Walau bagaimanapun, sekatan-sekatan itu menjadikan Iran lebih kuat dan bersedia berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Akhirnya Amerika Syarikat dikejar dengan bayang-bayang kebimbangan yang besar. melakukan pelbagai tindakan untuk menghapuskan tenaga pakar dan saintis Iran. Ini termasuklah pembunuhan secara berselindung di sebalik ‘kemalangan’ dan serangan terbuka (mengebom konvoi kenderaan) serta memasang bom di kenderaan orang penting dalam pembangunan tenaga nuklear Iran.

Misalnya, pembunuhan Mohsen Fakhrizadeh di bandar Absar, dalam wilayah Damavand, di bahagian timur Teheran pada bulan November 2020. Neetanyahu pernah menganggap Mohsen sebagai ‘bapa program nuklear Iran’. Agen perisikan Israel, Mossad dikatakan terlibat dalam serangan tersebut, yang ketika itu Mohsen sedang berada di dalam kereta. Ia berlaku kurang dua bulan Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

Ia merupakan kebimbangan yang cuba ditunjukkan oleh Mossad terhadap Joe Biden, curiga beliau tidak akan meneruskan apa yang dilakukan oleh Donald Trump, yang mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel, normalisasi beberapa buah negara Arab dengan Israel dan melaksanakan apa yang diputuskan dalam Abraham Accords 2023. Abraham Accords dikatakan bermula apabila Sudan dan Israel (2 Februari 2023) memuktamadkan normalisasi sebaik sahaja kerajaan awam dapat dibentuk di Sudan.

Deklarasi Abraham Accords diasaskan sebagai bersama untuk menggalakkan promosi antara agama dan budaya (interfaith and intercultural dialogoue) dalam kalangan penganut agama samawi (wahyu) iaitu Judaisme (Yahudi), Nasrani (Kristian) dan Islam dan juga peningkatan nilai-nilai kemanusiaan. Ia merupakan siri perjanjian atau memorandum persefahaman antara Israel dan negara-negara Arab yang ditandatangani pada pertengahan 2020, sebagai deklarasi umum (general declaration) secara dua hala (bilateral), iaitu UAE, Bahrain dan Moroko (Maghribi).

Matlamatnya, untuk membawa masuk Arab Saudi sebagai rakan diplomatik Israel. Ia sebagai tindakan secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Israel, dan tidak lagi dilabelkan sebagai negara haram. Hal ini sudah memberikan sedikit sebanyak kekuatan kepada Israel, yang menjadi legasi Donald Trump yang wajib diteruskan oleh Joe Biden.

Namun, sejak mengambil alih pentadbiran Rumah Putih, Joe Biden tidak melihat usaha itu sebagai sesuatu yang penting, sebaliknya, berusaha untuk terus melaksanakan perang perdagangan dengan China yang dimulakan oleh Donald Trump pada tahun 2017.

Sebab itulah kepimpinan Joe Biden dianggap lemah oleh Israel, dan ia tidak akan bersetuju dengan ugutan Joe Biden dalam menyeru Israel membenarkan pasukan petugas dan sukaralawan memasuki Gaza, iaitu membuka kawalannya di Rafah.

Oleh kerana keputusan itu sudah dibuat oleh Washington dan juga ICJ, Neetanyahu terus membunuh penduduk Palestin dengan harapan, bantuan dan sukarelawan tidak diperlukan, dan aktiviti bantuan kemanusiaan terhenti. Israel berhasrat menjadikan rakyat Palestin di Gaza terus mati kelaparan, manakala mereka yang cedera dibiarkan mati tanpa rawatan.

Strategi itu bakal menampakkan bahawa Israel bukanlah pengganas, kematian penduduk Palestin adalah akibat menentang Israel. Sebab itulah Neetanyahu pernah menegaskan, Israel akan bertindak bersendirian, dengan tegas bagi mempertahankan diri dan tidak akan berhenti selagi Hamas tidak dapat dihapuskan. Israel bersedia berkorban demi keselamatan negara haram Yahudi Zionis, walaupun terpaksa membayar harga yang mahal.

