Pada mulanya beliau boleh melihat, tetapi kemudiannya pada tahun 1336 H, kedua-dua matanya sakit, dan mulai lemah penglihatannya hingga akhirnya pada bulan Muharam tahun 1350 H, penglihatannya semakin kabur, dan kahirnya menjadi buta.

Pendidikannya lebih banyak tertumpu pada pelajaran al-Quran dan Hadis. Al-Quran merupakan pelita yang menerangi hidupnya, sehingga sebahagian besar usianya dipergunakan untuk menimba ilmu al-Quran, dan beliau menghafaz al-Quran ketika beliau masih kecil, belum mencapai usia baligh.

Beliau belajar ilmu-ilmu syarie daripada para ulama besar di Riyadh, seperti Syaikh Sa’d bin Athiq, Syaikh Hamd bin Faris dan Syaikh Sa’d bin Waqqash Al-Bukhari dan Syaikh Muhammad bin Ibrahim Ali Syaikh. Beliau terus menimba ilmu hingga namanya mula terkenal di kalangan para ulama.

Beliau pernah menjadi Kadi dari tahun 1357 H hingga 1371 H.
Selanjutnya pada tahun 1372 H, beliau mengajar di Ma’had Ilmi di Riyadh selama setahun, kemudian berpindah ke Fakulti Syariat di Riyadh, mengajar Ilmu Fiqh, Tauhid dan Hadis selama tujuh tahun, semenjak didirikannya fakulti ini hingga tahun 1380 H.

Pada tahun 1381 H, beliau dilantik sebagai wakil rektor Jamiah Islamiyah di Madinah Al-Munawwarah, dan menduduki jawatan tersebut sehingga tahun 1390 H. Selanjutnya mulai tahun itu hingga tahun 1395 H, beliau menjadi rektor Jamiah Islamiyah.

Pada tanggal 1395 H itu juga Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz dilantik sebagai Mufti Besar untuk negara Arab Saudi. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga meninggal dunia.

Beliau juga banyak berkecimpung di pelbagai lembaga / pertubuhan, di antaranya sebagai ketua ikatan para ulama, ketua majlis pendiri Rabithah ‘Amal Islami, ketua lembaga antarabangsa yang mengurus masjid dan ketua Mujamma’ Fiqhy Islami di Mekah.

Meskipun beliau sibuk dengan dengan pelbagai kegiatan, beliau tidak lupa tugas utamanya sebagai seorang alim dan da’i. Beliau telah menulis pelbagai tulisan dan buku-buku, di antaranya: Al Fawa’id Al Jaliyyah fil Mabahits Al Fardhiyyah, At Tahqiq wal Idhah likatsir min masailil Hajj wal Umrah waz Ziyarah, At Tahdzir minal Bida’, Ar Risalatanil Mujazatani fiz Zakat wash Shiyam, Al Akidatul Mujazah, Wujubul Amal Bisunnatir Rasul, Ad Da’wah Ilal-llaah, Shifatud Da’iyah, Wujubu Tahkimi Syar’illaahi. Hukmus Sufur Wal Hijab, Nikahus Syighar, Tsalatsu Rasail Fish Shalat, Hukmul Islam Fiiman Tha’ana fil Qur’an Aw Fii Rasulillah, Hasyiyah Mufidah Ala Fathil Bari, Iqamatul Barahin ala Hukmi Manista’ana Bighairillaah Aw Shaddaqal Kuhhan wal Arrafin, Al Jihad fii Sabilillah, Wujubu Luzumis Sunnah Wal Hadzru Minal Bid’ah, dan pelbagai fatwa dan tulisan-tulisan lainnya.

Beliau telah banyak memberikan berbagai-bagai pelajaran dan muhadharah Islamiah untuk menanamkan pemahaman Islam yang benar kepada kaum Muslimin. Beliau juga telah menulis pelbagai makalah dalam majalah Al-Buhuts Al-Islamiyah.

Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Abdurrahman bin Muhammad bin Abdullah bin Baaz dilahirkan di kota Riyadh pada tanggal 12 Zulhijjah tahun 1330 H, daripada keluarga yang sebahagian besar kaum lelakinya berkecimpung dalam dunia keilmuan.

Catatan :  Ibnu Fattah

Translate »