“Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber“bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama dan sebagai “maula-maula” kamu. Dan kamu pula tudak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-Ahzab: 5)
Ikatan pernikahan menyatukan Haritsah ibn Abdil Izzi daripada Bani Amir al-Kalbi dengan Sai’da binti Tsa ‘labah dari Bani Muin meskipun jarak antara dua kabilah itu cukup jauh. Kebahagiaan pasangan suami-isteri itu semakin besar ketika pada suatu hari Sa’ida melahirkan puteranya, Zaid, dengan selamat. Kelahiran anak itu membawa kebahagiaan tidak terkira dalam kehidupan keduanya. Mereka melekatkan harapan-harapan yang baik pada diria nak itu agar kelak di masa depan ia tumbuh menjadi laki-laki mulia di tengah kabilah Kalb, yang mengukuhkan barisan mereka dan dapat membantu mereka melawan musuh-musuh mereka. itulah karektar terbaik yang diinginkan setiap orang tua pada anaknya saat itu di masa Jahiliah, terutama di kawasan perkampungan.
Kerinduan kepada kampung halaman mendesak Sa‘ida bint Tsa‘labah untuk menemui keluarganya. Sudah sekian lama ia meninggalkan keluarga besarnya sejak ia bernikah dengan Haritsah. Ia meminta izin kepada suaminya untuk pergi menemui mereka. haritsah memberinya izin dan meridainya meskipun hatinya tetap dihinggapi kekhawatiran.
Sa‘ida pergi meninggalkan rumah Haritsah bersama anaknya Zaid. Haritsah selepas kepergian keduanya dengan perasaan sedih dan bimbang. Tidak ada yang dapat dilakukan Haritsah kecuali berdoa kepada ‘tuhan-tuhannya’ agar menjaga dan mengembalikan mereka kepadanya dengan selamat.
Haritsah tidak menyedari bahawa ‘tuhan-tuhan’ yang diserunya itu sesungguhnya tidak dapat mendengar dan tidak dapat melihat, apalagi mengabulkan doanya. Namun Allah berkehendak mengabdikan penggalan kisah hidup Zaid dalam catatan sejarah yang abadi, di luar kehendak ayahnya.
Haritsah menyibukkan dirinya dalam pelbagai aktiviti sementara menunggu kepulangan isterinya Sa‘ida dan puteranya Zaid.
Sementara itu, Sa‘ida merasa bahagia kerana ia dan puteranya dapat bertemu dengan kaum kerabat dan keluarga besarnya. Namun, kebahagian itu tidak lama. Seperti itulah perjalanan hidup yang mesti dijalani manusia. Kebahagiaan dan penderitaan datang silih berganti menyambangi setiap orang.
Pada suatu malam, tanpa cahaya bintang mahupun bulan… sekumpulan orang menyerang perumahan Bani Muin sehingga banyak kaum lelaki terbunuh. Banyak pula yang ditawan dan diseret unta musuh. Sementara kaum wanita dan anak-anak mereka banyak yang ditawan sebagai hamba tebusan.
Para penyerang itu tidak mengenali Sa‘ida sehingga ia dapat melepaskan diri. Namun, mereka mengambil Zaid yang ketika itu masih sangat kecil. Usianya belum lagi genap lapan tahun. Ia ditawan, diseret dengan tangan dan kaki terbelenggu. Hanya Allah yang mengetahui apa yang akan terjadi dalam kehidupannya.
Sa‘ida sendiri kembali pulang ke rumah suaminya, Haritsah, sambil berusaha meringankan kesedihan dan penderitaan yang menyelimuti di dadanya. Namun, wajahnya tidak berdaya menyembunyikan duka nestapa yang menyayat hatinya kerana perpisahan dengan puteranya Zaid. Ia membayangkan penderitaan dan rasa sakit menyertai anaknya itu sejak kedua-duanya berpisah.
Haritsah tidak dapat menguasai kepedihannya. Ia tak dapat tidur lena. Duka dan kegelisahan terus membelenggunya sepanjang hari. Tak tahan menanggung kesedihan itu, ia mengambill untanya dan perbekalan yang telah disiapkan, kemudian pergi menelusuri perkampungan mencari puteranya, Zaid.
Haritsah terus mencari meskipun tidak pernah mendapatkan khabar yang menggembirakan tentang anaknya itu. Setelah beberapa lama mencari dan tidak menemukan, harapan dan angan-angannya semakin sirna. Ia kembali pulang ke rumahnya di perkampungan Bani Kalb, berusaha mengubati kesedihan dan deritanya. Ingatan kepada anaknya itu tetap menghantui fikirannya. Keadaan isterinya tidak jauh berbeza.