Azerbaijan pula mendapat kemudahan membeli senjata daripada Israel. Hubungan ini mendapat tentangan daripada banyak negara, setelah Azerbaijan membeli hampir USD$ 5 bilion kelengkapan perang daripada Israel pada tahun 2016.

Azerbaijan dikecam kerana menjual minyak dan gas kepada Kesatuan Eropah dan Israel, namun bagi Azerbaijan dia berbuat demikian kerana memerlukan dana untuk membaiyai keperluannya, termasuk membangunkan dua loji tenaga solar dan angina yang akan beroperasi pada tahun 2027. Juga, lima janakuasa yang akan beroperasi pada tahun 2030.

Israel tidak pernah cukup dengan apa yang ditetapkan, lalu mengaplikasikan dasar pecah dan perintah bagi menjadikan keturuan Yahudi sebagai penduduk majoriti. Strategi demografi inilah yang menjadi asas penjarahan yang tidak pernah berhenti walaupun pelbagai keputusan telah dibuat, Israel tidak mematuhinya. Perjanjian yang dilanggari secara drastic dan kejam ialah Oslo Accord (1993) yang ditandatangai di Washington, berdasarkan resolusi 242 dan 338 Majlis Keselamatan PBB.

Perjanjian ini dengan jelas memberikan pengiktirafan terhadap Israel oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO, yang ketika itu dipimpin oleh Yasser Arafat). Perjanjian tersebut memberikan kuasa kepada PLO untuk menjadi pertubuhan yang diiktiraf oleh Israel mewakili rakyat Palestin, yang kemudiannya dinamakan Pihak Berkuasa Palestin (PA). Namun, dalam perjalanan sejarah, Israel terus mengawal dan mengekang PA sehingga menyebabkan nasib penduduk Palestin terabai, dikawal dan disadera oleh Israel.

Ketika itu, Palestin telahpun berjaya dipecahbelah kepada dua bahagian, iaitu Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Tebing Barat didiami oleh keturunan Palestin yang dipimpin oleh PA manakala Gaza dijadikan sebagai penjara terbesar oleh Israel bagi menempatkan etnik Palestin yang lain. Ertinya, Gaza dan Tebing Barat merupakan dua buah enklaf yang dikawal rapi oleh Israel. Sebarang pergerakan dan kepentingannya di bawah kawalan dan dominasi Israel.

Hamas muncul 20 tahun selepas Israel berjaya memecahbelahkan wilayah Palestin pada tahun 1987. Ia dipelopori oleh aktivis Ikhwanul Muslimin yang marahkan dasar pemerintahan Mesir, mengiktiraf Israel selepas kalah dalam Perang Enam Hari dan kemarahan terhadap Anwar Sadat yang menandatangai Perjanjian Kem David (17 September 1978).

Benjamin Neetanyahu, PM Israel sebanyak enam kali yang kini sedang dinilai oleh rakyat Israel dalam period setengah penggal pertama era pemerintahannya yang keenam kali dilihat semakin tersandar apabila tiga buah negara Eropah – Sepanyol, Norway dan Ireland – menyatakan hasrat mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka secara unilateral.

Keputusan tiga buah negara Eropah itu bukan kerana bencikan Israel, tetapi disebabkan keangkuhan pemimpin-pemimpinnya melanggar pelbagai peraturan antarabangsa dan merobek nilai-nilai kemanusiaan secara kejam dan sangat brutal.

Kekejaman Israel telah sampai ke kemuncaknya apabila lebih 70 peratus daripada 35,800 orang rakyat Palestin yang terkorban ialah orang awam, wanita dan kanak-kanak, bukan aktivis Hamas. Kemarahan dunia semakin memuncak apabila pasukan pertahanan Israel (IDF) membunuh tiga orang anak dan empat orang cucu pemimpin Hamas pada hari-hari terakhir Ramadhan 1445H, yakni pada 11 April 2024, iaitu di hari pertama Aidilfitri.

