Domesticated brain, berlaku kerana: Nobody knows exactly why human brain has been shrinking, but it does rasie some provocative questions about the relationship between the brain, behaviour and intelligence. First, we make kaots of unfounded assumptions about the progress of human intelligence.
“We assume or Stone Age ancestors must have been backward because the technologies they produced seem so primitive by modern standard, But what if rawa human intelligence has not changed so much over past 20,000 years?
“Second the link between brain size and intelligence is naively simplistic for many reasons, it is not that matters but how you use it… Moreover, it’s the internal wiring, not the size, that is critical.
“One other theory about the reason for the shrinking brain may seem absurd – that the human brain is smaller because we have become domesticated. Normalnya, the word ‘demostication’ bring the mind washing machine, ironing, mortages, weekend barbecues and family.
“While domestication has come to refer to all these facets of modern home life, it was originally a biological term to describe artificial selection and breeding of plants and animals.
“…We wanted animal to become more desile so that we could rear them more effectively. We breed aggression out of them by selecting individual animals that we were easier to manage and, in doing so, we changed changed the nature of their behaviour.
“This is how we also began to domesticate ourselves to live together in larger cooperatives. It was self-Domesticated becausem unless you believe in divine intervention, humans have not been reared by a higher being who selected only some of us for reproduction.
“Rather, we have been self-regulating so that certain traits that we more acceptable to the group then others proliferated because individuals who possessed them more successful in surviving and having children.
“In this sense we have been self-domesticating through the invention of culture and practices that ensure that we can live together….
“The domesticated brain show how we behave the way we do because of how our brains involved to be social.
“For humans, being social requires skills of perception and comprehension when it comes to recognizing and interpreting the activity of others but also requires changing our own thoughts and behaviours to coordinate with theirs so that we can accepted.”(Bruce Hood, The Domesticated Brain, London: A Pelican Introduction- Peguins Books, 2014, hal. 5-16)
Ertinya, seseorang akan berada dalam sesuatu kelompok atau organisasi setelah disebabkan nalurinya untuk bersosial, yang perlu menyesuaikan setiap pemikiran dan pendirianya dengan mengiterpretasikan atau mengesahkan apa yang orang lain lakukan itu terselaras dan dapat diterima sebagai nilai bersama.
Dalam konteks politik, ia dikenali sebagai suatu tindakan dan proses menterjemahkan nilai-nilai (prinsip) kebersamaan.
Kebersamaan itu boleh hadir dalam kerangka lokaliti, etnik, wilayah, budaya dan juga pengalaman-pengalaman bersama (seperti pernah bersekolah yang sama, yang kini sangat popular aktiviti reunion), aspirasi dan penetapan agenda.
Kebersamaan itu juga penting dalam membangun, membina dan kelangsungan sesebuah organisasi, dan juga pertubuhan politik.
Dan, bagi membolehkan sesebuah organisasi itu lestari dan berkesinambungan ia perlu kepada ‘dasar yang kuat’ dan dasar itu kemudian diterjemahkan ke dalam tindakan. Jika dasar atau arah tuju itu dilihat sudah kehilangan makna dan tautan ikatan kebersamaan, ia akan diterjemahkan semula bentuk yang lebih menarik, biarpun asasnya masih dikekalkan.
Jika pendekatan asas itu terus diketepikan, sesebuah pertubuhan atau organisasi akan mengalami penolakan yang besar daripada ahli-ahlinya, yang sedang berlaku terhadap UMNO, sebuah pertubuhan politik yang pernah gah untuk tempoh lebih tujuh dekad (1946-2018), yang menjadi peneraju politik Malaysia selama enam dekad (1957-2018).
UMNO tersungkur kerana masalah arah tujunya yang berkecamuk sehingga perjuangan asalnya ‘ketuanan Melayu’ berubah menjadi ‘ketuanan kelompok’ dan juga menjana budaya kepuakan.
Hal ini menjadi semakin serius selepas UMNO hilang kuasa, berlakunya penolakan sokongan yang sekarang masih belum dapat dibendung walaupun pada asasnya mempunyai jumlah keahlian yang ramai dan jentera politik yang tersusun.
