Persoalannya, kenapa Jualan Rahmah itu hanya dibuat di salah sebuah premis KK Mart di Melaka, bukan seluruh negeri atau negara? KK Mart mungkin merasakan dengan menggantung banner “Jualan Ihsan Rahmah Berkat, Tahun Melawat Melaka 2024” mungkin boleh meredakan tekanan dan mengembalikan semula tarikan masyarakat untuk berbelanja di premis berjenama itu. Ia mungkin dilihat jika mereka berjaya lakukan di Melaka, ia akan berjaya memulihkan imej dan menarik semula sokongan pelanggan Bumiputera.

Ramai yang melihat itu seperti angan-angan kosong, impian terdesak seseorang yang sudah hilang makna kebijaksanaan merancang dan membuat keputusan. Ia bukan kisah turn-around management. Ia kisah ‘membakar hati dan perasaan’. Tentunya, jika pengasas KK Mart membuat keputusan menggantung semua premis KK Mart dengan banner ‘MEMOHON MAAF dan KESAL’ dengan apa yang berlaku, dan bertekad agar hal yang serupa (menyentuh sensitivi agama, kaum dan budaya) “TIDAK BERULANG” mungkin akan dapat mengembalikan sebahagian pelanggan, walaupun tidak semuanya.

Sepatutnya pengasas KK Mart belajar daripada kesilapan pengeluar kereta yang sanggup menarik atau memanggil kenderaan keluaran mereka walaupun ratusan ribu unit terbabit di seluruh dunia, demi menjaga reputasi dan keyakinan terhadap jenama. Mereka (pengeluar kereta) tidak takut memohon maaf dan menanggung perbelanjaan yang besar demi meningkat dan mempertahankan kuasa jenama. Nampaknya, situasi tersebut makin menggelonsorkan jenama KK Mart, apatah lagi bila Dr Akmal mendakwa turut menerima ‘ugut bunuh’ di atas kelantangannya.

Setakat ini belum ada laporan bahawa ‘ancaman bunuh’ yang diterima itu ada hubungannya dengan tindakan balas daripada mana-mana entiti yang berkaitan dengan KK Mart.  Tentunya, pihak polis akan melakukan siasatan mengenai ‘ancaman bunuh’ itu; yang secara teorinya sangat berkait rapat dengan kuasa oligarki.

Persoalan oligarki cukup luas dibincangkan dalam kompleksiti politik demokrasi Indonesia, kerana oligarki ada ‘permainan’nya untuk mempengaruhi sesuatu perkara, terutama berakaitan dengan tindakan ekonomi. Biarpun persoalan oligarki tidak dibincangkan secara terbuka dan meluas, permusuhan dan perbalahan dalam perniagaan pernah mengambil tempat berlakunya tragedi, perbalahan, permusuhan dan konflik berdarah.

Kita mungkin ingat bagaimana dua kelompok yang bersaing boleh salah menyalah, dan berkonflik dalam sejarah manusia, termasuk dalam sejarah perebutan kawasan lombong bujih timah di Tanah Melayu. Hal sedemikian juga mungkin berlaku, KK Mart seolah-olah menjadi mangsa pertarungan dalam permainan perniagaan. Ini kerana KK Mart muncul di kawasan-kawasan perumahan dan di rumah-rumah kedai sebagaimana beberapa jenama peruncitan yang lain.

KK Mart merupakan entiti rangkaian kedai serbaneka yang lebih baharu berbanding beberapa jenama lain yang lebih awal. Bukan itu sahaja, persaingan dalam rangkaian kedai serbaneka turut menampakkan kesengitannya, bukan sahaja daripada jenama tempatan, bahkan juga jenama luar negeri.  Apakah akibat persaingan sengit itu menjadikan KK Mart sebagai mangsa permainan perniagaan pertama dalam konteks persaingan dan persengketaan? \

Secara teori ia mungkin hal yang sangat menarik untuk dilihat. Namun, setakat ini belum ada data atau maklumat yang sahih mengenainya, hanya sekadar ‘renungan liar’ yang tiada kesudahan apabila munculnya seruan boikot kerana hanya premis berjenama tertentu sahaja yang terbabit. Jenama itulah yang dijadikan sasaran, seperti pernah dialami oleh syarikat pengeluaran produk yang terkenal dengan slogan ‘tanpa was-was’, yang akhirnya ternggelam oleh tekanan, strategi tertentu oleh pesaingnya yang lebih besar dan berpengaruh.

Setakat ini, saya tidak dapat pastikan, hanya sekadar ‘andaian’ atau ‘praduga’ berasaskan kepada teori persaingan yang dirumuskan oleh dua orang peneliti, Wee  Chan Kim dan Renee Mauborne dalam buku mereka yang terkenal, Blue Ocean Strategy (2004). Tindakan saling bersaing sehingga menimbulkan konflik dan permusuhan diistilahkan sebagai Red Ocean Strategy manakala jika saling bekerjasama, lengkap melengkapi dan berkongsi kelebihan atau kekuatan, dipanggil Blue Ocean Strategy (BOS).

