Ibnu Abi Ushaybi’ah adalah seorang ahli kedoktoran / perubatan Muslim Arab dan ahli bibliografi serta merupakan seorang ahli sejarah kedoktoran pertama yang menulis tentang sejarah kedoktoran / perubatan Arab.

Nama lengkapnya Muwaffakuddin Abu al-Abbas Ahmad bin al-Kassim bin Khalifah bin Yunus al-Khazraj. Beliau berasal dari sebuah keluarga doktor. Ayahnya sendiri adalah doktor mata. Beliau lahir di Damsyik selepas tahun 590H/1994M.

Pada mulanya beliau belajar di bawah bimbingan tokoh tersohor pada waktu itu, terutama Ibnu al-Baythar, yang mengajarnya tentang ilmu botani. Manakala kedoktoran dipelajarinya bersama sekali gus di bawah bimbingan ayahnya (meninggal pada 649H/1251M) dan ar-Rahbi (meninggal 631H/1233M). Ilmu yang diperolehnya kemudian dipraktikkan di Hospital Nuri Damsyik dan Hospital Nasiri di Mesir.

Kemudian pada 634H/1236M beliau bekerja dengan pemerintah yang diterajui Izzuddin Ayhak al-Mu’azzami di Sarkhad. Versi lain menyebutkan bahawa pada tahun 1236M, beliau diutus oleh doktor Saladin ke Mesir dan dilantik mengetuai Hospital Nasiri. Setahun kemudian beliau meletakkan jawatan dan memenuhi panggilan tugas daripada Kesultanan Damsyik di Salkhad. Di sanalah beliau meninggal dunia pada 668H/1270M.

Beliau banyak menghasilkan karya di bidang kedoktoran / perubatan dan kini sebahagian besar telah dinyatakan hilang. Namun secara sepintas lalu disebutkan dalam bukunya, Uyun dan di dalam beberapa buku yang lain.

Antara lain yang dapat disebutkan adalah:

1. Isal -at al-Munajjimin

2. At-Tajaril-wa al-Fawil’id

3. Hikayat al-Atibua’ Fi ilajat al-Adwa

4. Ma’alim al-Umam

Selain karya-karya tersebut di atas, beliau juga banyak menulis syair. Namun, karyanya yang paling masyhur ialah Uyun al-Anba’ fi Tabakat al-Atibba (Lives of the Phycians). Beliau menghimpunkan karya-karya tidak kurang 380 biografi ahli ilmu kedoktoran yang tidak terkira nilainya kepada sejarah sains Arab.

Karangannya ini sekali gus menunjukkan betapa Ibnu Ahli Ushaybi’ah rajin menyalin secara harfiah dan meringkaskannya. Kemudian diperjelaskan dan diperkuat dengan bahan-bahan tambahan yang ada.

Biografi itu disusun menurut negara dan menurut generasi serta dengan susunan berukuran kecil (berbentuk naskhah kecil dan disempurnakan pada 540H/1242 M. Ia juga ditambah dengan bahan-bahan baru yang diambil daripada karya Ibnu al-Qifti, Tarikh al-Hukama. Semua ini dikumpulkan menjadi satu dalam sebuah jilid besar pada 667H/1268M.

Gaya sastera daripada Uyun yang mengandungi beberapa rencana gaya popular dikaji oleh A. Muller, seorang penulis yang juga menyiapkan teks edisi yang didasarkan pada kedua-dua bentuk susunan tersebut. Teks itu kemudiannya dicetak di Mesir pada 1299H/1882M.

Di samping itu, Najamuddin bin Fahd pula pernah menyusun buku mini secara terperinci. Uyun merupakan karya yang diterbitkan kemudian dalam beberapa edisi komersial dan dicetak ulang oleh Dar al-Fikr, Beirut pada 1955-1956M.

Beberapa orientalis beranggapan buku ini diakui sebagai buku teks yang penting sejak pertengahan abad ke-19 Masihi. Sebuah terjemahan Perancis buku ini diterbitkan oleh Sanguinetti (1854-1856 M), manakala terjemahan bahasa Jerman diusahakan oleh Hamed Waly.

Pada 1958, M do Algiers, H. Jahier dan Abdel Kader Noureddin sebagai penyunting bersama, telah menterjemah dan menambah bab tentang mengenai ahli kedoktoran Barat Muslim.

Catatan : Medina Haura Muhammad Qasim

Translate »