Ada dua sebab yang memotivasikan saya menulis rencana ini. Pertama, dhomir.com menyiarkan puisi lengkap Kaum Beragama Negeri Ini, tanpa latar belakang peristiwa yang memungkinkan KH Mustafa Bisri menulisnya pada tahun 1998.  Kedua, ulasan Dr Muhaimin Sulam, bekas aktivis PAS dan kini adalah salah seorang ‘jentera kempen parti Amanah’ mengulasnya.

Dr Muhaimin ada sedikit kecewa kerana kebangkitan PAS tidak dapat disekat setelah mendeklamasikannya di tiga lokasi, iaitu Sungai Panjang (Selangor),  Permatang Pasir (Pulau Pinang) dan Kuala Nerang, Kedah ketika kempen PRN baru-baru ini. Atas kekecewaan itu, perilaku kaum beragama dalam parti politik itu cukup mengecewakannya, kerana agama seringkali digandingkan dalam bicara politik yang parokial, sekterian dan penuh prejudis kelompok.

Menariknya, kedua-dua platform menyiarkan puisi tersebut pada hari yang sama, iaitu 23 Ogos 2023. Dr Muhaimin menulis dalam Malaysiakini manakala editor dhomir.com menyiarkan sepenuhnya puisi yang cukup menarik itu, puisi yang lahir pada zaman reformasi, menentang ‘order baru’ di Indonesia, iaitu pada hari-hari terakhir pentadbiran Suharto. Pada saya, mungkin apa yang berlaku pada era reformasi itulah yang menjadi latar belakang idea KH Mustafa Bisri untuk mengkritik pola politik dan budaya kelas menengah masyarakatnya atas nama politik Islam.

Sebagai seorang budayawan dan juga agamawan, Mustafa Bisri merasa hati kecilnya cukup tersentuh dengan apa yang berlaku, jiwa seninya cukup kuat untuk melihat dan menjadi sensitif dengan pergolakan yang terjadi, yang sangat bernuansakan politik.

Keterlaluan dalam berpolitik bukan sahaja menyebabkan keharmonian masyarakat terjejas, bahkan perekonomian negara juga menjadi krisis yang sangat menakutkan, bermula dengan  “krismon”, krisis kewangan sehingga menjangkiti pelbagai krisis yang lainnya.

Mustafa Bisri yang sangat memahami ilmu tasawuf, pernah menterjemahkan risalah Kimiya as-Sya’adah tulisan Imam al-Ghazali, bukan sahaja dalam bahasa Indonesia, bahkan juga dalam bahasa Jawa.

Risalah itu merupakan salah sebuah tulisan yang cukup popular dan menjadi rujukan bukan sahaja oleh umat Islam bahkan bukan Islam dalam memahami ‘makna kebahagiaan’ yang ‘sebenar dan abadi’ dalam perspektif Islam, yang dilihat dan dilihat dalam perspektif tasawuf, ‘pembersihan jiwa’ dan pengukuhan semangat Islam berdasarkan al-Qur’an dan hadis Rasulullah SAW.

Edisi terjemahan bahasa Indonesia itu sampai juga kepada pembaca di Malaysia, dengan judul Proses Kebahagiaan (Penerbit Qaf Media, cetakan kedua 2021) dan Metode Tasawuf al-Ghazaly: Merambah Jalan Kebahagiaan (Surabaya: Pelita Dunia, cetakan ketiga 2007).  Ada beberapa edisi lainnya yang diterjemah dan diterbitkan oleh pelbagai pihak, termasuk Resep Bahagia (Turos Pustaka, 2021), Kimia Kebahagiaan (terjemahan Haidar Bagir 2014) dan edisi bahasa Inggeris, The Alchemy of Happiness (terjemahan oleh Claude Field (1972). Claude Field menterjemahkannya ke bahasa Inggeris daripada versi terjemahan bahasa Turki yang diterbitkan tahun 1910..

