Alhamdulillah, syukur kita pada hari ini (7 September 2023) satu rombongan guru-guru daripada Sri Petaling mengunjungi OMIW.

Aktiviti utama adalah sesi taaruf dan rancangan kerjasama pada masa akan datang. Selain itu sesi memberi pengijazahan sanad hadis daripada YBhg Datuk Dr. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir selaku YDP OMIW kepada tetamu kehormat yang hadir. Sebagai makluman YDP Omiw adalah seorang bekas pelajar Darul Uloom, Deoband dimana antara tempat ilmuan menuntut dan mempelajari ilmu hadis dari serata dunia.

Aktiviti berakhir dengan pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan.

(OMIW sedang merangka sebuah dokumentari jejak ulama Deoband. Nantikan tayangannya secara eksklusif di Youtube OMIW TV)

Translate »