Pengasas kerajaan Ayyubiyah di Mesir ialah Salehhuddin Yusuf Al- Ayyubi yg juga di kenali sebagai panglima Islam yg memenangi Perang Salib.Beliau bukan sekadar penguasa tetapi juga seorang panglima perang,mujahid, ulama yg faqih,ahli politik dan penempuh jalan zuhud. Perlu di ingat bahawa kerajaan Ayubiyyah berdiri ditengah2 Perang Salib. Orang Eropah mengenali nya sebagai Saladin.Baik didunia Islam mahupun barat ia di kenal sebagai seorang pahlawan sejati.
Beliau lahir diTarkit, Iraq.Waktu kecil lagi salehhuddin dididik di Madrasah dan dididik dgn ilmu kalam, fikah, Al-Quran dan Hadis.Sejak usia mudanya beliau dilantik menjadi tentera gabenor Syria, Nuruddin Zangi.Pada 564Hijrah/1169 Masehi atas permintaan pemerentahan Fatimiyah beliau bersama bapa saudaranya Asaduddin Syirkuh berjaya mengusir tentera Kristian dari Mesir dlm perang Salib.Setelah Syirkuh meninggal dunia kerjayanya semakin cemerlang.
Tambahan pula kerajaan Fatimiyah dibawah Al-Adid Lidinillah yg ketika itu masih muda,sehingga banyak tugas nya diambil alih oleh salehuddin.Meskipun menpunyai peranan penting salehhuddin tidak mengganggu fahaman syiah yg dianut oleh kerajaan Fatimiyah waktu itu.Setelah Al-Adid meninggal dunia salehhuddin menjadi Perdana Menteri lalu menggantikan fahaman syiah dgn Ahli Sunnah Waljamaah. Beliau berjaya menawan Baitulmaqdis pd 1187 Hijrah dari pasokan keristian.Ketika menjadi Perdana Menteri beliau membuat pembaharuan dlm bidang agama dgn mengembalikan kemurniaan Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah, mendirikan madrasah mazhab Shafie dan Maliki serta menggantikan kadi syiah dgn kadi Ahli Sunnah Waljamaah.
Dlm perang Hattin antara pasokan Salehhuddin dgn pasokan keristian dibawah pimpinan raja Baitulmaqdis Guy de Lasignan pd th 1187 Hijrah beliau telah memenangi peperangan ini dgn cukup cemerlang.Dari peperangan inilah juga dikatakan pencetus kpd Perang Salib III. Banyak lagi kawasan-kawasan yg berjaya ditakluki oleh salehhuddin spt Beirut, Tiberias, Nasirah, Samaria, Sidon, Akka, Ramulah, Gaza,dan Hebron.
Menurut Salehudin perang hanya sarana pembelaan agama. Beliau bersikap tolerensi terhadap agama keristian. Semasa berdamai dgn pasokan keristian beliau mengizinkan mereka utk menziarahi Baitulmuqadis. Salehhuddin memindahkan pusat pemerentahan ke Damsyik. Tidak lama setelah itu beliau meninggal dunia pada 589Hijrah/1193 Masehi di Damsyik dan mewariskan pemerentahan yg kukuh kpd keturunannya.
Beliau meninggalkan tanpa meninggalkan harta kerana kemegahan bukanlah misi utama hidupnya.Selepas salehhuddin peminpin yg paling menonjol ialah al-Malik, al-Adli dan Al-kamil. Selepas 636 Hijrah/1238Masehi kerajaan Ayubiah semakin lemah kerana perebutan kuasa antara mereka.Akhirnya pemerentahan Ayubiyyah beralih ke tangan kerajaan Mameluk pd 648 Hijrah/1250masehi.Kehebatan Salehhuddin diakui oleh musuh2 mereka dari dalam atau luar. Gayakepimpinan nya berbeza dgn peminpin yg terdahulu.Beliau sangat ramah, moderate, cinta damai, diplomasi dan penuh keluhuran.Dlm hidup nya salehhuddin menpunyai dua misi besar iaitu menggantikan Islam Syiah dgn Sunni dan membebaskan Baitul Muqadis.Beliau sedaya upaya berusaha mengajak rakyat Mesir utk beralih akidah dari syiah ke ahli sunnah waljamaah.Beliau menghidupkan kembali elemen2 sunni berdasarkan Alquran dan Al-Hadis.Dgn cara tersebut beliau berhasil menghapus tradisi syiah hingga keakar-akarnya dan menggantikan dgn tradisi sunni.Ini adalah kejayaannya yg penuh gemilang Dinasti Ayubiyyah dlm bidang ideologi keagamaan.Demikian juga dalam bidang pendidikan, politik, ekonomi, budaya, agama, ketenteraan,falsafah. dan Arsitektur.
Hakikatnya kejayaan Salahuddin bukan sekadar pada kekuatan fizikal dan stratejik perang tetapi kekuatan spiritualnya lebih terserlah.Kekuatan akidah ahli sunnah waljamaah cukup kuat disamping di kenali sebagai tokoh yg kuat beribadah,zuhud, penyabar, takwa, pemaaf dan gukemurahan hatinya tiada tandingnya.Kejayaan Sallehuddin sebenarnya kerana himpunan faktor2 spiritual inilah yg menbawa kpd kejayaan penaklukan Baitul Muqqadis. Tidak dapat di sangkal juga kerana kehebatan bapa saudaranya dan bapaknya sendiri yg menjadi pembantu kpd Mahmud Zangki. Apa yang di warisi di Mesir ialah kekayaan peninggalan Fathimiyyah yg begitu besar.
Namun dari sudut catitan sunni ialah kerana misi rabbani ( jihad fi sabililLah ) yg di pegangnya dan pemimpin2 dari bani Zangki sebelumnya yg bersungguh2 mahu menciptakan front penyatuan dan kekuatan Islam. Kerana itu daerah2 Islam yg di jajah hampir 200 tahun berjaya di merdekakan dan kekayaannya telah diolah dgn baik utk kepentingan Islam terutama menyatukan kembali dan memperbaiki semula aqidah ummah. Kelemahan dan mundurnya bani Ayubi ini adalah kerana pembahagian kekuasaan daerah Islam di kalangan keluarga spt mana berlaku apabila meninggalnya tokoh2 hebat yg mengundang kecelakaan rebutan kuasa. Ini berlaku apabila pengganti atau pewaris2 kuasa mulai menikmati kekayaan dan meninggalkan perjuangan jihad memelihara kepentingan dan umat Islam.
Ini jelas berbeda dari sosok tokoh mujahid spt Immanuddin, Mahmud dan Sallehuddin Islam yg tidak tinggal d istana tersergam indah dan tidak hidup seperti maharaja. Mereka menghuni khemah2 mujahiddin dan seluruh jiwa raga di pertaruhkan hanya utk jihad fi sabililLah walaupun memerintah negara yg luas.Ketika wafatnya Salahuddin dia hanya meninggalkan beberapa dirham sahaja. Salahuddin juga pernah hantar dokter utk merwat Raja Inggeris Richard the Lion heart musuhnya ketika perang salib . Mengembalikan anak perempuan orang kristian yg d ambil tentera Islam apabila sang Ibu merayu pd Salahuddin. Salahuddin juga pernah menyatakan jika umurnya panjang dan diizin Allah akan menyeberangi lautan ke Eropah utk menundukkan musuh islam d tempat mereka sendiri agar Islam akan dianuti oleh masyarakat dunia.
Recent Comments