Apakah peristiwa yang menjadi latar belakang puisi Kaum Beragama Negeri ini? Daripada catatan, puisi ini ditulis menjelang Aidiladha 1998 (1418H), yang disambut pada hari Selasa 7 April 1998 (10 Zulhijah 1418). Ertinya, Mustafa Bisri (Gus Mus) selain merenung makna ‘keibadatan’ dalam tradisi korban umat Islam pada perayaan tersebut, cuba melihat ke dalam ‘situasi bangsa’ yang sedang bergeser, berkonflik dan sengketa politik yang tajam.

Bagi Gus Mus, itu tidak sepatutnya berlaku kerana Islam itu sangat sangat mengecam dan melarang apa sahaja kaedah yang boleh membawa kepada ketidakstabilan: politik, ekonomi dan perilaku sosial. Islam adalah cara hidup yang berusaha menjamin ‘keselamatan’ dan ‘kesejahteraan’. Kerana itulah, ibadat korban itu membawa maksud ‘rasa keinsafan dan tanggungjawab’, suatu pemaknaan terhadap keadilan dan kewajiban, menerusi simbol ‘mengorbankan binatang ternakan’ untuk disumbangkan kepada mereka yang tidak mampu (fakir miskin).

Tahun 1998 adalah tahun kebangkitan reformasi yang melanda Indonesia kesan daripada kejatuhan nilai matawang (krismon, krisis monetary atau kewangan) negara-negara Asia. Ia berlaku akibat serangan penyangak mata wang, bermula di Korea Selatan, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Serangan itu berlaku kerana adanya rasa marah, atau reaksi untuk menyekat kebangkitan Asia sebagai ‘kuasa ekonomi baharu’, yang ketika itu digelar sebagai ‘harimau Asia’ atau ‘ekonomi naga’. Krisis tersebut membawa pula kepada kejatuhan Suharto (1921-2008) setelah memerintah Indonesia selama 30 tahun (27 Mac 1968- 21 Mei 1998).

Pertengahan tahun 199-an, perspektif itu menjadi tajuk perbincangan hangat, dan ini melahirkan rasa cemburu kaum pemodal (kapitalis) kerana produk keluaran mereka tidak lagi menjadi perhatian dan mampu bersaing dari segi harga.

Negara-negara Asia mencari alternatif, mendapatkan produk yang lebih murah dan kualiti yang setanding, di mana budaya kepenggunaan (konsumerisme) cukup besar, manakala kecenderungan firma-firma mereka terus kekal melabur di negara-negara sedang miskin yang mempunyai jumlah tenaga kerja yang besar dan sanggup menerima upah yang murah, tiada konsep gaji minimum. (Misalnya, John Naisbitt, Megatrends Asia: Eight Asian Megatrends That Are Reshapes Our World, 1996)

Suharto ialah presiden kedua Indonesia, yang terbabit dengan rampasan kuasa yang melengserkan Soekarno (1901-1970). Soekarno adalah pemimpin dan pejuang kemerdekaan Indonesia, yang memerintah selama 22 tahun (1945-1967). Soekarno digulingkan pada 11 Mac 1966 oleh Jeneral Suharto. Suharto dikatakan mendapat bantuan Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Soekarno.

Seokarno ditentang kerana dilihat tidak selari dengan telunjuk dan hegemoni kuasa baharu yang muncul selepas Perang Dunia II. Ini kerana, Soekarno lebih bersifat nasionalistik dan berkecuali, selain dikaitkan dengan komunisme.

Indonesia merupakan salah sebuah negara yang sangat ingin dikuasai oleh Amerika Syarikat dan CIA (Agensi Perisikan Pusat), ia ia menjadi impian besar Rumah Putih. Ini dapat difahami menerusi beberapa laporan yang dikumpulkan secara rahsia oleh CIA, misalnya apa yang digarap oleh Tim Weiner: “the loss of American influence in Indonesia would make victory in Vietnam meaningless. The agency was working hard to find a new leader for the world’s most populous Muslim nation.