Secara jelasnya, dapat kita lihat daripada pencapaian UMNO dalam beberapa keputusan PRU (Parlimen): PRU ke-11, 2004 (109 kerusi); PRU ke-12, 2008 (79 kerusi; PRU ke-13, 2013 (88 kerusi); PRU ke-14, 2018 (54 kerusi) dan PRU ke-15, 2022 (26 kerusi).
Meskipun pada PRU ke-13 ada sedikit petunjuk mula diterima kembali, UMNO tidak dapat mempertahankanya untuk PRU selanjutnya sehingga merosot ke kedudukan paling kerdil dalam posisi kuasa politik biarpun berjaya menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan.
Ertinya, jika UMNO membuat keputusan menarik sokongan, kerajaan perpaduan, belum boleh dianggal runtuh, masih boleh membentuk majoriti mudah dengan sokongan GPS, GRS dan sebagainya.
Kini, MUDA yang hanya menyumbang satu kerusi mengancam untuk keluar daripada kerajaan perpaduan ekoran tidak puas hatinya dengan keputusan Mahkamah melepaskan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, tetapi tidak membebaskannya.
Ini bermakna, Peguam Negara masih boleh mengambil tindakan mendakwa semula Presiden UMNO itu terhadap 47 kes yang dikaitan dalam penggubahan wang haram, rasuah dan salah guna kuasa terhadap Yayasan Akal Budi.
MUDA telah dicabar untuk ‘jadi anak jantan’ tetapi MUDA juga takut kehilangan suaranya, kerana kedudukannya ibarat seperti melukut di tepi gantang. Bagi menyembunyikan rasa kerdil itulah MUDA akhirnya untuk turun ke jalan raya untuk mendesak agar keputusan tersebut diabaikan, Zahid dibicarakan semula.
Mungkin kerana tekanan tersebut, akhirnya wakil rakyat tunggal MUDA, yang juga merupakan pengasasnya membuat keputusan menarik sokongan kepada kerajaan perpaduan sehari (10 September 2023) selepas dua PRK di Johor.
Bagaimanapun, Syed Sadiiq Syed Abdul Rahman menegaskan dia akan memainkan peranan sebagai ‘kuasa ketiga’ dan akan terus menyokong program reformasi institusi yang akan dibuat oleh kerajaan perpaduan.
Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan dirinya tidak ingin menggunakan paksaan untuk tunduk kepada tekanan tersebut. PMX ‘tidak campur tangan’ kerana itu adalah bidang kuasa kehakiman dan sistem perundangan, yang menjadi asas pembahagian kuasa dalam sistem politik demokrasi.
Biarpun ramai yang menuduh, dengan pendirian Anwar Ibrahim ‘tidak campur tangan’, ia seolah-olah menepati apa yang diandaikan terlebih dahulu, bahawa akan ada usaha untuk membebaskan Zahid bila beliau dilantik sebagai TPM dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam kabinet kerajaan perpaduan.
Salah seorang pemimpin PAS yang sedang membina reputasi politiknya turut menegaskan bahawa keputusan tersebut masih ada ‘tangan ghaib’ yang menyebabkan keputusan sedemikian terjadi,
Dalam klip video yang tersebar itu, pemimpin PAS itu mendakwa, kes yang diputuskan terhadap Zahid dan Muhyiddin adalah berbeza.
Kes Muhyiddin diputuskan oleh Mahkamah tanpa campur tangan (tangan ghaib), tetapi tidak didedahkan secara berfakta siapa dan bukti adanya ‘tangan ghaib’ itu.
Ia adalah hanya dakwaan dan tuduhan, sebagaimana kelaziman budaya politik parti-parti pembangkang, termasuk Presiden PAS sendiri yang suka dengan amalan ‘generalisasi’ dan ‘one sentence explaination’, kadangkala cukup berfalasi.
Itulah ‘kelebihan’ dan budaya (obligasi) politik (tipikal) pembangkang: semuanya menyalahkan kerajaan yang memerintah sedangkan hakikatnya tidak memainkan peranan yang sepatutnya sebagai ‘check and balance’. Semaknya ada, tetapi tidak ada keseimbangan ketika berhujah (fair comments dan correct facts).
