Melihat gambar mayat-mayat saudara kita di Gaza yang ditemui di bawah runtuhan rumahnya akibat serangan tentera Zionis di Gaza beberapa hari ini sungguh menyayat hati sesiapa sahaja. Malah seluruh umat Islam di mana mereka berada pasti turut berduka di atas apa yang berlaku di Palestin.
Dunia mengetahui bahawa tiada bangsa yang lebih jahat dan kejam melainkan Yahudi yang dilaknati Allah SWT itu. Berdasarkan ajaran dan ideologi Zionisme bahawa mereka mempercayai membunuh bangsa lain itu akan beroleh pahala dan ganjaran daripada Tuhan mereka. Ia dilakukan sesuai dengan slogan yang masyhur, “tujuan menghalalkan cara”.
Umat Islam tidak pernah lupa peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam Palestin di Sabra dan Shatila pada tahun 1982. Ia mengingatkan kita betapa kuatnya kebencian mereka (Yahudi) ke atas umat Muhammad SAW yang dianggapnya musuh abadi
Pembantaian dan penyembelihan rakyat Palestin oleh ‘Israel’ di Gaza telah menuai kecaman dan bantahan di seluruh dunia. Kekejaman dan sifat kebinatangan penjajah ‘Israel’ terhadap rakyat Palestin telah menyatukan seluruh komuniti dunia tak kira agama, bangsa dan budaya bersuara lantang mengutuk tindakan barbarian (tindakan tidak berperikemanusiaan) negara Zionis tersebut.
Kecaman dari seluruh dunia ke atas kekejaman Israel mengenai kebrutalannya menyerang dan membunuh rakyat Palestin tidak sedikitpun memberikan petanda bahawa Israel merasai bersalah. Israel terus berbangga kerana serangan tersebut telah berjaya menyekat kemaraan Hamas.
Kepungan dan sekatan ke atas Gaza, gesaan masyarakat antarabangsa tidak akan menjejaskan penghapusan etnik oleh Zionis. Suara-suara lantang bergema hanyalah sekadar memecahkan sunyi malam kerana Amerika Syarikat tidak akan mendengarnya, akan terus memekakkan telinga. Israel sedar, suara geram itu hanyalah suatu provokasi, bukan suara sergah yang menakutkan.
Amerika Syarikat bukan sahaja takutkan Israel malah tidak akan sanggup mengkhianati Israel, dan akan terus membantu termasuk menempatkan lebih banyak senjata kepada Tel Aviv. Kekuatan ekonomi dan kelangsungan peradaban Amerika Syarikat banyak bergantung kepada sokongan pelampau Yahudi. Mereka akan berusaha keras menentukan rentaknya kerana mereka menguasai ekonomi dunia. Setiap presiden yang cuba mengekang kemahuan pelampau Yahudi akan menerima padah, termasuk ancaman bunuh dan percubaan membunuh.
Di saat semua komuniti dunia berteriak lantang menentang jenayah ‘Israel’, di mana sebenarnya suara atau lebih tepatnya tindakan kongkrit Organisasi Negara-negara Islam (OIC) atau Liga Arab? Mengapa OIC hanya membisu dan hanya memperhatikan sahaja tanpa usaha yang sungguh-sungguh untuk menghentikan pembantaian yang sudah berlaku lebih dua minggu ini?
OIC memang tidak berdaya menyelesaikan konflik berkenaan. Seolah-olah ada tembok besar yang sukar untuk dilalui. Keanggotaan OIC yang banyak didominasi oleh negara Arab tiba-tiba mandul dan tumpul sama sekali.
Sebaliknya, umum mengetahui, banyak anggota OIC tidak bersatu padu dan berada dalam saf yang sama ketika mengambil resolusi bagi menyelesaikan konflik Palestin.
Apa yang menyedihkan, pada mengatasi isu Palestin, banyak anggota OIC saling bercakaran kerana menjaga kepentingan negara-negara masing-masing.
Sebagai organisasi yang mewakili lebih satu setengah billion muslim di dunia, sudah sepatutnya OIC menyerlahkan keberanian bersuara dan bertindak kongkrit bagi menyelamatkan umat Islam di Palestin. Sudah tiba masanya segala kekangan dan kepentingan yang berbeza-beza ini diketepikan dan bersatu padu menentang kezaliman dan kekejaman bangsa zionis Yahudi
Sebenarnya, peperangan yang berlaku di antara Muslim dengan Yahudi tidak ada titik noktah. Ia akan tetap berlaku dan terus berlaku berlaku sehinggalah hari kiamat. Mereka(Yahudi) hidup untuk mengabdikan sifat-sifat keculasan, kesesatan dan pembangkangan. Mereka menentang para nabi dan memusuhi para malaikat Allah, kerana membawa berita kejahatan, keburukan dan sekaligus mendedahkan segala rahsia mereka kepada Rasulullah SAW.