“Then, on the night of October 1, 1965, a political earthquake struck. Seven years after CIA tried to overthrow him, President Sukarno of Indonesia secretly launched what appeared to be a coup against his own government. After two decades in power, Sukarno, his health and his judgement failing, had sought to shore up his rule by allying himself with the Indonesian Communist Party, the PKI. The party had grown strength, winning recruits with ceaseless reminders of the CIA’s assault on the nation’s sovereignity. It was now the world’s largest communist organisation outside Russia and China, with 3.5 milion nominal members.

“Then, in a few terrifying weeks in October 1965, the Indonesian state split in two.

“The CIA works to consolidate a shadow government, a troika composed of Adam Malik, the ruling sultan of central Java, and an army major general named Suharto. Malik used his relationship with the CIA to set up a series of secret meetings with the new American ambassador in Indonesia, Marshall Green.

“The ambassador said he met Adam Malik ‘in a clandestine setting’ and obtained ‘a very clear idea of what Suharto thought and what Adam Malik thought and what they were proposing to do ‘ to rid Indonesian of communism through the new political movement they led, the Kap-Gestapu.

“A great wave of violence began rising in Indonesia. General Suharto and Kap-Gestapu massacred a multitude.

“The chairman, Senator J William Fullbright of Arkansas, put the next queston simply and directly.

“We were involved in the coup?” he asked.

“No, Sir,” said Ambassador Green.

“Were we involved in the previous attempt at a coup?” said the senator.

“No”, said the ambassador. “I don’t think so.”

“CIA played no part of it?” asked Fullbright.

“…The United States has denied for forty years that it had anything to do with the slaughter carried out in the name of anti-communism in Indonesia. “We didn’t  create the waves,” said Marshall Green. “We only rode the waves ashore.” (Tim Weiner, Legacy of Ashes: The History of the CIA, London: Penguin Books, 207, hal. 298-302).

Aidiladha 1998 disambut pada 7 April 1998, yang ketika itu sudah memuncak krisis ekonomi yang membawa kepada krisis politik, yakni aktivis reformasi yang dimotori oleh pelbagai pertubuhan kemasyarakatan dan politik Islam mendesak Suharto berundur. Suharto didakwa mempunyai aset peribadi yang cukup besar, didakwa dikumpul secara salah (rasuah). Dianggarkan berjumlah USD$30 bilion, walaupun pada 6 September 1998, Suharto menyatakan “saya tidak punya wang satu sen pun”.

Menariknya, sehingga kematiannya (27 Januari 2008), tidak ada sebarang tindakan untuk mengadili dan menghukumnya. Ia hanya sekadar usaha memburuk-burukkan Presiden Indonesia ke-2 itu yang cukup bijak menggunakan pertubuhan-pertubuhan Islam dan tokoh spiritual Jawa bagi mengekalkan kuasa selama lebih tiga dekad, iaitu 32 tahun (termasuk dua tahun selepas berjaya menggulingkan Soekarno (1966) dan sehingga diadakan Pilihanraya Presiden (27 Mac 1968), yang memenangi 616 suara elektoral (100 peratus).

Untuk melihat dan memahami bagaimana Suharto menempelkan politik Islam dalam koridor kuasa, kita mungkin boleh membaca sorotan Robert W Hefner, Islam dalam Politik dan Pendemokrasian di Indonesia, edisi terjemahan oleh al-Mustaqeem M Radhi, Jenjarom, Selangor: IBDE Ilham Sdn. Bhd., 2017 manakala biografi politik Suharto ialah tulisan RE Elson, Riwayat Politik Suharto, terjemahan oleh Sri Murniati dan al-Mustaqeem M Radhi, Bukit Sentosa, Selangor: Awal Nadhah Resources, 2017.

Tentunya, gelora reformasi di Indonesia cukup hebat dan sedikit sebanyak mempengaruhi lanskap politik di Malaysia yang mana ketika itu, Dr Mahathir sudah pun berkuasa selama 17 tahun, yang juga didakwa melakukan ‘rasuah’ sehingga digelar sebagai “Bapa Rasuah” oleh beberapa orang tokoh politik lawannya.

