Biodata Syeikh Tahir Jalaluddin
1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir Bin Syeikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin.
2. Dilahirkan pada 7 november 1869 Masihi di Ampek Angkek, Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia.
3. Syeikh Tahir berasal dari keluarga berilmu.
4. Bapanya Syeikh Ahmad adalah seorang ulama dan hakim terkenal yang berketurunan melayu Minangkabau.
5. Apabila Syeikh Tahir Jalaluddin kembali dari pengajian pada tahun 1900 masihi, beliau terus menetap di perak.
6. Antara tugas danm jawatan yang pernah disandang oleh Syeikh Tahir Jalaluddin ialah
A. Guru di Madrasah Al-Masyhur, Pulau Pinang.
B. Guru di Mabrasah Parit Jamil,Muar Johor.
C. Guru di Masjidil Haram Makkah
D. Mufti negeri Perak
E. Mufti negeri Johor
F. Nazir sekolah-sekolah agama Johor.
7. Ketika menjadi mufti negeri Perak, beliau mendapat gelaran Syeikh.
8. Beliau meninggal dunia pada 26 oktober 1956 Masihi di Perak.

Keperibadian Syeikh Tahir Jalaluddin
1. Beliau seorang yang menepati masa. Beliau tidak pernah terlewat menghadiri kelasnya melainkan keuzuran. Murid-muridnya memahami sikap beliau ini dan mereka berjaya mendisiplinkan diri masing- masing.
2. Cinta kepada ilmu pengetahuan. Beliau suka membaca dan beliau telah menyediakan sebuah perpustakaan kecil di rumahnya.
3. Beliau tekun dan gigih dalam menyebarkan idea islah walaupan sentiasa ditentang oleh para ulama tradisional di tanah air.
4. Seorang yang gigih dan bersungguh-sungguh dalam memajukan masyarakat islam.
5. Seorang yang kreatif dan berminat menghasilkan karya-karya ilmiah.
6. Seorang yang tegas dan memiliki semangat juang yang tinggi.

Pendidikan Syeikh Tahir Jalaluddin
1. Semasa berusia 12 tahun, Syeikh Tahir Jalaluddin belayar ke Makkah.
2. Di Makkah, beliau tinggal dengan saudara sepupunya iaitu Syeikh Ahmad bin Khatib.
3. Syeikh Ahmad Al-Khatib merupakan pemimpin Mazhab Syafie di Masjidil Haram. Kesempatan ini digunakan oleh Syeikh Tahir Jalaluddin untuk menuntut ilmu-ilmu agama.
4. Pada tahun 1983 Masihi, Syeikh Tahir Jalaluddin menyambung pelajaran dalam jurusan ilmu falak di universiti Ak-Azhar Mesir.
5. Beliau tekun mempelajari ilmu falak hingga berjaya menguasainya dengan baik.
6. Beliau diberi kepercayaan untuk mengajar di Masjidil Haram.
7. Pada tahun 1899 Masihi, Syeikh Tahir Jalaluddin pulang ke tanah air dan mengembangkan ilmunya serta membuat pembaharuan untuk memajukan masyarakat islam.

Idea islah Syeikh Tahir Jalaluddin
1. Syeikh Tahir Jalaluddin mula tertarik dengan idea Islah semasa beliau bersahabat dengan Sayyid Muhammad Rasyid Redha iaitu anak murid Syeikh Muhammad Abduh di Universiti Al-Azhar.
2. Apabila kembali ke Malaysia, beliau berusaha untuk menyedarkan masyarakat Islam tentang perlunya kebebasan berfikir yang terhindar daripada kongkongan kurafat dan syirik serta penjajah luar.
3. Mesej Islah Syeikh Tahir Jalaluddin ialah :
A. Mengajak umat Islam supaya mengamalkan ajaran Islam yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah yang bebas daripada adat lama yang sebahagiannya dipusakai dari agama Hindu.
B. Menjauhkan pengaruh negatif dari luar terutama dari barat.
C. Berusaha mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
D. Menolak taklid (mempercayai sesuatu secara membuta tuli).
4. Dalam memperjuangkan idea Islah, beliau telah ditentang hebat oleh golongan ulama tradisional khususnya di Malaysia.
5. Beliau juga mendapat kekangan dari pihak penjajah yang merasakan kedudukan mereka terancam dengan kebangkitan orang melayu.
Akibatnya, pada tahun 1927 Masihi, Syeikh Tahir Jalaluddin di penjarakan selama 9 bulan atas tuduhan menentang Belanda. Namun ia tidak dapat mengikis semangatnya yang kental dalam memperjuangkan Islam.

