Mengapa Baitulmuqaddis?

Melihat kepada propaganda yang diskripsikan melalui media, yang sebahagian besarnya dikawal oleh taikun berketurunan Yahudi-Zionis, ternyata ada usaha untuk menimbulkan persepsi bertindih sehingga Dome of Rock dan Masjidil Aqsa adalah satu, sedangkan sebenarnya dua bangunan yang berbeza.

Hal ini sengaja dilakukan kerana Yahudi-Zionis sebenarnya memancing kemarahan penduduk Palestin dan masyarakat Islam antarabangsa, kononnya, mereka sudah ada bukti bahawa Masjidil Aqsa benar-benar adalah masjid yang dibina di atas tapak Istana Sultan Sulaiman yang menyimpan pelabagai artifek berharga dan ada kaitannya dengan tradisi agama mereka.

Percubaan ini mula direncanakan selepas Theodore Herzyl sedar, sekiranya menggunakan hanya diaspora Yahudi dan tiada kaitan sejarah ‘Tanah Yang Dijanjikan’ tidak ramai masyarakat Yahudi bersedia ‘pulang’ ke negara yang bakal didirikan. Strategi serampang dua mata WZO ialah menggunakan isu Masjidil Aqsa untuk ‘memerangkap umat Islam’ kerana di masjid itulah Nabi Muhammad SAW menjalani proses yang cukup bersejarah, iaitu Isra’ dan Mikraj serta mendapat perintah bersembahyang sebagai ‘tiang agama’.

Baca Juga: SENDU DAN GALAUNYA HALUAN POLITIK DALAM POJOK SEJARAH (VI), https://omiw.com.my/Web/2021/05/27/sendu-dan-galaunya-haluan-politik-dalam-pojok-sejarah-vi/

Baca Juga: SENDU DAN GALAUNYA HALUAN POLITIK DALAM POJOK SEJARAH (V), https://omiw.com.my/Web/2021/05/26/sendu-dan-galaunya-haluan-politik-dalam-pojok-sejarah-v/

Baca Juga: SENDU DAN GALAUNYA HALUAN POLITIK DALAM POJOK SEJARAH (IV), https://omiw.com.my/Web/2021/05/20/sendu-dan-galaunya-haluan-politik-dalam-pojok-sejarah-iv/

Biarpun Dome of Rock ada juga kaitannya dengan Islam, Isreal tidak mengeksploitasikannya, kerana Masjidil Aqsa adalah kiblat pertama ibadat penganut Islam. Ini bermakna, Zionis berusaha untuk menghapuskan sejarah titik mulanya peribadatan umat Islam, dan hanya melihat bahawa hanya Mekah dan Madinah adalah kota suci yang sepatutnya diberikan tumpuan, tidak lagi Masjidil Aqsa. Seolah-olah, Baitul Maqdis ‘tidak muncul’ dalam sejarah kembara suci umat Islam dan tidak ada hubungan ‘sakral’ selepas ‘Tanah Yang Dijanjikan’ kembali kepada orang-orang Yahudi.

Hubungan sejarah dan kesucian agama dieksploitasikan, kepada umat Islam dilakukan provokasi manakala dalam kalangan keturunan Yahudi, menimbulkan semangat untuk mempertahankan Masjidil Aqsa sebagai warisan agama mereka. Sebagaimana diketahui, faktor agama adalah faktor yang sangat dapat menarik sokongan yang besar, dan apabila perjuangan WZO dikaitkan dengan perihal agama, ia mendapat simpati dan sokongan Yahudi untuk kembali ke Tanah Yang Dijanjikan.

Di samping itu, unsur-unsur sejarah permusuhan antara Islam dan Yahudi dipesongkan seolah-olah selepas Baitulmaqdis berjaya ditawan oleh Islam, pemimpin-pemimpin Islam telah mengusir keturunan Yahudi daripada leluhurnya. Gambaran pemesongan sejarah ini kemudiannya membentuk dispora Yahudi, kerana Islamlah keturunan Yahudi terpaksa merempat dan bertaburan di serata pelosok Eropah. Sebenarnya, keturunan Yahudi sudah pun bertebaran di seluruh penjuru Eropah dan Timur Tengah sebelum Islam muncul sebagai kekuatan baharu.

Yahudi bukan sahaja pernah dihancurkan oleh Parsi, bahkan oleh Empayar Rom, beribu tahun sebelum Islam muncul sebagai kuasa pemerintahan yang sangat kuat. Semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, masyarakat Yahudi yang menjadi ‘pelarian’ ditawarkan dorongan untuk pulang ke Palestin, sebahagiannya menolak. Bahkan saki baki keturunan Yahudi yang masih ada di Palestin tidak diusir oleh Islam, sebaliknya sebahagian daripada mereka menipu diusir hanya ingin menyorok perilaku buruk mereka sendiri, termasuk bertindak zalim dan tidak mengamalkan keimanan sebenar sebagaimana berdasarkan kitab Taurat. Mereka sangat gemar menipu dan menyeleweng.