Tetapi, yang lebih kuat tekanannya ialah pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM dan seterusnya digugurkan daripada parti (UMNO), Menteri Kewangan serta dihadapi dengan dakwaan ‘kesalahan moral’. Ia membawa pertikaian yang cukup panjang, dan sampai kini masih belum berakhir walaupun pernah ada kerjasama sementara, yakni ketika Anwar dipenjarakan kali kedua, yang kemudiannya ditimbal dengan permohonan pengampunan di raja (16 Mei 2018), ketika Dr Mahathir adalah PM ke-7, setelah PH menang PRU ke-14 (2018).

Ertinya, kejayaan parti politik pembangkang melewati 20 tahun daripada apa yang berlaku di Indonesia (1998), yang mana Suharto digulingkan dan muncul kekuatan baharu untuk melawan ‘order baru’, manakala Presiden Dalam Waktu Peralihan (1998-1999), BJ Habibie (1936-2019) perlu melaksanakan reformasi pilihan raya. Reformasi pilihan raya itu tidak membolehkan BJ Habibie mengesahkan kedudukannya sebagai Presiden Indonesia menerusi keputusan rakyat, dan kekalahan itu membawa kepada defisit kepercayaan terhadap parti yang memerintah sekalin lama, Golkar (Golongan Karyawan).

KH Mustafa Bisri dikenali sebagai Gus Mus. Gus maksudnya anak lelaki kepada seorang kiyai (guru agama) yang mewarisi pengurusan pesantrean (pondok), yang tentunya bukan gelaran sembarangan. Gus akan hilang sekiranya lelaki itu digelar kiyai, jadi Gus Mus yang sudah diberikan gelaran kiyai, dan secara lojiknya tidak lagi dipanggil Gus Mus. Namun, gelaran itu kekal hingga sekarang walaupun sudah sebaris dengan kiyai hanya kerana nama itu lebih popular dan diidentikkan dengan pendiriannya, yang peka dengan permasalahan umat.

Gus Mus merupakan putera kepada KH Ahmad Mustofa Bisri, pengasas Pondok Pesantrean Raudhatul Thalibin, Rembang. Beliau lahir pada 10 Ogos 1944. Pernah dilantik sebagai pengurus besar Nahdatul Ulama (2014-2015) dan salah seorang pengasas Parti Kebangkitan Bangsa (PKB). Mendapat pendidikan di Pondok Pesantrean Libroyo, Kediri dibawah asuhan KH Marzuki Dahalan dan KH Mahrus Aly; Pondok Pesanteran al-Munawir, Krapyak, Jogjakarta dibawah asuhan H Ali Maskum dan KH Abdul Qadir; dan Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Pernah memenangi Anugerah Sastera Asia (2005), dianugerahkan Doktor Kehormat dalam bidang kebudayaan Islam oleh Universiti Islam Negeri, Sunan Kalijaga, Jogjakarta (2009); dan Bintang Budaya Parama Dharma oleh Presiden Jokowi.

Antara kata-katanya yang menarik ialah “Para pemimpin yang menggunakan agama atau aliran-aliran agama untuk kepentingan politik hingga orang-orang bodoh terprovokasi  dan kehilangan akal sihat. Merekalah kelak yang paling bertanggungjawab di hadapan Allah di Yaumul Hisab.”

Hal ini berlaku kerana “seringkali semangat agama tidak diimbangi pemahaman agama yang baik. Semangat beragama dengan pemahaman agama itu harus seimbang.”

Dalam salah catatan, Duel Puisi Gus Mus dan Piano Gus Jaya (27 Januari 2017), ditulis begini: Sekarang kita semua cenderung sibuk memperebutkan kekuasaan dan jabatan, tetapi kiyai yang satu ini, justeru merusak pasaran. Ia mempermalukan orang lain dengan menolak jabatan, Makanya, saya undang baca puisi.

Saya baca puisi Islamkah Aku: Islam agamaku nombor satu di dunia, Islam benderaku berkibar di mana-mana/Islam tempat ibadahku mewah bagai istana/Islam tempat sekolahku tak kalah dengan yang lainnya. Islam sorbanku/Islam sejadahku/Islam kitabku.Islam media massaku/Gaya komunikasi Islami masakini/Tempat aku menikam sana sini….Islam bursaku/Islam warungku hanya menjual makanan syurgawi/Islam supermarketku melayani segala keperluan manusiawi…..