BOS pernah menjadi acuan pembinaan daya kuasa dan kerjasama kepakaran sebagai hubungan strategik dalam strategi pembinaan negara pada era pentadbiran Najib Tun Razak. Menurut pengertian dua pengarang buku tersebut, strategi lautan biru (BOS) ‘represents the stimultaneous pursuit of high product differentiation and low cost, making the competition irrelevant.”

Jadi, apakah mungkin ada usaha untuk menjadikan KK Mart tidak lagi relevan dalam sektor peruncitan oleh pesaing-pesaingnya kerana kedudukan premis antaranya tidak jauh, bahkan tersangat dekat/ Secara keseluruhannya, hampir sebelah menyebelah, berseberangan jalan dan dalam barisan atau kelompok bangunan yang sama.

Perniagaan rangkaian kedai serbaneka (convinence chainstore) mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1980-an. 7 eleven (7e) merupakan kedai serbaneka yang awal beroperasi di Malaysia, iaitu pada tahun 1984 (Bukit Bintang). Sebelumnya, konsep pembelian runcit lebih tertumpu kepada mini market atau kedai runcit tradisional. Kini, 7 e merupakan rangkaian kedai serbaneka yang terbesar di Malaysia, dengan cawangan lebih 2,400 di seluruh negara.

7 e adalah salah satu jenama francais yang beroperasi 24 jam dan dimiliki oleh Berjaya Retail Berhad, dengan 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd sebagai subsidiari  7 Eleven dimulakan perniagaannya pada tahun 1927 di Dallas, Amerika Syarikat (oleh Syarikat South Ice Company) dan pada tahun 1928, dinamakan Tote’m Stores sehingga tahun 1946. Ia kemudian berkembang pesat dan Irving, Texas dijadikan sebagai ibu pejabat. Pengasasnya ialah Joe C Thompson. Sehingga 2024, 7 e mempunyai 84,500 cawangan di 19 buah negara, termasuk 2,400 cawangan di Malaysia.

Pada tahun 1991, Seven & I Holding, pemegang francais 7 e di Jepun bertekad untuk membeli 70 perataus saham rangkaian kedai serbaneka itu dan ia menjadi sah menjadi milik Seven-Eleven Japan Co. Ltd pada bulan November 2005. Jadi, dalam kes #BoikotIsrael, 7 e tidak menerima tempiasnya berbanding satu lagi jenama antarabangsa yang dikawal dan dimiliki oleh Kumpulan Berjaya, Starbucks.

Family Mart adalah rangkaian kedai serbaneka yang dimulakan di Jepun pada tahun 1973. Rakyat Malaysia turut memboikot Family Mart, apabila Itochu Aviation, salah sebuah syarikat dalam kelompok Itochu Corporation menjalin kerjasama perniagaan dengan  Elbit Systems Ltd, sebuah syarikat perkhidmatan udara dan logistik Israel. Julai 2020, Itochu memiliki sepenuhnya saham rangkaian kedai serbaneka Family Mart. Family Mart Malaysia dimiliki oleh Maxincome Resources Sdn Bhd, syarikat subsidiary QL Resources Bhd. Maxincome mempunyai perjanjian operasi jenama tersebut untuk tempoh 20 tahun. Cawangan pertama beroperasi di Bukit Bintang pada 11 November 2016, dan sehingga bulan Mei 2021, terdapat lebih 240 buah cawangan di seluruh negara.

Antara jenama kedai serbaneka tempatan ialah MyNew dan 99SpeedMart. MyNews diasaskan Disember 1996 oleh Dang Tai Luk dan sehingga bulan Jun 2020, mempunyai 530 cawangan di seluruh negara. Selain beroperasi MyNew, MyNew Holdings Berhad turut menjalankan perniagaan di bawah jenama antarabangsa WH Smith daripada United Kingdom. Jika MyNews beroperasi di bandar-bandar, dan kompleks perniagaan, WH Smith lebih kepada produk-produk yang diperlukan oleh pelancong di lapangan terbang dan kompleks beli belah yang ternama.

99SpeedMart satu jenama tempatan yang sehingga November 2020, mempunyai lebih 1,750 buah cawangan di seluruh negara. Cawangan pertama dibuka pada tahun 1987 oleh Lee Thiam Wah di Klang Selangor. Bagaimanapun, syarikat hanya mula berkembang selepas membuka cawangan di Batu Belah, Klang pada tahun 2000. Asalnya dinamakan 99 Market dan tahun 2000, dinamakan 99 Speedmart,

Strategi itu adalah untuk mengelakkan daripada kebangkitan kepada dakwaan ‘kamilah yang sepatutnya’ dan ‘kami adalah mampu laksanakan’ kepada satu bentuk perkongsian sumber, kepakaran, teknologi dan pemikiran. Ia akan membentuk kerjasama yang sinergi dan saling bersefahaman, yang pada suatu ketika dikenali dengan nama smart-partnership (bestari, bijaksana atau kerjasama pintar). Namun akibat penterjemahannya yang tersalah langkah, smart-partnership akhir menjadi hodoh dan cukup buruk sebagai kroni, nepotisme dan sebagainya.

