Biodata Hamka
1. Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad Amarullah.
2. Hamka ialah nama singkatan yang manggabungkan nama beliau dengan bapanya.
3. Beliau dilahirkan pada 13 Muharam 1362 Hijrah bersamaan 16 Februari 1908 Masihi di Desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia.
4. Bapanya ialah seorang ulama terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau.
5. Antara jawatan dan tugas yang pernah disandang oleh Hamka ialah:
(a) Guru agama di Tebing Tinggi, Medan dan Padang Panjang.
(b) Pensyarah di Umiversiti Islam Jakarta.
(c) Pensyarah di Universiti Muhammadiah Padang Panjang.
(d) Rector Perguruan Tinggi Jakarta.
(e) Pegawai Tinggi Agama Indonesia.
(f) Ketua umum Majlis Ulama Indonesia.
6. Hamka menerima banyak anugerah daripada pelbagai pahak kerana jasa dan sumbangan beliau.
7. Hamka meninggal dunia pada 24 Julai 1981 Masihi ketika berusia 73 tahun.
Keperibadian Hamka
1. Hamka merupakan seorang yang petah berpidato. Beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rancangan radio Arab Saudi.
2. Seorang yang berjiwa seni. Ini jelas kelihatan melalui gaya bahasa beliau dalam karya-karya agungnya.
3. Seorang yang berani. Semasa revolusi terhadap pihak penjajah Belanda di Sumatera, Hamka dengan berani mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang pihak Belanda.
Pendidikan Hamka
1. Hamka mempelajari Al Quran dan asas-asas agama daripada bapanya iaitu Syeikh Abdul Karim.
2. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang dan Sekolah Agama Al Tawalid yang didirikan oleh bapanya.
3. Hamka banyak mengikut pengajian di masjid dan surau yang disampaikan oleh ulama-ulama yang terkenal ketika itu.
4. Hamka suka menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan untuk membaca buku-buku kesusasteraan, falsafah, sejarah dan politik dunia.
Kegigihan Hamka mengembangkan dakwah Islamiah di Nusantara
1. Pada usia 17 tahun Hamka menerbitkan sebuah majalah dakwah yang diberi nama Khatibul Ummah.
2. Semasa berada di Makkah pada tahun 1927 Masihi Hamka mengasaskan Persatuan Hindia Timur untuk memberi pelajaran kepada jemaah haji Indonesia.
3. Apabila pulang dari Makkah, beliau menganggotai Persatuan Muhammadiah dan mengetuai cawangannya di Padang Panjang.
4. Pada 1935 Masihi Hamka mengasaskan Kolej Al Muballighin.
5. Pada 1936 Hamka menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat.
6. Pada 1935 Masihi Hamka dilantik sebagai anggota pimpinan Pusat Pertubuhan Muhammadiah.
Sumbangan Hamka dalam bidang ilmu dan pemikiran
1. Hamka merupakan tokoh ulama yang melakukan pembaharuan yang besar kepada umat Islam di Nusantara.
2. Karya-karya beliau dalam bidang agama menyentuh secara langsung kehidupan umat Islam di rantau ini.
3. Hamka merupakan penyumbang idea islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaludin Al Afghani dan Muhamad Abduh di nusantara.
4. Pendekatan Hamka yang sederhana diterima baik oleh masyarakat Islam di Indonesia malah pada peringkat antarabangsa.
Hasil-hasil karya Hamka
Bidang
Hasil karya
· Agama
· Tafsir Al Azhar
· Tasawuf Moden
· Pedoman Mubaligh Islam
· Arkanun Islam
· Sejarah Umat Islam
· Revolusi Agama
· Falsafah
· Falsafah Hidup
· Lembaga Hidup
· Falsafah Ideologi Islam
· Ekspensi Ideologi
· Pandangan hidup Muslim
· Sastera
· Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
· Dibawah lindungan Kaabah
· Laila Majnun
· Mandi cahaya di Tanah Suci
· Menunggu beduk berbunyi
Perjuangan Hamka
1. Seluruh kehidupan Hamka di isi dengan perjuangan.
2. Hamka pernah mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia
3. Beliau juga menubuhkan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah
4. Beliau pernah dipecat daripada jawatan ketua umum Majlis Ulama Indonesia kerana kelantangannya mengkritik kepincangan pentadbiran Indonesia.
5. Beliau juga pernah dipenjarakan bersama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia.
6. Namun semua ujian tersebut tidak mematahkan semangat beliau untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat.
RUMUSAN
1. Hamka adalah penerus usaha yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.
2. Hamka menggunakan karisma dalam pidato dan penulisan untuk menyampaikan ajaran Islam dengan berkesan kepada masyarakat.
3. Keberanian merupakan sifat peribadi Hamka yang terpuji. Beliau tidak takut untuk menyuarakan kebenaran sekalipun menghadapi rintangan dan ujian yang getir.
4. Hamka telah meninggalkan jasa yang begitu besar kepada masyarakat Islam.
5. Mempertahankan agama, bangsa dan negara adalah usaha yang murni. Namun, ia dapat di realisasi oleh individu yang mempunyai jiwa yang cekal, sanggup berkorban dan bertaqwa.
Catatan: Ibnu Hayyan
Recent Comments