Kebencian orang-orang Yahudi kepada Jibril telah diabadikan dalam al-Qur’an dalam surah Al-Baqarah ayat 97 hingga 98 yang bermaksud:
“Katakanlah, barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (al-Qur’an) ke dalam hatimu dengan seizin Allah ; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh-musuh orang kafir.”
Al-Qurthubi menyebutkan dalam tafsir-nya bahawa ayat ini turun ketika orang-orang Yahudi berkata kepada Nabi SAW: “Sesungguhnya seseorang itu tidak dianggap nabi sehingga ia didatangi oleh salah satu malaikat dari sisi tuhannya dengan membawa risalah dan wahyu. Siapa malaikat yang menjadi temanmu, agar kami dapat mengikutimu?”
Nabi SAW menjawab, “Jibril”
Mereka berkata: “Oh, itu yang turun dengan perintah berperang? Dia itu musuh kami! Sekiranya kamu berkata, ‘Mikail, yang menurunkan hujan dan rahmat, pasti kami mengikutimu.” Ini merupakan hinaan dan celaan terhadap orang-orang yang memusuhi Jibril, sekaligus sebagai pengumuman bahawa siapa yang memusuhi malaikat Allah, maka Allah SWT pun memusuhi mereka.
Ath-Thabari rahimahullah mengatakan bahawa ulama tafsir telah sepakat bahawa ayat ini diturunkan sebagai jawapan ke atas Yahudi (dari kalangan) Bani Israel yang menganggap bahawa Jibril adalah musuh mereka, sedangkan Mikail adalah pelindung (wali) mereka.
Namun para ulama ta’wil (segolongan ulama mutakhir), berbeza pendapat soal sebab yang melatarbelakangi orang-orang Yahudi berkata demikian. Sebahagian dari ulama tafsir mengatakan bahawa orang-orang Yahudi berkata demikian akibat adanya perdebatan soal kenabian yang berlansung antara mereka dan Rasulullah SAW.
Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata bahawa telah datang sekumpulan orang Yahudi kepada Rasulullah SAW kemudian mereka berkata kepada Rasulullah, “Hai Abul Qasim, ceritakanlah kepada kami tentang berbagai hal (khilal) yang akan kami tanyakan kepadamu, yang semuanya itu tidak diketahui oleh sesiapa selain nabi.”
Rasulullah SAW menjawab, “Sila tanyakan apa yang kamu kehendaki, tetapi berjanjilah kamu padaku seperti yang pernah dilakukan oleh anak-anak Yakub kepada Yakub, bahawa jika aku telah sampaikan sesuatu kepada kamu dan kamu memahaminya, maka kamu harus mengikuti dengan memeluk Islam.”
Mereka menjawab, “Ya, itu adalah hakmu (yang kami akan penuhi).”
Rasulullah SAW, bersabda, “Sila tanyakan apa yang kamu mahu!”
Mereka mulai bertanya, “Beritahu kepadaku tentang empat perkara yang kami akan tanyakan. Beritahukan kepadaku makanan apa yang diharamkan oleh Israel (Yakub) atas dirinya sebelum diturunkan Taurat? Beritahu kepada kami bagaimana bentuk air (mani) laki-laki dan perempuan, dan bagaimana jika keduanya bertemu? Beritahu kepada kami siapa yang dimaksudkan sebagai An-Nabi Al-Ummi (nabi yang buta huruf) seperti yang disebutkan dalam Taurat? Dan siapa dari kalangan malaikat yang menjadi (sebagai) walimu?”
Maka baginda menjawab, “Apakah kamu ingin berjanji dengan nama Allah SWT bahawa jika aku dapat menjawab pertanyaan kamu, maka kamu akan mengikutiku?”
Mereka pun menyetujui perjanjian tersebut.
