Al- Sunnah Menolak Serangan dan Menyeru ke Arah Berlemah Lembut

Suatu gambaran lain yang bertentangan dengan pendirian yang sebelum ini, al- Sunnah telah meminta orang Islam supaya berpegang dengannya iaitu menjaga keselamatan mereka yang berlindung dengan orang Islam. Al- Sunnah juga telah menetapkan perasaan belas kasihan ke atas semua makhluk samada manusia, binatang dan lain- lain, melarang rasa takut yang tidak bertempat dan tanpa sebarang kesesuaian.

Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w. telah menceritakan mengenai seorang wanita yang dimasukkan ke dalam neraka disebabkan oleh se ekor kucing yang dikurungnya tanpa memberikan binatang itu makan atau minum. Wanita itu juga tidak melepaskan kucing kurungannya itu supaya ia dapat memakan binatang- binatang kecil lain yang berkeliaran di atas tanah. Baginda juga menceritakan tentang seorang wanita liar yang dimasukkan ke dalam syurga hanya disebabkan oleh perbuatannya yang memberikan air kepada seekor anjing yang haus yang tidak dapat mencapai air di dalam perigi. Baginda juga melarang perbuatan memaki hamun terhadap ayam jantan dengan sabda Baginda yang bermaksud: “jangan lah kamu memaki ayam jantan, kerana ia menyedarkan manusia daripada tidur untuk bersembahyang. Ini semua berkaitan dengan binatang.”

Adapun berkaitan dengan manusia perkara ini lebih jelas dan nyata dengan sabda Baginda bermaksud: “Musnahnya dunia ini adalah lebih ringan di sisi Allah daripada membunuh seorang mukmin tanpa jalan yang benar.”

Baginda juga telah membantu dalam pembunuhan orang mukmin walaupun dengan menggunakan separuh perkataan, dia akan menemui Allah dalam keadaan tertulis antara dua matanya: tidak mendapat rahmat Allah. Sufian membawa contoh mengenai perkara itu, umpamanya seseorang itu hanya mengatakan bu……dengan tidak melengkapkan perkataan bunuh!”

Perkara di atas tidak terbatas kepada orang Islam sahaja bahkan meliputi orang- orang bukan Islam yang tidak memusuhi orang- orang Islam. Sehubungan itu Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Sesiapa yang membunuh seseorang daripada golongan zimmi, dia tidak akan mencium bau syurga. Baunya terletak sejauh 70 tahun perjalanan.”

Al- Sunnah juga melarang sebarang pergerakan yang menimbulkan rasa gerun di kalangan orang lain tanpa jalan kebenaran. Sehubunganitu, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya) : “Janganlah sesiapa pun dikalangan kamu mengacukan senjata saudaranya. Kerana dia tidak mengetahui boleh jadi syaitan akan menarik tangannya dan jatuhlah ia ke arah ke dalam lubang api.”

Sabda Baginda lagi (maksudnya): “Sesiapa yang mengacukan besi kepada saudaranya ia akan dilaknati oleh malaikat sehinggalah beliau berhenti daripada melakukannya.”

Sabda Baginda lagi (maksudnya): “Adalah haram bagi seseorang Muslim itu menakutkan seseorang Muslim yang lain.”

Manakala di dalam hadis lain maksudnya: “Sesiapa yang menakutkan seseorang mukmin maka Allah berhak untuk tidak memberi keamanan daripada kegerunan hari kiamat kepadanya.”

Menyakiti perasaan orang lain juga merupakan sesuatu yang dilarang al- Sunnah. Sehubungan itu Baginda s.a.w. bersabda (maksudnya): “Mencaci orang Islam adalah perbuatan fasik manakala memeranginya adalah kufur.”

Sabda Baginda s.a.w. lagi (maksudnya): “Sesiapa yang mengatakan kepada saudara, “Hai kafir, maka ianya akan kembali kepada orang yang mengatakannya,”

Al- Sunnah juga menolak perbuatan bergembira terhadap kesakitan yang dialami oleh orang lain. Sehubungan itu Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Jangan kamu menonjolkan kegembiraan kamu di atas kesakitan yang dialami oleh saudara kamu nescaya Allah akan merahmati dan mengenakan bala ke atas kamu.”

Al- Sunnah juga melarang perbuatan memutuskan persaudaraan, benci membenci, saling berhasad dengki serta menjatuhkan air muka seseorang. Perbuatan seumpama itu dijanjikan neraka.

Terdapat satu cerita mengenai seorang Badawi telah kencing di dalam masjid. Maka orang ramai telah bngkit untuk memikulnya. Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Lepaskan dia, simbahkan kencingnya dengan sebaldi air. Sesungguhnya kamu diutuskan dengan diberi kemudahan dan bukannya diberi kesusahan.”

