Dalam catatan Victor E Frankel, Man’s Search for Meaning (terjemahan Haris Priyatna, Jakarta: Penerbit Noura, cetakan ketiga, 2018) yang menjadi mangsa tahanan Nazi (nombor tawanan 119.104) “hampir sepanjang waktu ditugaskan untuk menggali dan membuat lintasan jalan keretapi. Sekali waktu, saya harus menggali sebuah terowong, tanpa bantuan sesiapa pun, untuk menempatkan paip utama saluran air di bawah sebuah jalan.

“Keberhasilan saya cukup dihargai kerana sesaat sebelum Hari Natal 1944, saya diberikan kupon premium. Kupon tersebut diberikan oleh kontraktor bangunan yang menggunakan tawanan sebagai hamba; kontraktor tersebut membayar kepada pihak yang menguruskan kem dengan harga setiap tawanan.

“Kupon tersebut mempunyai nilai setara lima puluh pfening (sen Jerman…setara dengan nilai dua belas batang rokok…boleh ditukar dengan dua belas mangkuk sup, dan dua belas mangkuk sup benar-benar boleh mengubati rasa lapar.  (hal.9)

Frankel yang dibawa ke kem Auschwitz dengan keretapi bersama-sama 1,500 tawanan (setiap gerabak menempatkan orang, duduk dalam keadaan amat terhimpit) yang mengambil masa perjalanan beberapa hari dan malam menceritakan bahawa mereka akan dicukur kepalanya dalam keadaan telanjang, dan pada masa yang sama kedengaran pukulan daripada penjaga kem ke badan mangsa yang tidak berpakaian.

Terjadi juga percubaan bunuh diri disebabkan tidak tahan berhadapan dengan deraan dan penyeksaan. Ada yang berusaha membunuh diri secara ‘berlari ke arah kawat berduri’. (hal.24).

Cerita Frankel, “Perasaan para penghuni kem sudah bebal, dan tidak berharganya hidup manusia barangkali semakin disedari ketika konvoi yang membawa iring-iringan tawanan yang sakit disiapkan. Tubuh-tubuh kurus dari orang-orang yang sakit dilemparkan begitu sahaja ke kereta dua roda yang akan didorong oleh para tawanan sejauh beberapa batu, merempuh badai salji menuju kem berikutnya.

“Jika si sakit meninggal sebelum kereta bergerak, dia tempat dibaling dan diberangkatkan – kerana pengiriman harus sesuai dengan daftar. Seseorang tawan akan dikira dengan nombor tawanan. Semua orang benar-benar berubah menjadi hanya sekadar nombor, sama sekali tidak relevan. Apa yang diawali oleh si nombor dan oleh kehidupannya lebih tidak berharga lagi: nasib, sejarah, dan nama orang tersebut.” (hal.74-75)

Namun Frankel tidak menyebut berapa ramaikah yang menjadi tawanan kem Auschwitz yang dikatakan sebuah kem konsentrasi terbesar, hanya diketahui 1,500 orang yang dimasukkan bersama-samanya. Ini bermakna, gambaran bahawa sesebuah kem konsentrasi menempatkan ratusan ribu orang adalah tidak tepat, seperti juga rumusan menyatakan 6 juta orang dibunuh kejam oleh Nazi.

Jika dihitung setiap kem menempatkan 10,000 orang pada sesuatu masa (katakan untuk tempoh sebulan), maka dalam tempoh 18 bulan, ada sekitar 180,000. Dijumlahkan dengan enam kem, jumlahnya sekitar 1,080,000 orang. Katakan semuanya telah dibunuh, dicampur dengan mangsa perang, ia belum mencecah dua juta orang. Itulah sebabnya ramai yang mempertikaikan jumlah holocaust yang dikatakan mencecah 6 juta orang sepanjang 18 bulan ‘mengamuk’.

Dalam catatan Anne Frank (12 Jun 1929-1 Mac 1945) bersama kakaknya yang ditahan di sebuah kem tahanan, tidak diceritakan berapa ramai tahanan yang ada secara tepat. Cuma dalam cetakan berbentuk buku Diari Seorang Gadis (terjemahan Puspawati Rosman, terbitan IBDE Ilham Sdn Bhd,, 2020), apa yang dicatatkan ialah mengenai tabularasanya berhadapan dengan persembunyian di sebuah premis daripada ditawan oleh tentera Jerman.

