Pengagamaan bermaksud seseorang manusia berpegang dengan sesuatu akidah dan dia percaya dan membelanya. Ia merupakan perkara tabii di kalangan orang- orang yang berakal. Penulis agung, Abbas Mahmud Akkad Rahimullah dalam bukunya ‘Allah ‘mempunyai pandangan yang sangat berharga tentang topik itu apabila beliau berkata:

“Lapar kepada akidah dan agama adalah menjadi tabiat semulajadi manusia sama seperti rasa lapar perut kepada makanan….”

Seterusnya dia berkata:

“Kita mesti berkata bahawa roh lapar seperti laparnya jasad dan tuntutan roh kepada makan sama seperti tuntutan jasad kepada makanan. “

Adalah menjadi perkara hak yang tidak boleh dipertikaikan bahawa cita rasa beragama mempunyai kedudukan yang mendalam di dalam diri manusia. Dan, ia menjadi perkara hak jua bahawa manusia beriman dan dia tidak boleh tinggal di dunia ini tanpa keimanan. Para ilmuan yang mengkaji perbandingan agama telah sepakat mengatakan bahawa perjuangan akidah agama dalam tabiat umat manusia berlaku sejak dahulu kala lagi.

Fadilat asy- Syeikh Dr. Mahmud Hubullah Rahimahullah dalam bukunya yang bertajuk al- Hayat al- Wijdaniah Wa al- Akidah ad- Diniyyah (kehidupan Rohani dan Akidah Islam) berkata:

“Dan akidah selepas itu merupakan kejahatan jiwa yang menguasai di mana tidak boleh manusia hidup dalam keadaan jiwa tenang kecuali dengannya. Dan mereka yang menyangka bahawa mereka dapat membebaskan diri mereka daripada akidah dan agama, mereka berbeza dengan apa yang tertanam dalam diri mereka. Kerana dengan apa yang ada dalam diri mereka itu mereka percaya secara karut- marut atau dengan secara tidak karut- marut seperti mana semua orang percaya….”

Manusia sejak dahulu kala lagi percaya tentang kewujudan kuasa yang mempengaruhi diri dan dunia. Demikian juga mereka percaya kepada matahari, berhala dan lain- lain. Oleh yang demikian rasul telah ditugaskan untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan syrik kepada cahaya tauhid.

Beliau seterusnya berkata:

“Akidah agama dan percaya kepada mana- mana agama adalah merupakan kehajatan jiwa yang menguasai akal, perasan dan jiwa (seseorang). Kerana ia menepati kecenderungan semulajadi dan kecenderungan akalnya, Ia kejahatan yang menuntut suoaya dipenuhi dan jika tidak dipenuhi, ia akan mencipta dan kemudian menguasai. Jika ada dalam diri manusia asas akidah agama, akan menyusah untuk disampaikan dakwah kepadanya dan sukar untuk beriman dengan akidah berkenaan.”

Pengagamaan hakiki wujud daripada akidah yang benar, yang merupakan ikhlas beribadat kepad Allah Mha Esa dan Maha Perkasa, dan juga beriman denga rasul- rasul, serta malaikat- malaikat dan kitab- kitab- NYA serta Hari Akhirat dan penentuan baik dan jahat.

Apabila membaca al- Quran al- Karim kita akan dapati bahawa setiap rasul yang diutus Allah kepada umat manusia mengungkap kata- kata awal:

Al- Quran bermaksud: “Wahai kaumku, sembahlah Allah. Tiada bagi mu Tuhan selain daripada- NYA”.

