Beberapa hari lalu saya menulis mengenai holocaust yang dijadikan titik-tolak kepada ‘paksaan berhijrah’ yang dilakukan oleh Zionisme dengan sokongan negara-negara sekutu ke Palestin setelah pelawaan secara sukarela tidak mendapat sambutan. Dalam tulisan ini, saya cuba menggambarkan bagaimana diaspora Zionisme telah berjaya menjadikan Palestin sebagai sebuah negara baharu yang haram, bukannya pulang ke Tanah Suci Yang Dijanjikan sebagaimana didakwa.

Permulaannya adalah agenda besar Pakatan Zionis Antarabangsa yang dikendalikan oleh Theodore Herzyl dan mendapat sokongan kuat daripada keluarga Amschell Rotschilds. Anak-anak Rostchilds berada di seluruh negara Arab yang berpengaruh, mereka membentuk hubungan yang sangat kuat dengan kelas pemerintah dan elit politik. Anaknya yang begitu kaya di England, yang turut mempengaruhi dasar kewangan dan ekonomi tersebut berjaya meyakinkan Menteri Luar Britain, Arthur Balfour dan kemudiannya mendapat persetujuan kabinet, kemenangan besar kepada Pakatan Zionis Antarabangsa selepas kejayaan Theodore Hezyl menganjurkan perhimpunan pertama di Basel, Switzerland (1897) dan menjelaskan ideologi Zionisme dalam tulisannya yang dilihat sebagai prinsip dan dasar penubuhan Negara Haram Israel (Der Judenstaat). Antara petikan yang penting berbunyi:

Therefore I believe that a wondrous generation of Jews will spring into existence. The Maccabeans will rise again. Let me repeat once more my opening words: The Jews who wish for a State will have it. We shall live at last as free men on our own soil, and die peacefully in our own homes.The world will be freed by our liberty, enriched by our wealth, magnified by our greatness. And whatever we attempt there to accomplish for our own welfare, will react powerfully and beneficially for the good of humanity.”(Theodore Herzyl, The Jewish State, 2012), hal. 157).

Biarpun Theodore Herzyl gagal mendapatkan ‘sebidang tanah’ daripada Kerajaan Uthmaniyyah (Sultan Abdul Hamid II), Pakatan Yahudi Antarabangsa sebenarnya sudah mempunyai sokongan modal daripada dua kuasa besar ketika itu, Britain dan Perancis. Apabila melihat kepada kebangkitan bangsa Aryan, di Jerman dan Adolf Hitler mula mengideologikan ‘bangsa pilihan’, maka kemunculan seorang pemimpin tentera sangat membantu.

Karl Haushofer bijak menggunakan reverse psychology, menyogokkan ke dalam pemikiran Adolf Hitler sehingga terbina ideologi keunggulan bangsa Aryan dan seterunys menjadi ideologi politik Nazi.  Dari situ lengkapkan ‘cita-cita besar Hitler’ dan lahirlah sebuah buku yang sangat dikutuk, dicaci tetapi ia adalah gagasan politik yang sangat berpengaruh,  Mein Kampf, cukup ketara dengan prinsip ‘matlamat menghalalkan cara’.

Ada sedikit perbezaan antara Mein Kampf (1925) dan Der Judenstaat (1896), tulisan Theodore Herzyl. Bagaimanapun ada banyak persamaan dari segi tindakan dalam dua ideologi politik itu. Antaranya, ialah agenda yang dibina oleh kededua tokoh tersebut masih tidak terlepas daripada idea politik Nicolo Michiavelli yang sangat terkenal itu, menolak persoalan moral dalam apa sahaja tindakan demi mencapai matlamat sebenar. Kededuanya turut mengekalkan kaedah menaikkan semangat, Hitler dengan bangsa Aryan manakala Herzyl dengan bangsa Yahudi sebagai ‘bangsa pilihan’.

