Agama Islam yang bersifat universal tidak saja berbicara masalah ritual dan spiritual tapi juga menyoroti segala permasalahan sosial yang selalu dihadapi umat manusia. Salah satunya adalah masalah pengangguran dan peminta sedekah yang sangat dicela oleh Islam.

Pertama, pengangguran dan pengemis merupakan satu sifat malas dan tidak mahu berusaha serta tidak produktif. Akibatnya mereka menjadi beban masyarakat melalui sedekah orang ramai sahaja.

Kedua, pengangguran dan pengemis adalah sumber kemiskinan.Dalam hal ini juga Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:”Kemiskinan menbawa kepada kepapaan”

Kerana itulah Islam sangat menentang pengangguran dan mencela orang-orang yang tidak mahu bekerja padahal sebenarnya mereka mampu bekerja.

Islam datang sebagai pembebas bagi seluruh umat manusia sering menganjurkan bagi setiap pengikutnya untuk memberikan sedekah, bahkan sedekah dengan predikat zakat pun sudah menjadi kewajipan. Dan Islam sendiri mempunyai tujuan tertentu dalam bidang harta di antaranya adalah untuk membenteras kemiskinan secara bertahap, melarang hidup dalam kehinaan serta menbahagikankan keadilan secara merata.

Islam mengajarkan kita untuk selalu bersedekah dan memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukan pertolongan tetapi Islam tidak mengajar pengikutnya menjadi peminta-minta atau pengemis, bahkan Rasulullah saw sendiri pernah menjelaskan bahawa orang yang berkerja mencari kayu lalu di jual untuk makan dan bersedekah lebih baik dari meminta-minta kepada orang, sebagaiman sabdanya yang bermaksud“Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya sungguh seseorang yang mengambil tali di antara kamu kemudian dia gunakan untuk mengangkat kayu di atas punggungnya lebih baik baginya daripada ia mendatangi orang kemudian ia meminta-minta kepadanya yang terkadang ia tidak diberi olehnya.” (HR. Al-Bukhari)

Ia menberi pengajaran kepada kita agar jangan meminta pertolongan selama kita masih mampu untuk mengerjakannya.

Bukan bererti kita ingin menghindari kewajipan kita sebagai muslim dan sebagai makhluk sosial, yang walau bagaimanapun di antara mereka yang meminta-minta tersebut memang sepatutnya mendapat sedekah, tetapi kita hanya berhati-hati agar jangan sampai terjerumus dan terjebak pada orang-orang yang hanya menggunakan pekerjaan pengemis sebagai topeng dan berpura-pura miskin.

Oleh itu para dai atau pendakwah Islam tidak hanya membatasi dakwahnya dalam masalah ritual dan spiritual semata-mata, kerana Islam tidak hanya terbatas pada hubungan vertical antara Tuhan dan manusia tapi Islam mengajarkan hubungan horizontal iaitu hubungan antara manusia, sehingga jika sistem keseimbangan yang diajarkan ini benar-benar diterapkan akan dapat menciptakan masyarakat yang baik atau baldatun thoyyibatun wa rabbun ghafur.

Dari keterangan-keterangan ini jelaslah saudara-saudara, bahawa Islam sangat mencela orang yang tidak mahu berusaha dan hanya boleh meminta-minta, apalagi dengan berdalih bahawa pekerjaan mengemis, kepengemisan dan kemiskinan itu sudah ditakdirkan Allah swt. Padahal Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud“Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah swt dengan sebenar-benar tawakal, tentu Allah swt memberi rezeki kepadamu, seperti halnya Allah swt memberikan rezeki kepada burung yang pergi pagi hari dalam keadaan lapar, tetapi pulang sore hari dalam keadaan kenyang”. (HR. Ahmad, at-Tarmidzi dan Ibnu Majah)

Kemudian bagi orang-orang kaya jangan hanya mengumpul harta dan berfoya-foya tanpa peduli bahawa di dalam harta mereka terdapat hak peminta-minta dan orang yang hidup di dalam kekurangan, sebagaimana firman Allah swt dalam surah Dzariyat ayat 19 yang bermaksud: “Dan harta-harta mereka ada hak untuk orang-orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta bahagian”.

Susunan Norisham Hamzah

Translate »