(Surah al- Mukminun 23:23)

Begitu juga dalam firman- firman Allah ini. Allah S.W.T. berfirman:

Al- Quran bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata: “Wahai kaumku sembahlah Allah. Tiada bagi Mu Tuhan selain- NYA”. (Surah al- ‘Araf 7:59)

Allah S.W.T. berfirman:

Al- Quran bermaksud: “Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum ‘Ada saudara mereka, Hud. Ia berkata: “Wahai kaumku, sembahlah Allah. Tiada bagimu Tuhan selain daripada- NYA. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepada- NYA.” (Surah al- ‘Araf 7:65)

Allah S.W.T. berfirman:

Al- Quran bermaksud: ‘Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka, Shaleh. Ia berkara: “Wahai kaumku, sembahlah Allah.” Tiada Tuhan bagi mu selain daripada- NYA….’ (Surah al- ‘Araf 7:73)

Allah S.W.T. berfirman:

Al- Quran bermaksud: ‘Dan kepada (penduduk) Mad-yan (Kami utus) saudara mereka, Syu’aib. Ia berkata: “Wahai kaumku, sembahlah Allah.” Tiada Tuhan bagimu selain daripada-NYA.’ (Surah Hud 11:84)

Al- Quran membawa maksud yang serupa dalam firman Allah S.W.T:

Al- Quran bermaksud: “Dan kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa tiada Tuhan melainkan Aku, maka sembahklah Aku.” (Surah al- Anbiya’ 21:25)

Perkataan kedua yang diwasiat kepada setiap kaumnya ialah menyeru mereka supaya berpegang dengan kemuliaan akhlak seperti benar, amanah dan adil dalam percakapan dan hukum, bersih dan suci dalam tingkah laku, berkerjasama dalam kebaikan dan takwa dan tidak berkerjasama dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Al- Quran telah menyebut tentang sifat orang mengamal pengagamaan hakiki dalam puluhan ayat. Antaranya firman Allah S.W.T:

Al- Quran bermaksud: “Sesungguhnya orang- orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat- ayat-NYA bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal (iaitu) orang- orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang- orang yang beriman dengan sebenar- benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia.” (Surah al- ‘Anfal 8:24)

Dan juga di antaranya firman Allah S.W.T.:

Al- Quran bermaksud : “ Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya apa yang ada di sisi Allah (daripada pahala hari akhirat ) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang- orang yang beriman dan yang bertawakal kepada Tuhannya; Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang- orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi ) orang- orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas). Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik- baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang- orang yang berlaku zalim. Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang- orang yang melakukan kezaliman kepada manusia bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang- orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.” (Surah asy- Ayura 42:36-42)

Pengagamaan hakiki seperti mana disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. tentang akhlak para sahabatnya dalam puluhan hadis dan antaranya sabda baginda:

“Orang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan orang Islam daripada (angkara) laidah dan tangannya. Dan orang mukmin ialah orang yang menyelamatkan darah dan harta mereka (orang Islam). Dan penghijrah itu ialah orang berhijrah daripada apa yang ditegah oleh Allah.

Antaranya juga sabda Nabi s.a.w.:

“Orang Mukmin yang kuat lebih dikasihi Allah daripada orang Mukmin yang lemah. Dan pada setiap perkara baik, berilah perhatian kepada perkara yang memberi manfaat kepada kamu, dan minta pertolonganlah kamu kapada Allah dan jangan berasa lemah. Jika kamu terkena sesuatu, janganlah berkata jika aku lakukan begitu, ia akan menjadi begitu dan begini, tetapi katalah itu takdir Allah dan jika Dia mengkehendaki terjadi. Dan sesungguhnya perkataan ‘jika’ itu membuka perbuatan syaitan.”

Yang dimaksudkan kuat di sini ialah orang Mukmin itu mesti menjadi kuat dalam agama, akhlak, peri laku, kelurusan, kesucian, mempertahankan kebenaran dan penghapusan kebatilan.

Pengagamaan hakiki ialah seseorang itu mesti beriltizam, melaku dan melaksana sepenuhnya hukum, beradab, membuat suruhan dan jauhi larangan Islam termasuk semua perkara yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. daripada Allah Azzawajalla.

Yang penting disini ialah saya ingin menarik perhatian bahawa perkataan ‘Islam’ dalam maksud ikhlas beribadat kepada Allah adalah agama bagi semua rasul. Al- Quran telah menegaskan perkara itu dalam banyak ayatnya.

