Kita boleh telusuri sejarah dan adalah sangat menarik jika kita menggali fakta-faktanya. Kita akan temui masalah besar yang dihadapi negara-negara yang menyertai perang, sehingga muncul ungkapan: Negara yang menang bukan sahaja dilihat berkuasa, juga ikut menindas negara yang kalah. Pemenang dapat semua, mereka yang tewas hilang segala-galanya: menanggung beban hutang yang besar dan  maruah tergadai (atau kedaulatan wilayah dan harga diri).

Inilah yang menjadi punca kemarahan Jerman kepada kapitalis Yahudi, yang menjadi pembiaya Perang Dunia I, yang awalnya tidak menjadi minat Amerika Syarikat ikut serta. Perang Dunia I tercetus apabila terbunuhnya pewaris takhta kerajaan Austria-Hungary, Archduke Franz Ferdinand dan isteri dalam kemalangan maut yang sengaja dirancang oleh Zionis di Sarajevo. (Michael Netberg, “World War 1: An Unwinnable Conflict 1914-1916” dalam Jeremy Black, editor, War Since 1900, London: Thames & Hudson, 2010).

Pasangan pewaris itu terbunuh semasa melawat Bosnia-Herzegovina pada 28 Jun 1914. Puak Zionis menggunakan seorang menteri, Leopald von Berchtod, yang kemudiannya diberikan tanggungjawab kepada enam orang pembunuh upahan keturunan Serbia dari Belgrade. Pembunuhan upahan Serbia diketuai oleh Gavrilo Princip. Kesannya, bunga-bunga perang menjadi semakin membuak-buak dan berkembang ke seluruh wilayah Balkan dan ikut mengheret Rusia, Jerman, Yugoslavia, Bulgaria, Belanda, Great Britain, Perancis dan Belgium.

Beberapa serangan propaganda mula digerakkan oleh Leopold von Berchtold bagi menaikkan semangat mendokong kerajaan Austria-Hungary yang sedih di atas kehilangan pewaris takhta, dengan mengapi-apikan kecaman ke atas Serbia. Tujuan propaganda itu jelas, rakyat Austria-Hungary perlu bangkit melawan Serbia atas alasan nasionalisme Serbia akan menjadi ancaman besar, dan ia akan menyebabkan Rusia bertindak balas, memperluaskan pengaruhnya. Rusia mempunyai pengaruh yang besar ke atas Serbia.

Austria-Hungary mendapat sokongan kuat Jerman melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1879. Austria-Hungary tidak menjangkakan Rusia akan ikut serta, kerana peperangan itu dikatakan akan berlangsung selama enam bulan. Sangkaan itu meleset. Sebaik sahaja Austria-Hungary mula berperang, Rusia mengambil tindakan menggerakkan ketumbukan tentera ke sempadan Serbia. Alasan Rusia ialah untuk membendung perang itu merebak ke negaranya selain berusaha memerhatikan apa yang akan terjadi ke atas Serbia. Rusia dijangka akan memberikan bantuan kepada Serbia, yang didakwa sebagai sekutunya.

Jerman mula curiga dengan Rusia, lalu mendesak Rusia mengundurkan tenteranya daripada sempadan Serbia. Rusia tidak berganjak, dan ia telah mendorong kepada peperangan apabila Jerman tidak dapat mengawal kemarahannya. Jerman memulakan serangan ke atas Belgium, Luxembourg dan Perancis manakala Rusia berkempen untuk menyerang Prusia. Situasi ini membuatkan perancang perang sebenar iaitu dalam kalangan Yahudi ‘rasa gembira’ kerana dapat memerangkap negara-negara itu dengan tawaran bantuan dan pinjaman untuk membiayai perang.

Canselor Jerman, Wilhelm II (Freidrich Wilhelm Viktor Albert, 1859-1941) menulis surat kepada Rothschild meminta kebenaran untuk mengisytiharkan perang dan Rothschild memberikan lampu hijau. Ini memanjangkan akal Rothschild sehingga berjaya mengheret Amerika ikut serta, kerana dalam peperangan ini, ia turut melibatkan Utsmaniah yang menjadi sekutu Jerman.

Rothschild merupakan penyumbang terbesar dana kepada Hertzl untuk merealisasikan impiannya, yakni membuka sebuah negara untuk orang Yahudi di Palestin yang dikuasai oleh Utsmaniah. Dan, ini bermakna Hertzl dan aktivis Yahudi mempunyai peluang yang terbuka, kerana Perancis dan Britain sudah menunjukkan keinginannya untuk membantu menzahirkan negara Israel.