Tiga anak lelaki pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, iaitu Hazem, Amir dan Muhammad terkorban dalam serangan udara di kem al-Shati.

Israel mendakwa, anak-anak Ismail Haniyeh adalah aktivis Hamas walaupun tidak ada penjelasan yang mencukup terhadap dakwaan. Namun, Ismail Haniyeh yang hidup dalam buangan di Qatar menyifatkan kematian anak-anaknya sebagai syahid, dan tidak akan melumpuhkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan menentang rejim haram Israel.

Mengulas mengenai tragedi itu, Ismail Haniyeh berkata: Musuh sedang berkhayal jika mereka fikir dengan membunuh anak-anak saya, kami akan menukar kedudukan kami. Kami tidak akan mengalah, tidak kira berapa ramai yang terkorban.

Semua anggota keluarga besar rakyat Palestin terutama penduduk Gaza, melakukan pengorbanan. Perjuang mendapatkan kebebasan kami dibayar dengan darah dan nyawa anak-anak kami.”

Kesan daripada pembunuhan tersebut, masyarakat antarabangsa semakin menunjukkan kemarahan terhadap Benjamin Neetanyahu sehinggalah tekanan semakin memuncak agar gencatan senjata perlu dilakukan segera. Tekanan-tekanan itu bukan atas kepentingan agama, kerana ia muncul di pelbagai negara dan keyakinan agama yang berbeza.

Akibat tekanan yang besar, Amerika Syarikat sendiri dilihat cukup berhati-hati dalam membuat keputusan dalam memberikan sokongan kepada Israel walaupun sebelum mempertahankan alasan Israel, melakukan serangan atas sebab ‘mempertahankan diri’.

Ketika Israel melancarkan serangan balas setelah merasa tergugat sistem pertahanannya yang berjaya ditembusi oleh kelengkapan senjata Hamas, Amerika Syarikat dengan lantangnya memberikan jaminan akan meningkatkan bantuan senjata, peluru dan peralatan canggih kepada Israel, termasuk menghantar pesawat tempur dan kapal perang untuk mengawal wilayah Israel.

Pendirian Washington itu telah dikritik dan dikecam sehingga muncul beberapa siri demontrasi menolak pendirian Joe Biden untuk menyalurkan bantuan dan seterusnya meluluskan pakej senjata bernilai USD $ 3.8 bilion kepada Israel tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Kongress atau Senat. Hal ini telah menyebabkan serangan berbentuk jenayah kebencian berasaskan kaum dan agama membabitkan penganut Yahudi meningkat dengan banyaknya di Amerika Syarikat.

Menurut kajian dan laporan yang dibuat oleh ahli akademik serta Pengarah Biro Penyiasatan Pusat (FBI), Christopher Way, kebencian rakyat Amerika Syarikat terhadap Israel semakin memuncak sejak serangan balas itu berlaku. Sehingga akhir bulan Oktober 2023, peningkatan ujaran kebencian telah meningkat lebih 60 peratus sedangkan jumlah penganut Yahudi adalah sekitar 2.4 peratus penduduk Amerika Syarikat.

Keadaan ini cukup membimbangkan Joe Biden kerana setahun lagi (November 2024), Amerika Syarikat akan melaksanakan Pilihan Raya Presiden. Joe Biden berusaha mempertahankan penguasaan Rumah Putih untuk penggal kedua.

Kerisauan itu cukup menjadi petunjuk yang jelas, Joe Biden mungkin akan menerima pukulan telak di beberapa kawasan pilihan raya yang pernah dianggap sebagai kubu kuat Demokrat. Ini bermakna, mahu tidak mahu Joe Biden terpaksa menuruti kehendak rakyat yang akan mengundi.