Kalau Hitler didakwa dengan tuduhan membunuh keturuan Yahudi maka Herzyl berjaya membangkitkan ‘rasa benci’ kepada penduduk asal Palestin, demi kemunculan sebuah negara haram. Kededua-deduanya mengeskploitasi sejarah dan melakukan propaganda yang cukup buruk sehingga mereka berdua adalah watak politik yang boleh dianggap pencetus kekejaman massa.

Berbeza ialah Herzyl memperoleh dukungan yang sangat besar daripada zionis dan prinsipnya diteruskan hingga kini, walaupun tidak dapat menyaksikan lahirnya sebuah negara haram Israel.Herzyl meninggal dunia pada tahun 1904, negara haram Israel tertegak pada tahun 1947 manakala pada 14 Mei 1948, ia diisytiharkan secara rasminya dengan persetujuan PBB.

Selepas kekalahan Jerman, Hitler tidak mendapat gambaran yang menarik. Karakter, perjuangan dan tindakannya terus mendapat kecaman masyarakat dunia, dan hingga kini Hitler kekal dalam persepsi masyarakat sebagai pemimpin politik yang paling kejam dan zalim, hanya kerana didakwa atas kesalahan membunuh dan menyiksa orang Yahudi.

Tindakan Hitler itu diberikan bentuk dan imej buruk, genosid dan holocaust. Tujuannya adalah jelas, untuk meraih simpati masyarakat dunia bahawa Yahudi adalah sasaran penindasan Nazi, maka dua wajar berempati dengan mereka. Sebenarnya, itulah proganda yang sangat hebat dan dilancarkan tanpa henti sehingga sekarang, walaupun sudah lebih 70 tahun negara haram Israel terbentuk.

Holocaust sentiasa dihidupkan. Holocaust semakin dipertikaikan kebenarannya. Bahkan, mereka yang mempertikaikan kebenaran holocaust akan dilabelkan sebagai antisemitik. Menariknya, holocaust bukan sahaja ditolak oleh sebahagian masyarakat dunia, bahkan semakin ramai keturunan Yahudi meraguinya.

Semakin ramai cendekiawan Yahudi tampil memberikan pandangan dan lebih menarik, sebahagiannya pula semakin berjaya membuktikan bahawa holocaust adalah mitos. Mitos yang dicipta sebagai propaganda untuk menarik minat (secara paksa) Zionis agar keturunan Yahudi yang berada di negara Eropah berhijrah ke Palestin.

Salah seorang Yahudi dari Austria yang menceritakan tindak-tanduk tersebut ialah Leopald Weiss. Dalam pengembaraannya pada tahun 1922, Weiss turut merakamkan dialognya dengan Dr Chaim Wiezman dan turut mempertikaikan sikap Inggeris menyokong penubuhan negara haram Israel (Deklarasi Balfour 1917 dan Perjanjian Skyes-Picot).

Tulis Weiss: “Walaupun aku seorang Yahudi, aku dari awal membantah Zionisme. Selain daripada simpati peribadi aku terhadap Arab, aku menganggap ia sebagai tidak bermoral, mengambil kira tujuan golongan pendatang  yang dibantu oleh Ketua Besar asing, bersama niat menguasai majoriti penduduk, merampas tanah telah lama menjadi tempat tinggal mereka untuk tempoh yang cukup lama. Dengan itu, aku lebih cenderung untuk menyebelahi orang Arab bilamana persoalan Yahudi-Arab dibangkitkan.

“Mereka tidak mampu memahami sebagaimana aku melihat orang Arab, yang menurut mereka hanyalah sekadar manusia mundur sebagaimana peneroka Eropah melihat orang asal di Afrika Tengah. Sedikit pun mereka tidak berminat dengan apa yang orang Arab fikirkan; hampir tiada yang bersusah payah untuk belajar Arab; dan setiap orang terima tanpa soal akan telahan bahawa Yahudi adalah pewaris sebenar Palestin, “ tulis Leopald Weis dalam autobiografinya, Jalan Ke Mekah (2017: hal. 94-95)

Usaha untuk ‘merampas’ dan melakukan tindakan kejam ke atas penduduk Palestin sebenarnya sudah bermula sebelum negara haram Israel diberikan mandat yang dikenali Mandat Palestin lagi. Catatan perjalanan Leopald Weis cukup menarik dan semasa itu beliau belum lagi memeluk Islam. Weis memeluk Islam pada tahun 1926, dan menukarkan nama kepada Muhamad Asad.