Namun, umur Hertzl tidak panjang, beliau meninggal dunia pada tahun 1904. Ia tidak bermakna cita-citanya terhalang, sebaliknya, aktivis Yahudi mengingatkan apa yang dikatakan oleh Hertzl dalam satu wawancara dengan Litman Rosenthal, salah seorang peserta Kongres Zionis di Basel, Switzerland pada tahun 1897, berkenaan tuntutan mereka dengan Sultan Abdul Hamid II, pemerintah Empayar Utsmaniah. Kata Hertzl:

Turki mungkin menolak atau tidak memahami kita. Kita tidak seharusnya patah semangat. Kita mesti mendapatkan kaedah penyelesaian lain bagi mencapai matlamat ini.

“Sekarang, masalah yang berkaitan Yahudi semakin membarah. Lambat laun, masalah ini akan mengakibatkan berlakunya pertelingkahan antara negara-negara. Peperangan di Eropah tidak dapat dielakkan lagi. Peperangan pasti berlaku. Saya menanti-nantikan saat yang mengujakan itu. Selepas itu, perundingan damai akan menyusul dan kita perlu bersedia melakukannya.

“Kita pasti akan dijemput ke pertemuan negara-negara kuasa utama ini. Kita mesti buktikan pentingnya satu penyelesaian bagi menangani permasalahan Yahudi ini. Kita mesti buktikan bahawa masalah Palestin dan Yahudi adalah sama – kedua-duanya perlu diselesaikan serentak.

“Kita perlu meyakinkan mereka, masalah Yahudi adalah masalah dunia dan masalah dunia perlu diselesaikan oleh seluruh dunia. Penyelesaian tidak lain dan tidak bukan adalah dengan mengembalikan tanah Palestin kepada orang Yahudi. (American Jewish News, 7 Mei 1899)

Ini bermakna, Perang Dunia I yang membabitkan lebih banyak negara dalam paksi yang berbeza dan saling bertelingkah menjadi ruang terbuka untuk gerakan Zionis ‘memaksa’ pemenang perang merealisasikan impian menzahirkan negara Israel. Tentunya, yang boleh memainkan peranan ialah kapitalis Yahudi yang ada hubungan baik dengan pemimpin yang berkuasa.

Rothschild berusaha mempengaruhi Amerika Syarikat, yang pada awalnya tidak berminat untuk mengambil bahagian. Setelah kematian Hertzl, David Wolffsohn menjadi peneraju memperjuangkan penubuhan negara Israel, manakala pendokong Yahudi membuka sebuah cawangan Bank Anglo-Palestine di Istanbul.

Berselindung di sebalik aktiviti perbankan, aktivis Yahudi menjadikannya sebagai markas – pusat operasi – yang secara dekat dapat mengumpul pelbagai maklumat mengenai kerajaan, kerana beroperasi sangat hampir dengan pusat pentadbiran Sultan Abdul Hamid II. Ia diterajui oleh Victor Jacobson, seorang Yahudi yang berasal dari Beirut, Lebanon.

Skop kerjanya bukan sekadar menguruskan perjalanan Anglo-Palestine Bank, diperluaskan dengan menjalin hubungan rapat pemimpin-pemimpin yang berkuasa di Arab, Syria dan Palestin serta mempengaruhi pemikiran intelektual muda Turki.  Dalam pada itu, kerajaan Utsmaniah turut melakukan kesilapan apabila menjalin hubungan dengan kalangan Yahudi yang berpengkalan di London dan Paris.

Awalnya dilihat sebagai jalan penyelesaian untuk mengurangkan tekanan untuk memberikan kebenaran (menyediakan tanah) terhadap desakan penubuhan negara Israel. Apa yang berlaku, lama kelamaan Utsmaniah menjadi semakin lemah kerana berjaya dipengaruhi oleh propaganda yang dilaksanakan oleh aktivis Yahudi yang menjadikan premis Anglo-Palestin sebagai markas mereka.

Namun, Yahudi sedar bahawa dengan kaedah tersebut adalah mustahil dapat menzahirkan negara Israel, maka diputuskan dengan melaksanakan dua strategi tambahan:  pengembangan dan pengukuhan secara berkesan dan perlahan-lahan membina petempatan Yahudi di Palestin; dan menyerapkan idea Zionis ke seluruh rakyat sebanyak mungkin. Kaedah ini dilihat sangat organik dan boleh menjadi kekuatan yang lebih besar untuk memberikan isyarat kepada kerajaan Utsmaniah.

Halangan-halangan yang sedia ada dan dikenakan, akhirnya dapat diruntuhkan apabila mereka berjaya mempengaruhi semangat pegawai Turki secara halus. Ia turut dibantu oleh kakitangan konsulat Rusia di Palestin, yang menjadi pelindung keturunan Yahudi yang berasal daripada Rusia.

Bagi mengabui kebimbangan kerajaan Utsmaniah, Yahudi menggunakan media untuk merencanakan semula keputusan-keputusan yang pernah mereka capai dalam beberapa persidangan Zionis dengan menafikan tidak pernah muncul ketetapan menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Ini bermakan, setiap artikel yang ditulis akan disunting dengan rapi oleh Leopold Greenbog, yang bekerja di belakang tabir Jewish Chronicle.