Para penyerang itu menawan Zaid, mengambil paksa kebebasannya, dan merosak kebahagian anak-anaknya. Mereka memjual-jualnya sehingga ia berpindah-pindah dari satu majikan ke majikan lain dari satu pasar ke pasar lainnya. Akhirnya, tubuh kecil dan ringkih itu dibeli oleh seorang saudagar pasar Ukaz.
Di pasar itu Zaid ditawarkan bersama beberapa anak lainnya. Seorang pedagang kaya iaitu Hakim ibn Hizam, membelinya bersama beberapa budak lainnya.
Khadijah binit Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w mengetahui bahawa saudaranya, Hakim ibn Hizam, suka membeli hamba. Khadijah juga mengetahui bahawa Hakim baru saja membeli beberapa orang hamba. Kerana itu, ia segera menemui Hakim untuk membeli seorang hamba daripadanya. Allah menetapkan kehendaknya sehingga Khadijah membeli Zaid ibn Haritsah untuk menjadi pembantu di rumahnya.
Khadijah menyukai Zaid kerana ia dapat dipercaya, jujur, dan rajin. Zaid juga sangat taat dan setia kepada majikannya itu. Ia tumbuh sebagai anak cerdas dan tangkas melakukan pelbagai pekerjaan. Zaid tak lama di tangan Khadijah, kerana ia dihadiahkan kepada suaminya, Muhammad Rasulullah s.a.w. Ketetapan dan kebijakan Allah berlaku atas diri Zaid sesuai dengan kehendak-Nya.
Kehidupan Zaid berlansung dengan tenang dan bahagia selama ia tinggal di Mekah di tengah keluarga Muhammad. Ia mengabdi dengan setia kepada majikannya, Muhammad putera Abdullah.
Zaid sering menemani tuannya itu melakukan tawaf di Kaabah. Namun, berbeza dengan orang Makkah lainnya, tuannya itu memperingatkan Zaid agar tidak menyentuh batu-batu berhala yang menjadi sembahan banyak penduduk Mekah. Ia juga melarangnya bersujud di hadapan patung-patung itu. Mungkin Zaid merasa terkejut, namun ia tidak dapat melakukan apa-apa kecuali menaati tuannya. Ia mengenalnya sebagai orang yang berbudi baik dan bijaksana.
Pada suatu musim haji, beberapa orang dari Bani Kilab, keluarganya Zaid, datang ke Mekah. Mereka melihat Zaid sedang bertawaf bersama banyak orang lainnya. Mereka mengenalinya sebagai putera Haritsah, kerabat mereka. setelah mencari khabar, mereka mengetahui tentang siapa tunnya. Setelah itu, mereka mengutus seseorang untuk menyampaikan khabar itu kepada kedua-dua orang tuanya.
Ketika musim haji usai, orang-orang dari Bani Kilab itu pulang ke negeri mereka. Sebelum membereskan barang bawaan, mereka segera mendatangi rumah Haritsah ibn Syurahbil, mengabarkan pertemuan mereka dengan anak Haritsah, Zaid. Kedua orangtua Zaid sebelumnya telah mengetahui khabar itu dan berharap dapat melihat Zaid pulang bersama rombongan ini. Ternyata harapan mereka masih jauh dari kenyataan. Rombongan haji itu tidak membawa Zaid.
Tidak berfikir lama lagi, Haritsah segera berangkat ke Makkah bersama saudaranya, Ka‘ab, berbekal harapan bahawa mereka akan pulang ke rumah membawa Zaid. Harapan itu membangkitkan semangat mereka untuk segera tiba di Makkah dan membenaskan anaknya. Sementara itu, Sa ‘ida menunggu di rumahnya.
Haritsah dan saudaranya tiba di Makkah. Keduanya lansung menuju rumah Muhammad ibn Abdullah, yang menyambut kedatangan mereka dengan gembira. Muhammad menghormati dan memperlakukan kedua tamunya sesuai dengan keluhuran darjat sosial mereka. Haritsah berkata, “Wahai putra Abdullah, wahai putra Abdul Muthalib, wahai putra Hasyim, wahai putra pemimpin Makkah. Kalian adalah penduduk dan tetangga Allah. Kalian menolong yang kesulitan dan memberi makan para tawanan. Hari ini kami datang untuk menebus putra kami yang ada padamu. Kembalikanlah kepada kami, dan berikanlah keleluasaan kepasa kami untuk menebusnya. Engkau adalah orang yang baik dan terhormat.”
