Pada abad ke-8 tertubuh kerajaan pertama yang beraliran Syiah di Maghribi. Kerajaan tersebut bernama Idrisiyah, didirikan oleh Idris I bin Abdullah pada 172 H/789 M. sebelum Idrisiyah berkuasa, wilayah itu sering didominasi oleh aliran Khawarij. Kekuasaan Idrisiyah berlangsung selama 2 abad. Selama itu pula Syiah berkembang pesat, terutama di Afrika Utara, dengan kerajaan ini sebagai tulang belakangnya. Idrisiyah juga memainkan peranan penting bagi penyebaran budaya Islam di kalangan masyarakat Berber di wilayah itu. Namun kekuasaan Idrisiyah surut setelah Khalifah Harun al-Rasyid daripada Abbasiyah mengangkat Ibrahim bin Aglab, yang beraliran Sunah, sebagai gabenor Afrika Utara. Idrisiyah pun kemudian digantikan oleh Bani Taglib (kerajaan Aglabiyah).

FEZ

Fez didirikan oleh Muhammad, anak sulung Idris I di atas runtuhan kota kuno Rom, Volubilis. Kota ini berkembang dengan cepat dan popular sehingga menarik ramai pendatang Islam dari Sepanyol dan daerah Afrika lain. Fez lalu menjadi ibu kota pemerintahan Idrisiyah, kota suci dan tempat tinggal Shorfa, iaitu orang terhormat keturunan cucu Nabi Muhammad s.a.w., Hassan bin Ali bin Abu Talib dan Hussein bin Ali bin Abu Talib.

PENGANUT SYIAH

Sebagai penganut Syiah dan keturunan Ali bin Abu Talib, Idris I berpendapat bahawa sepeninggalan Nabi Muhammad s.a.w., kepemimpinan umat Islam seharusnya jatuh ke tangan Ali. Namun, muafakat umat bersepakat mengangkat Abu Bakar sebagai khalifah pertama, kemudian Umar, Usman dan akhirnya Ali. Selanjutnya, pengikut Ali berusaha agar jawatan khalifah terus dipegang oleh penyokong Syiah, tetapi usaha ini gagal sehinggalah Bani Umaiyah berkuasa.

IDRIS I BIN ABDULLAH

Pengasas kerajaan Idrisiyah ialah Idris I bin Abdullah, cucu Hassan bin Ali bin Abu Talib. Pada tahun 786, Idris I turut mengambil bahagian dalam pertarungan keturunan Ali terhadap Abbasiyah tetapi gagal lalu beliau pergi ke Afrika Utara dan menetap di Fez. Di sana beliau mengembangkan fahaman Syiah dan membangunkan kerajaan Idrisiyah. Beliau kemudian memperluas daerah kekuasaannya ke wilayah Afrika Utara lain.

MUSUH IDRISIYAH

Atas nasihat neneknya, Muhammad bin Idris I membahagi-bahagikan wilayah kerajaan kepada saudaranya yang ramai. Namun, hak itu telah menjadikan kerajaan ini berpecah menurut politik kerana pembahagian itu  menimbulkan sengketa dan pemberontakan. Meskipun akhirnya dapat diselesaikan, Idrisiyah juga dengan mudah diserang oleh musuh mereka, yakni suku Berber. Akan tetapi, pada abad ke-10, muncul musuh yang paling berbahaya, iaitu kerajaan Fatimiyah.

  • Masjid Qairawan didirikan pada 862, yakni pada masa pemerintahan Yahya I bin Muhammad daripada kerajaan Idrisiyah. Masjid yang terletak di kota Fez merupakan masjid terbesar di seluruh wilayah Maghribi.
  • Sejak dibangunkan oleh putera Idris I, Muhammad, kora Fez berkembang denga cepat dan menarik minat ramai pendatang dari daerah lain. Fez pun kemudian menjadi pusat perdagangan dan kebudayaan.
  • Idris I berjasa besar dalam mengembangkan Syiah di Afrika Utara dan mendirikan kerajaan Idrisiyah. Makam Idris I di Maghribi, salah satu peninggalan kerajaan Idrisiyah
  • Kekuasaan kerajaan Idrisiyah meliputi sebahagian wilayah Maghribi dan Algeria pada masa kini, dengan ibu kota dan pusat pemerintahan di Fez.

Catatan Ibnu Abbas

Translate »