyak masjid, madrasah dan perpustakaan dibina. Selain ilmu agama, di madrasah diajarkan juga logic, falsafah, geometric, geografi, sejarah, politik dan matematik. Moghul mengembangkan system pendidikan moden, iaitu kurikulum Davis- inizami yang dirintis sejak pertengahan abad ke- 17. Aurangzeb (Alamgir 1) berupaya membuat sintesis antara sufisme India dengan ajaran ulama Islam. Perpustakaan di Agra memiliki koleksi 24 000 buah buku pada 1641. Shah Jehan dan Aurangzeb juga mendirikan sekolah tinggi di smping pusat pengajaran di Sucknon. Dalam bidang seni khususnya seni bina, prestasi Moghul terserah pada bangunannya yang indah, misalnya Benteng Merah, Masjid Jama, istana di Delhi dan Lahore serta makam yang sangat mengagumkan seperti Taj Mahal di Agra.

SANATANA DHARMA

Sebahagian besar penduduk India ialah penganut agama Hindu yang menganggap agama mereka sendiri “Sanatana Dharma” (agama abadi, kebenaran abadi, kearifan abadi). Pengasas agama ini tidak dikenal. Hindu mencakupi bukan sahaja agama, tetapi juga seluruh peradaban dan cara hidup yang wujud serta berkembang sejak 3000 tahun SM di kalangan bangsa Dravidia di Lembah Indus. Orang bukan Hindu sering kali menganggap agama Hindu sebagai politisme, padahal Hindu mengajarkan keesaan Tuhan dengan beraneka nama, seperti Indra, Waruna, Agni Soma dan Aditya.

JAINISME

Jainisme ialah aliran agama dan falsafah India yang wujud sekitar abad ke- 6 SM oleh Vardhamana Mahavira.Jainisme merupakan salah satu daripada agama besar awal yang berkembang dalam peradaban India. Aliran ini tidak mempercayai Allah sebagai Pencipta, namun mereka memiliki doktrin etika ahimsa, iaitu tidak boleh menyakiti atau membunuh makhluk hidup. Cita- cita dan tujuan hidup mereka ialah kudrat sempurna manusia yang dapat dicapai melalui hidup sebagai seorang zuhud atau tapa. Pada zaman Kesultanan Moghul, para pemerintah Islam, seperti Akbar, Jahangir, Shah Jehan dan Aurangzeb sangat menghormati aliran keagamaan Jainisme, misalnya dengan mengeluarkan dekri terhadap hak milik Gunung Satrunjaya (gunung suci Jainisme) bagi penganut Jainisme.

ISLAM PAKISTAN DAN ISLAM INDIA

Moghul merosot dengan cepat setelah Aurangzeb meninggal dunia (1707). Perang antara gabenor daerah membangkitkan orang Hindu kembali. Sementara itu, orang Inggeris, Portugis, Belanda dan Perancis telah masuk ke India sebagai pedagang. Selepas pemberontokan 1857, kaum bangsawan Islam berupaya menentang Inggeris, namun kalah. Dengan demikian, era kekuasaan Inggeris pun bermula di India pada 1858. Pada zaman kekuasaan Inggeris ini, muncul para pemikir Islam yang berjuang demi kemajuan umat Islam dan kebebasan daripada belenggu penjajahan. Tokoh pemikir India yang muncul pada zaman ini ialah Shah Waliyullah (meninggal dunia 1726), Syed Ahmad Khan (1817-1898), Syed Amir Ali (1849- 1928), Muhammad Iqbal (1873-1938), Mohammad Ali Jinnah (1876-1948) dan Abdul Kalam Azad (1888- 1956). Ketika Inggeris memberikan kemerdekaan kepada India pada 1947, umat Islam terpecah dua : Islam di Negara Islam Pakistan dan Islam di India. Perlembagaan India menjamin hak- hak asasi warganya. Umat Islam sebagai di samping agama Hindu dan lain- lain.

Susunan Ibnu Majid

Translate »