Memahami perasaan Haritsah yang didera kerinduan kepada puteranya, Muhammad berkata kepada kedua tamunya, “Siapakah yang kau maksudkan?”
Keduanya berkata dengan lembut dan penuh harap, “Putera kami, Zaid.”
Muhammad menyedari perasaan seorang ayah kepada puteranya. Beliau memahami ikatan tak terputuskan antara keduanya. Ini tabiat hidup yang dianugerahkan ke dalam hati manusia. Namun Muhammad s.a.w juga tahu bahawa Zaid merasa cukup bahagia berada di negerinya yang baru, Makkah. Ia tak mau jika Zaid pulang kembali kepada ayahnya dengan perasaan terpaksa. Kerana itu, Nabi s.a.w berkata kepada Haritsah, “Aku akan memanggilnya untuk menemuimu. Lalu, sampaikanlah kepadanya maksud kedatangan kamu. Jika ia memilih kamu, maka ia menjadi milik kamu. Jika ia memilihku, maka demi Allah, aku bukanlah yang menentukan pilihannya.”
Tentu saja Haritsah merasa senang mendengar ucapan dan penawaran Muhammad. Ia merasa sangat yakin bahawa Zaid akan memilih dirinya dan pulang bersamanya ke Bani Kilab. Menurutnya, Zaid pasti akan memilih kemerdekaan dibanding ikatan perbudakan, kerana kemerdekaan merupakan sifat alami manusia.
Haritsah menyetujui tawaran Muhammad. Disertai keyakinan yang penuh bahawa Zaid akan memilih dirinya, Haritsah berkata, “Baiklah, kami setuju. Engkau sungguh telah terlalu baik kepada kami, wahai Muhammad.”
Tidak lama kemudian, Zaid datang dan ia menunjukkan rasa bahagianya dapat bertemu dengan ayah dan pak ciknya. Ia memeluk keduanya seraya mengagungkan dan menghormati mereka. dalam kesempatan itu, tak lupa ia menanyakan keadaan ibunya, Sa‘ida, seraya mengabarkan kerinduan dan kesedihannya kerana berpisah cukup lama dengannya.
Setelah berbincang-bincang sejenak dan saling melepas kangen, Muhammad ibn Abdullah berkata kepada Zaid, “Wahai Zaid, ini ayah dan pak cikmu. Keduanya datang untuk memjemputmu. Kerana itu, pilihlah di antara kami, apakah kau akan memilih mereka berdua dan pulang ke negeri ayahmu, ataukah akan memilihku dan menetap di sini?”
Sungguh ujian yang sangat berat bagi jiwa kecil Zaid. Namun, ia mengetahui bagaimana memberikan jawapan yang baik dan mengetahui apa yang harus ia katajan. Haritsah dan Ka‘ab memandangi Zaid dengan tajam seakan-akan keduanya hendak membenamkan perasaan mereka kepada Zaid dan memengaruhinya agar memilih mereka. Saat-saat penantian itu terasa menyesakkan. Mereka melihatnya menggerakkan bibir sementara air mata membasahi kelopak matanya. Zaid berkata, “Tuanku Muhammad, bukanlah aku yang membuatku memilihmu. Bagiku, engkau bagaikan ayah dan pak cik.”
Haritsah dan Ka‘ab terkejut bukan kepalang mendengar jawapan Zaid. Seolah petir menyambar mereka di siang bolong. Bagaimanakah mungkin Zaid memilih Muhammad, bukan keluarganya? Bagaimana mungkin ia korbankan kebebasannya dan membelengu dirinya dengan rantai kebudakan?!! Keduanya berkata geram, “Celakalah kau, wahai Zaid… kau memilih menjadi budak ketimbang menjadi manusia merdeka? Kau mengutamakan orang lain dibanding ayah dan pak cikmu?! Apakah lau ingin hidup terasing… jauh dari kerabat dan keluargamu? Ingatlah ibumu yang hingga saat ini tak bias hidup dengan tenang sejak berpisah denganmu. Tidakkah kau mengasihinya, dan kembali kepadanya?”
Zaid menunjuk kepada Muhammad dan berkata kepada ayah dan pak ciknya, “Aku telah melihat keistimewaan pada orang ini sehingga aku terdorong untuk memilihnya. Selamanya aku tidak akan memilih orang lain selain dirinya.”
