Kurt Westergaard, kartunis Denmark yang melukis karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dan membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia  meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Menurut maklumat keluarganya, Westergaard meninggal akibat sakit tua yang dialami sejak beberapa lama sebagaimana dilaporkan oleh akhbar  Berlinske yang kemudiannya dikutip oleh BBC pada Ahad lalu (19/07/2021).

Westergaard adalah seorang kartunis akhbar konservatif Jyllands-Posten dari awal 1980-an.

Pada tahun 2005, beliau melukir karikatur menghina Nabi Muhammad SAW untuk akhbar tersebut dan akhirnya menerima kecaman di seluruh dunia sehingga menyebabkan dirinya cukup terkenal dengan emosi benci.

Karikatur Westergaard, yang menunjukkan sebuah bom berserban, adalah salah satu daripada 12 ilustrasi yang diterbitkan oleh akhbar itu.

Menggambarkan Nabi Muhammad SAW tidak dibenarkan oleh Islam, apalagi jika tujuannya adalah menghina dan mengecam.

Karikatur itu sendiri mencetuskan demonstrasi di Denmark, sementara pemerintahnnya menerima bantahan daripada duta besar negara-negara Muslim.

Kemarahan memuncak dalam protes pada Februari 2006, di mana para penunjuk perasaan turut menyerang kedutaan Denmark. Ia juga meninggalkan kesan sejarah yang cukup menyedihkan apabila pada tahun 2015, sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan terbunuh dalam insiden di pejabat akhbar Charlie Hebdo, Perancis yang mengulangi kesilapan menyiarkan karikatur  oleh Jyalland-Posten (2006).

Selepas insiden tersebut, Westergaard hidup dalam persembunyian hingga  meninggal dunia. Setelah menyiarkan karikatur tersebut, Westergaard menerima banyak ancaman bunuh  dan menjadi sasaran beberapa kelompok untuk membunuhnya.

Dia pertama kali bersembunyi tetapi kemudian memutuskan untuk tinggal secara terbuka di sebuah rumah yang dijaga ketat di Aarhus, kota kedua Denmark.

Pada tahun 2008, agensi perisikan Denmark melaporak setida-tidaknya tiga orang ditangkap atas dakwaan merancang pembunuhan Westergaard.

Dua tahun kemudian, polis Denmark menangkap seorang warganegara Somalia berusia 28 tahun bersenjatakan pisau di rumah Westergaard. Mohamed Geele, 29, dihukum atas dakwaaan cuba membunuh selama sembilan tahun pada tahun 2011.

Insiden tersebut menyebabkan Westergaard terpaksa dikawal dan alamat tempat tinggalnya menjadi rahsian sejak beberapa tahun lalu.

Semasa diwawancara oleh Reuters pada tahun 2008, Westergaard menjelaskan tidak ada sebarang bentuk penyesalan terhadap tindakanya melukis  karikatur satiranya terhadap Nabi Muhammad SAW dan sebaliknya menganggap apa yang dihasilkannya sebagai “satu perbincangan penting tentang Islam di barat dengan nilai-nilai sekular”..

“Saya akan melakukannya dengan cara yang sama (lagi) kerana saya fikir krisis kartun ini adalah katalis yang mengintensifkan adaptasi Islam,” katanya.

“Kami sedang mendiskusikan dua budaya, dua agama yang belum pernah ada sebelumnya dan itu penting.”

 

Disesuaikan dari laporan: https://www.hidayatullah.com/

 

Translate »