Cerita Nabi Nuh a.s. telah mengingatkan kita bahawa anak daripada orang soleh tidak semestinya akan menjadi soleh seperti ibu bapanya. Nabi s.a.w. juga pernah mengingatkan anaknya Fatimah al-Zahra bahawa jika dia mencuri, Rasulullah akan memotong tangannya. Kesolehan seperti mana juga kemuliaan seseorang, memang tidak boelh diperoleh melalui keturunan semata-mata tetapi ia perlu dicapai dengan adanya usaha individu itu sendiri serta pilihan dan kehendak Allah.
Kisah Nabi Nuh dan keingkaran anaknya yang bernama Kana’an serta isterinya untuk beriman kepada Allah s.w.t. menyebabkan mereka akhirnya ditenggelami oleh banjir besar. Betapa kecintaannya terhadap anaknya ketika Kana’an sedang berjuang meneylamatkan diri, Nabi Nuh tidak putus-putus mengajak anaknya naik ke atas kapal bersama-samanya, namun anaknya tidak menghiraukan seruan itu. Allah s.w.t. telah menurunkan banjir yang besar dan telah menenggelamkan semua umat Nabi Nuh yang tidak beriman kecuali 70 orang pengikutnya yang setia.
Cinta ibu dan ayah kepada anak-anak melebihi cinta anak kepada ibu ayah. Bacalah kisah Nabi Nuh a.s. yang merupakan salahs eorang dari lima nabi yang utama. Betapapun anaknya derhaka kepada Allah dan membangkangnya, cintanya tidak luntur. Samai detik-detik terakhir, baginda masih emnagajk anaknya untuk menaiki kapalnya di tengah-tengah pukulan gelombang laksana gunung.
Perhatikan pula rahsia kemanusiaan, rahsia cinta ayah yang telah tua kepada anaknya, penyambung zuriatnya. Meskipun Allah berkali-kali memperingatinya dan melarang memohon perlindungan-Nya bagi orang-orang yang aniaya, pasti tenggelam dan meskipun di antara ahli keluarga nabi Nuh yang telah ditentukan terlebih dahulu bahawa mereka tidak akan dapat masuk, namun Nabi Nuh sebagai ayah tidak sampai hati melihat anaknya akan binasa. Sebab itu maka diajaknya naik semasa ada kesempatan, sebelum air bertambah naik dan ombak bertambah besar.
Setelah anaknya tenggelam, ketika air bah surut dan Nabi Nuh a.s. bersama kaum yang beriman selamat sampai ke darat, cinta ayah belum juga putus. Ini antara bukti daripada maklumat di dalam al-Quran: (Surah Hud: ayat 45-46)
Nabi Nuh a.s. menerima jawapan daripada Allah yang menejelaskan hakikat yang telah dilupai baginda iaitu hubungan ‘kekeluargaan’ disisi Allah juga dalam agama Allah dan neraca pertimbangan-Nya bukanlah hubungan darah, malah ialah hubungan akidah. Beradsrakan hakikat ini, anak Nabi Nuh a.s. yang terkorban di dalam banjir itu bukanlah seorang yang beriman dan oleh itu anaknya tidak termasuk dalam golongan keluarganya, kerana baginda adalah seorang yang beriman.
Itulah hakikat agung dalam agama ini, iaitu ahkikat hubungan akidah yang menjadi asas segala hubungan yang lain. Itulah hubungan yang mengikat individu mukmin di antara satu sama lain. Itulah satu hubunagn istimewa yang tidak dapat dilaksanakan oleh hubungan keturunan dan kekeluargaan.
Luqman al-Hakim seorang yang soleh menyedari akan tanggungjawabnya. Nasihat beliau kepada anaknya telah dijadikan teladan kepada ibu bapa yang baik dan bijak. Al-Quran merakamkan nasihat beliau kepada anaknya:
Maksudnya: “Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya syirik itu perbuatan zalim yang besar, katanya.”
(Surah Luqman: 13)
Maksudnya: “Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (orang lain) mengerjakan yang baik, dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan mungkar , dan bersabarlah terhadap apa perbuatan mungkar, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.”
(Surah Luqman: 17)
Pengajaran daripada ayat ini ialah pesan-pesan tauhid itu harus sentiasa tertanam dalam jiwa dan kesedaran anak-anak kita. Kehadiran seseorang anak dalam kehidupan kedua-dua ibu bapa adalah sesuatu yang amat berat, satu fitnah dan ujian daripada Allah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran, kadar keimanan dan tanggungjawab kita untuk membawanya kejalan yang diredhai Allah. “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah suci”, sabda Nabi s.a.w.
Bagaimanapun al-Quran menceritakan tentang kesolehan dan rasa kesedaran daripada tanggungjawab Luqman al-Hakim sebagai bapa yang baik dalam mendidik anak. Dalam komunikasi yang penuh kasih sayang, beliau berpesan kepada anaknya agar jangan mempersekutukan Allah, dirikanlah solat ,berbuat baik dan banyak bersabar . Sesungguhnya solat itu satu-satunya bekal dan nilai-nilai amar maaruf nahi mungkar yang amat releven bagi anak-anak yang akan menghadapi zaman globalisasi yang serba pantas.
Demikianlah juga kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Yaakub a.s. yang sempat memberikan wasiat kepada anak-anaknya seperti mana firman Allah dalam surah al-Baqarah: ayat 132.
Anak adalah milik Allah dan mesti dipersembahkan sepenuhnya untuk jalan Allah. Kita sekadar diberi amanah memelihara dan memberi ilmu. Ketika Allah memerintahnya agar menyembelih anaknya Ismail yang sangat disayanginya, Nabi Ibrahim a.s. dengan rela hati melaksanakan perintah tersebut.
Demikian kesolehan dan kemuliaan ibu bapa tidak dapat menyelamatkan anak-anak daripada pembalasan Allah s.w.t. Hanya keimanan dan ketakwaan seseorang yang dapat menyelamatkan mereka daripada balasan Allah s.w.t.
Catatan : Ibnu Majid
Recent Comments