Pada permulaan puasa tahun ini, kami mengunjungi beberapa daerah-daerah dimana terdapat pondok-pondok serta rumah-rumah anak yatim di daerah Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat Kelantan. Kedatangan kami di Negeri Serambi Mekah ini adalah untuk menyampaikan amanah dari seorang hamba Allah yang telah menyerahkan  sebahagian zakat untuk di bahagi kepada asnaf dan fakir miskin.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Di Pertua Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia (OMIW) Dato Dr Aziz Jamaludin Mohd Tahir kerana sudi ikut serta dalam rombongan ini dan menyampaikan zakat kepada asnaf yang layak.

Translate »