Selepas Khalifah Al-Mustansir (1036-1094) meninggal dunia, kedua-dua puteranya, Nizar dan al-Musta’li, saling takhta kerajaan Fatimiyah. Nizar akhirnya tewas dan dibunuh dengan kejam. Para penyokongnya diusir dari Mesir. Semasa pemerintahan Hasan bin Sabbah, mereka mengasaskan satu aliran mazhab Ismailiyah dan membina markas di Alamut (dekat Kazwin, Iran Utara). Mereka berusaha membangunkan kerajaan Fatimiyah daripada keturunan Nizar sehingga mereka disebut sebagai golongan Ismailiyah Nizariyah. Untuk mencapai tujuan itu, mereka membentuk pasukan pembunuh yang disebut sebagai Hasyasyin.

HASAN BIN SABBAH

Hasyasyin dibentuk oleh Hasan bin Sabbah (1090-1124), seorang yang amat bercita-cita tinggi dari Parsi. Kecewa dengan Sultan Maliksyah (memerintah 1072-1092), pada 1078 belaiu pergi ke Mesir. Oleh sebab di situ pun cita-citanya tidak tercapai, beliau meninggalkan Mesir pada 1080. Beliau kemudiannya berjaya menakluki Alamut pada 1090. Sejak itu, beliau menyusun kedudukan pengikutnya. Bersama-sama penyokong Nizar yang diusir dari Mesir, beliau kemudian mengasaskan satu aliran mazhab Ismailiyah di Alamut.

NIZAM AL-MULK

Salah satu mangsa pembunuhan Hasyasyin ialah Nizam al-Mulk (1018-1092), Perdana Menteri Saljuk dan pengasas Madrasah Nizamiyah di Baghdad. Beliau dibunuh di sinha, Nahawand pada tanggal 14 Oktober 1092 oleh seorang anggota pasukan Hasan bin Sabbah yang menyamar sebagai ahli sufi. Alasan pembunuhan itu mungkin adalah dendam kerana sebelumnya Nizam al-Mulk pernah menulis tentang ancaman bahaya daripada puak Hasyasyin terhadap keutuhan Saljuk.

HASYIS

Nama “Hasyasyin” berasal daripada kata Arab hasysyasyiyin yang bererti kelompok pengguna hasyis (sejenis ganja). Kononnya pengikut Hasan bin Sabbah dinamakan demikian kerana mereka dikatakan menggunakan hasyis. Mereka mahu disuruh membunuh kerana dijanjikan akan dibawa lagi ke “syurga”, sama ada mereka berjaya atau mati dalam tugas .

ALAMUT

“Negara Ismailliyah Nizariyah” pada hakikatnya hanyalah rangkaian askar Hasyasyin yang tersebar ke seluruh Parsi dan Syria. Rangkaian itu dikendalikan dari Alamut dan bertahan 150 tahun di bawah pimpinan imam-imam Ismailiyah. Namun sepanjang hidup mereka, puak Hasyasyin menerima ancaman daripada kerajaan Saljuk. Sultan-sultan Saljuk berusaha menghancurkan mereka tetapi tidak berjaya. Hinggalah pada 1256, bangsa Mongol di bawah Hulagu Khan (1217-1265) berjaya menawan satu demi satu kubu pertahanan Hasyasyin di Parsi. Alamut sendiri akhirnya jatuh pada 1256. Sejumlah besar golongan Hasyasyin ditangkap dan dibunuh. Namun sebahagiannya berjaya menyelamatkan diri. Kemudian Sultan Baybars I, pemerintah keempat Mamluk (1260-1277), menawan semua kubu pertahanan Hasyasyin di Syria (1272). Sejak itu, puak Hasyasyin hanya terdiri daripada kumpulan kecil di syiria, Iran dan Asia Tengah. Kumpulan terbesar di India dan Pakistan dinamakan Khoja.

AGAKHANIS

Selepas dihancurkan oleh Baybars I, saki-baki Hasyasyin menjalankan gerakan bawah tanah. Pada abad ke20, golongan Hasyasyin muncul kembali di bawah pimpinan Aga Khan Muhammad Syah al-Hali atau Aga Khan III (1877-1957) dan cucunya Aga Khan Abdul Karim. Oleh sebab peranan kedua-dua tokoh itu, pengikut Hasyasyin dikenali juga dengan nama Agakhanis. Golongan Agakhanis kini tersebar di pelbagai negara. Jumlah mereka dianggarkan mencapai 20 juta di seluruh dunia.

KUMPULAN PENGIKUT

Pengikut Hasyasyin dibahagi kepada beberapa tingkatan:

Al-fida’i (teman) Al-rafiq (sahabat) Al-da’i (pahlawan)

Al-da’i al-kabir (pahlawan besar)

Da’i al-du ‘a’ (guru agung)

  • Kubu pertahanan Hasyasyin (disebut juga sebagai puak Alamutiah) terdapat di Dari benteng itu, selama 35 tahun, Hasan bin Sabbah melancarkan keganasan di pelbagai kawasan.

Catatan : Ibnu Hayyan

Translate »