Perbezaan yang terjadi di antara manusia, baik dalam urusan agama mahupun urusan dunia sudah berlaku sejak dahulu lagi dan akan tetap berlangsung hingga hari kiamat kelak. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menerangkan hakikat ini. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

(Dan bukanlah tanggongjawabmu untuk menjadikan seluruh manusia itu, beriman) jika Tuhanmu kehendaki nescaya berimanlah sekalian penduduk bumi. Apakah patut kamu henak memaksa manusia semua supaya mereka menjadi orang beriman.(Surah Yunus ayat 99)

Demikian juga dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Ia menjadikan manusia umat yang satu. Tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menetapkan mereka.” (Surah Hud ayat 118-119)

Dalam kehidupan ini manusia akan selalu berbeza pendapat, orientasi, tujuan dan cita-cita, namun orang-orang yang mendapat rahmat dan petunjuk Allah, sesungguhnya mereka tidak akan berbeza pendapat dalam ushul (dasar-dasar), agama yang benar, kerana mereka mengetahui dan mengikuti jalan kebenaran.

Hikmah ilahiyah menghendaki agar manusia selalu berbeza pendapat dan rahmat Allah selalu menyertai mereka selagi perbezaan tersebut bertujuan untuk mencapai kebenaran.Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud:

“Kalau Allah menghendaki tentu saja Allah menjadikan mereka semua petunjuk, sebab itu janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang jahil.” (Suran Al-Anam ayat 35)

Seandainya Allah menghendaki mengumpulkan manusia dalam agama yang benar, nescaya Dia akan melakukannya. Tetapi Dia tidak mengkehendakinya, kerana Allah akan memberi ganjaran yang setimpal kepada mereka yang mengerjakan amal perbuatan buruk dan mereka yang selalu melakukan kebaikan di dunia. Justeru janganlah menjadi orang-orang yang bodoh terhadap hukum Allah yang berlaku bagi semua makhluk-Nya (sunatullah).

Bahkan lebih daripada itu al-Quran telah mengisyaratkan bahawa perbezaan yang terjadi demi mempertahankan kebenaran dan mewujudkan keadilan adalah sesuatu yang menjadi keharusan dalam menangani kemaslahatan umat manusia.

Jika Allah tidak mendatangkan orang-orang yang selalu menyebarkan kebenaran untuk menandingi orang-orang yang berbuat kebatilan, maka hancurlah bumi ini dan kerosakan akan bermaharajalela. Justeru, mereka di kalangan ahlul batil (para pelaku kebatilan) jika dibiarkan melakukan apa yang mereka kehendaki, maka akan berlakulah kekejian di muka bumi ini. Namun, Allah amat besar kurnia-Nya ke atas manusia. Dia memberikan kekuatan dan hujah kepada orang yang selalu melakukan kebaikan untuk melawan dan mengalahkan perbuatan kaum yang selalu membuat kerosakan di muka bumi.

Seandainya Allah tidak mengizinkan untuk memerangi ahlul batil, pasti mereka telah membuat kerosakan di muka bumi ini. Tempat-tempat ibadah pada masa Nabi Musa dan Nabi Isa, masjid-masjid tempat solat kaum Muslimin pada zaman Nabi Muhammad tentu sudah mereka hancurkan.

Justeru itu, perbezaan-perbezaan yang berlaku di antara manusia itu adalah disebabkan faktor tidak mampu memahami setiap permasalahan secara menyeluruh, melakukan taklid tanpa dasar dan dalil, fanatik terhadap sesuatu pendapat atau pemikiran, sikap dengki kepada orang lain, tamak kepada kepentingan diri dan mengikut hawa nafsu. Apa yang menyedihkan ada di kalangan umat Islam yang memulau dan menghukum umat Islam lain dengan syirik dan bidaah kerana orang lain tidak sama adat resam budayanya dengan mereka. Malah mereka cuba memaparkan fahaman mereka untuk diserap kepada masyarakat lain. Dalam hal ini, mengapa mereka tidak menerima hakikat kejadian yang ditentukan  Allah bahawa sememangnya manusia ini akan berselisih pendapat seperti dalam ayat dan firman Allah s.w.t di atas?

Sebagai contohnya kefahaman orang Islam terhadap agamanya sendiri masih kabur dan bercelaru sahingga sebahagian mereka ada yang mengatakan ianya cuma upacara ibadat khusus (ritual) sahaja dan sanggup menyama tarafkannya dengan agama lain ,sedangkan dalam perlembagaan telah pun tercatit bahawa Islam itu adalah agama nagara.Sekalipun agama lain itu bebas diamalkan dimana-mana untuk penganutnya , tetapi tidaklah boleh disamamakannya dengan agama lain yang ada dinegara ini.Apa lagi Islam itu sendiri merupakan panduan pertunjuk ilahiah untuk seluruh manusia disetiap masa dan tempat yang dapat menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat .

Islam itu perlu difahami secara terbuka sesuai dengan definasinya yang diterima umum “the way of life” yang  mencakupi seluruh kehidupan dunia dan akhrat ,sedangkan agama lain itu cuma kegiatan tertentu  yang berkaitan ibadat dan urusan kehidupan akhirat sahaja, mana boleh Islam itu nak disamakan dengan agama lain yang memisahkan antara kedua urusan penting tersebut. Sebab itu bila tercatat dalam perlembagaan kita bahawa “Islam  itu agama nagara , sewajarnya lah  tidak ada lagi usaha dari berbagai pihak untuk menyaingi dan menyama terafkannya dengan agama dan ajaran yang lain dinagara ini.

Kefahaman terbuka dan bertuliransi dikalangan rakyat nagara ini, perlu diutamakan  malah di terima oleh semua pihak,bagi menjamin keharmonian masyarakat  dan nagara. Atas panduan dan garisan  yang  dipesakai dari mereka  yang berpengalaman inilah, sepatutnya dipertahankan oleh semua pehak dan kaum dinagara ini ,demi meneruskan keharmunian dan kesejahteraan yang telah diapai untuk dinikmati semua pihak.

Dunia ini tidak akan menjadi aman selagi penghuninya tidak memiliki sifat berlapang dada dan terbuka fikirannya. Situasi sebegini ditambah dengan hilangnya sifat hormat menghormati antara satu sama lain, juga rasa tidak puas hati yang tersemat di sanubari terhadap apa yang ditentukan Allah s.w.t.

Sesungguhnya, perselisihan yang terjadi di antara manusia adalah sunatullah (hukum Allah yang berlaku pada makhluk-Nya) yang akan sering berlaku dari semasa ke semasa. Cuma, kita sebagai manusia yang dianugerahi akal dan fikiran yang sempurna perlu memaknakan segala yang berlegar di sekeliling kita ke arah jalan atau cara yang diredhai-Nya.

Oleh : Mohd Shauki Abd Majid

Translate »