Tanya kepada siapa sahaja umat Islam apa makna dajal? Jawapan tipikal ialah makhluk bermata satu, lidah bercabang (macam lidah biawak komodo), dan bertindak  sangat zalim. Mengapa dajjal itu zalim? Mengapa dajal itu disinonimkan dengan Yahudi-Zionis, penjarah bumi Palestin? Jawabnya mungkin berbagai, interpretasi sejarahnya juga berbeza.

Walaupun ‘saya’ dan ‘anda’ mempunyai cara berbeza, tafsiran berlainan, kita sebenarnya mempunyai langkah dan semangat yang sama. Kita mahukan Palestin dibebaskan dan Yahudi-Zionis lenyap dari muka bumi ini. Kita ingat kepada  ‘lenyapnya tentera Abrahah’ dengan pertolongan dan kuasa Allah SWT.

Kenapa kita mahukan Zionis lenyap? Kita mahukan bangsa Yahudi-Zionis itu pupus sebagaimana pupusnya kaum  ‘Ad yang ditimbuskan oleh ribut pasir,  kerana mereka adalah dalang kepada kehidupan yang semakin berkecamuk. Tidak tenteram bukan sahaja di  Palestin, Timur Tengah, bahkan juga seluruh masyarakat dunia.

Yahudi-Zionis mula menjarah Palestin setelah direstui oleh British dan Perancis dan kemudian Amerika Syarikat melobi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melegitimasikannya pada 14 Mei 1948, yakni 73 tahun lalu.

Sejak menguasai Palestin, Yahudi-Zionis menggunakan tipu daya, dakyah dan pemesongan sejarah. Yahudi-Zionis  menjarah setiap inci tanah milik penduduk Palestin, akhirnya pelan pembahagian asal (1967) tidak lagi terpakai.  Yahudi Zionis membesarkan kepemilikan dengan apa sahaja kaedah, paksaan dan dengan peperangan. Tanah-tanah milik Syria, Lebanon, dan Tunisia juga dijarah.

Bahkan air Sungai Jordan dilencongkan, akhirnya penduduk Gaza terpaksa mengemis. Yahudi-Zionis turut menjadikan isu bekalan air bersih sebagai senjata mengongkong penduduk Palestin. Secara haram Yahudi-Zionis membina empangan, sehingga air Sungai Jordan lebih 72 peratus disedutnya. Dengan membina empangan, Yahudi-Zionis turut memusnahkan punca rezeki petani Jordan kerana air yang mengalir keluar dari Tasek Tiberia bertambah masin (Lower Jordan).

Namun, apa yang berlaku, Yahudi-Zionis menuduh Syria melindungi pengganas, kerana menyokong aktivis Jordan menghalang pelencongan air Sungai Jordan. Pelbagai tindakan provokasi ketenteraan dilancarkan, sedangkan matlamat sebenarnya ialah menguasai Tasik Tiberia. (Ahmad Hasrul Zakariah, British dan Perang Enam Hari 1967 Arab-Israel, 2017, Bab 2: Krisis Arab-Israel Menjelang Perang Enam Hari 1967 Arab-Israel, hal.79-149).

Tidak ada waktu walau sesaatpun pemimpin Yahudi Zionis tidak memikirkan kaedah dan cara untuk melakukan genosid ke atas penduduk Palestin (Islam dan Kristian), kecuali keturunan Yahudi. Mereka memaksa penduduk Palestin menyerahkan tanah, jika enggan, pelbagai tindakan kejam akan dilakukan.

Kes yang berlaku pada 10 Mei 2021 lalu jelas dikaitkan dengan pengusiran keluarga Palestin daripada Sheikh Jarrah. Pemimpin Yahudi Zionis ialah menambahkan kawsan  petempatan haram kerana ingin memberi kemudahan perumahan kepada masyarakat Yahudi. Yahudi adalah majoriti penduduk di Palestin (74.24 peratus dari 9.3 juta penduduk pada tahun 2018).

