Al-Hasan bin Al-Haitsam adalah salah seorang ilmuwan muslim terkemuka dan memiliki prestasi yang cukup tinggi di antara para ilmuwan dibidang ilmu pengetahuan alam. Akan tetapi yang sangat dikesalkan adalah dia tidak mendapatkan haknya, namanya terkubur, dan tidak mendapatkan kedudukan yang selayaknya. Padahal dia memiliki keunggulan dan prestasi yang cukup hebat yang tidak difahami oleh para ahli sejarah peradaban Islam dan penulis buku-buku sejarah. Justeru itu, dia dua kali dizalimi; dizalimi oleh generasi muslim sendiri, dan yang lebih parah dia dizalimi oleh para ilmuwan dan sejarawan Barat yang telah merampas kekayaan intelektualnya, kerana namanya diganti dengan nama mereka. Dengan demikian, dia telah diletakkan pada tempat yang tidak semestinya diantara para ilmuwan sepanjang sejarah.
Nama sebenar beliau ialah Abu Al-Hasan bin Al-Haitsam. Dia dikenal dengan panggilan Al-Bashri. Dia dilahirkan pada tahun 354 H (965 M) di kota Bashrah, Iraq. Dia wafat pada tahun 430 H (1039 M) di Cairo. Dia pertama kali belajar ilmu di Bashrah, kemudian mengunjungi Baghdad. Di Baghdad dia mendalami ilmu-ilmu Arab dan agama.Selain itu, dia juga mendalami ilmu matematik, astronomi, kedoktoran, dan filsafah. Pada usianya yang ketiga puluh tahun,mengunjungi Mesir atas undangan dari Khalifah Dinasti Fatimiyyah, Al-hakim Biamrillah.Dia menghabiskan sebahagian besar waktunya di Cairo.Di Cairo kajian yang berkaitan dengan bidang nya dan menulis banyak buku. Dia hidup di Cairo dalam keadaan sederhana dan tawadhu’, yang mana dia hanya tinggal di sebuah kamar di dekat pintu gerbang masjid Al-Azhar.
Ibnul Haitsam hidup pada masa tiga ilmuwan besar, iaitu; Al-Karkhi, Al-Biruni, dan Ibnu Sina. Ini memang satu peristiwa yang aneh, dimana pada satu masa ada empat orang ilmuwan muslim terkemuka. Akan tetapi ini merupakan bukti bahawa kegeniusan memiliki waktu dan tempat sendiri.
Secara khusus, Ibnul Haitsam menonjol pada beberapa bidang berikut:
- Ilmu matematik; yang meliputi ilmu hitung, aljabar, geometri dan hitungan trigonometri.
- Ilmu pengetahuan alam; terutama ilmu optik yang oleh Ibnul Haitsam disebut ”ilmu al-manazhir”
- Ilmu falak; atau ilmu astronomi sebagaimana yang dikatakan oleh para ilmuwan Islam.
Sebahagian kesusastraan Arab menyebutkan bahawa Ibnul Haitsam adalah orang pertama menemui kamera. Perkataan ini pada kenyataannya terlalu dilebih-lebihkan dan menyalahi amanah ilmiah serta akan dibantah oleh Ibnul Haitsam andai kata dia masih hidup. Yang benar adalah bahawa ilmuwan kita ini adalah penemuan idea dan yang melakukan sehingga akhirnya ditemukan cara pembuatan kamera.
Karya Ibnul Haitsam yang terkenal dalam ilmu optik ada dua belas buku.Diantara buku itu yang paling penting adalah ”Kitab Al-manazhir” yang berisi berbagai penemuannya yang penting dalam ilmu optik. Buku ini telah diterjemahkan dalam bahasa Latin pada tahun 1572, dan diterbitkan di Basel. Switzerland, dengan judul ”Thesaurus Opticus” (Rujukan lengkap dalam ilmu optik). Buku ini sangat besar pengaruhnya bagi pengembangan ilmu optik di Eropah. Di antara karya-karyanya yang lain dalam ilmu optik adalah sebahagian berikut:
- ”Risalah Fi Al-Ain Wa Al-Abshar”
- “Risalah Fi Al-Maraya Al-Muhriqah Bi Ad-Dawa’ir”
- “Risalah Fi In’ithaf Adh-Dhau’ “
- “Risalah FI Al-Maraya Al-Muhriqah Bi Al-Quthu”
- “Kitab Fin Al-Halah Wa Qaus Qazah”
Perlu diketahui bahawa buku-buku Al-Hasan bin Al-Haitsam masih tetap dijadikan rujukan utama di Eropah dalam ilmu optic hingga abad ketujuh belas. Seorang Ilmuwan Inggeris dalam bidang matematik dan teologi, dan guru besar di Universiti Cambridge, Ishac Barrow (1630-1677) memberikan kuliah tentang masalah-masalah yang berhubungan dengan Ibnul Haitsam. Sedangkan diantara mahasiswa pada saat itu terdapat Ishac Newton yang pada suatu ketika akan menjadi ilmuwan terbesar di Barat hIngga munculnya Einstein.
Susunan: Hakimah Bt Zakaria
Recent Comments