Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan isi bumi serta manusia dibangkitkan semula. Kiamat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu قيام yang bermaksud bangkit atau bangun. Sedangkan hari kiamat (kehancuran alam semesta berserta dengan isinya) dalam bahasa Arab adalah “As-Saa’ah”. Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama samawi, termasuk Yahudi, Kristian dan Islam.

ISTILAH

Dari segi istilah Yaumul Qiyamah sering dimaksudkan dengan hari kiamat (kehancuran alam semesta berserta dengan isinya). Yaumul Qiyamah sama halnya dengan Yawm ad-Din yang bermaksud suatu tempoh (masa) dimana ianya akan terjadi kebangkitan sebuah komuniti umat manusia yang hidup berlandaskan agama Allah (dinullah). Umat ini bangkit 700 tahun sekali dengan diutusnya seorang rasul daripada umat tersebut.

NAMA LAIN KIAMAT

Selain istilah kiamat yang sangat popular, di dalam Al Quran juga banyak nama dengan maksud yang sama dengan hari kiamat. Antaranya:

1. al-Sā’at erti: Waktu kiamat

2. Yawm al-Akhīr erti: Hari akhir

3. Yawm al-Dīn erti: Hari akhir (agama)

4. Yawm al-Faṣl erti: Hari keputusan

5. Yawm al-Ḥisāb erti: Hari perhitungan

6. Yawm al-Fatḥ erti: Hari pengadilan

7. Yawm al-Talāq erti: Hari perpisahan

8. Yawm al-Jam’I erti: Hari pengumpulan

9. Yawm al-Khulūd erti: Hari kekekalan

10. Yawm al-Khurūj erti: Hari keluar

11. Yawm al-Ba’s erti: Hari kebangkitan

12. Yawm al-Ḥasraṯ erti: Hari penyesalan

13. Yawm al-Tanād erti: Hari pemanggilan

14. Yawm al-Āzifaṯ erti: Hari mendekat

15. Yawm al-Taghābun erti: Hari terbukanya aib

16. Yawm al-Wa’īd erti: Hari ancaman

17. Yawm al-Aẕīm erti: Hari agung

18. Yawm al-Masyhūd erti: Hari kesaksian

19. al-Qāri’aṯ erti: Bencana yang menggetarkan

20. al-Ghāsyiaṯ erti: Bencana yang tak tertahankan

21. al-Ṣākhkhaṯ erti: Bencana yang memilukan

22. al-Tāmmaṯ al-Kubrā erti: Bencana yang melanda

23. al-Ḥāqqaṯ erti: Kebenaran besar

24. al-Wāqi’aṯ erti: Peristiwa besar

TANDA-TANDA KIAMAT

۝ Terdapat enam tanda kiamat iaitu: matahari terbit dari arah ia terbenam, kemunculan dajjal, asap tebal, satwa melata boleh bercakap (dabbah), petaka yang menimpa tokoh tertentu, dan petaka umum (kiamat besar)” (HR Ahmad).

۝ Dalam hadis lainnya Rasulullah menjelaskan, ”Ada enam tanda kiamat iaitu kematianku, pembebasan Baitul Maqdis, kematian akibat penyakit di dada (wabak binatang), harta benda melimpah sehingga setiap orang mampu bersedekah 100 dinar namun yang diberi sedekah marah, petaka menimpa semua rumah bangsa Arab dan gencatan senjata dengan keturunan kuning (bangsa Romawi). Namun, mereka berkhianat dan menyerang kalian semula melalui lapan puluh panji, yang masing-masing berkekuatan 12 ribu orang.”

۝ Di antara tanda-tanda kiamat besar (kubra) adalah munculnya sosok makhluk yang oleh Rasulullah dinamakan Dajjal. Disebut Dajjal kerana terlalu banyak menipu dan mendusta, mengakui diri sebagai Tuhan, berusaha secara terus menerus menyelewengkan manusia daripada agamanya melalui berbagai cara yang luar biasa dan hal-hal yang menakjubkan dengan izin Allah.

۝ Berlakunya badai fitnah yang mendera umat Islam yang akan mencerai-beraikan tali ukhuwah, bahkan sampai berlaku pertumpahan darah sesama mereka.

۝ Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

۝ Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

۝ Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

۝ Zina bermaharajalela. Dalam hadis disebutkan “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

۝ Bermaharajalela alat muzik. Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita.” – Ibnu Majah

۝Menghias masjid & membanggakannya secara berlebihan. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

۝ Ramai orang soleh meninggal dunia. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

۝ Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”– Riwayat Thabrani.

۝ Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

۝ Wanita berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul wanita berpakaian dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

۝ Bulan sabit kelihatan besar. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.”– Riwayat Thabrani

۝ Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. “Pada akhir zaman akan muncul pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

۝ Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

۝ Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.  “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

۝ Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda “Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelup rambut mereka dengan warna hitam.

BILA KIAMAT BERLAKU?

۝ Tiada satu pun makhluk di alam semesta, termasuk malaikat yang mengetahui bila kiamat akan berlaku. Bahkan, Nabi Muhammad SAW yang menjadi kekasih-Nya pun tidak diberi informasi yang jelas.

۝ Masalah ini adalah perkara yang ghaib dan hanya Allah sajalah yang mengetahui bila hari kiamat berlaku.

۝ Perkara itu ditegaskan Allah dalam Surah al-A’raf ayat 187. “Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang kiamat, bilakah berlaku? Katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat hanya ada pada sisi Tuhanku. Tiada seorang pun yang mengetahui waktu kedatangannya selain Dia.”

۝ Juga dalam firman Allah yang lain: Manusia bertanya kepadamu tentang hari kebangkitan. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Berbangkit itu hanya di sisi Allah,’ dan tahukah kamu wahai (Muhammad), boleh jadi hari Berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (Al-Ahzaab: 63).

Catatan : Ibnu Hayyan

Translate »