Mazhab fiqh dalam aliran Syiah yang dirintis oleh Jaafar al-Sadiq (669-765; imam Syiah keenam) dikenali sebaga Jaafariyah. Mazhab ini disebut pula Mazhab Imamiyah atau Mazhab Isna Asyariyah (Syiah Dua Belas) kerana penganut aliran ini yakin akan adanya dua belas imam yang maksum (terpelihara daripada dosa).

Para imam itu ialah Ali bin Abu Talib, Hasan bin Ali bin Abu Talib, Hussain bin Ali bin Abu Talib, Ali bin Hussain Zainal Abidin, Muhammad al-Baqir, Jaafar al-Sadiq, Musa al-Kazim, Ali al-Rida,Muhammad al-Jawad, Ali al-Hadi, Hasan al-Askari dan Muhammad al-Muntazar (Imam Mahadi).

Menurut mazhab ini, imam ke-12 masih hidup dan akan muncul pada akhir zaman. Selain di Iran, mazhab ini dianut juga oleh kaum Syiah Iraq. Penganut Jaafariyah di India, Pakistan, Yaman dan Nigeria juga besar jumlahnya.

PERKEMBANGAN FIQH

Ada dua pendapat tentang era pekembangan fiqh Jaafariyah. Pendapat pertama mengatakan bahawa fiqh mazhab ini bermula ketika penetapan hukum mula dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Pendapat kedua mengatakan bahawa perkembangannya bermula sejak keghaiban kecil Imam Mahadi. Kebanyakan ulama Syiah cenderung kepada pendapat pertama.

Perkembangan fiqh mazhab ini mencapai kemuncaknya zaman Jaafar al-Sadiq. Ahmad Kazemi Moussavi (ahli fiqh Iran) mengatakan bahawa himpunan fatwa Jaafar oleh para muridnya (750-1017) merupakan usaha yang mempunyai pengaruh yang sangat besar.

IMAM

Jaafariyah menggunakan al-Quran sebagai sumber utama hukum Islam, kemudian diikuti sunnah, ijmak dan akal. Dalam mencari hukum daripada al-Quran, mereka tidak harus berpegang pada makna lahiriah. Sebaliknya harus juga memerhatikan makna batiniahnya, iaitu mereka harus mempunyai marja (tempat meminta fatwa), iaitu para imam.

Mereka memandang para imam sebagai al-Quran an-natiq (al-Quran yang berbicara), sementara al- Quran yang berupa mushaf sebagai al-Quran al-samit (al-Quran yang diam). Sunnah, menurut mereka, ialah ucapan, tindakan dan pengakuan melalui diamnya Nabi Muhammad s.a.w dan para imam maksum.

Segala yang berasal daripada imam sama kedudukannya dengan yang berasal daripada hadis, yang riwayatnya tidak ditemui padahal sebenarnya ada.
Walau bagaimanapun, akal dinilai sebagai sumber hokum selagi tidak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah.

IMAM JAAFAR AL- SADIQ

Nama penuhnya ialah Muhammad Abu Jaafar bin Muhammad bin Ali Zainal Abidin bin Hussain bin Ali bin Abu Talib. Beliau ahli dalam pelbagai bidang ilmu: tafsir, hadis, kalam, tasawwuf, fiqh, kimia, fizik, botani, farmasi, perubatan dan astronomi.

Bapanya berketurunan Nabi Muhammad s.a.w melaluia nakperempuan baginda, Fatimah al- Zahra. Ibunya pula berketurunan Abu Bakar al-Siddiq. Sejak kecil beliau belajar daripada bapanya Muhammad al-Baqir (imam keempat). Disebabkan Jaafar al-Sadiq berpengetahuan luas, banyak ulama yang menjadi muridnya, antara lain Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi), Malik bin Anas (pengasas Mazhab Maliki), dan Sufyan al-Sauri (715- 778).

SYEIKH MUFID

Sekitar awal abad ke-5 Hijrah, muncul kaum usuli (orang yang melakukan menyelidikan / pengamalan dalam fekah ). Salah seorang tokohnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Numan, yang terkenal dengan panggilan Syeikh Mufid.

Beliau menulis buku usul fiqh Al-Muqniah fi al-Usulwa al-Furu, dengan menerapkan hujah usuli (ijtihad) rasional. Usaha Syeikh Mufid diteruskan oleh muridnya, Syed al-Murtada (355- 436H). Beliau menulis buku usul fiqh al-ZariahilaUsul al-Syiah. Dalam bukunya itu, beliau memisahkan kajian fekahdaripada usul fiqh.S yed Mufid juga ada menulis buku usul fiqh di mana kemudiannya menjadi asas doktrin Mazhab Jaafariyah.

KITAB

Ada beberapa kitab yang dianggap berwibawa dalam mazhab ini, iaitu Al-Kafi ( Kitab Yang Sempurna ) karya Abu Jaafar Muhammad bin Yaqub al-Kilyani (m. 940), An-Nihayah (Penghabisan), kitab Al-Mabsut (Yang Terhampar) karya Muhammad bin Hasan bin Ali Abu Jaafar al-Tusi ( m. 1067) dan Tazkirah al-Fuqaha (Peringatan Para Ahli Fiqh) karya al-Allamah bin Mutahhar al-Hilli (m. 1325).
Selain itu,,ada juga beberapa kitab hadis yang ditulis oleh para ulama menurut susunan pembahasan fekah. Para pengikut Mazhab Jaafariyah hingga kini masih mempelajari kitab mazhab ini, terutama kitab al-Kafi.

Susunan Siti Asma Samad

Translate »