Ucapan dan jawapan yang tulus dari hati yang murni, yang menegaskan penghormatan Zaid kepada Muhammad.
Mendengar jawapan Zaid, Muhammad lansung memeluknya kemudian membawanya ke Kaabah. Haritsah dan Ka‘ab juga mengikutinya menuju Kaabah. Setibanya di sana, Muhammad berseru, “Wahai manusia, wahai semua yang hadir disini, saksikanlah, sesungguhnya Zaid adalah puteraku, ahli warisku.”
Kemudian Muhammad menyatakan bahawa ia telah memerdekakan Zaid dari perbudakan sehingga ia sejak saat itu Zaid adalah manusia merdeka.
Menyaksikan peristiwa itu, Haritsah dan Ka’ab merasa bahagia. Kini ia merasa tenang kerana meninggalkan puteranya dalam perlindungan orang yang baik dan terpecaya. Anaknya telah mengambil sikap yang benar ketika memilih Muhammad dibandingkan keluarganya. Seandainya tirai zaman telah diangkat bagi mereka saat itu, tentu keduanya akan mengetahui bahawa Allah telah menorehkan nasib yang baik dan mulia bagi Zaid, catatan yang akan tetap dikenang sepanjang sejarah manusia.
Sejak saat itu, orang-orang memanggil Zaid dengan sebutan Zaid putera Muhammad.
Zaid kembali menjalani kehidupannya yang tenang dan tenteram di bawah perlindungan dan pengasuhan Muhammad.
Cahaya Islam memancar di Makkah ketika Allah mengutus Muhammad kepada kaumnya, menyeru mereka untuk beribadah kepada Allah dan menjauhi berhala.
Khadijah adalah wanita yang pertama mengikuti Muhammad, dari kaum laki-laki yang pertama masuk Islam adalah Abu Bakar, dan Ali menjadi remaja pertama yang megikuti Nabi saw., sedangkan dari golongan budak, Zaid adalah yang pertama masuk Islam.
Pada suatu hari…
Rasulullah s.a.w sedang bersama para sahabat ketika lewat di hadapan mereka Barkah Ummu Aiman. Rasulullah s.a.w bersabda, “Siapa yang menikahi seorang wanita ahli syurga, nikahilah Ummu Aiman.”
Ketika itu, Zaid ibn Muhammad ada di sana, dan begitu saja ia merasa jatuh cinta kepada Ummu Aiman sehingga ia lansung meminang dan kemudian menikahinya.
Rasulullah s.a.w memberkahi pernikahan keduanya. Daripada pernikahan itu Zaid dan Ummu Aiman dikurnai Usamah ibn Zaid yang kelak akan memainkan peranan penting dalam sejarah umat Islam, peran besar yang akan terus dikenang oleh kaum Muslim.
Roda zaman terus berputar. Dari tahun ke tahun jumlah kaum Muslim di Mekah semakin bertambah meskipun mereka harus menghadapi tekanan dan siksaan dari kaum kafir Quraisy.
Kaum muslim hidup di Makkah selama tiga belas tahun. Dengan sabar mereka menghadapi segala macam siksaan dan tekanan yang dilakukan oleh kaum kafir Quraisy. Kalangan yang paling tersiksa adalah golongan budak masyarakat kelas bawah. Para pemuka Quraisy seakan tidak pernah puas menyiksa mereka. banyak budak dan masyarakat kelas bawah lainnya yang menjadi pengikut Muhammad berkat seruan Zaid. Mereka hidup bersatu di bawah panji Islam dan diterangi oleh cahayanya.
Ketika kaum kafir Quraisy merancang rencana untuk membunuh Muhammad, Allah s.w.t memerintahkan Rasul-Nya itu segera hijrah ke Madinah al-Munawwarah.
Zaid termasuk di antara orang-orang yang bersegera hijrah ke Madinah, tinggal di sisi Nabi Muhammad. Setibanya di Madinah, Zaid ibn Haritsah dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w dengan Asid ibn al-Hadhir.
Kerana Rasulullah s.a.w pergi lebih dahulu ke Madinah dan meninggalkan keluarganya- isterinya Saudah bint Zam‘ah dan puteri bongsunya Fatimah- maka beliau segera mengutus Zaid untuk menjemput mereka ke Makkah. Rasulullah saw. memercayakan tugas itu kepada Zaid kerana mengetahui kadar keimanan dan kesetiaannya.