Hampir keseluruhan bandar-bandar di Amerika Syarikat telah muncul tindakan menggesa Joe Biden bertindak keras ke atas Israel agar segera menamatkan serangan ke atas Gaza. Demonstari muncul di beberapa ratus kampus universiti, yang menyatakan solidarity mendokong ‘Free Palestine’ yang turut menyebabkan pihak pengurusan universiti memikirkan semula hubungannya dengan pemberi dana dan juga melaburkan wang ke beberapa buah syarikat yang ada kaitannya dengan Israel.

Turut mencalarkan imej pengurusan universiti ialah gesaan agar dana Universiti Harvard dikaji semula, tidak digunakan melabur dalam industri senjata dan tidak menerima dana daripada pengusaha industri senjata.

Dalam kalangan masyarakat awam, misalnya di pelabuhan Oakland, California, (2 November 2023) sekumpulan pejuang hak asasi manusia memanjat sebuah kapal milik tentera Amerika (MV Cape Orlando) yang dikatakan akan menghantar senjata ke Israel sebagai tindakan menghalang.

Mereka membawa sepanduk “Occupy Everything, Death to Capitalism”. Mereka terinspirasi dengan gerakan “Occupy Wall Street” yang berlaku selama dua bulan, antara 17 September hingga 15 November 2011. Para demonstran menyindir kerakusan sistem kapitalis, termasuk dalam perniagaan senjata untuk membunuh. Amerika Syarikat merupakan negara pengeksport senjata dan peralatan perang terbesar.

Amerika Syarikat dikatakan cukup mengawal penjualan senjatanya tetapi, tidak melakukan tindakan yang sama bagi memenuhi keperluan Israel. Bahkan, sebahagian besar industri senjata Israel ditaja oleh Amerika Syarikat, selain kapitalis Yahudi daripada Israel menjadikan Amerika Syarikat sebagai ibu pejabat industri senjata. Mereka berbuat demikian kerana mengatasi cabaran yang dihadapi Israel dan kecaman terhadap perniagaan senjata. Mereka berselindung di sebalik industri senjata Amerika Syarikat.

Tiga jenis perniagaan yang sangat menguntungkan: perniagaan senjata, ubat-ubatan dan pemerdagangan manusia. Tiga hal itulah juga tidak dapat dihapuskan sama sekali, walaupun setiap daripada manusia mengharapkan kehidupan yang aman, damai dan tenang, sebagaimana menjadi asas tiga agama samawi, hidup dalam limpahan kasih sayang. Ini bermakna, perspektif ilmu dan keilmiahan barat semakin tercalar, kerana dalam masa yang sama Barat merobek nilai dan kepercayaan yang dipegangi, hanya kerana tunduk kepada nilai-nilai kebendaan, dan nafsu.

Atas kesilapan itulah Israel yang didokong oleh ideologi Zionis semakin diyakini menjadi punca huru-hara dalam peradaban manusia moden. Paradigma sejarah yang cuba dibangunkan telah dikecam dan ditentang secara meluas oleh masyarakat antarabangsa, bahkan muncul dalam kalangan sejarawan baharu Israel sendiri.

Mereka mempertikaikan proses sejarah yang cuba dicipta oleh pemimpin Zionis, sehingga kini sudah menampakkan kejayaan sebahagian daripadanya, dalam menilai semula erti kemanusiaan, kebebasan dan politik perkauman. Nilai-nilai sejagat yang diterima sebagai norma hidup telah dihancurkan oleh Israel dan aktiviti pelobiannya semakin diketahui sangat propagandik.

Para sejarawan Yahudi generasi baharu (New Jews Historian) atau Post-Zionist seperti Benny Morris, Ilan Pappe, Avi Shlaim mula mendedahkan perilaku jahat Zionis berdasarkan dokumen rasmi yang berjaya mereka selidiki sejak 1980, dan menolak dengan kerasnya apa yang didakwa sebagai kembali ke Tanah Yang Dijanjikan sebagai settler colonialism (peneroka-penjajah).