Dalam masa yang sama tidak mengkritik perihal kemenangan sesuatu perbicaraan terhadap pemimpin mereka, bahkan ketika beberapa orang pendokongnya dihukum atas pelanggaran Akta Fitnah, tidak juga kedengaran sebagai satu bentuk pengajaran dan menerimanya sebagai asas pemetaan pendidikan politik untuk pembinaan wajah parti.
Tidak kedengaran kritikan ataupun mahu jadikan ikhtibar bagaimana Pesuruhjaya PAS Perak terpaksa memohon maaf kepada PM kerana menuduh ada kaitannya mempromosi LBGT.
Juga kesalahan yang terpaksa ditanggung oleh Pesuruhjaya PAS Perak itu, diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM 250,000 kepada Lim Guan Eng atas fitnah menyokong penuh larangan mengambil pekerja hotel memakai tudung, semasa mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang.
Seorang lagi aktivis PAS, Ahmad Dusuki juga diarahkan memohon maaf secara terbuka (menarik balik rayuan saman fitnah pada 28 Ogos 2023) terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusuf Rawa.
Sebelumnya, beliau juga telah kalah (21 Ogos 2023) apabila diarah membayar RM 10,000 kepada Ketua Parti Amanah Kelantan, Mohd Zulhazimi Hassan selepas rayuannya ditolak berkait isu yang sama. (Utusan Malaysia, 21 Ogos 2023).
Sebaliknya dengan bongkak menafikan kekalahannya ‘berjaya selamatkan hampir RM 300 juta nilaian tanah ladang harta pendeposit TH’. (Berita Harian, 31 Ogos 2023).
Deretan kes fitnah yang dikaitkan dengan pemimpin PAS cukup menggambarkan bahawa parti itu seolah-olah tidak dapat berpisah dengan fitnah, termasuk presidennya yang kini sedang disiasat oleh PDRM ekoran kenyataannya mempersoalkan Lembaga Pengampunan terhadap mereka yang disabitkan dengan kesalahan jenayah.
Sebelum ini, Presiden PAS dirakam kenyataannya berhubung dakwaan bahawa DAP mempromosi Islamofobia dan ada kaitannya dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang sudah pun diharamkan. Dakwaannya terhadap DAP berpunca daripada pencapaian cemerlang parti itu sehingga mampu menarik sokongan akan muda Melayu, dan juga kerjasamanya dengan UMNO dalam kerajaan perpaduan.
DAP juga pernah didakwa oleh Presiden PAS sebagai tindakan menyekat ‘kerajaan Islam’ daripada memerintah sekali lagi, walhal secara jelasnya, Malaysia masih diperintah oleh pemimpin Islam.
Tuduhan itu sebenarnya menunjukkan sifat riak dan haloba PAS, berdasarkan kemenangan PN sebanyak 74 kerusi parlimen pada PRU ke-15 sebagai refleksi khayalan bahawa Malaysia wajib diperintah hanya oleh gabungan mereka, walaupun tidak mencukupi majoriti mudah.
Secara mudahnya ia mencerminkan sikap sebenar PAS, yang mula merasakan kedudukan politiknya ‘sudah cukup kuat’ sehingga mengetepikan semangat kerjasama dengan Bersatu setelah memenangi kerusi terbanyak secara parti individu dalam PRU ke-15.
Perasaan riak ini semakin semarak apabila dalam PRN di enam negeri (12 Ogos 223), PAS menguasai 111 kerusi daripada keseluruhan kerusi yang dimenang oleh PN (146 kerusi, dan berjaya menunjukkan telah menerima sokongan yang besar daripada mana-mana gabungan, termasuk PH-BN yang hanya menang 99 kerusi daripada 245 kerusi yang dipertandingkan.
Episod tersebut tidak berakhir setakat itu. Malah dalam kempen PRK Pulai dan Simpang Jeram, Johor, ciri-ciri riak dan nilai-nilai politik yang sama turut bergema sehingga Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin terjangkit dengan kelaziman budaya politik PAS, mengeluarkan fatwa yang kadangkala bertentangan dengan Islam.
Ketika berkempen, Muhyiddin telah mengeluarkan fatwa ‘haram’ mengundi calon PArlimen PH-BN, Suhaizat Kayat yang mewakili Amanah.
Tetapi, setelah kenyataan itu menimbulkan reaksi menentang, Muhyiddin menyifatkan ia dipetik di luar konteks, dan tidak ada kaitannya dengan ‘hukum syarak’. Ia mungkin hanyalah kenyataan bersifat politik.