Jika timbul hal-hal yang kontrovesi berkaitan penubuhan negara Yahudi, mereka akan memberikan jawapan itu hanyalah cadangan yang terdapat dalam jawatankuas kecil, bukan resolusi konsensus. Cadangan-cadangan sebegitu diserahkan kepada sekretariat di London sebagai dokumentasi semata-mata, bukan sebagai hala tuju organisasi Yahudi.

Semasa berucap di Kongres Zionis ke-11 pada tahun 1913, Otto Warburg (salah seorang ahli keluarga Paul M Warburg, Presiden Federal Reserve pertama), yang berperaan sebagai Pengerusi Eksekutif Zionis memberikan jaminan bahawa taat setia kepada kerajaan Turki tidak akan dirobek, dan akan memberikan sumbangan yang besar bagi memakmurkan Empayar Turki. Itu adalah jaminan palsu, manis dibibir sahaja.

Di belakang tabir, aktivis Yahudi meneruskan propaganda mereka mempengaruhi sesiapa sahaja, termasuk anak-anak muda Turki. Mereka juga turut menaja penubuhan kumpulan pendesak yang akhirnya membentuk sebuah pertubuhan politik. Namun, ketika itu sentiment peperangan sudah sampai ke kemuncaknya, seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Itulah saat yang sangat dinanti-nantikan.

Bagi mempercepatkan perang, pelobi-pelobi Yahudi menusuk jarum yang tajam kepada hampir semua pemimpin negara, yang dicaturkan itu. Secara sulit, beberapa pemimpin negara menyatakan sokongan secara rahsia untuk membantu merealisasikan penubuhan sebuah negara Yahudi di Palestin, dengan syarat, pemerintahan Sultan Abdul Hamid II diruntuhkan.

Ini puncak dan strategi halus yang sangat kritikal perlu dilaksanakan, tanpa dilihat ada pembabitan aktivis Yahudi secara langsung. Woodrow Wilson (1826-1924), Presiden Amerika Syarikat (dua penggal iaitu dari 4 Mac 1913 – 4 Mac 1921) melihat dengan tenang pergolakan yang sedang berlaku di Eropah, kerana mengambil sikap tidak mahu terbabit atau campur tangan ke atas negara lain.

Namun, sikap berkecuali Woodrow Wilson kemudiannya semakin runtuh setelah sebuah kapal (Lutsinia) yang sedang belayar ke England berjaya ditenggelamkan menerusi torpedo U-Boat milik Jerman pada 7 Mei 1915. Disyaki kapal tersebut membawa 1,201 orang penumpang dan anak kapal warganegara Amerika Syarikat.

Kapal itu sebenarnya membawa bekalan makanan ke Britain bagi membantu rakyat England daripada kebuluran akibat pembabitan negara itu dalam perang dan situasi ekonomi Britain yang hampir meleset. Kapal itu juga membawa minyak untuk disumbangkan kepada Britain.

Namun, aktivis Yahudi kemudiannya meyakinkan pembuat dasar di Rumah Putih, bukan bekalan makanan dan minyak yang dibawa, tetapi rakyat Amerika ke Britain. Akibat propaganda yang bersungguh-sungguh menyebabkan Woodrow Wilson tertekan, dan akhirnya mengubah pendirian untuk sama-sama melibatkan pendirian di Eropah, iaitu menyerang Jerman sebagai balas dendam di atas kematian lebih 1,200 orang penumpang dan anak kapal Lusiana.

Insiden itu menyebabkan Wilson menerima tekanan hebat daripada pendahulunya, Theodore Rosevelt dan Setiausaha Negara, William Jenning Bryan mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai tindakan membantah. Tiga orang penasihat Presiden Amerika Syarikat ke-28 itu turut mempengaruhi keputusan Rumah Putih termasuk meminta persetujuan Kongres mengisytiharkan perang ke atas Jerman pada 2 April 1917.

Januari 1918, Woodrow bercakap di Kongres menjelaskan tentang tujuan perang yang akan membabitkan Amerika Syarikat, yang kemudian menjadi sebuah doktrin – Fourteen Points – Wilsonisme. Doktrin itulah menjadi asas dasar luar Amerika Syarikat dengan sedikit sebanyak perubahan diteruskan hingga kini. Beliau akan terus dikenang sebagai pencetus idea pengembangan demokrasi, dan pelopor penubuhan PBB, setelah mengembangkan idenya, Liga Bangsa-Bangsa.

Apa kaitannya Perang Dunia I di Eropah dengan penubuhan negara haram Israel? Mengapa kerajaan Utsmaniah menjadi ‘sasaran’ kuasa-kuasa Eropah?

(BERSAMBUNG)

MONOSIN SOBRI

Translate »