Kemudian baginda bersabda, “Aku sampaikan kepada kamu semua, atas nama Allah SWT yang menurunkan Taurat kepada Musa, bahawa seperti yang kamu ketahui, Israel (Yakub) pernah ditimpa sakit berat yang berpanjangan. Maka dia bernazar kepada Allah SWT bahawa jika Allah SWT menyembuhkannya dari penyakitnya, dia tidak akan menjamah makanan dan minuman yang paling disukainya selama ini. Makanan yang paling disukai adalah daging unta, sedangkan minuman yang paling disukainya adalah susu unta.”
Mereka berkata, “Ya, benar!”
Rasulullah SAW bersabda, Ya Allah SWT, saksikanlah kesaksian mereka!”
Kemudian Rasullullah SAW meneruskan ucapannya, “Aku sampaikan kepada kamu semua, atas nama Allah SWT. Yang tiada tuhan selain Dia, yang telah menurunkan Taurat kepada Musa, bahawa seperti yang kamu ketahui, sesungguhnya air mani laki-laki itu kental dan berwarna putih sedangkan air mani perempuan cair dan berwarna coklat. Siapa yang keduanya yang unggul, maka jenis kelamin dan rupa anaknya, dengan izin Allah SWT, akan mengikuti yang unggul. Apabila air mani laki-laki mengungguli air mani perempuan, maka anaknya adalah laki-laki, dengan izin Allah SWT. Tetapi jika air mani perempuan mengungguli air mani laki-laki, maka anaknya perempuan, dengan izin Allah Azza wa Jalla.”
Mereka berkata,”Ya,benar!”
Rasulullah SAW bersabda,”Ya Allah.saksikanlah”
Beliau kemudian meneruskan ucapannya lagi, bahawa saperti yang kamu ketahui pula. Nabi yang ummi(buta huruf) ini, kedua matanya tidur tetapi hatinya tidak pernah tidur”
Mereka berkata,”Ya,benar”
Rasulullah SAW bersabda,”Ya Allah, saksikanlah”
Nabi meneruskan jawapannya dan berkata.”yang menjadi waliku adalah Jibril dan Allah tidak pernah mengutus seorang nabi melainkan Jibrillah yang menjadi wali-Nya”
Mereka menjawab,”kerana yang menjadi walimu adalah Jibril, maka kami memutuskan untuk bepisah denganmu. Sekiranya yang menjadi walimu itu adalah malaikat selainnya, maka kami pasti mengikutimu dan menpercayaimu.”
Lalu nabi bertanya,”Apa yang membuat kamu tidak percaya?”
Mereka menjawab,”Dia (Jibril) adalah musuh kami. Dia itu adalah malaikat yang hanya datang dengan kekerasan dan pertumpahan darah.
Demikianlah sikap orang-orang Yahudi yang melahirkan rasa kebenciannya kepada Jibril AS. Sebenarnya kebencian mereka ini disebabkan penolakan mereka terhadap Muhammad SAW sebagai nabi dan pengembang risalah Islam.
Mereka tidak berubah dari kebiasaan mereka yang menginginkan nabi khusus yang sesuai dengan kehendak dan syarat-syarat mereka. Di mana nabi-nabi yang tidak mereka kagumi, mereka menbunuhnya. Inilah sejahat-jahat manusia dipermukaan bumi ini. Justeru sikap Yahudi yang sombong, suka membangkang mereka sekali-kali tidak akan menerima juga jika pembawa wahyu itu bukan Jibril AS. Pada hal, mereka tahu bahawa setiap malaikat juga makhluk ciptaan Allah SWT yang harus ditaati perentah-Nya.
Kesombongannya telah membuat mereka kufur kepada Allah SWT, nabi, malaikat dan para Rasul-Rasul-Nya. Oleh kerana itu, jawapan Allah SWT terhadap mereka adalah bahawa sesiapa yang memusuhi Jibril atau salah satu malaikat-Nya maka ia menjadi musuh Allah SWT. Ini kerana Jibril turun bukan di atas kemahuannya sendiri tetapi atas perintah Allah SWT.
Bukhari meriwayatkan dalam Shahihnya, di mana Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Siapa yang memusuhi wali-ku(Jibril),maka sungguh dia itu mengobarkan perang terhadap-ku. Dan siapa yang menjadi musuh Allah SWT, maka ia akan binasa, dengan izin Allah SWT.
Itulah pengakhiran yang harus dialami oleh orang-orang Yahudi di setiap zaman, termasuk kebinasaan yang akan dirasakan oleh orang-orang Yahudi yang sedang meratah umat Islam di bumi Palestin.
Mohd Shauki Abd. Majid
Setiausaha Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia (OMIW)
Recent Comments