Sepanjang mengembara di negara padang pasir, Weis menulis apa yang dilihat, merakamkan pertemuan dengan banyak orang, dan menariknya, rakaman itu dapat ketahui apa sebenarnya yang menjadi slogan perjuangan Zionisme mengenai “Tanah Air Kebangsaan Yahudi”. Dr Chaim Weizman (1874-1952), seorang Yahudi yang dilahirkan di Belarus (dalam jajahan takluk Rusia) dan pakar biokimia yang ketika itu adalah Presiden Zionisme Antarabangsa.

Weizman tidak hadir dalam Persidangan Zionis Antarabangsa pertama (1897), tetapi hadir dalam siri kedua (1898). Tahun 1901, Weizman melobi bagi menubuhkan sebuah institusi pendidikan tinggi Yahudi di Palestin, bersama-sama Martin Buber dan Berthold Feiwel dikemukakan dokumen mengenainya di pertemuan kelima Yahudi antarabangsa.

Weizman menetap di London pada tahun 1905, dan dilantik sebagai anggota Dewan Umum Yahudi British. Tahun 1917, Weisman dipilih sebagai Presiden Persekutuan Zionis British. Beliau adalah orang yang sangat mementingkan pembangunan intelektual, maka itulah nafas perjuangannya sehingga diterima sebagai seorang yang sangat berpengaruh.

Antaranya ialah memperjuangkan kemunculan sebuah institusi pendidikan tinggi Yahudi di Palestin. Ini dapat dibuktikan apabila Technion – Israel Institute of Technology berjaya didirikan pada tahun 1912. Institut itu kemudiannya menjadi pusat penyelidikan Israel yang sangat berpengaruh. Ia turut dinamakan sebagai menjadi Lembaga Ilmu Pengetahuan Weizmann.

Weizman adalah orang yang berjaya melobi Sir  Arthur Balfour tanpa jemu untuk bersetuju dengan agenda Yahudi (1905-1906), termasuk membatalkan rancangan penubuhan  sebuah negara haram Yahudi di Uganda. Ia tidak disetujui oleh aktivis Zionis, termasuk pemukanya, Lor Rothchild.

Weizman bukan sahaja memujuk Balfour untuk menolak lokasi negara haram Yahudi di Uganda, bahkan menjadi pelobi agar bersetuju dengan surat yang ditulis oleh Lord Rothchild, negara haram Yahudi perlu ditubuhkan di Palestin kerana ia adalah “Tanah Yang Dijanjikan”.

Akhirnya, ia mencapai keputusan bersejarah, maka jawapan kepada surat itu menjadi suatu ikatan yang sangat besarnya dalam menjayakan agenda Zionis, iaitu  Deklarasi Balfour (2 November 1917), iaitu semacam ‘doktrin penjajahan’ dan titik tolak kezaliman Zionis (restu) menjarah Palestin.

Tulis Weizman :” A state cannot be created by decree, but by the forces of a people and in the course of generations. Even if all the governments of the world gave us a country, it would only be a gift of words. But if the Jewish people will go build Palestine, the Jewish State will become a reality—a fact”(Chaïm Weizmann, The Letters and Papers of Chaim Weizmann: August 1898 – July 1931. Transaction Publishers, 1983,  hal. 301, dikutip dari https://en.wikipedia.org/wiki/Chaim_Weizmann).