Manakala dalam hadis lain pula maksudnya: “Kamu semua hendaklah mempermudahkan dan janganlah menyukarkan. Dan berikanlah kegembiraan dn jangan berikan kedikaan.”

Rasulullah s.a.w. tidak memilih antara dua perkara melainkan ia memilih yang termudah selagi perbuatan itu tidak mendatangkan dosa. Sekiranya mendatangkan dosa, Baginda Rasulullah s.a.w. akan menjauhkan orang daripada perkara itu. Baginda juga tidak pernah membalas dendam terhadap kesilapan yang dilakukan kepadanya. Melainkan jika sesuatu perbuatan itu melanggar larangan Allah barulah Baginda membalasnya kerana Allah S.W.T. Al- Sunnah telah menyeru ke arah banyak perkara yang boleh meringankan beban orang ramai, dan seterusnya memberikan kebahagian kepada mereka. Baginda telah memerintah supaya berlemah lembuit dan tidak berkasar di dalam semua perkara. Sabda Baginda s.a.w. (maksudnya): “Sesungguhnya Allah Maha Kasihan Belas dan Allah sukakan kasihan belas dalam semua perkara.”

Sabda Baginda s.a.w lagi (maksudnya): “Iman itu lebih 70 cabang, yang paling afdal sekali mengucapkan ‘La illa ha ilallah ‘dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang memudaratkan dari tengah jalan. Manakala perasaan malu pula adalah satu cabang daripada cabang- cabang iman.”

Di dalam hadis lain pula Baginda s.a.w bersabda (maksudnya): “Kasihanilah orang lain nescaya kamu akan dikasihani, dan maafkanlah orang nescaya kamu akan dimaafi.”

Al- Sunnah juga telah menjadikan berbudi- perketi mulia itu adalah suatu ibadat yang tidak kurang pahalanya daripada ibadat- ibadat lain. Sabda Baginda s.a.w. (maksudnya): “Sesungguhnya Allah meletakkan darjah budi pekerti yang mulia itu sama dengan sembahyang dan puasa.”

Untuk merealisasikan perkara di atas, al- sunnah telah menyeru amalan mengucapkan salam dalam masyarakat dan menjadikannya sebagai salah satu jalan ke syurga. Pemberian salam ditetapkan samada kepada orang yang dikenali ataupun tidak dikenali. Dalam al- sunnah dan juga amalan yang dilakukan oleh para Khulafa al- Rasyidin dan juga para sahabat dan para tabi’in, banyak perkara yang dilaksanakan yang memperkukuh lagi kerahmatan Islam dan pendekatan interaksinya bersama makhluk secara lemah- lembut, belas kasihan dan kebajikan samada di kalangan manusia, binatang, tumbuhan, batu- batan dan lain- lain. Apakah pendirian Amru bin Al- As dan kata- katanya yang masyhur terhadap anaknya ketika anaknya melakukan sesuatu yang melampaui batas terhadap seorang lelaki Qibti di Mesir. Katanya: “Bilakah pula kamu menjadikan orang ramai hamba kamu, sedang ibu- bapa mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka. Ini merupakan salah satu bukti kepada penghormatan Islam terhadap hak- hak orang lain tanpa menakutkan mereka dengan jalan yang tidak benar.”

Irhad di dalam Islam adalah Persediaan dan Bukannya Permusuhan.

Selepas menganalisis al- Quran dan Al- Sunnah kita telah memahami makna irhab yang dikehendaki. Seterusnya kita boleh memberi pengertian yang boleh menentukan tanda- tandanya serta bilakah ia menjadi terpuji dan bilakah pula ia menjadi keji. Dengan demikian irhab bolehlah diertikan sebagai suatu persediaan yang lengkap oleh orang Islam dengan segala keupayaan yang ada pada mereka yang terdiri daripada berbagai- bagai cara untuk menakutkan musuh- musuh Allah dan juga musuh mereka sendiri seterusnya menghalang mereka daripada mencabuli sekatan dan larangan agama, darah, harta, tanah air, maruah dan pemikiran. Ini adalah dengan tujuan untuk menyekat segala niat buruk musuh terhadap mereka serta menyekat kezaliman dan serangan samada dengan perbuatan atau dengan yang lainnya.

Dengan demikian irhab pertamanya dituntut sebagai pemberitahuan kepada musuh mengenai kekuatan dan kemampuan orang Islam yang tidak dapat ditandingi oleh mereka, sekiranya mereka tidak meneruskan kegiatan mereka melakukan permusuhan terhadap orang Islam. Maka, menjadi kewajipan kepada orang Islam untuk menyekatnya dan mengancam kepentingan mereka dengan segala kekuattan dan segala dan segala cara yang ada, di mana- mana dan pada bila- bila masa sahaja. Ia adalah jihad suci.