Diari yang ditulis oleh gadis itu bermula 14 Jun 1942, yakni ketika dia berusia 15 tahun dan berakhir pada 1 Ogos 1944 mengenai perasaan dan fikirannya ketika berada dalam persembunyian sebelum berjaya dikesan oleh tentera Nazi. Ini bermakna, diari itu tidak merangkumi pengalaman semasa ditahan dan dikurung dalam kem tahanan tentera Nazi,

Jadi, tidak ada gambaran yang dapat saya ungkapkan daripada diari tersebut, sekadar merasakan terharu dan takjub dengan kebolehan seorang gadis berusia 15 tahun menulis mengenai hari-hari yang dialami ketika ‘terkurung’ dan ikhtiar menyelamatkan diri sebelum ditawan.

Setakat ini, belum ada mana-mana catatan diari seorang remaja Malaysia yang mampu mengungkapkan perasaan ketika terkurung di rumah begitu panjang akibat PKP, yakni hampir dua tahun ekoran penularan pandemik COVID-19 (18 Mac 2020 hingga akhir Julai 2021, setelah darurat ditamatkan).

Menurut catatan akhir, hanya ayahnya Otto Frank masih hidup selepas Perang Dunia II. Otto Frank berjaya diselamatkan pihak Rusia. Ibunya, Puan Frank meninggal pada 6 Januari 1945 di berek hospital di Auschwitz. Anne (16 tahun) dan kakaknya, Margot (17 tahun) meninggal di kem tahanan akibat tifus.

Margot meninggal pada akhir Februari atau awal Mac 1945 dan Anne menyusul beberapa hari kemudian.

Tifus merupakan penyakit utama yang membunuh para tawanan Nazi, selain menyedut racun dan dibunuh. Mungkin juga bahagian penutup ini ditulis bersama Otto Frank untuk melengkapkan catatan tentang pemerintahan Hitler dan sejarah tawanan yang disiksa di kem konsentrasi.

Pada halaman penutup itu, ada tertulis cerita begini: Di Belsen, Anne menjumpai rakan sekolahnya, Lies Goosens. “Saya tunggu sambil menggigil dalam gelap.” Lies menceritakan kisah malam itu ketika Anne dibawa kepadanya. “Lama betul saya tunggu. Tiba-tiba saya dengar suara:’Lies, Lies? Kau dimana?”

“Itu suara Anne, dan saya berlari ke arah suara itu, dan kemudian saya nampak dia di luar pagar dawai berduri, pakaiannya compang- camping. Saya nampak mukanya yang cengkung, dan kurus kering di dalam gelap. Besar betul matanya. Kami menangis dan terus menangis, waktu itu hanya ada pagar dawai berduri di antara kami, tidak ada halangan yang lain. Dan nasib kami juga sudah tiada bezanya.

Saya beritahu Anne yang ibu saya dah mati dan ayah saya sedang nazak, dan Anne beritahu saya yang dia tak tahu apa-apa tentang nasib bapanya, tapi ibunya ditinggalkan di Auschwitz. Hanya Margot masih bersama dengannya, tapi dia sedang nazak. Mereka bertemu dengan Puan Van Daan sekali lagi selepas tiba di Belsen.

Puan Van Daan meninggal dunia di Belsen, tapi tidak ada saksi yang menulis tarikh kematiannya. Margot meninggal dunia sama ada pada akhir Februari atau awal bulan Mac 1945.

“Seorang lagi yang terselamat mengenang kembali “Anne, yang sudah mula sakit pada masa itu, tidak dimaklumkan kematian kakaknya; tapi selepas beberapa hari dia dapat merasakannya, dan tak lama kemudian, dia pula menyusul, mati dengan tenang, tak merasakan ada perkara buruk berlaku kepadanya.” Dia belum lagi mencecah usia enam belas tahun.” (Anne Frank, Diari Seorang Gadis, hal. 238).

Catatan itu menjadikan saya sedikit keliru, Anne lahir pada 12 Jun 1929. Anne meninggal dalam bulan Mac 1945, kurang tiga bulan mencecah umur 16 tahun. Namun, catatan diari Anne Frank mendapat sambutan menggalakkan bila diterbitkan Jun 1947 setelah edisi awal diterbitkan sekadar memori keluarga oleh Otto Frank.

Apa yang ditulis oleh Anne Frank bukan sahaja diterbitkan dalam bentuk, juga diterbitkan dalam bentuk siri televisyen dan pementasan drama. Diari yang dikatakan cukup menarik ini telah diterjemahkan ke lebih 31 bahasa, termasuk edisi bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 2020, yang turut saya baca dan amati untuk mencari maklumat bagi membentuk ‘peta minda’ di ambang Perang Dunia II.

Editor menyatakan seramai 6 juta orang Yahudi menjadi mangsa pembunuhan kejam seorang lelaki bernama Adolf Hitler.