Tahun 1945, terdapat sekitar 31 peratus keturunan Yahudi manakala majoritinya adalah keturunan Arab Islam (60 peratus) dan Arab Kristian sebanyak 8 peratus.  Perubahan majoriti menjadi begitu cepat disebabkan penghijrahan paksa, tawaran imbuhan dan ketakutan psikologi yang ditanamkan menerusi mitos holocaust selepas Perang Dunia II. Itulah yang menjadi perancangan Dr Chaim Weissman sejak tahun 1922, ketika merancang penubuhan negara haram Israel sebagaimana dijelaskan oleh Muhamad Asad dalam Jalan Ke Mekah.

Kenapa Yahudi Zionis dikaitkan dengan dajal? Kaitan sedemikian cukup menarik kerana pelbagai simbol dan lambang yang digunakan sangat cenderung kepada sebuah pemerintahan dajal. Bendera Israel menggunakan bintang (enam penjuru) yang dinamakan bintang David. Bintang David berasal dari dua bentuk tiga segi yang posisinya saling bertentangan.

Kemuncak tiga segi pertama ialah Sungai Nil manakala kemuncak tiga segi kedua terbalik ialah Sungai Furat. Ertinya, wilayah Yahudi-Zionis tidak sekadar Palestin, rencananya menguasai Mesir, Iran, Irak, Kuwait dan akan berakhir di Mekah dan Madinah.

Tiga segi menyamai bentuk piramid, yang dikaitkan dengan kekejaman Fira’un dan sikapnya yang turut mengakui dirinya sebagai tuhan. Fira’un juga membawa simbol ganas dan sangat tidak berperikemanusiaan. Maka tidaklah hairan jika gelaran Fira’un di berikan kepada seseorang yang sangat kurang ajar, biadab dan tidak berperikemanusiaan (sangat jahat).

Sebagai orang Islam kita ingat Nabi Musa AS. Nabi Musa AS dan pengikutnya   diselamatkan oleh Allah SWT, di mana dengan memukul tongkat, Laut Merah terbelah dua.Tentera Fira’un akhirnya tewas dan gagal mengejar Nabi Musa AS bersama pengikut-pengikutnya.

Kejahatan Yahudi memang diketahui, bukan hanya membunuh penetangnya,  bahkan turut menghukum nabi-nabi yang diutuskan dalam kalangan Bani Israel. Kisah Nabi Isa AS cukup menjelaskan kepada kita, bagaimana Yahudi mengkhianati agama yang dibawa dan menyeleweng dengan mencipta doktrin triniti, menebus dosa warisan (melakukan penyaliban) dan mengubahsuai ajaran-ajaran itu (kitab Injil) .

Usaha mereka tidak terhenti di situ. Setelah Islam muncul, mereka ikut melakukan tindakan yang sama, cuba mencetak dan menterjemahkan al-Qur’an secara tidak tepat. Semasa hayat Rasullullah SAW, dakwah yang dilaksanakan ditentang, Baginda didakwa ‘gila’ dan beberapa percubaan membunuh dilakukan. Semuanya menemui kegagalan  dan kegagalan itu akhirnya membawa kepada perubahan strategi.

Yahudi tidak perlu berperang dengan penganut Islam, tetapi perlu menggunakan kekuatan fikiran. Dengan menggunakan kepintaran akal, Yahudi-Zionis  berjaya mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan pelbagai aliran pemikiran, termasuklah percubaan untuk melemahkan keyakinan umat Islam terhadap keEsaan Allah SWT.

Hal ini semakin terbukti apabila cendekiawan Islam sangat cenderung memuji dan meresapi pelbagai aliran fikiran secara lojik akal. Misalnya, gesaan seseorang agar al-Qur’an dikaji semula kerana ia diturunkan pada zaman Mesopotamia. Bahkan, ada pula yang pernah berusaha mendakwa umat Islam tidak perlu mempertahan atau mempelajari hadis, cukup dengan hanya berpegang kepada al-Qur’an (gerakan anti-hadis).

