Asy-Syarif Al-Idrisi adalah seorang ahli geografi terkemuka dan hebat yang pernah dikenali oleh peradaban Islam, bahkan oleh peradaban manusia hingga era penemuan ilmu Alam Eropah (akhir abad kelima belas dan awal abad keenam belas masehi).
Al-Idrisi dilahirkan di Sabtah, Maroko pada tahun 493 H/ 1100 M. Dia banyak menghabiskan masa hidupnya di Maroko, Sepanyol dan Sisilia. Dia wafat pada tahun 561 H/ 1166m. Majoriti pendapat mengatakan bahawa dia wafat di Sabtah.
Al-Idrisi memulai pendidikannya di Sabtah dan Fas. Kemudian dia pindah ke kota Qordova untuk membina ilmu kepada para ilmuwan yang ada di sana. Dia tinggal di kota ini beberapa tahun lamanya sehingga mahir dalam ilmu geografi, astronomi, matematik dan geometri. Di sampig itu, dia juga mempelajari ilmu kedoktoran, farmasi dan biologi. Selain belajar kepada para ilmuwan terkemuka yang ada di kota Qordova, Al-Idrisi juga belajar melalui buku-buku hasi karya ilmuwan Geografi terkemuka seperti Ptolemaeus, Ibnu Hauqal, Al-Mas’udi, Al-Udzri dan lainnya.Lebih dari itu, dia juga selalu menghabiskan waktunya untuk menelaah dan mengkaji karya-karya ilmuwan geografi terdahulu.
Pertama: Dia berhasil membuat peta. Al-Idrisi dengan membahagikan bahagian utara bola dunia kepada tujuh kawasan dengan cuaca yang berbeda, kemudian dia membahagi masing-masing kawasan kepada sepuluh bahagian yang mempunyai garis bujur yang sama. Dia menggambar setiap bahagian-bahagian yang jumlahnya tujuh puluh dengan peta sendiri. Keseluruhan dari peta yang jumlahnya tujuh puluh tersebut menjadi satu peta yang mencakupi dunia, yang kemudian dikenal dengan peta Al-Idrisi. Peta Al-Idrisi merupakan peta paling lengkap dan mengagumkan yang pernah dikenal dalam ilmu geografi dan seni menggambar peta (cartography) pada masa itu. Peta Al-Idrisi dilandaskan kepada suatu pengetahuan yang solid akan bentuk bumi yang bulat. Dasar-dasar pemikirannya bersumber dari rujukan-rujukan Barat dan Islam secara bersamaan. Peta juga dibuat berdasarkan pengalaman peribadinya dan informasi-informasi ilmiah yang telah dia rangkum. Peta Al-Idrisi telah menjadi acuan bagi peta-peta yang di gambar pada masa kebangkitan dan juga merupakan titik awal bagi penemuan geografi pada era kemasyurannya.
“Al-Adwiyah Al-Mufrijah.” Buku ini berbicara tentang kedoktoran dan farmasi. Di dalam buku ini, Al-Idrisi menyebutkan nama atau jenis-jenis ubat-ubatan dengan mengunakan dua belas bahasa.
Dalam bidang ilmu tumbuh-tumbuhan dan farmasi. Al-Idrisi telah menulis sebuah buku yang berjudul “Al-Jami’ Liasytaat An-Nabaat.” Buku ini disusun berdasarkan huruf abjad. Ilmuwan Prancis, Jack Risler mengatakan bahawa Al-Idrisi telah menyebutkan kegunaan 360 macam tumbuh-tumbuhan dalam membuat pelbagai jenis ubat.
Al-Idrisi juga seorang sasterawan dan penyair. Dalam bidang ini dia juga telah berhasil menulis beberapa buku.
Pada tahun 1866 M, sebahagian dari buku Al-Idrisi yang berjudul “Nuzhat Al-Musytaq” telah dicetak beberapa kali di Kota LondonBuku tersebut bernama “Shifat Al- Maghrib Wa As-Sudan wa MIshr Wa Al-Andalus.” Pada tahun 1926, seorang orientalis, Kotard Moleh menerbitkan peta-peta Al-Idrisi, dan badan lembaga keilmuwan Iraq telah mencetak beberapa kali peta-peta tersebut pada tahun 1951 M. Kemudian pada tahun tujuh puluhan, percetakan-percetakan yang ada di Itali megulang cetak buku “Nuzhat Al-Musytaq.”
Oleh: Marlia Muhammad
Recent Comments