Lain-lain pengkritik keturunan Yahudi yang menjelaskan kekejaman Israel antaranya, Noam Chomsky, Ralph Epperson, Norman G Falkenstein, Tom Segev dan Ami Gluska.

Sebahagian daripada mereka berhadapan dengan pelbagai tekanan, termasuk ugutan pemecatan sebagai kakitangan akademik dan juga melambatkan proses pengijazahan. Ini dapat dilihat daripada perjalanan akademik Norman G Falkenstein, proses pengesahan ijazah kedoktorannya tertunda (alasan tidak mempunyai tenaga pakar untuk menilai disestasi tersebut.

Kelengahan ini adalah akibat pembongkaran pembohongan holocaust yang dijadikan sebagai satu bentuk indusri) berjaya didedahkan secara terperinci. Akhirnya, setelah pendedahan tersebut kerjaya Norman Felkenstein sebagai tenaga pengajar di Universiti DePaul ditamatkan (2006).

Sebabnya, pada tahun 2000 Falkensein menerbitkan sebuah buku hasil kajiannya tentang holocaust telah dimanipulasikan oleh Zionis untuk mendapatkan laba politik. Buku itu, The Holocaust Industry telah menyedarkan khalayak pembaca terhadap pembohongan proses sejarah dengan tujuan membenarkan cita-cita Zionis menubuhkan sebuah negara haram di Palestin. Holocaust ‘sedang dijual, bukan diajar’.

Holocaust tidak diajar di Amerika Syarikat, juga seluruh dunia sebagai satu hakikat sejarah kemanusiaan, tetapi dieksploitasi seluas-luasnya untuk meraih simpati, mengumpul dana dan meraih sokongan bagi membentuk perancangan migrasi Yahudi ke Palestin.

Tulis Smith al-Haddar, Penasihat The Indonesian Society for Middle East Study (ISMES) dalam ‘Kata Pengantar, buku Falkenstein itu: “…menggugat holocaust sama ertinya dengan menggugat morality bangsa Barat. Ini akan semakin menambahkan dosa mereka: membantai bangsa Yahudi dan mengusir bangsa Palestin dari tanah air mereka sendiri. Barat tidak mampu secara moral melihat kenyataan ini, Oleh itu, setiap kali masalah ini dihadapkan kepada mereka, reaksinya sangat emosional.

Presiden AS, George Walker Bush menyamakan Ahmadinejad dengan Hitler, gelaran yang identic bagi seseorang yang jahat lagi tidak bermoral.

“Manakala PM Inggeris, Tony Blair pula memberikan reaksi kenyataan Ahmadenejad dengan meminta beliau datang ke Eropah bagi melihat sendiri jejak-jejak Holocaust, seolah-olah Holocaust begitu rumit dan hanya dapa difahami dengan melihat sendiri semua peninggalan fizikal sejarahnya.” (Norman G Falkenstein, Pembantaian Yahudi, Holocaust: Penipuan Yahudi Dalam Mewujudkan Simpati Dunia, terjemahan daripada The Holocaust Industry Suzilawati Abdullah, Petaling Jaya, Selangor: Hijaz Records & Publishing, 2015, hal.5)

Pada bahagian akhir buku tersebut, Falkenstein berkata: Berkali-kali Holocaust nampak telah menjadi alat di tangan organisasi-organisasi Yahudi besar ini untuk memperoleh dana bagi projek-projek kesukaan para pemimpin organisasinya, demikian pengamatan Haaretz, sebuah akhbar terkemuka Israel…

“..mereka memiliki motivasi berganda: iaitu sebuah pungutan yang adil untuk apa yang disumbangkan oleh para pemimpin industri perusahaan keluarga mereka sejak dahulu bagi kaum Yahudi Eropah, dan satu penebusan dosa daripada perasaan bersalah komuntiti Yahudi Amerika atas sedikitnya perkara yang dapat mereka lakukan bagi menghentikan (Holocaust), enam dekad sebelumnya.

