“Penyebaran virus telah menjadi pandemiK.” Sebuah peringatan yang diungkapkan oleh Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 12 Mac 2020.

Pandemik COVID-19 yang hingga kini masih menjadi momok permasalahan dunia. Menjadikannya sebuah pusat pembicaraan sosioekonomi global, serta kebimbangan menurunnya semua sistem perekonomian dan aktiviti sosial dunia.

Sebuah keadaan yang tidak hanya membuat semua manusia menjadi mawas diri terhadap apa yang tengah terjadi, namun pada akhirnya akan membuat kita benar-benar menelaah dan mendalami perihal epidemiologi—sebuah analisis pola penularan pandemik.

Tak banyak yang dapat kita lakukan, sebagai masyarakat yang diminta untuk mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau kini ‘total lockdown’ dalam tempoh darurat. Kewaspadaan diri yang bercampur dengan ketaatan akan protokol-protokol kesihatan (SOP), pun kini semakin dijalani dengan mandiri.

Ungkapan stay at home yang kerap didendangkan, menjadi perihal keresahan tersendiri bagi mereka yang merasakan dan tengah menjalankannya. Bahawa kebebasan bersosialisasi yang biasa mereka miliki, kini terbatas interaksi.

Keperihatinan global yang melahirkan kesan psikosomatik pada hampir sebahagian besar masyarakat dunia. Sebuah keadaan psikologi atas kemampuan adaptasi manusia, yang boleh menerima perubahan kendiri dalam kehidupannya. Sebuah pembicaraan yang tak melulu mengenai rangkaian ketidakseimbangan kejiwaan. Namun, ialah ilmu yang mendalami makna kualiti hidup, sikap jiwa dan pemetaannya (psychology mapping).

Tak dapat disangkal, bahawa sebahagian besar manusia telah mengalami simptom psikologi sedemikian. Dikutip dari New York Times, Dr. Toni Goodykoontz—seorang pembantu profesor dan ketua rawatan psikiatiari  West Virginia University, Amerika Syarikat  menulis, “Sebahagian pesakit yang saya tangani mulai mengadu sakit kepala dan menyucuk-nyucuk (nyeri) di bahagian dada secara tiba-tiba. Lalu, mulai membayangkan bahwa mungkin mereka telah terkena virus tersebut.”

Namun, bukan bererti rasa sakit dan keluhan itu tidaklah nyata. Kondisi interpretasi pemikiran manusia yang membuat hal-hal imajinasi tersebut, terlahir dan mampu mewujud. Bak dongeng-dongeng di dalam mimpi yang telah berhasil termanifestasi.

Tak ada lagi kenyamanan dalam berinteraksi. Dari seorang manusia satu dengan seorang manusia lain, kini mengambil peranan heroik tersendiri demi melindungi kesihatan tubuh serta kondisi mental yang masih mereka miliki. Ketakutan-ketakutan mental yang semestinya ditangani sebagai tindak perlindungan mandiri. Bukanlah lagi menjadi suatu penurunan kapasiti serta kualiti diri yang kerap dilindungi.

Manusia tumbuh dan berkembang dengan dua keadaan yang tampil secara inheren—tidak dapat dipisahkan satu dengan yang lain. Dengan adanya kualiti kesehatan jiwa serta keadaan fizikal tubuh yang telah termaktub bersama di dalamnya.

Menyadari serta mewaspadai bahawa pandemik global ini adalah satu jalan terbuka, untuk lebih memahami betapa tak ternilainya kesedaran ‘kesempurnaan’ pemikiran manusia. Bahawa hampir 7.7 bilion penduduk dunia merasakan keresahan yang sama.

Seperti pendapat yang telah dikembangkan oleh ahli psikologi dan doktor dari Parsi  abad pertengahan, Ahmed Ibn Sahl al-Balkhi dan Haly Abbas. Terdapat penyakit yang menekankan interaksi fikiran dengan  tubuh. Bahawa keadaan fisiologi (tubuh badan) dan psikologi seseorang sangat saling memengaruhi.

Sebuah fenomena luar biasa mengenai sifat manusia, yang terkadang terlupakan oleh tingginya konsentrasi akan merebaknya pandemik tersebut. Kewaspadaan global akan terjangkitnya tubuh tanpa mengindahkan kesadaran psikik di dalam diri.