Ini menunjukkan Muhyiddin yang pernah menggelar PAS sebagai “Parti Ajaran Sesat” juga semakin ‘tersesat jalan” bila terpaksa menyesuaikan diri dengan budaya politik PAS.
Muhyiddin sedar, jika pari pimpinannya meninggalkan gabungan PN, tentunya masa depan politiknya gelap dan menjadikannya semakin terkunci senyuman.
Menyedihkan lagi apabila 18 calon PN hilang deposit, memberikan gambaran bahawa Muhyiddin sebenarnya telah merintis kegagalan, sedangkan PAS menempa lebih banyak kejayaan, dan ini cuba disahkan untuk ke sekian kalinya, agar menang di PRK Simpang Jeram.
Atas sebab itulah PAS sebenarnya tidak begitu aktif membantu kempen calon Bersatu untuk menang di PRK Pulai. Ramai yang meramalkan PAS mungkin boleh menang di Simpang Jeram, dan Bersatu akan kalah di Pulai.
Keputusannya, Bersatu terkulai di Parlimen Pulai dan PAS tenggelam di DUN Simpang Jeram. Ini membuktikan bahawa pengundi di Pulai dan Simpang Jeram menolak politik kebencian yang dijadikan kerangka kempen PN; lebih mempercayai kempen PH-BN yang bertemakan kestabilan dan kesinambungan legadi bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahudin Ayub.
Salahudin mempunyai reputasi yang dalam dua konstituensi yang dimenanginya pada PRU ke-14 dan 15, PRN Johor setelah beliau keluar daripada tempurung politik PAS yang cukup lazim mengeluarkan fatwa yang tidak selari dengan kehendak Islam.
Ini membuktikan pengundi Pulai menolak fatwa Muhyiddin yang semakin terpengaruh dengan budaya politik Presiden PAS, Tan Sri Haji Hadi Awang yang belum membatalkan fatwa ‘undi UMNO kafir’ yang diamanatkan pada tahun 1981, apabila berkata, mengundi calon PH-BN, Suhaizan Kaiat ‘hukumnya haram’.
Fatwa itu menyebabkan Muhyiddin bakal dipanggil untuk memberi keterangan kerana dua kertas siasatan mengenainya telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
PDRM juga beberapa hari lalu mengumumkan sudah selesai merakam keterangan Presiden PAS yang mengkritik Lembaga Pengampunan kerana yang hanya memberikan pengampunan kepada pesalah jenayah ahli keluarga penjenayah, yang disyorkan dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.
Rakyat Johor cukup kenal siapa Muhyiddin, setelah beliau diungkapkan sebagai MB yang banyak menjual tanah kerajaan kecuali ‘tanah kubur’; seorang oportunis yang cukup terserlah sehingga digelar seumpama ‘pucuk enau di dalam belukar’, sangat cenderung untuk menggambarkan dirinya bersih dan bermoral, walhal banyak isu yang boleh dilihat semula untuk menafikan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang baik.
Dua tulisan- satu ditulis oleh Hasmi Hashim tersiar dalam Malaysiakini, 8 September 2023 dengan tajuk “Muslihat Lapuk Politik Muhyiddin” dan Hishamudin Aun, “Muhyiddin Satu Persatu Dilondehkan”, Free Malaysia Today, 6 September 2023 – cukup untuk mendeskripsikan perjalanan politik seorang anak Tok Guru yang terkenal di Muar pada suatu ketika itu yang cukup selfish.
Saya tidak bertujuan mengulangi apa yang ditulis dua orang pengarang yang cukup berpengalaman itu.
Apa yang saya terkenangkan ialah mengenai selfishnya Muhyiddin, beliau sanggup mengetepikan Dr Mahathir yang sama-sama menubuhkan Parti Pribumi Malaysia Bersatu (Bersatu) pada tahun 2016 setelah dipecat daripada kabinet (2015) kerana geliatnya cukup kuat untuk menjatuhkan Najib, agar dapat menduduki kerusi PM.
Malangnya, tindakan tersebut walaupun berjaya menjawat jawatan PM selama 17 bulan, Muhyiddin akhirnya tersungkur dengan kepimpinannya yang gagal, penuh kontradiksi dan mungkin telah hadir karma untuknya, setelah gagal membendung penularan COVID-19.