Mitos holocaust yang dikaitkan dengan kekejaman Adolf Hitler, tambah memperkuatkan lagi keinginan masyarakat Yahudi untuk pulang ke ‘Tanah Yang Dijanjikan’ selepas diberikan ‘brainwash’ akan lebih selamat kehidupan mereka berbanding tinggal di beberapa buah negara, yang semakin terpengaruh dengan ideologi komunis. Itulah sebabnya, perpindahkan keturunan Yahudi pada peringkat awal lebih mendapat sambutan daripada Yahudi yang tinggal di Rusia, Poland, Austria dan Chekoslavakia.

Antara tokoh terkenal Israel yang berasal daripada Yahudi-Rusia ialah Avigdor Liebermann, bekas Menteri Luar Israel yang kini menjadi musuh Benjamin Neetanyahu. Benjamin Neetanyahu juga merupakan anak imigran dari Warsaw, Poland, di mana ayahnya,  Nathan Meileikowsky (1910-2012), seorang rabi yang bergiat cergas di Sepanyol, menukarkan nama kepada Benzion Neetanyahu  sebaik sahaja berpindah ke Israel. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Tzila Segal (1912-2000) yang berasal dari Petah Tikva, dalam wilayah kekuasaan Empayar Uthmaniyyah.

Naftali Bennet, yang disebut-sebut sebagai pengganti Neetanyahu sekiranya Knesset Israel meluluskan pembentukan gabungan baharu selepas Perdana Menteri, dari Parti Likud yang berkuasa selama 12 tahun tidak mempunyai majoriti yang mencukupi untuk meneruskan pentadbiran negara haram Israel pada 14 Jun nanti adalah imigran Yahudi dari Amerika Syarikat. Bennet dilahirkan di Haifa, Israel pada tahun 1972 setelah ayahnya berpindah ke Israel pada tahun 1967. Ayahnya mempunyai sejarah daripada jurai keturunan Yahudi dari Poland, Jerman dan Netherlands.

Menurut Karen Armstrong, “Klain Isreal atas kota ini (Jerusalem) sangat mencurigakan. Pada akhir Perang Enam Hari (1967), Israel menduduki tidak hanya Jerusalem saja tapi juga Tepi Barat (Tebing Barat), Jalur Gaza, Semenanjung Sinai, dan Dataran Tinggi Golan. Baik Regulasi Hague 1907 maupun Konvensi Geneva 1949 tidak ada yang mendokong klaim Israel tersebut. Menurut hukum international tak lagi diizinkan untuk menganeksi secara permanen tanah-tanah yang ditaklukkan secara militer. Beberapa orang Israel termasuk Perdana Menteri, Levi Eshkol, bersedia untuk menyerahkan kembali daerah-daerah pendudukan ini kepada Syria, Mesir dan Jordan sebagai alat penukar untuk mendapatkan perdamaian dengan dunia Arab.

Namun tidak pernah ada diskusi apa pun pada tahun 1967 tentang mengembalikan Kota Lama Jerusalem kepada rakyat. Dengan penaklukan Tembok Barat, unsur transenden telah masuk ke wacana penganut Zionisme, sekalipun betapa sekularnya (mereka). Bahkan, seorang athies yang paling fanatic telah merasakan pengalaman Kota Suci sebagai ‘sakral’. Sebagaimana diekspresikan oleh Abba Eban, seorang delegasi Israel di PBB, Jerusalem ada di atas dan melampaui, sebelum dan sesudah, semua pertimbangan politis dan sekular,” tulis Karen Armstrong dalam Jerusalem: Satu Kota Tiga Iman, (terjemahan A Asnawi dan Koes Adiwidjajanto), Surabaya: Risalah Gusti, 2004, hal. 542-543).

Soal Karen Armstrong, “ Tidaklah mungkin bagi orang Israel untuk memandang masalah ini secara objektif, sejak mereka berada di tembok itu mereka telah berhadapan dan menemukan jiwa Yahudi….Levi Eshkol mengumumkan bahawa Jerusalem adalah ‘ibu kota Israel’. Penaklukan kota itu adalah satu pengalaman yang begitu mendalam sehingga, bagi banyak orang Yahudi, secara esensial dipandang ‘sah’: ini adalah kenangan lama yang luar biasa tentang mitos-mitos dan lagenda yang selama ini senantiasa memberi harapan bangsa Israel dalam masa dispora.” (hal. 543-544).