Dunia psikologi sudah menjadi harta karun kejiwaan umum, yang seharusnya dapat diterima dan dimaknai sebagai konsep kajian penyembuhan—yang telah mengalami proses kelahiran analisis panjang berabad-abad lamanya.

Sebutlah saja Sigmud Freud, Carl Jung, Alfred Adler, atau bahkan Ibnu Sina yang mendefinisikan bahawa, “Jiwa merupakan kesempurnaan awal bagi tubuh manusia.” Bahawa kewujudan manusia bukanlah hanya mengenai mekanisme fisikal semata-mata, pun mengenai kesatuan aktualisasi jiwa beserta hakikat fisiologi di dalamnya.

Psikologi, sebuah frasa yang berasal dari bahasa Yunani yang memiliki makna ilmu dan jiwa. Suatu penelitian tentang psikik yang menjadi komponen penting bagi kesedaran masyarakat dunia, atas ketidakpastian keadaan darurat pandemik saat ini. Keilmuan yang sepatutnya difahami dengan keterbukaan perspektif serta nurani.

Seperti pengistilahan lockdown yang kini membentuk histeria tersendiri, kemudian melengkapi sejarah epidemik hampir di seluruh dunia. Para pekerja yang memindahkan tugas dan pekerjaannya ke rumah, dengan sebutan khas WFH (Work From Home) yang sudah asing lagi kedengaran di telinga. Begitupun para pelajar atau mahasiswa yang harus mengurungkan euforia (keseronokan) minat belajar mereka, dengan membawanya pulang—sebagai Take Home Activity dan menjalani fasa Pengajardan dan Pebelajaran dari Rumah (PdPR

Tak tampak lagi kegembiraan dan interaksi bebas melintasi panorama kesesakan  aktiviti di bandar-banda besar. Keluhan, kejenuhan, bahkan ketakutan masih menjadi halangan terbesar atas keadaan diri yang tak dapat dibantah.

Sebuah konsep keadaan yang semestinya masih dapat dihidupkan dengan penuh kesedaran dan penerimaan dengan berlapang dada. Menumbuhkan tindakan-tindakan yang masih dapat menghiburkan, walaupun kurang interaksi yang kini masih kita rasakan. Seperti membuat terobosan-terobosan terkini mengenai hal bercorak digitalisasi yang mampu dilakukan, sehingga masih dapat dinikmati oleh semua kalangan.

Konsep-konsep terbaru mengenai bagaimana seluruh komponen masyarakat, akan mampu menikmati hadirnya program tersebut. Baik sebagai media pembelajaran, hiburan, mahupun keperluan-keperluan pada kapasiti dan bidang lain yang juga penting.

Kondisi pandemik yang tidak seharusnya menambah keterpurukan diri, kemudian akan mempengaruhi keseimbangan psikologi. Tiba masanya untuk   kita mulai mempelajari dan memahami keadaan dunia dengan lebih bijaksana. Memberanikan diri dan menghadapi, bahawa manusia masih dapat menjalani aktiviti bersama dalam  konsep yang lebih sistematik kemudiannya.

Pandemik bukanlah sebuah perihal fantasi yang penuh dengan pemikiran dan konsep-konsep imajinasi. Ia adalah sebahagian dari proses terbentuknya struktur fasa bumi, dalam mengimbangi tumbuh dan lahirnya manusia itu sendiri.

Sebuah penerimaan masyarakat dunia, bahawa kesihatan mental adalah kehadiran penting dalam  mekanisme tumbuh dan berkembangnya manusia. Ilmu jiwa, yang kini mulai mendapat tempat di hati dan menjadi pandangan penting dunia. Jadi, dalam tempoh pandemik dan juga pascapandemik (entah bila akan muncul), manusia memerlukan jalan psikologi untuk memperkuatkan diri. Motivasi pembinaan semula ‘kehilangan’ yang sudah, sedang dan akan direngut oleh pandemik.

Rangkaian sokongan itu bukan sahaja perlu  ada dalam kalangan seseorang, ahli keluarga, masyarakat bahkan dikerangkakan oleh program kerajaan yang bersifat ‘pembangunan masyarakat’, bukan hanya sekadar meniru ‘gurauan Nobita’ atau peraduan tik-tok untuk melepaskan rasa bosan tatkala #stayhome dalam tempoh PKP, PKPB dan juga ‘total lockdown’.

NB: dengan sedikit penyesuaian dari rencana Chindy Treisya, https://www.qureta.com/

 

Translate »