Era pemerintahan Khalifah Abbasiah dikenali sebagai zaman emas keilmuan dan peradaban Islam yang sukar diulangi pada zaman sesudahnya sehingga kini. Salah satu produk era kegemilangan itu ialah munculnya pakar dalam bidang pertanian. Perkembangan ini telah berjaya mencetuskan era yang disebut sebagai Revolusi Hijau.
Era ini tercetus setelah para ilmuwan Islam berjaya menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian. Para pakar pertanian muslim di zaman keemasan Islam itu mampu menampilkan keahliannya dalam bidang agronomi, agroteknik, meteorologi, ilmu cuaca, hidrologi, serta pengurusan usaha-usaha pertanian yang lebih kemas dan sistematik.
Tak hanya itu, para pakar pertanian muslim juga sudah menguasai beragam pengetahuan lainnya, seperti ekologi, pertanian, sistem saliran air, serta ilmu pengetahuan pertanian lainnya. Berkat penguasaan pengetahuan itulah, Revolusi Hijau yang dikembangkan dalam dunia Islam pada zaman itu mencapai kemuncak kejayaan.
Salah seorang pakar yang menjadi tokoh penting di sebalik kejayaan Revolusi Hijau itu adalah Ad- Dinawari (828-896 M). Menurut Toufic Fahd (1996), dalam bukunya bertajuk Botany and Agriculture, kejayaan ini membawa kepada pengisytiharan Ad-Dinawari sebagai pengasas ilmu botani atau ilmu tumbuh-tumbuhan di dunia Islam. Oleh itu, beliau digelar sebagai bapa pertanian.
Ad-Dinawari lahir pada tahun 828 M di Kota Dinawar—perbatasan antara wilayah Hamadan dan Ker manshah—kini berada di Iran Barat. Ayahnya bernama Abu Hanifa Ahmad bin Dawud bin Wanand. Ilmuwan muslim dengan kemampuan pelbagai bakat ini sejak kecil sudah menunjukkan minatnya yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan. Beliau mempelajari dan menguasai beragam ilmu seperti astronomi, matematika dan mekanik di Ishafan, Iran.
Selain itu, ilmu bahasa dan sastra juga telah menarik perhatian ad-Dinawari. Bagi mempelajari bahasa dan sastra, ad-Dinawari harus hijrah ke dua kota penting di Irak pada zaman kejayaan Dinasti Abbasiyah, yakni Kufah dan Basrah. Sang ilmuwan Muslim fenomenal itu meninggal dunia pada 24 Juli 896 M di kota kelahirannya, Dinwar. Seperti mana kebanyakan tokoh intelektual Islam lain seperti al Bukhari, al Afghani, nama ad-Dinawari yang melekat pada namanya diambil kota tempat kelahiran dan kematiannya.
Menurut Izady dalam karyanya bertajuk The 1.100 Anniversary of Abu-Hanifa Dinawari menyatakan kota Dinawar telah menjelma menjadi bandar besar di Kurdistan Selatan. Dinawar terletak di kawasan yang strategik kerana berada di antara wilayah Timur dan Barat yang cukup masyhur sebagai jalur utama perdagangan antarabangsa yang dikenali sebagai Jalur Sutera. Hingga kini, bandar ini dikenal sebagai penghasil ilmuwan dan pemikir Islam yang cukup berpengaruh, seperti ad-Dinawari.
Kepakaran Ad-Dinawari dalam bidang pertanian ini turut menjadikan nama beliau sebagai objek kajian tesis akademik Jerman Silberberg pada tahun 1908. Menurut Silberberg, sumbangan utama Ad-Dinawari dalam ilmu tumbuhan ialah penemuannya yang luar biasa dengan mengenalpasti 400 jenis tumbuhan. Ini termasuk penemuan pelbagai jenis tanah, syor-syor yang baik untuk penanaman, sifat-sifat dan kualiti tanah.
Botani merupakan kajian saintifik untuk kehidupan tumbuhan. Sebagai satu cabang biologi, botani kadang kala dirujuk sebagai sains tumbuhan atau biologi tumbuhan. Botani merangkumi pelbagai disiplin saintifik yang mengkaji struktur, pertumbuhan, pembiakan, metabolisma, perkembangan, penyakit, ekologi, dan evolusi tumbuhan.
