Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia (OMIW) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan kebajikan dan kemanusiaan. Bergiat aktif dalam gerak kerja kebajikan khususnya di musim COVID 19 ini. Pelbagai misi kemanusiaan telah dijalankan di pelbagai pelusuk negara. Dan terbaharu OMIW turun padang di Kelantan.

OMIW telah bekerjasama bersama Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Tumpat dengan mengadakan majlis sambutan asyura dan sumbangan kepada asnaf. Majlis ini telah diadakan di Surau Hjh Che Mas,Tumpat Kelantan iaitu pada 3 Oktober 2020. Turut menghadiri majlis tersebut Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd Tahir Pengerusi OMIW, Tan Sri Dr. Ibrahim bin Lembut Timbalan Pengerusi OMIW, Dato’ Mejar (B) Samsi Ibrahim dan Mohd Shauki Abd Majid.

OMIW berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan penduduk kampung yang kekurangan bekalan makanan untuk menampung keperluan ahli keluarga. OMIW mempunyai Visi untuk menjadi NGO kebajikan disamping mengadakan seminar mengenai kefahaman Islam khususnya yang berkaitan Ahli Sunnah Waljamaah. Meletakkan Misi organisasi yang berpaksikan perlaksanaan projek pembangunan berimpak tinggi menerusi agenda bantuan pendidikan, kesihatan, kemanusiaan, khidmat masyarakat, dan modal insan.

Translate »