Selama 15 tahun beliau menghabiskan masa di tanah airnya. Kemudian beliau berpindah ke Karachi untuk meneruskan pengajian di sana, kemudian ke Amerika Syarikat hingga memperoleh Ph.D dari Universiti Minnesota.

Dalam umurnya yang ke-29, beliau mengakhiri masa bujangnya dengan menikahi Khairunnisa Jamal Mundia tahun 1962, dan mempunyai empat anak, Maryam, Anas, Sumayyah dan Ayman.

Dalam kerjaya akademiknya Dr. M. Umer Chapra mengawalinya ketika menerima pingat  emas dari Universiti Sindh pada tahun 1950 dengan prestasi yang diraihnya sebagai lonjakan pertama dalam ujian masuk dari 25,000 mahasiswa.

Setelah meraih S2 dari Universiti Karachi pada tahun 1954 dan 1956, dengan gelaran B.Com / B.BA ( Bachelor of Business Administration ) dan M.Com / M.BA ( Master of Business Administration ), kerjaya akademiknya berada pada tingkat tertinggi ketika meraih gelaran doktor falsafah di Minnesota, Minneapolis.

Pembimbingnya, Prof. Harlan Smith, memuji bahawa Umer Chapra adalah seorang yang baik hati, mempunyai karakter yang baik dan kecemerlangan akademik. Menurut Profesor ini, Umer Chapra adalah orang yang terbaik yang pernah dikenalnya, bukan hanya dikalangan mahsiswa namun juga seluruh fakulti.

Dr. Umer Chapra terlibat dalam berbagai organisasi dan pusat penelitian yang konsisten dalam ekonomi. Beliau menjadi penasihat pada Islamic Research and Training Institute (IRTI) dari IDB Jeddah. Sebelumnya, beliau  menduduki  kerjaya di Arab Saudi, Monetary Agency (SAMA) Riyadh selama hampir 35 tahun sebagai penasihat peneliti senior. Aktivitinya di lembaga-lembaga ekonomi Arab Saudi ini telah melayakkan beliau diberi kewarganegaraan Arab Saudi oleh Raja Khalid atas permintaan Menteri Kewangan Arab Saudi, Shaikh Muhammad Aba al-Khail.

Lebih kurang selama 45 tahun beliau menduduki profesion di pelbagai organisasi yang berkaitan dengan persoalan ekonomi di antaranya 2 tahun di Pakistan, 6 tahun di Amerika Syarikat, dan 37 tahun di Arab Saudi.

Selain itu, banyak kegiatan ekonomi yang dikutinya, termasuk kegiatan yang diselenggarakan oleh lembaga ekonomi dan kewangan dunia seperti IMF, IBRD, OPEC, IDB, OIC dan lain-lain.

Beliau sangat berperanan dalam perkembangan ekonomi Islam. Idea-idea cemerlangnya banyak ditumpahkan dalam karya-karyanya. Kemudian kerana pengabdiannya ini beliau menerima penghargaan dari Islamic Development Bank dan meraih penghargaan King Faisal International Award yang diperolehi pada tahun 1989.

Beliau adalah tokoh yang memiliki idea-idea cemerlang tentang ekonomi Islam. Telah banyak buku dan artikel tentang ekonomi Islam yang sudah diterbitkan. Sehingga  kini telah terhitung sebanyak 11 buku, 60 karya ilmiah dan 9 resensi buku. Buku dan karya ilmiahnya banyak diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

Buku pertamanya, Towards a Just Monetary System, dikatakan oleh Profesor Rodney Wilson dari Universiti Durham, Inggeris, sebagai “Persembahan terbaik terhadap teori monitor Islam hingga saat ini” dalam Bulletin of the British Society for Middle Eastern Studies (2/1985, pp.224-5). Buku ini adalah salah satu intelektual dalam subjek ekonomi Islam dan pemikiran ekonomi Muslim moden sehingga buku ini menjadi buku teks di sejumlah universiti dalam subjek tersebut.

Buku keduanya, Islam and the Economic Challenge, dideklarasikan oleh ekonomi besar Amerika, Profesor Kenneth Boulding, dalam resensi penerbitannya, sebagai analisis agung dalam kebaikan serta kecacatan kapitalisme, sosialisme, dan negara maju serta merupakan kesinambungan penting dalam pemahaman Islam bagi kaum Muslim mahupun non-Muslim. Buku ini telah diresensikan dalam pelbagai jurnal ekonomi Barat.

Profesor Louis Baeck, meresensikan buku ini di dalam Economic Journal dari Royal Economic Society dan berkata: “Buku ini telah ditulis dengan sangat baik dan menawarkan keseimbangan sintesis dalam ekonomi Islam kontemporori. Membaca buku ini akan menjadi tentangan hebat intelektual bagi ekonomi Barat.“ ( September 1993, hal. 1350)

Profesor Timur Kuran dari Universiti South Carolina, diterbitkan dalam Journal of Economic Literature untuk American Economic Assosiation dan mengatakan bahawa buku ini amat konsisten sebagai penerangan yang jelas dari keterbukaan pasar Ekonomi Islam. Kritikanya terhadap sistem ekonomi yang ada tidak biasa diungkap dengan pintar dan mempunyai dokumentasi yang baik.

Umer Chapra, menurutnya telah membaca banyak tentang kapitalisme dan sosialisme sehingga kritiknya amat ditakuti Barat. Dan, Profesor Kuran telah mendokumentasikan buku ini sebagai panduan sempurna dalam pemahaman ekonomi Islam.

Pendapat M. Umer Chapra terhadap ekonomi Islam pernah dikatakannya dan didefinisikannya sebagai berikut: Ekonomi Islam didefinisikan sebagai sebuah pengetahuan yang membantu upaya realisasi kebahagiaan manusia yang berada dalam koridor yang mengarah kepada pengajaran Islam tanpa memberikan kebebasan individu atau tanpa perilaku makro ekonomi yang berkesinambungan dan tanpa ketidakseimbangan lingkungan.

M. Umer Chapra (1 Februari 1933, Bombay, India) adalah salah satu ekonomi kontemporori Muslim yang paling terkenal pada zaman moden ini di timur dan barat. Ayahnya bernama Abdul Karim Chapra.

Mengimbas kembali sejarahnya, M. Umer Chapra dilahirkan pada (1 Februari 1933, Bombay, India) adalah salah satu ekonomi kontemporori Muslim yang paling terkenal pada zaman moden ini di timur dan barat. Ayahnya bernama Abdul Karim Chapra. Umer Chapra dilahirkan dalam keluarga yang taat beragama, sehingga ia mendewasa sebagai peribadi yang berperwatakan baik.

Catatan : Ibnu Hayyan

Translate »