Hak yang demikian diterima oleh semua agama, semua peraturan dan undang- undang dan semua pemikiran yang sempurna. Manakala perkara yang sebaliknya adalah kebaculan dan penyerahan kepada kejahatan berbanding kebaikan yang membawa kepada kemusnahan yang besar di atas muka bumi ini.

Irhab Menurut Fahaman Barat.

Selepas serangan 11 September 2000 yang memusnahkan dua menara kembar di Amerika Syarikat maka muncullah dengan jelas istilah Irhab (keganasan) di media massa Amerika dan juga Negara- Negara Eropah. Maka istilah tersebut terus digunakan di persada antarabngsa dan menjadi sebutan di kalangan ahli politik, media massa dan para pemikir. Sedangkan penyerangnya belum lagi ditentukan sehingga ke hari ini.

Akan tetapi kita tidak mendapat ketentuan yang jelas mengenai perkataan irhab, supaya jelas siapakah irhabi (pengganas) pada kaca mata mereka, Dengan demikian mereka telah melemparkan tuduhan kepada orang lain bahawa pihak berkenaanlah penganas. Tuduhan ini dikemukakan semata- mata mengikut hawa nafsu mereka. Dengan demikian mereka telah menetapkan pelbagai ketetapan dan mereka telah menjalankan pelbagai jenayah terhadap bangsa- bangsa yang tidak berdosa di bawah tajuk keganasan.

Apabila sesuai, mereka akan menyenaraikan Negara- Negara, pertubuhan dan individu- individu dalam senarai keganasan mereka. Apabila mereka ingin menjajah dan menguasai kekayaa sesuatu Negara, mereka akan menetapkan bahawa rakyat Negara berkenaan terdiri daripada irhabi (penganas) dengan tujuan untuk melindungi perbuatan keji mereka.

Banyak pertubuhan kebajikan yang tiada kaitan langsung dengan keganasan telah disekat. Turut disekat mereka yang telah menghukurkan bantuan. Ini membuatkan pihak berkenaan meninggalkan usaha menyelamat dan ini secara langsung menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan.

Banyak Negara musuh, dicuri kekayaannya, tawan, penduduknya dibunuh dan dicabuli segala larangannya hasil tohmahan yang dibuat bahawa Negara tersebut Negara pengganas.

Perbuatan menghukum pihak lain sebagai pengganas adalah sama seperti hukuman rimba, yakni pihak yang kuat akan memakan yang lemah. Manakala pihak yang zalim pula menjadi pihak yang benar dan pihak yang dianiaya pula terus dianggap sebagai penjahat yang terus dihina dan dihukum tanpa sebarang pertanyaan dan pembelaan samada dalam mendapatkan hak, mahupun dalam menghapuskan kebatilan.

Golongan ini menggunakan dua neraca atau penyukat yang berbeza. Mereka membenarkan Negara- Negara tertentu memiliki sepenuhnya apa saja jenis senjata yang mereka suka, tanpa mengambil kira jenisnya, walaupun ia merupakan senjata pemusnah. Pada masa yang sama, mereka mengharamkan pula Negara- Negara lain daripada memiliki senjata demikian tanpa sebarang alasan. Dan, secara zalim mereka ini telah berpihak kepada golongan perampas dengan menolong mereka menentang tuan punya hak di tanah air mereka sendiri.

Penggunaan perkataan pengganas di kalangan golongan yang zalim ini adalah semata- mata mengikut hawa nafsu mereka. Sedangkan keganasan yang sebenarnya tumbuh di kalangan mereka sendiri dan merekalah sebagai pelopornya. Ini adalah seperti yang telah disebutkan dalam lembaran sejarah.

Merekalah pihak yang pertama sekali melakukan perbuatan merampas kapal terbang, dan merekalah juga yang mencipta sekatan- sekatan ke atas bangsa lain. Bukankah menghalang orang lain daripada mendapatkan makanan itu suatu keganasan? Bukankah perbuatan menawan Negara lain dan mencabulinya itu suatu keganasan? Bukankah perbuatan memusnahkan tempat kediaman dan menakutkan orang lain itu suatu kegansan? Bukankah perbuatan melepaskan tembakan terhadap orang ramai di Negara dan rumah mereka sendiri suatu keganasan? Bukankah perbuatan menyebarkan tentera di segenap jalan dan memeriksa orang ramai dengan kasar dan keras itu suatu keganasan? Bukankah perbuatan menguasai harta benda dan sumber kekayaan orang lain itu merupakan suatu keganasan? Bukankah perbuatan menyekat perkembangan ilmu, peranan para ulama dan sanitis itu suatu keganasan? Bukankah perbuatan mengugut sehingga orang yang diugut itu tunduk suatu keganasan? Bukankah perbuatan memusnahkan, membakar dan mencuri harta orang lain serta melakukan kerosakan dan perogolan itu suatu kerosakan?

