TUMPAT , 28 September – Bersempena menyambut Maulidul Rasul SAW dan mengingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Masjid Al-Raudhah Mukim Palekbang telah menganjurkan Program Karnival Sunnah 1445/2023 yang dijalankan selama dua hari pada 12 & 13 Rabiul Awal 1445 bersamaan 28 & 29 September 2023. Program ini berlangsung di sekitar masjid dan bermula pada selepas solat Subuh sehingga solat Isyak.

Antara pengisian menarik Program Karnival Sunnah ini ialah Forum Mahabbatul Rasul, Malam Cinta Rasul, Perarakan sambil Berselawat, Permainan Berkuda, Pertandingan Memanah ,Pertandingan Melilit Serban, Pertandingan Bacaan Surah Al Fatihah, Pertandingan Busana Muslimah dan lain-lain lagi.

Turut disediakan hadiah-hadiah menarik untuk Cabutan Bertuah bagi peserta yang menyertai program ini. Hadiah bagi cabutan bertuah ini hasil sumbangan OMIW dalam menjayakan program yang dijalankan buat pertama kali dan pastinya akan dijalankan pada tahun-tahun akan datang. Masyarakat di Palekbang sangat teruja dan sama-sama memeriahkann majlis. Semoga program seperti ini dapat membuat masyarakat Islam memperingati kelahiran Rasulullah SAW dan memupuk rasa cinta kepada Rasulullah SAW yang agung. Insya Allah.

 

Translate »