Lelaki yang menjadi pemimpin atau fuhrer kepada Parti Nazi pada tahun 1921 ialah anak kelahiran Austria yang juga seorang bekas pelukis bernama Adolf Hitler. Cerdas, fanatic, tidak teragak-agak untuk menipu atau menggunakan kekerasan untuk mencpai matlamatnya, Hitler mempunyai keupayaan untuk meransang semangat sehingga hadirin yang mendengar ucapannya seperti diserang hysteria. Hitler dan Nazi menyalahkan orang Yahudi dan puak radikal atas kemerosotan kuasa Jerman dan mengisytiharkan ketuanan bangsa Jerman atau bangsa Arya.

“Hitler mengisytiharkan bangsa Jerman sebagai “bangsa pertuanan”, pencipta semua tamadun dan secara semula jadinya paling sesuai untuk memerintah dunia. Untuk memberikan ruang tempat tinggal yang mencukupi untuk semua bangsa ini, Hitler merancang untuk memperluas sempadan Jerman di timur, membentuk sebuah empayar besar di Poland dan Rusia dengan menyingkirkan orang-orang Slavia dari tanah-tanah itu. Orang Slavia, katanya, berdarjat rendah dan hanya layak menjadi hamba. Dalam Order Baru Hitler, mereka sama ada akan berkhidmat dengan ‘bangsa pertuanan’ atau dihapuskan, (Anne Frank, Diari Seorang Gadis, hal.231)

Kisah tentang siksaan tersebut cukup banyak diperkatakan, bahkan dipertikaikan jumlah angka kematian oleh banyak pihak. Juga, dikatakan bahawa cara penyiksaan yang dilakukan juga tidak munasabah berlaku di keseluruhan tempat kurungan yang dikesan sekitar enam buah.

Dalam penelitian Finkelstein, adalah tidak tepat kerana menurut catatan dokumen yang didedahkan pada 13 Julai 1994, Charles A Lindbergh yang mengunjungi salah satu kem tahanan semasa Perang Dunia II di Jerman, hanya 25,000 orang mati dalam tempoh 1.5 tahun (18 bulan). Ini bermakna, dengan perkiraan sederhana, jika didarabkan dengan enam kem yang ada, hanya sekitar 150,000 orang sahaja yang benar-benar terbabit dalam tragedi holocaust.

Finkelstein turut mempertikaikan dari manakah angka itu untuk menunjukkan bahawa keseluruhan orang Yahudi menjadi mangsa. Ini tidak ada data yang lengkap mengenai keseluruhan bangsa Yahudi yang membentuk diaspora di Eropah, dan anggaran lain mengatakan hanya ada sekitar 2 juta orang sahaja berketurunan Yahudi di seluruh Eropah.

Sebab itulah Finkelstein sangat curiga dan rasa tertipu dengan permainan propaganda Yahudi. Setakat ini beberapa penyelidikan dan pengumpulan data diadakan, masih belum menemui angka sebenar korban holocaust, dan hal itulah menyebabkan kebebasan akademik di Amerika Syarikat atau Eropah tidak ada sekiranya mempersoalkan korban holocaust yang digembar-gemburkan itu.

Dalam satu komen mengenai buku karya Raul Hilberg (1926-2007, keturunan Yahudi Austria) Finkelstein menulis: It is hard now to remember that the Nazi holocaust was once a taboo subject. During the early years of the Cold War, mention of the Nazi holocaust was seen as undermining the critical U.S. – West German alliance. It was airing the dirty laundry of the barely de-Nazified West Germany elites and thereby playing into the the hands of the Soviet Union, which didn’t tire of remembering the crimes of the West Germany ‘revanchists”. (Norman Finkelstein, Remembering Raul Hilberg, Counter Punch online,  August 22, 2007, (diakses pada 20 April 2024) https://web.archive.org/web/20007095040640/http://www.counterpunch.org/finkelstein08222007.html,)

Jelas Finkelstein, holocaust sebenarnya tidak memberikan apa-apa kesan kepada rakyat Amerika Syarikat sebelum ia dilibatkan menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat. Selepas berakhirnya Perang Dunia II hingga akhir tahun 1960-an, hanya sedikit buku dan filem yang mengambil tema tersebut.

Juga, hanya sebuah universiti sahaja yang menjadikannya sebagai salah satu matapelajaran (tema kuliah). Ia mendapat sedikit perhatian dan kritik apabila buku Gerald Reitlinger, The Final Solution:The Attempt to Exterminate the Jews of Europe (1953);  Raul Hilberg, The Destruction of the European Jews (1961); dan Hannad Arendt, Eichmann in Jerusalem (1963) diterbitkan.