Zaid tinggal di Madinah bersama kaum muslim lainnya di sisi Rasulullah s.a.w. Mereka bersatu padu untuk menegakkan panji-panji Islam dan menyebarkan dakwah Islam ke seluruh manusia. Zaid ikut serta dalam Perang Badar.
Ketika Abdullah ibn Ruwahah diutus oleh Rasulullah s.a.w ke Aliyah, kawasan pergunungan Madinah, untuk mengabarkan kemenangan pasukan muslim dan kekalahan Quraisy dalam Perang Badar, Zaid diutus Nabi s.a.w untuk menyampaikan khabar itu ke Safilah, di pesisir Madinah.
Zaid tak pernah mangkir dari berbagai peperangan yang diikuti oleh Rasulullah saw., termasuk dalam Perang Uhud, Khandaq, dan pengepungan Yahudi. Kerana itu, ia sering ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w untuk memimpin sekelompok kecil pasukan dalam berbagai-bagai misi yang diperintahkan Rasulullah s.a.w. Mengenai hal ini, Aisyah r.a pernah berkata, “Setiap kali Rasulullah s.a.w membentuk pasukan rahsia, baginda pasti menunjuk Zaid sebagai panglima perangnya. Seandainya ia masih hidup setelah masa Rasulullah, tentu Abu Bakar dan Umar akan mengikuti langkah Rasulullah s.a.w.”
Zaid dikenal dengan nama Zaid ibn Muhammad. Begitulah orang-orang memanggilnya sejak Rasulullah saw. mengumumkannya di Kaabah. Penyebutan ini telah menjadi adat kebiasaan yang dikenal lama oleh penduduk Arab pada masa Jahiliah dan masa awal Islam.
Allah hendak menjelaskan permasalahan ini dan menetapkan bahawa seseorang hanya bias dinisbahkan kepada ayah biologisnya, bukan kepada ayah angkatnya. Allah berfirman yang bermaksud:
“(Diperintahkan dengan demikian kearna) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu “zihar”kan itu sebagai ibu kami; dan ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. (Segala yang kamu da’wakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dialah jua yang memimpin ke jalan yang betul. Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama dan sebagai “maula-maula” kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-Ahzab: 4-5)
Kerana Rasulullah saw. mengetahui nasab Zaid dan asal-usulnya, sejak turunnya ayat itu Zaid dipanggil dengan sebutan Zaid ibn Haritsah.
Zaid ibn Haritsah menjadi seorang muslim yang dikenal dengan keturunannya, kabilahnya, dan kedudukannya di sisi Rasulullah saw. Kerana ingin mendapatkan berkah keutamaannya di antara kaum Muslim lainnya, salah seorang kerabat Zainab binti Jahsy melamarnya untuk menikahi Zainab.
Namun Zainab menolak pernikahan itu, kerana merasa bahawa Zaid tidak sepadan dengannya. Ia keturunan bangsawan dan saudagar Makkah sedangkan Zaid adalah seorang bekas budak. Allah menurunkan ayat mengenai hal ini:
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara- (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan siapa tidak ta’at kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (al-Ahzab: 36)
Ayat ini memerintahkan Zainab untuk menerima pernikahan itu, demi hikmah yang di kehendaki oleh Allah. Penggalan peristiwa ini cukup penting dan panjang sehingga harus disampaikan dalam satu judul tersendiri.
Hari demi hari Rasulullah saw. dan kaum muslim terus mendapatkan kemenangan. Semua orang bahagia dengan anugerah Allah yang melimpahi mereka. Cahaya Islam menyebar semakin luas di Madinah dan Mekah, juga menyentuh beberapa kabilah lain di sekitar Mekah dan Madinah. Rasulullah s.a.w mengutus beberapa utusan menyeru mereka ke jalan Islam, jalan kebenaran, dan satu-satunya jalan menuju Tuhan. Sebagai jawapan, mereka datang menemui Rasulullah s.a.w dan menyatakan keislaman mereka. mereka juga berjanji untuk membantu dan melindungi Rasulullah s.a.w.
Lebih jauh, Rasulullah s.a.w juga mengutus utusan kepada Kisra Parsi, Mukaukis di Mesir, dan Heraklius di Romawi. Namun, utusan Rasulullah s.a.w ke Romawi dicegat di tengah perjalanan oleh sekelompok orang Arab Badui daripada Bani Ghassan yang diperintahkan oleh Heraklius. Mereka membunuh utusan Rasulullah itu.