Sebagai ketua organisasi Zionis, pada ahun 1918, Weizmann dihantar ke untuk merencanakan rancangan pembangunan masa depan negara haram Isarel.  Turut dilakukan ialah meletakkan batu asas penubuhan sebuah Universiti Ibrani (Hebrew University). Beberapa pertemuan dengan pemimpin Arab turut dilakukan, termasuk dengan Emir Faisal, putra   putra Syarif Husain yang menjadi pentabir Mekah. Emir Faisal adalah pemimpin Arab yang bersekongkol dengan Perancis, dan sangat bercita-cita untuk bebas daripada pengaruh Khalifah Uthmaniyyah. Pertemuan itu (Pertemuan di Aqaba) antara Weizman-Emir Faisal dilihat sebagai titik tolak kepada persetujuan penubuhan negara Arab dan Yahudi yang merdeka.

Akhirnya, semasa Perang Dunia I, Arab dilihat sangat pro kuasa-kuasa barat bagi membolehkan keluarga Bani Saud menguasai dua kota suci Islam itu dan bebas daripada naungan Utmaniyyah. Ibnu Saud (Abdul Aziz bin Abdul Rahman, dari Dinasti Saud period pemerintahan Saudi Ketiga yang bermula pada tahun 1902). Ketika itu, British giat berusaha untuk menghancurkan Khalifah Utmaniyyah dengan menggalakkan kemunculan nasionalisma Arab dan meningkatkan kerjasama dengan Syarif Hussain menerusi Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir, Henry McMahon. Tahun 1916, tercetusnya Revolusi Arab di mana T E Lawrence menjadi peneraju kepada penentangan Turki-CUP (Committee on Union dan Progress). Hijaz berjaya dibebaskan, manakala Syariff Hussain diberikan imbuhan sebanyak 200,000 pound sterling sebulan.

Pihak British sebelumnya berjaya memeterai Perjanjian Inggeris-Saudi (16 Disember 1915) menerusi kecekapan wakilnya, Sir Percy Cox (1864-1937). Melalui perjanjian tersebut, wilayah Najd, Ahsa, Qatif dan Jubail diserahkan kepada Ibnu Sau’d dengan syarat tidak menentang British. Sebagai balasannya, British memberikan imbuhan 5,000 pound sterling sebulan, 1,000 pucuk senapang dan hadiah wang sebanyak 20,000 pound sterling. (Dr Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah Arab Saudi, 2021, hal. 146-148).

Selepas kejatuhan Turki Uthmaniyyah, pemerintahan Ibnu Saud semakin berjaya menguatkan kedudukannya, termasuk melemahkan Pemberontakan al-Ikhwan (1927-1930) dan pada 22 September 1932, diisytiharkan secara rasminya penubuhan Kerajaan Arab Saudi, al-Mamlakah al-Arabiyya al-Sau’diyyah.

Perkembangan itulah yang akhirnya mencorakkan sikap dan pendirian untuk melaksanakan kemunculan sebuah negara haram di Palestin, setelah jatuhnya Khalifah Utmaniyyah di dunia Islam (Eugene Rogan, The Fall of Khalifah:Perang Besar Yang Meruntuhkan Khalifah Uthmaniyyah dan Mengubah Selamanya Wajah Timur Tengah, 2016) . Negara-negara yang berada dalam naungan Uthmaniyyah semakin berpecah, dan ia menjadi pemangkin kepada Pakatan Yahudi Antarabangsa untuk menjadikan holocaust sebagai strategi meraih simpati selepas merasakan negara-negara Islam bukan lagi menunjukkan kesepaduan yang kental selepas Perang Dunia II.

Meskipun pengaruh British dan Perancis semakin lemah, kemunculan kuasa Amerika Syarikat menjadi ‘jalan yang cukup mudah’ bagi pembentukan negara haram Israel. Mandat itu diserahkan kepada Amerika Syarikat selepas Jerman, Itali dan Jepun mengalami kekalahan, dan kisah holocaust semakin didramatikkan. Akhirnya proses penghijrahan orang Yahudi ke Palestin mendapat sambutan yang besar.

