TEL AVIV: Benjamin Netanyahu menegaskan, “tiada sebarang kekuatan di dunia” yang akan menghalang tentera Israel daripada menceroboh Rafah di selatan Gaza untuk menghapuskan pasukan pejuang Hamas yang didakwa berkubu di situ.

Dalam masa sama, Perdana Menteri Israel itu berikrar: “Kami akan menyelesaikan penghapusan batalion Hamas termasuk di Rafah. Tidak ada kuasa di dunia yang akan menghalang kami.”

Awal minggu ini, Netanyahu berkata, tarikh telah ditetapkan untuk operasi pencerobohan Rafah, namun, beliau tidak berkongsi perinciannya.

Menurut Netanyahu, pencerobohan yang disasarkan itu dibuat atas tiga matlamat.

“Satu, untuk mengembalikan mangsa yang diculik, matlamat kedua menghapuskan Hamas dan matlamat ketiga untuk memastikan Gaza tidak lagi menimbulkan ancaman kepada Israel,” dakwa beliau lagi.

“Ada matlamat keempat – Hamas adalah sebahagian daripada paksi jahat Iran yang bertujuan untuk memusnahkan kita. Apabila kita mengalahkan Hamas, ia bukan sekadar mengalahkan Hamas – ia mengalahkan Axis,” katanya lagi. – CNN

Sumber: astroawani.com

Translate »