Ad Dinawari telah menulis sebuah buku botani yang sangat menakjubkan yang bertajuk Kitab al-Nabat (Buku Tumbuh-tumbuhan) pada abad ke-9 M. Dalam kitabnya itu, ad-Dinawari memperihalkan secara terperinci kurang lebih 637 jenis tumbuhan. Tidak hanya itu, Ad-Dinawari pun mampu menjelaskan proses evolusi tanaman mulai dari kemunculan hingga kematian. Dan yang tak kalah pentingnya, bapa pertanian menghurai secara meyakinkan proses pertumbuhan tanaman, produksi bunga, dan buah.
Tokoh yang mempunyai nama penuh Abu Hanifah Ahmad ibnu Dawud Dinawari turut dikenali sebagai ilmuwan yang menguasai pelbagai disiplin keilmuan lain. Selain sebagai perintis botani, ad-Dinawari juga dikenal menguasai beragam ilmu, seperti astronomi, pertanian, metalurgi, geografi, matematika, dan sejarah.
Dalam catatan sejarah, ad-Dinawari adalah keturunan bangsa Kurdi. Beliau keturunan daripada keluarga Wanand dan merupakan generasi kedua yang memeluk agama Islam. Dari kota itu, terlahir juga seorang ulama dan ahli agama bernama Muhammad ibn Abdullah ibn Mihran Dinawari dan ahli tata bahasa yang bernama Abu-Ali Ahmad ibn Jafar ibn Badh Dinawari.
Ad Dinawari juga diiktiraf sebagai penulis pertama yang mengkaji dengan cukup komperehensif bangsa Kurdi. Melalui bukunya yang bertajuk Ansab al-Akrad (Keturunan Kurdi), beliau menelusuri susur galur dan sejarah bangsa Kurdi. Selain kepakarannya dalam bidang pertanian, ad-Dinawari turut dikenali sebagai seorang sejarahwan. Karya sejarahnya dituangkan dalam buku berjudul Kitab al-Akhbar al-Tiwal (Book of Long Narratives). Buku itu mengkisahkan jejak kehidupan manusia mulai dari zaman sebelum Islam hingga era Islam.
Di atas sumbangan keilmuan dalam pelbagai bidang itu, ad-Dinawari dikenali sebagai seorang pemikir Islam bertaraf dunia. Para ilmuwan pada era moden mengagumi ketelitian, ketepatan, serta kehebatan ilmuwan Persia itu. Namanya disejajarkan dengan legenda ilmuwan muslim dunia, seperti Ibnu Khaldun yang masyhur dikenali sebagai bapa sosiologi menerusi magnum opusnya yang berjudul Al-Muqaddimah.
Ramai ilmuwan menjadikan buah pikirnya sebagai rujukan utama dalam karya mereka. Sebahgaian yang lain menulis semula bukunya dan memberi syarahan terhadap karya ad-Dinawari. Sejarawan dan ahli etnografi terkenal, Mas’udi mengatakan, Ibnu Qutayba Dinawari telah menyalin Book of Astral Orientations (Buku Orientasi Ilmu Falak) karya Abu Hanifa ke dalam karyanya.
Dalam bidang astronomi, sosok ad-Dinawari pun begitu dihormati dan dikagumi. Ia dikenal sebagai seorang astronom hebat asal Persia yang menemukan galaksi Andromeda. Sejarahwan Barat B Lewin dalam biografi tentang Abu Hanifa ad- Di nawari mengatakan, generasi muda Muslim patut mencontoh sang ilmuwan. Salah satu hal yang menarik dari ad-Dinawari adalah ketepatan dan ketelitiannya saat melakukan penelitian.
Menurut Izady yang telah menulis mengenai biografi ad Dinawari, hingga kini penduduk bandar Dinawar tak pernah melupakan jasa dan sumbangan besar yang diberikan Abu Hanifa ad- Dinawari dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Setiap tahun, masyarakat di kota itu memperingati hari Abu Hanifa Dinawari. Semangat dan perjuangan hidupnya tetap dilestarikan dan menjadi inspirasi generasi masa sekarang. Salah satu sumbangan paling penting yang diberikan ad-Dinawari bagi peradaban manusia adalah Kitab al-Nabat. Itulah sebabnya dia dianggap sebagai penemu dan bapa pertanian dari Arab.
Disusun oleh: Ibanah Suhrowardiyah
Recent Comments