Lojik akal turut dijadikan senjata yang sangat mempengaruhi. Ia bermula dengan  ‘pembasuhan minda – brainwashing;  membentuk kumpulan pakar untuk memahami Islam dan kemudian menjustifikasi berdasarkan idealisme barat (orientalis). Ilmu itu dikembangkan dalam pelbagai tingkat pendidikan, sehingga semua ilmu pengetahuan seperti mengenyahkan keyakian terhadap agama dan Tuhan.  Semuanya perlu berlandaskan kepada  kerangka pemikiran rasional.

Sistem pemerintahan terpisah dengan agama, sistem ekonomi tidak dikaitkan dengan hukum moral, etika perhubungan digagaskan menerusi ‘mutual understanding’ dan akhirnya peralihan nilai masyarakat terlalu individualistik: aku dengan cara aku. Orang lain tidak perlu masuk campur, selagi caraku itu tidak melanggar hak dan kebebasan kamu.

Namun, berbeza dengan pendirian Yahudi Zionis. Zionis memaksa orang lain untuk menyebelahinya secara paksa atau dengan pelbagai aktiviti ‘pembasuhan minda’. Mereka gunakan semua saluran dan bidang yang dikuasainya (media, ekonomi, pendidikan  dan yang lparah ialah mencaturkan geopolitik dunia).  Amerika Syarikat sebagai hegemoni dan polis dunia, turut dikuasai oleh pelobi-pelobi Yahudi dan kerana itulah semua dasar luar Amerika Syarikat sangat condong kepada kemahuan dan aspirasi Yahudi-Zionis.

Contoh mengenai pembangunan teknologi nuklear. Amerika Syarikat menyokong dan membantu Israel. Dalam masa yang sama mengekang Iran dengan ugutan, sekatan ekonomi dan pembekuan aset. Tidak cukup dengan itu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa digunakan untuk memaksa Iran agar dibenarkan pemeriksaan dibuat. Kenapa ini berlaku? Jawapan sangat tepat ialah kerana Israel takutkan Iran. Selepas Saddam Hussein dibunuh, Iran adalah  sasarannya.

Iran memusuhi Israel dan sangat menyokong Palestin. Iran mempunyai hubungan rapat dengan Hezbollah. Hezbollah adalah sebuah pertubuhan yang sangat bencikan Israel. Sampai bila-bila pun Hezbollah dan Iran tetap memanggil Israel sebagai negara haram dan mahukan Yahudi-Zionis keluar dari Palestin.

Perang Enam Hari (1967) turut memberikan kesan besar kepada nasionalisma Arab. Akibat perang tersebut, negara-negara Islam semakin memperlihatkan tindakan dan seruan bersifat retorik. Kini, hanya Turki ada keberanian untuk mencabar dan mengecam Israel secara terbuka. Lain-lain negara Arab semakin berhati-hati, kerana takut digeletek oleh  penghuni Rumah Putih.

Mesir dan Tunisia adalah dua buah negara yang cukup kuat bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat. Lain-lain negara yang turut termakan ‘budi’ Amerika Syarikat ialah Arab Saudi, UAE, Qatar, Bahrain, Kuwait dan terbaharu ialah Irak (selepas Saddam Hussein dibunuh, 30 Disember 2006), Libya (selepas Muammar Gadafi dibunuh, 20 Oktober 2011) dan sedang menanti ialah Syria.

Satu lagi bukti ialah persetujuan normalisasi dengan Israel yang diusahakan oleh Donald Trump di akhir pentadbirannya. Sebelumnya,  Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar (2017). Dua perkembangan itu cukup menampakkan bagaimana perpecahan dan perbalahan dalam kalangan negara-negara Arab. Ia belum ditambahkan dengan keengganan Arab Saudi membenarkan bakal-bakal haji dari Iran, yang dikaitkan dengan perbezaan politik dan aliran mazhab. Konflik antara negara Islam (Timur Tengah) merupakan krisis yang akan menyebabkan negara-negara Islam mudah diperkotak-katikkan. (Bersambung)

MONOSIN SOBRI

Translate »