Salah satu peninggalan ilmu terpenting dalam Islam ialah penulisan sejarah atau historiografi. Sejak pertengahan abad ke-2, penulisan sejarah, baik riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w mahupun maklumat lain telah dimulakan oleh para penulis Islam.

Salah satu karya terkena lialah Sirah Ibnu Ishaq karya Muhammad bin Ishaq bin Yasar (m. 768) yang kemudian disemak oleh Ibnu Hisyam (m. 833). Buku ini lebih dikenali dengan nama Sirah Ibnu Hisyam.

Sebagai tokoh yang istimewa di kalangan pengikutnya, Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pusat tumpuan penulis Islam. Riwayat hidup baginda telah dimulakan oleh para ahli hadis sejak pengumpulan tutur kata dan perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. (hadis).

Inilah pengasas historiografi Islam. Daripada penulisan riwayat hidup ini, penulis Islam beranjak kepenulisan riwayat hidup para sahabat, tabiin dan generasi selanjutnya.

Penulisan ini bahkan menjadi salah satu cabang ilmu terpenting dalam perbahasan hadis. Para ulama hadis menyebutnya sebagai ‘ilm al-Rijalatauilmu’ yang menjelaskan riwayat hidup peraw ihadis.

TARIKH

Orang Arab menyebut sejarah dengan kata tarikh (Tarikh). Penulis pertama yang menggunakan istilah tarikh untuk penulisan sejarah ialah IbnuJarir al-Tabari (839-923), sejarawan dari Baghdad.

Beliau menamakan bukunyaTarikh al-Umamwa al-Muluk (Sejarah Bangsa dan Raja). Karya al-Tabari ini merupakan bukusejarah pertama yang ditulis secara menyeluruh. Penulis sejarah selepas itu terhutang budi kepada al-Tabari bukanhanya kerana mereka menggunakan buku itu sebagai rujukan, malah turut menggunakan kaedah historiografi al-Tabari.

ABDURRAHMAN AL-JABARTI

Pada era moden, penulisan semula sejarah Islam dilakukan oleh beberapa cendekiawan dari Timur Tengah dan Asia Selatan. Di Mesir, gerakan penulisan sejarah dimulakan sejak abad ke-18, seiring dengan gerakan kebangkitan intelektual di Negara itu.

Sejarawan pertama AbdulRahman al-Jabarti (1753-1822) melalui bukunya ‘Aja’ib al-Athar (Jejak Ajaib), lebih banyak menumpukan pada penulisan sejarah Mamluk dan jatuh bangunnya kerajaan Islam sehingga kemasukan penjajah Perancis ke Mesir.

KaryaSejarahpentinglainialahTarikh al-Tamaddun al-Islami (SejarahPeradaban Islam) yang ditulisolehJurjiZaidan (1861-1914) dan trilogy sejarah Islam, Fajr al-Islam, Duha al-Islam danZuhr al-Islam yang ditulisoleh Ahmad Amin.

MUQADDIMAH

Antara karya sejarah yang paling penting dan terkenal ialah Kitab al-‘IbarwaDiwan al-Mubtada’ wa al-Khabar fi Ayyam al-‘Arab wa al-‘Ajamwa al-Barbar karya IbnuKhaldun yang terdiri daripada 7 jilid. Kitab ini lebih dikenali dengan nama pendeknya Muqaddimah (Pengantar Umum).

Muqaddimah sebenarrnya merujuk kepada pengantar bagi keseluruhan kitab Ibnu Khaldun itu. Kitab ini juga dianggap sebagai falsafah sejarah. Dalam buku tersebut Ibnu Khaldun juga menjelaskan teori dan metodologi penelitian sejarah secara sistematik dan menyeluruh.

KEMUNCAK KEJAYAAN

Kemuncak penulisan sejarah dalam Islam adalah pada abad ke-7 dan ke-8 H. Puluhan buku sejarah yang tebalnya menyamai ensiklopedia pada era moden, ditulis oleh beberapa orang ilmuwan Islam seperti al-Kamil fi al-Tarikh (Sejarah Lengkap) karya Ibnu Asir (1160-1233), Mu’jam al-Buldan (Kamus Negara) karya Yaqut al-Hamawi (1179-1229; sejarawan dari Iraq) dan al-Bidayahwa al-Nihayah (Permulaan dan Akhir) karya Ibnu Khathir (1300-1373).

Susunan MARIAMAH ISMAIL

Translate »