Beliau melihat holocaust itu sebagai ‘satu bentuk perniagaan atau industri’, strategi politik Zionis menipu masyarakat dunia, dan maraih simpati terhadap rencana memecahkan diaspora. Ertinya, semakin persoalan holocaust dikaji, semakin besarlah pembohongan yang berlaku, semakin terbuktilah bahawa Zionis menipu, berbohong dan menagih simpati dunia berdasarkan otak reptilia, iaitu memecahkan diaspora. Yahudi tidak akan selamat jika tidak ada negaranya sendiri.

Sejarah telah membuktikan bahawa Yahudi sebenarnya tidak mempunyai wilayah atau tanah airnya. Apa yang dikatakan Tanah Yang Dijanjikan hanyalah sebuah mitos, pentafsiran yang salah dan sangat bersifat propaganda. Benar, masyarakat Yahudi pernah tinggal di bumi Palestin, tetapi sebahagian besar mereka telah dihalau oleh Empayar Byzantium, Parsi dan Babylon.

Ketika Umar al-Khattab menguasai Baitul Maqdis, orang Yahudi yang masih tinggal di bumi Palestin tetap dibenarkan mendiaminya.

Begitu juga ketika Baitul Maqdis (Jerusalem) berjaya dirampas kembali oleh Salahudin al-Ayubbi selepas Richard the Lionheart meninggalkan bumi Syam. Richard tidak memenangi Perang Salib III, sebaliknya mengambil keputusan pulang ke England kerana takhta yang didudukinya dicabar oleh saudaranya sendiri.

Begitu juga ketika Muhammad al-Fateh berjaya merampas kembali Baitul Maqdis setelah berjaya menewaskan kerajaan Byzantium pada tahun 1453, penduduk Yahudi tidak diusir daripada bumi Palestin. Gambaran ini membuktikan bahawa siapa pun yang memerintah bagi pihak Islam, tidak menyiksa, membunuh dan menghalau keturunan Yahudi kecuali mereka yang menyerang Islam.

Bagi Finkelstein, holocaust adalah industri yang sangat menguntungkan Israel. Holocaust juga membuat sekelompok Yahudi menjadi lebih berkuasa di Amerika Syarikat sehingga hakikat sejarah dan kebebasan akademik tersekat.

Seperti kata Noam Chomsky ketika mengulas buku The Holocaut Industry, ia akan membangkitkan pelbagai tindakan dan reaksi kerana Finkelstein lantang mengecam holocaust dan dalam masa yang sama, penerokaan tersebut patut dipuji. Itulah risiko yang perlu diterima oleh ahli akademik yang mengkritik dan mengecam propaganda Israel.

Propaganda itu sudah diceritakan dengan jayanya dalam filem-filem yang diarahkan dan dikeluarkan oleh Steven Spielberg seperti Saving Private Ryan (1998), Schindler’s List (1993) dan The Last Days (1998). Yang paling berkesan ialah Schindler’s List, tetapi filem itu dilarang tayanganya di Malaysia.

Beberapa tahun lalu, saya menontonnya dalam format VCD (video compact disc, yang mengambil alih VCR, video cassette recorder yang menjadi fenomena sekitar pertengahan 1980-an dan 1990-an). Saya dapat mengesaninya, memang cerita itu adalah propaganda Steven Spielberg yang terkenal sebagai pengarah filem keturunan Yahudi yang mendokong Zionis.

Kenapa saya mengambil pengetahuan daripada Finkelstein? Saya melihat Finkelstein adalah seorang ahli akademik yang cukup berani membongkar apa sebenarnya yang menjadikan holocaust itu sebagai satu cukup membangunkan ‘peta minda’.

Kebanyakan masyarakat Yahudi yang berfikiran seperti Theodore Hertzl (atau terpengaruh) untuk menyempurnakan The Greater Israel sehingga sejarah menjadi komoditi yang berhasil membangkitkan otak reptilia di Amerika Syarikat sendiri, termasuk dalam kalangan ahli akademik. Saya berpendapat,  Bruce Gilley adalah salah seorang daripadanya.

Holocaust menjadi komoditi dalam perdagangan ‘pengaruh dan kuasa’ sehingga terlalu banyak fakta sejarah dipalsukan, termasuklah jumlah mereka yang terkorban akibat kekejaman Adolf Hitler menjelang dan semasa Perang Dunia II, tanpa melihat apa sebenarnya ‘punca kebencian’ yang menyebabkan pemimpin Jerman bertindak sedemikian.

(BERSAMBUNG)

MONOSIN SOBRI

Translate »