Baca Juga: SENDU DAN GALAUNYA HALUAN POLITIK DALAM POJOK SEJARAH (III), https://omiw.com.my/Web/2021/05/19/sendu-dan-galaunya-haluan-politik-dalam-pojok-sejarah-iii/

Baca Juga: SENDU DAN GALAUNYA HALUAN POLITIK DALAM POJOK SEJARAH (II), https://omiw.com.my/Web/2021/05/16/sendu-dan-galaunya-haluan-politik-dalam-pojok-sejarah-ii/

Baca Juga: SENDU DAN GALAUNYA POLITIK DALAM POJOK SEJARAH, https://omiw.com.my/Web/2021/05/14/sendu-dan-galaunya-politik-dalam-pojok-sejarah/

Kota Lama adalah nama lama kepada Baitulmaqdis. Masjidil Aqsa terletak di bahagian tenggara Kota Lama, iaitu di atas sebuah bukit yang berbatu dank eras, iaitu Bukit Moriah, dalam kawasan Haram al-Syariff. Bukit Moriah itu kemudiannya ditukar kepada Bukit Kuil, kerana di situ Yahudi percaya bahawa ia adalah tapak Kuil Sulaiman, kuil pertama Yahudi yang dibina pada tahun 1,000 SM. Kuil kedua dibina lima abad kemudian berdekatan manakala Raja Herod membina kuil yang terbesar tetapi tidak siap sehingga tahun 64 SM. Ini bermakna, nama Bukit Kuil itu sebenarnya tidak kaitan yang umat Islam, kerana kedudukan sebenar Masjidil Aqsa ialah di Haram sl-Shariff. Di situ juga terdapat sebuah batu besar yang terletak dalam satu binaan berkubah yang dipanggil Kubah al-Sakrah atau Dome of the Rock.

Jadi untuk mengelirukan umat Islam, setiap kali isu Palestin muncul, media akan menyiarkan gambar Dome of the Rock. Lama kelamaan, masyarakat Islam mempercayai bahawa Dome of the Rock itu adalah Masjidil Aqsa. Ia dijadikan titik kepada permusuhan dan peperangan, di mana dengan cara itu, masyarakat Islam akan ‘terhindar’ daripada melihat lain-lain kawasan yang setiap hari dijarah oleh Zionis. Ia bertujuan untuk menghilangkan ‘rasa marah’ umat Islam terhadap kekejaman Zionis merampas Bukit Golan, memindahkan aliran air Sungai Jordan dan memperluaskan kawasan penempatan haram Yahudi. Propaganda sebegini dikenali sebagai ‘red herring’ di mana setiap kali bermulanya konflik, ia dikaitkan dengan masalah agama dan bermula di Masjidil Aqsa, seperti yang berlaku tiga hari sebelum Aidilfitri yang lalu.

Dalam satu surat yang ditulis oleh Dr Marwan Saeed Saleh Abu al-Raub,  seorang pensyarah matematik di Universiti Zayed, UAE telah menulis surat (bertarikh 31 Oktober 2000) kepada pengarang akhbar al-Dastour, Rashad Abu Jarad menasihatkan supaya berhati-hati dengan propaganda Zionis, yang menggunakan lambang “Bintang David”.

Berdasarkan pengalaman semasa berada di Amerika Syarikat, jelas Dr Marwan, Masjidil Aqsa disebut dalam media massa, tetapi gambar yang dipaparkan ialah Dome of the Rock. Gambar itu bahkan turut dicetak, dijual dengan harga murah dan juga diberikan percuma kepada orang ramai (Muslim dan Arab) dan “ia meyakinkan saya bahawa mereka berhasrat menghapuska gambaran Masjidil Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya ada pihak yang membantah atau mengecam, mereka akan tunjukkan gambar Dome of the Rock yang masih teguh dan tersergam berdiri, lalu mendakwa bahawa tidak apa-apa yang berlaku.

Hasilnya, kata Dr Marwan, “Saya sangat terkejut bila ditanya kepada beberapa orang Arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kededua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya kesal dan sedih kerana sehingga kini, mereka telah berjaya dalam perancangan mereka.”

Dr Marwan pernah berada di Masjidil Aqsa selama dua tahun dan tahu mengenai kededua bangunan yang berbeza itu. Jarak antara keduanya hanyalah sekitar 200 meter. Beliau turut meminta Rashad agar dapat membantu menghapuskan kekeliruan tersebut, “Please educate your friends on heinous Zionist plans against Islam and Muslim”, (dipetik dan disesuaikan dari Sarah Kamal (Siti Sujinah Sarnap), Dome of the Rock: Rahsia Kubah Batu Tergantung di Baitulmaqdis, Petaling Jaya: Hijaz Records Publishing, 2020, hal. 25-26).

Mengapa Baitulmaqdis atau Jerusalem menjadi perebutan tiga agama samawi (berdasarkan wahyu) atau juga dikenali sebagai Ibrahimic Faith? (Bersambung).

Kamarun KH

Translate »