Perkara sebenarnya adalah keluarga Bronfman dan keluarga Singer dihantui perasaan berdosa di atas kutipan yang mereka ambil demi kepentingan peribadi mereka.” (hal.178). Bronfman (Charles Bronfman, peniaga dan dermawan Yahudi Kanada.

Keluarganya berasal daripada Rusia, pasangan Yechiel Brofman dan Mindel yang mengawal perniagaan tembakau dan penjualan arak (jenama Seagram). Keluarga Brofman berhijrah ke Kanada pada tahun 1889. Salah seorang daripada anak-anak Yechiel, Sameul Brofman dilantik sebagai pemimpin Komuniti Yahudi di Kanada (1939-1962), dan menjadi pengasas Seagram.

Setelah Sameul meninggal dunia (1971), salah seorang anaknya, Edgar Miles Brofman dilantik sebagai Presiden World Jewish Congress (1981) dan dibawah kepimpinannya, Bank of Swiss telah membatalkan pembekuan aset milik Yahudi (1997) yang berhijrah dan terbunuh semasa Perang Dunia II.

Singer sangat dikenali oleh rakyat Malaysia, kerana jenama itu telah menjadi sebuah jenama perkakasan rumah yang boleh dibeli secara kredit. Perkakasan rumah Singer bermula dengan mesin jahit, yang dikeluarkan oleh Singer Sewing Machine Company.

Syarikat itu diasaskan oleh Isaac M Singer dan Edward C Clark pada tahun 1851 di New York. Ia kemudiannya berkembang di seluruh dunia apabila Singer berjaya mengeluarkan mesin jahit mesra pengguna.

Perkembangan itu menarik minat Singer untuk memperkembangkan lebih banyak perkakasan rumah setelah produk konsumer elektrik menjadi satu keperluan rumahtangga seperti peti sejuk, periuk nasi, pembakar roti, televisyen dan lain-lainya. Di Malaysia, sejak tahun 1989, jenama Singer telah dimiliki oleh taikun Vincent Tan.

Satu lagi lesen francais yang dimiliki oleh Vincent Tan, iaitu pemilik operasi Starbuck di Malaysia ikut menjadi sasaran BDS, sehingga mengalami kerugian yang besar dalam sejarah Berjaya Foods Berhad (juga memegang lesen francais Kenny Rogers Roasters, Jollibean Foods, Joybean dan Sala).

Namun, perniagaan francaisnya yang paling berjaya ialah Starbucks, selain 7e (di bawah lesen kedai serbanika milik syarikat Jepun (Seven & I Holding Company sejak tahun 1991) melalui 7-Eleven Malaysia Sdn. Berhad).

Walau bagaimanapun, jenama Singer semakin dilupakan oleh rakyat Malaysia apabila persaingan produk elektrik semakin bercambah dan dipromosikan secara berlebihan sehingga hampir setiap rumah merasakan tidak lengkap tanpanya.

Isaac adalah anak bongsu Adam Singer dan Ruth Benson, pasangan Yahudi dari Jerman yang berhijrah ke Amerika Syarikat. Adam Singer lahir pada tahun 1811 di Pittstown, New York.

Adam Singer mempunyai sejarah kelamnya dalam dunia perkahwinan dan pekerjaan; penceraian, kegagalan perniagaan dan bangkit semula. Pada tahun 1851 berjaya menghasilkan mesin jahit yang mesra pengguna. Daripada situlah jenama mesin jahit Singer berkembang dan mendapat perhatian di seluruh dunia. Adam Singer juga dikenali dalam dunia lakonan,

Salah seorang saudara lelaki Singer, Washingyon Singer merupakan penderma kepada University College England, yang kemudiannya dikenali sebagai University of Exeter, tempat di mana Ilan Pappe mengajar. Jurai keturunan Singer merupakan penyumbang dana kepada Pertubuhan Yahudi Antarabangsa, setelah jualan produk mereka melonjak keuntungan yang besar.

(BERSAMBUNG)

MONOSIN SOBRI

Translate »