Mengenai perkara itu Nabi Nuh a.s berkata kepada kaumnya:

Al- Quran bermaksud: “Wahai kaumku! Sekiranya kedudukan aku dalam kalangan kamu, dan peringatan yang aku berikan kepada kamu dengan ayat- ayat keterangan Allah itu, menjadi keberatan kepada kamu, maka (buatlah apa kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah aku berserah diri. Oleh itu, tetapkan lah keazaman kamu serta sekutu- sekutu kamu untuk melakukan rancangan jahat kamu terhadapku; kemudian janganlah hendaknya rancangan jahat kamu itu, kamu jalankan secara tersembunyi (tetapi biarlah terbuka); sesudah itu bertindaklah terus terhadapku dan janganlah kamu tertunggu- tunggu lagi. Oleh itu, jika kamu berpaling membelakangkan peringatanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu (mengenai ajaran agama Allah yang aku sampaikan itu); balasanku hanyalah dari Allah semata- mata (samada kamu beriman ataupun kamu ingkar); dan aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang- orang Islam (yang berserah diri bulat- bulat kepada Allah).” (Surah Yunus 10: 71- 72)

Mengenai perkara itu juga Nabi Ibrahim a.s mendapat pujian Allah secara jelas kerana baginda ikhlas dalam beribadat dan menyerah diri kepada- Nya. Allah S.W.T berfirman:

Al- Quran bermaksud: ‘Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain daripada orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah daripada orang- orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya). (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbirkan sekelian alam.” (Surah al- Baqarah 2:130- 131)

Tidak mencukupi Nabi Ibrahim menyerah diri kepada Allah, tetapi baginda juga mewasiatkan anak- anaknya demikian. Malah salah satu seorang cucunya, iaitu Nabi Yaaqub a.s juga mewasiatkan anak- anaknya demikian juga. Allah S.W.T berfirman:

Al- Quran bermaksud: “Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan umatnya kepada anak- anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaaqub (berwasiat kepada anak- anaknya) katanya: “Wahai anak- anakku! Sesungguhnya Allah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (Demikianlah wasiat Nabi Yaaqub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang- orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaaqub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak- anaknya:” Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepada-Nyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh Iman).” (Surah al- Baqarah 2: 132- 133)

Al- Quran pula berceritakan bahawa Nabi Yusuf di akhir hayatnya bertengadah kepada Allah dengan berkata:

Al- Quran bermaksud: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi! Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang- orang yang soleh.” (Surah Yusuf 12:101)

Mengenai perkara itu juga Nabi Musa a.s. berkata kepada kaumnya;

Al-Quran bermaksud: “Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepada- Nya, jika betul kamu orang- orang Islam (yang berserah diri bulat- bulat kepada Allah).” (Surah Yunus 10: 83)

Mengenai perkara yang sama Nabi Isa a.s. berkata kepada kaumnya:

Al- Quran bermaksud: “Siapakah penolong- penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah dengan menegakkan agama-Nya)?” Orang- orang (penyokong- penyokong Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong (utusan) Allah.” Kami telah beriman kepada Allah dan saksikanlah (wahai Nabi Allah). “Wahai Tuhan kami! Kami beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut Rasul- Mu; oleh itu suratkanlah kami berserta orang- orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaan- Mu dan kebenaran Rasul- Mu).” (Surah ali ‘Imran 3:52-53)

Malah firaun juga ketika hampir tenggelam berkata:

Al- Quran bermaksud: “Aku beriman bahawa tiada Tuhan melaikan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah daripada orang-orang berserah diri (menutut perintah).” (Surah Yunus 10:90)

Raja wanita Saba’ (Balqis) bila menyedari tentang kebenaran dia berkata:

Al- Quran bermaksud: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiayai diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama- sama Nabi Sulaiman, kepada sekelian alam.” (Surah an-Naml 27 :44)

Al- Quran telah menjelas kepada kita dalam banyak ayat bahawa agama Islam adalah agama yang diredhai bagi para hamba- Nya dan Dia tidak menerima kecuali Islam Allah S.W. T berfirman:

Al- Quran bermaksud: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang- orang yang rugi.” (Surah ali ‘Imran 3:85)

BERSAMBUNG

Oleh: Syeikh al- Azhar Dr. Mohammad Sayyid Tantawi

Translate »