Biarpun pada awalnya dua negara Islam –Arab Saudi dan Mesir—ikut menentang penubuhan negara haram Israel dan bersimpati dengan nasib Palestin, selepas ditekan oleh Amerika Syarikat, dua buah negara tersebut tidak lagi terlibat secara fizikal atau ketenteraan untuk membantu Palestin berjuang untuk membebaskan penjajahan Zionis. Itulah yang berlaku, negara-negara Arab dan Islam tidak berada dalam kesatuan dan kesepaduan, dan ia jelas kelihatan hanya berbentuk seruan retorik.

Kenapa sejak kekalahan Perang Enam Hari (1967) semangat tersebut kendur, terutama daripada Mesir dan Arab Saudi? Ia berkait rapat dengan kedudukannya, secara politik dan ekonomi sangat dikawal oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Arab Saudi tidak sanggup mengggunakan kekuatan ekonomi petrol untuk memberikan tekanan kepada Amerika Syarikat dan sekutunya, kerana sebahagian daripada proses pengeluarannya dikuasai oleh syarikat-syarikat asing, yang didokong oleh kelicikan kapitalis Yahudi.

Mesir, secara umumnya sangat bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat. Biarpun selepas Revolusi Jasmin (2011-2012), Mesir berusaha untuk berdiri sendiri, akhirnya Ikhwanul Muslimin tidak mampu berbuat demikian. Dr Muhammad Morsi berhadapan dengan pelbagai tekanan ekonomi, dan menyebabkan menteri pertahanannya, al-Sisi mengambil peluang merampas kuasa.

Al-Sisi yang mendapat sokongan Amerika Syarikat, maka episode itu kemudiannya menjadikan Ikhwanul Muslimin tidak lagi dilihat sebagai kelompok politik yang berkesan, ia diharamkan hampir di seluruh negara-negara Timur Tengah. Dua negara tersebut semakin menyerlah kedudukannya, dibayangi oleh kehendak dasar luar Amerika Syarikat, sebab itulah Washington mudah untuk mengkeronyokkan lain-lain negara Islam.

Hal ini sudah berjaya dilakukan ke atas Irak, Libya dan sedang dilakukan secara terancang di Syria, Turki, Lebanon dan Iran. Arab Saudi tidak menunjukkan sikap dan pendirian yang membawa imej kesatuan politik dunia Islam, bahkan usahanya untuk berkonflik dengan Qatar dan menormalisasikan dengan Israel membuka sejarah baharu, negara haram Israel telah diterima sebagai ‘sebuah negara yang sah’ dan semakin lama semakin hilang nuraninya terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Biarpun hubungan diplomatik dengan Qatar ditautkan kembali, yang kemudiannya pernah mendapat sokongan UAE, Bahrain dan Mesir, ia sangat jelas ada peranan dan kehendak Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia untuk memecahbelahkan kesatuan Negara-Negara Islam. OIC sudah lama dilihat tidak berfungsi menurut asas dan prinsip dan penubuhan, ia hanya sekadar seruan retorik dan dalam kes terbaharu serangan Israel ke atas penduduk Gaza (10 hingga 21 Mei 2021) cukup sebagai bukti yang cukup jelas terhadap nasionalisma Arab yang gagal.

Setiap negara berusaha menjaga kepentingan ekonomi dan bantuan Amerika Syarikat, bukan lagi atas tindakan mempertahankan kedaulatan Palestin, kepentingan umat Islam dan seterusnya membina peradaban Islam yang lebih baik. Persoalan kesatuan semakin terpecah oleh aliran dan kehendak sekte, membarahkan lagi perihal sengketa Sunni-Syiah, dan ditambah dengan Wahabisme yang turut mendorong kepada munculnya radikalisme tindakan.

Wahabisme telah dipersalahkan kerana turut mendokong sekularisme pemikiran dan hala tuju negara, dan juga ancaman secara politik kepada umat Islam. (Karen Armstrong, et.al, Islamofobia: Melacak Akar Ketakutan Terhadap Islam di Dunia Barat, 2018; dan Dr Syafie Ma’arif, Krisis Arab dan Masa Depan Dunia Islam, 2018).

Mahanor Saleha

Translate »