Muhyiddin terpasung dengan pandemik tersebut selepas dua minggu mengangkat sumpah sebagai PM ke-8 (1 Mac 2020) kerana mengkhianati kepimpinan PH yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam PRU ke-14 (2018). Sebagaimana ‘kepercayaan’ umum terhadap ‘hukum karma’, sesuatu tindakan buruk akan berakhir dengan balasan yang buruk.
Itulah yang dialami oleh Dr Mahathir apabila Muhyiddin bersepakat menarik sokongan dan seterusnya, UMNO menarik sokongan kepada Muhyiddin. Zahid juga menerima resah yang sama, kepimpinannya terus dipersoalkan sehingga tidak berjaya memulihkan keyakinan ahli UMNO sendiri, UMNO terus bergelut dalam kepayahan dan sakit yang berlarutan.
Disebabkan kemelut dalaman UMNO itulah PN cukup ghairah untuk ‘membunuh UMNO’ walaupun pada hakikatnya sudah tidak lagi berkuasa secara mutlak setelah UMNO membuat peralihan sokongan.
Datuk Ismail Sabri sangat diharapkan oleh PN untuk menjadikan UMNO terus berpecah, dan pelbagai usaha dilaksanakan sehingga kepimpinan UMNO terpecah lebih parah. Kini, tersebar beberapa catatan perbincangan dalam kalangan pemimpin PAS berkaitan ‘grand design’ untuk menumbangkan kerajaan perpaduan, yang belum terbukti mampu diraihnya selepas sembilan bulan berlalu.
Berdasarkan keputusan-keputusan yang dibuat oleh kepimpinan PAS, nyatalah bahawa PAS cukup berkeinginan untuk melupuskan UMNO, kerana mendokong cita-cita Muhyiddin, yang juga menyebabkan PAS sedikit sebanyak alami masalah dalamannya, sebahagian kecil masih ingin terus memperkasakan Muafakat Nasional, persefahaman yang terjalin menerusi pemuafakatan politik yang ditandatangani pada 14 September 2019.
Kenapa PAS ‘mudah koyak’ tetapi tidak mahu melafazkan ‘talak’? Sebabnya, cukup mudah kita memahaminya. PAS semakin seronok berada dalam koridor kuasa di peringkat pusat, maka sanggup mengkhianati persefahamannya dengan UMNO apabila bersetuju dengan Bersatu untuk mendaftarkan Perikatan Nasional.
Bila diadakan PRN Melaka (22 November 2021), PAS dengan bangganya mengatakan parti itu akan terus menyokong PN, tetapi berselindung bahawa jika BN menang, kemenangan itu juga adalah ‘kemenangan PAS’.
Ertinya, PAS cuba lakukan proses penceraian umpama ‘gantung tak bertali’, atau sedang berada dalam proses pemulihan (sulh).
PAS masih berusaha untuk kembali ke Muafakat Nasional, walaupun UMNO cukup terluka. UMNO memerhatikan belang sebenar PAS. Apabila PAS gagal mencipta ‘anak’ di Melaka, setelah anak sulongnya dikafankan, dengan bersemenda dengan Bersatu, rupa-rupanya, baharu tahu bahawa Bersatu juga tidak mempunyai ‘benih’ yang mencukupi.
BN menang besar dan Muhyiddin mula menunjukkan belangnya sebenarnya, takut dan gentar sebab itulah ‘tidak tekan butang’ untuk diadakan PRN di Johor, yang dianggap sebagai ‘perisai’ kuatnya.
BN menekan butang kerana kedudukan politik tidaklah kukuh, hanya dengan kelebihan satu DUN. Ia menunjukkan bahawa kerajaan Johor bila-bila masa boleh tumbang, kerana ketika itu belum dikuatkuasakan Akta Antilompat Parti 2022.
Kemungkinan-kemungkinan itu semakin terbayang, jadi dibuatlah keputusan untuk membubarkan DUN. Bila DUN dibubarkan, BN bertanding solo, tetapi PAS cuba ‘merujuk semula’ untuk bersama dalam Muafakat Nasional.
(BERSAMBUNG
KAMARUN KH
Recent Comments