Mendengar peristiwa itu, Rasulullah dan kaum Muslim marah. Mereka harus membalas dendam atas kematian saudara dan kerabat mereka yang diutus oleh Rasulullah s.a.w. Mereka harus melawan pihak yang berani berbuat jahat kepada mereka. Bagi Rasulullah s.a.w, ini merupakan langkah awal bagi perluasan Islam ke Syiria sehingga negeri itu berada dalam kekuasaan Islam.
Kerana itulah Rasulullah s.a.w segera membentuk satu pasukan besar yang terdiri atas tiga ribu tentera untuk menyerang Romawi. Pasukan itu dipimpin oleh tiga orang jenderal, iaitu Haritsah, Jaa ‘far ibn Abu Thalib, dan Abdullah ibn Ruwahah.
Rasulullah s.a.w melepas pasukan itu menuju Syam (Syria) dan meniupkan semangat agar mereka beristiqamah dalam perjuangan di jalan-Nya. Baginda juga berpesan agar mereka mengukuhkan keimanan kepada Allah. Seakan-akan telah mengetahui apa yang akan terjadi, Rasulullah s.a.w berpesan, “Kamu akan dipimpin oleh Zaid ibn Haritsah. Jika ia gugur, Jaafar akan menggantikannya. Jika ia gugur, kamu dipimpin oleh Abdullah ibn Ruwahah.”
Akhirnya, pasukan muslim dan pasukan Romawi berhadapan. Kedua pasukan itu sangat jauh berbeza dari sisi jumlah dan peraalatan perang mereka. Bahkan ada yang mengatakan bahawa pasukan Romawi dipimpin lansung oleh Heraklius. Melihat kemegahan dan jumlah pasukan musuh yang sangat banyak, sebahagian pasukan muslim menyurutkan langkah mereka. Hampir saja mereka berpatah ke belakang dan meninggalkan medan perang seandainya Abdullah ibn Ruwahah tidak mengobarkan semangat jihad di jalan Allah untuk meraih kemenangan atau gugur sebagai syahid.
Genderang perang menandai dimulainya peperangan dahsyat itu ….
Zaid ibn Haritsah membawa panji kaum muslim dan mulai mengayunkan pedangnya menorak-perandakan pasukan musuh. Ia memacu kudanya ke jantung pasukan musuh, dan bergerak tangkas seraya terus menyerukan semangat juang kepada pasukannya. Ia menebas banyak kepala kafir. Ia berjuang tanpa sedikit pun rasa gentar. Hatinya dipenuhi keyakinan bahawa ia akan meraih kesyahidan. Pasukan Romawi mengepungnya, menyerangnya dengan pedang dan tombak sehingga ia gugur sebagai syahid. Setelah ia gugur, Jaa far bangkit mengambil alih panji kaum muslim. Kemudian ia pun gugur dan digantikan oleh Abdullah ibn Ruwahah.
Setelah Abdullah ibn Ruwahah juga gugur, pasukan muslim dipimpin oleh Khalid ibn al-Walid. Namun, menyedari jumlah dan kedudukan mereka yang tidak mungkin memenangi peperangan, pasukan Muslim berundur. Itulahpertempuran pertama antara pasukan Muslim dan pasukan Romawi di Syam (Syria).
Rasulullah s.a.w bersedih ketika mendengar khabar tentang gugurnya ketiga-tiga pahlawan Islam itu. Dan yang paling membuatnya berduka adalah gugurnya Zaid ibn Haritsah sehingga ketika beliau melihat puterinya datang menemuinya dan menanyakan khabar ayahnya, Rasulullah s.a.w tidak kuasa menahan tangisan kerana rasa haru yang mendalam.
Kaum Muslim mengetahui betapa besar kesedihan Rasulullah s.a.w ditinggalkan oleh Zaid ibn Haritsah. Mereka berkata kepada Rasulullah s.a.w, “Kami melihatmu berduka begitu dalam, wahai Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w membalas, “Aku adalah seperti lelaki biasa. Kesedihanku bagaikan seseorang yang ditinggalkan oleh sahabat dekatnya.”
Itulah akhir kehidupan Zaid ibn Haritsah, atau Zaid ibn Muhammad, yang gugur bersama para syuhada lainnya.
Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Zaid sesuai dengan perjuangannya membahagiakan kehidupan Rasulullah s.a.w dan sesuai dengan ketulusan serta kesetiaannya mengabdi dan melayani Rasulullah s.a.w.
Catatan: Ibnu Khaldun
Recent Comments