Siapakah yang Menghukum Amerika yang Ganas itu

Sejarah Amerika dipenuhi dengan pelbagai jenayah dan musibah. Sejarah menjadi sebaik- baik saksi tentang apa berlaku di Hiroshima, Palestine, Afghanistan, Iraq dan lain- lain. Semua ini adalah bukti kepada keganasan Amerika yang tersusun yang didukung oleh kekuatan. Siapah yang akan menghukum pengganas ini? Uundang- undang apakah yang boleh membawa mereka ke muka pengadilan? Siapakah yang boleh menjatuhkan hukuman ke atas segala jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ini?

Sekiranya dikatakan bahawa Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu dan juga Majlis Keamanan adalah hakim, maka timbul persoalan apakah yang telah dilakukan oleh badan dunia itu. Apakah ketetapan yang telah dikeluarkan untuk menolak perbuatan Amerika menyerang dan menguasai Negara- Negara dunia?

Apakah yang telah dilakukan oleh badan dunia itu dalam memelihara nasib rakyat Palestine yang sentiasa dihalau, disembelih, dijajah, lading- lading mereka dimusnahkan dan rumah- rumah mereka diruntuhkan. Semuanya ini dilakukan oleh golongan Zionis Yahudi dengan bantuan Amerika tanpa batas dan seluruh dunia mengetahuinya dan menyaksikannya. Apakah yang telah dikatakan oleh badan dunia mengenai kewujudan tentera Amerika di Afghanistan dan di Iraq. Seluruh dunia menyaksikannya sebagai suatu penjajahan, keganasan, rampasan, pemusnahan, pembunuhan dan pembakaran.

Namun, badan dunia itu tidak melakukan sesuatu pun. Bahkan Amerika-lah yang memerintah dan melaksanakan rancangan keganasannya ke atas para pejuang yang mempertahankan hak- hak mereka daripada serangan para penceroboh zalim yang berterusan melakukan kezaliman mereka.

Revolusi dan Pendirian Umat Islam terhadap Irhab

Setelah pihak musuh mencampuradukkan konsep irhab dan menjadikannya sebagai suatu permainan untuk mereka berkuasa sekehendak hati, maka menjadikan kewajiban seluruh umat Islam samada pemimpin juga rakyat, untuk kembali kepada apa yang telah ditetapkan oleh agama Islam dan mengambil langkah- langkah yang selaras dengan ajaran al- Quran dan juga al- Sunnah. Sehubungan itu beberapa resolusi yang dikira amat penting perlulah diberi perhatian, seperti berikut:

1) Masanya telah tiba untuk usaha dilakukan bagi menyatupadukan umat Islam di bawah satu kalimah. Para pemerintah diminta supaya memberi pertimbangan dan menghormati perasaan rakyat mereka. Manakala rakyat pula diminta bersama pemimpin mereka yang ikhlas dengan memberi pandangan dan nasihat yang lembut disamping berusaha mengelakkan perpecahan. Dengan demikian kehendak rakyat akan selaras dengan kehendak pemimpin. Seterusnya tidak akan timbul lagi perselisihan, pertentangan dan malapetaka di dunia Islam.

2) Seluruh umat Islam hendaklah mempunyai pandangan yang satu, mengenai konsep “al- Irhab” dalam erti kata yang sebenarnya terutama sekali di kalangan para ulama dan para fuqaha serta para pemikir. Mereka hendaklah meletakkan definisi yang jelas dan ketentuan- ketentuan yang teliti. Seterusnya perlu menetapkan hukuman ke atas mereka yang melanggarnya dan membebaskan mereka sejajar dengan apa yang telah disepakati oleh seluruh umat Islam. Seterusnya mengisytiharkannya kepada dunia tanpa ada sebarang perasaan segan silu dan meminta semua Negara Islam melalui Pertubuhan Persidangan Islam, menerima pakai fatwa yang berkaitan dengan perkara ini, tanpa mempedulikan apa yang dikehendaki oleh pihak kafir.

3) Syariah mewajibkan setiap orang Muslim tanpa mengira fahaman politik, tanggungjawab, pengetahuan. Masyarakat dan ekonomi mengutuk segala perbuatan ganas yang disokong oleh kekuatan sesebuah Negara. Selain itu mereka perlu menolak penguasaan pihak asing terhadap orang Islam terutama sekali di Palestin, Iraq dan Afghanistan. Penceroboh itu hendaklah dihalang daripada mendapatkan sebarang kemudahan samada di laut, di darat dan di udara.

Oleh: Prof. Dr. Abdul Razak Abdul Rahman al- Sa’di

Translate »