Baginya, walaupun Islam itu merupakan “agama yang rahmah, tetapi disebabkan kekurangan pemahaman atas agama akan mendorong pada fahaman radikalisme dan ekstremisme. (Rujuk: http://gusmus.net/news/duel-puisi-gusmus-dan-piano-gus-jaya)

Apa yang dapat kita selami makna puisi Kaum Beragama Negeri Ini? Negeri ini asalnya bermaksud Indonesia, tetapi wawasan dan percikan pemikirannya ada keserupaan (sedikit sebanyak persamaan) dengan apa yang berlaku di Malaysia ketika ini, juga beberapa dekad sebelumnya, yakni PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik yang cenderung mengatasnamakan agama, atau dalam istilah politik dipanggil Islamisme, politik yang diagamaisasi (Bassan Tibi, Islam dan Islamisme, 2016).

Saya ambil kembali sepenuhnya puisi tersebut untuk dibahaskan dalam rencana selanjutnya. Saya sengaja ‘menghitamkan’ frasa-frasa tertentu untuk memberikan suatu penekanan makna, yang cukup penting dalam perbincangan selanjutnya.

KAUM BERAGAMA NEGERI INI

Tuhan, lihatlah betapa kaum beragama negeri ini                                                                       

mereka tak mau kalah dengan kaum beragama lain                                                                  

di negeri-negeri lain,                                                                                                                

demi mendapatkan ridha Mu                                                                                            

mereka rela mengorbankan saudara-saudara mereka                                                                      

untuk berebut tempat terdekat di sisi Mu                                                                          

mereka bahkan tega menyodok dan menikam                                                                            

hamba-hamba Mu sendiri                                                                                                    

demi memperoleh rahmat Mu                                                                                                            

mereka memaafkan kesalahan                                                                                                 

dan mendiamkan kemungkaran                                                                                                

bahkan mendukung kelaliman                                                                                                   

untuk membuktikan keluhuran budi mereka                                                                                    

terhadap setanpun mereka tak pernah berburuk sangka

 

Tuhan, lihatlah betapa baik kaum beragama negeri ini                                                             

mereka terus membuatkan Mu rumah-rumah mewah                                                                          

di antara gedung-gedung kota                                                                                                  

hingga tengah-tengah sawah                                                                                                       

dengan kubah-kubah megah dan menara-menara menjulang                                                                 

untuk meneriakkan nama Mu                                                                                     

menambah segan dan keder hamba-hamba kecil Mu                                                                    

yang ingin sowan kepada Mu                                                                                                   

nama Mu mereka nyanyikan dalam acara hiburan                                                                                

hingga pesta agung kenegaraan                                                                                                   

mereka merasa begitu dekat dengan Mu                                                                                     

hingga masing-masing merasa berhak mewakili Mu                                                            

yang memiliki kelebihan harta membuktikan                                                                                       

kedekatannya dengan harta yang Engkau berikan                                                                         

yang memiliki kelebihan kekuasaan membuktikan                                                                

kedekatannya dengan kekuasaan yang Engkau limpahkan                                                            

yang memiliki kelebihan ilmu membuktikan                                                                     

kedekatannya dengan ilmu yang Engkau karuniakan                                                                                   

mereka yang Engkau anugerahi kekuatan                                                                                          

seringkali bahkan merasa diri Engkau sendiri                                                                                

mereka bukan saja ikut menentukan ibadah                                                                             

tapi juga menetapkan siapa ke sorga siapa ke neraka                                                                                    

mereka sakralkan pendapat mereka                                                                                        

dan mereka akbarkan semua yang mereka lakukan                                                                           

hingga takbir dan ikrar mereka                                                                                            

yang kosong bagai perut bedug

Allahu Akbar Walillahil Hamd

 

(BERSAMBUNG)

KAMARUN KH

Translate »