Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia (OMIW) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan kebajikan dan kemanusiaan. Bergiat aktif dalam gerak kerja kebajikan khususnya di musim COVID 19 ini. Pelbagai misi kemanusiaan telah dijalankan di pelbagai pelusuk negara. Dan terbaharu OMIW turun padang di Negeri Sembilan dan Melaka.

OMIW mempunyai Visi untuk menjadi NGO kebajikan disamping mengadakan seminar mengenai kefahaman Islam khususnya yang berkaitan Ahli Sunnah Waljamaah. Meletakkan Misi organisasi yang berpaksikan perlaksanaan projek pembangunan berimpak tinggi menerusi agenda bantuan pendidikan, kesihatan, kemanusiaan, khidmat masyarakat, dan modal insan.

Translate »