Melak dipilih kerana Dr Akmal Salleh adalah orang Melaka, yang kadangkala terpancar semangat Hang Jebat apabila tidak berganjak dengan tindakannya untuk memboikot KK Mart. Dr Akmal adalah ADUN Merlimau, salah sebuah konstituensi di Melaka.. Tindakannya untuk memboikot KK Mart mendapat dokongan Ketua Menteri Melaka, maka imej Ketua Menteri Melaka cuba digunakan untuk ‘membayangkan boikot tidak perlu diteruskan’ sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong mengunjungi Melaka di Tahun Melawat Melaka.

Ia menampakkan sedikit ‘cerdik’ pengasas KK Mart dalam meredakan isu boikot. Sayangnya, tindakan itu mendapat tentangan Dr Akmal, yang juga salah seorang EXCO Kerajaan Negeri Melaka, Pengerusi Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.  Setelah disemak, banner yang digantung itu tidak mempunyai permit (kebenaran), maka Dr Akmal membuat gesaan agar diturunkan. Akhirnya pihak berkuasa tempatan (PBT) terpaksa menurunkan banner terbabit.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Dr Akmal berkata: Kita minta dia naik banner minta maaf tapi banner lain dia naikkan. Naikkan banner tanpa permit dari PBT dan kebenaran YAB Ketua Menteri untuk meletakkan gambar beliau pula tu.

“Maka kita minta PBT jalankan penguatkuasaan mengikut undang-undang yang sedia ada.”

Katanya lagi, “buatlah jualan apa sekali pun, juallah barang murah macam mana sekali pun, kami tetap dengan pendirian kami dengan kekal #boikotKKMart.” (Malaysia Gazette, 25 Mac 2024).

Ia memberikan gambaran, KK Mart dan pengasas Kumpulan Berjaya menggunakan ‘rayuan’ untuk mengembalikan gelagat pengguna agar dapat memulihkan situasi perniagaan yang bermasalah itu. KK Mart mengambil kesempatan dengan aspirasi kerajaan Melaka untuk meningkatkan kemasukan pelancong ke Melaka, dan ketika isu #boikotKKMart masih memuncak, digunakan kesempatan tersebut dengan ‘niat yang baik’ tetapi ‘dengan cara yang salah’.

Seharusnya, setelah muncul sentiment #boikotKKMart, premis perniagaan terbabit tidak mengetepikan peraturan, menaikkan banner yang betul da nada kelulusan pihak berkuasa selain mendapat restu tokoh yang divisualkan. Ada yang memerli ‘Jualan Ihsan Rahmat Berkat” yang dijadikan tema bertukar menjadi sesuatu yang bukan memenuhi makna ihsan, sebaliknya sebagai menutupi perilaku ‘khianat’ dan kerosakan jenama yang sudah berlaku. Cover-up yang sedang membangun reaksi counterproductive.

Dalam kes kerugian Starbucks, Vincent Tan berusaha menagih emosi kepada orang Melayu, yakni merayu agar dihentikan boikot. Ia turut memberikan gambaran bahawa orang Melayu boleh menentukan survival sesebuah pernigaan, walhal dalam banyak situasi, bukan Melayu sering mempertikaikan kuasa beli yang ada pada orang Melayu.

Kes yang mengakibatkan kerugian Starbucks ini benar-benar menjadi petunjuk bahawa bukan Melayu, jika ingin berjaya dalam perniagaan perlu memahami budaya dan pantang larang orang Melayu, kerana orang Melayu atau Bumiputera adalah pelanggan (atau pengguna) yang besar dan sangat menentukan.

Atas keyakinan itulah Vincent Tan akhirnya merayu agar pemboikotan terhadap Starbucks dihentikan, tetapi malangnya, seruan itu dilihat tidak bijak apabila menyatakan, akibat pemboikotan ramai pekerja Melayu hilang pekerjaan. Kenapa dikaitkan dengan kehilangan pekerjaan daripada anak-anak Melayu?

Jawapannya, mudah, dengan meletakkan pekerja Melayu, Starbucks sedikit sebanyak berjaya meyakinkan orang Melayu, yakni sebagai daya penarik untuk berbelanja di premis Starbucks, terutama dalam kalangan generasi muda.

Mereka tahu, jika seluruh umat Islam bersatu memboikot, KK Mart terpaksa gulung tikar atau mengikut cadangan Dr Akmal, pemilik kedai serbaneka itu beralih kepada perniagaan lain.

Keuntungan itu dikira oleh pengasas KK Mart dalam samannya ke atas vendor yang membekalkan stoking secara consignment. KK Mart menandatangani Perjanjian Pembekalan pada 1 Disember 2021 dengan Xin Jian yang disaksikan oleh pemiliknya, Chin Huat.

(bersambung)

MONOSIN SOBRI

Translate »