Metode Syeikh Tahir Jalaluddin dalam menyampaikan idea islah
a. Melalui penerbitan akhbar
1. Beliau menerbitkan majalah Al-Imam bersama Sayyid Syeikh Al-Hadi pada bulan jamadilakhir 1324 Hijrah bersamaan bulan julai 1906 Masihi di Singapura.
2. Melalui majalah Al-Imam, Syeikh Tahir Jalaluddin menyampaikan mesej islahnya.
3. Akibat tekanan daripada pihak penjajah inggeris dan belanda, penerbitan majalah Al-Amam terpaksa dihentikan pada tahun 1908 Masihi.
4. Namun ia meninggalkan kesan mendalam kepada karyawan melayu dan para pembaca seluruh nusantara.
5. Berikutan itu, beberapa majalah lain muncul seperti Al-Munir di Indonesia pada tahun 1908 Masihi, Neraca di Singapura pada tahun 1911 Masihi dan pengasuh di Malaysia pada tahun 1908 Masihi.
b. Melalui jawatan-jawatan yang disandang
1. Kesarjanaan beliau semakin terserlah apabila beliau dilantik menjadi mufti Perak dan Johor.
2. Beliau menggunakan kesempatan tersebut dengan baik untuk menyebarkan idea islah kepada masyarakat.
c. Melalui proses pengajaran
1. Semasa beliau menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur Pulau Pinang dan Matrasah Pari Jamil Johor, Beliau mengambil peluang untuk menyebarkan idea islah di kalangan murid-murid dan guru-guru.
2. Usah beliau mendapat sokongan rakan-rakan serta murid-muridnya.
3. Menerusi asuhan mereka lahir tokoh-tokoh pendakwah serta pendokong islah generasi seterusnya seperti Hamka, Haji Agus Salim, Prof. Datuk Dr Zulkifli Muhammad dan Sayyid Syeikh Al-Hadi.

SUMBANGAN SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN
Dalam bidang pemikiran
1. Melalui majalah Al-Imam, Syeikh Tahhir Jalaluddin menyalurkan idea Islahnya serta maklumat-maklumat intelektual Islam untuk membebaskan masyarakat Melayu daripada sebarang unsur penjajahan fizikal dan pemikiran.

Dalam bidang pendidikan
1. Syeikh Tahir Jalaluddin memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang pendidikan.
2. Pada tahun 1908 Masihi, beliau menubuhkan Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Singapura.
3. Penubuhannya menjadi sumber inspirasi kepada penubuhan Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Riau, Al-Madrasah Al-Adabiah, di Sumatera Barat Madrasah Al-Hadi di Melaka dan Madrasah Al-Masyur, Pulau Pinang.

Dalam bidang ilmu Falak
1. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan orang yang bertanggung jawab mengembangkan ilmu falak di Malaysia.
2. Kemahiran beliau dalam ilmu falak menyebabkan beliau di gelar Al-Falaki.
3. Walaupun ilmu falak kurang mendapat sambutan ketika itu, namun beliau sentiasa optimis dengan keperluannya sebagai ilmu yang bersifat futurastik.
4. Menjelang akhir tahun 60-an, ilmu falak mula mendapat perhatian khusus daripada pihak kerajaan. Ia mula dengan penubuhan jawatan kecil takwim Islam di bawah pusat Islam.
5. Pusat-pusat pengajian tinggi juga menawarkan kursus falak syarie sebagaimana yang dilakukan oleh jabatan syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981.

Dalam bidang kesusasteraan
1. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan penggiat sastera. Ini terserlah melalui penulisan-penulisannya seperti yang terdapat dalam majalah Al-Imam dan seumpamanya.

RUMUSAN
1. Syeikh Tahir Jalaluddin adalah seorang pejuang Islah yang gigih dan berdedikasi.
2. Pejuang Syeikh Tahir Jalaluddin memberi kesan positif kepada perkembangan pemikiran umat Islam di nusantara.
3. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan seorang yang bertanggungjawab menyebarkan ilmu falak diMalaysia.
4. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan seorang yang bergiat aktik dalam bidang penulisan ilmiah.
5. Kita hendaklah menghargai dan mencontohi semangat perjuangan yang tinggi yang di tunjukan oleh Syeikh Tahir Jalaluddin dalam usaha mencapai kemajuan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Catatan: Ibnu Fayyad

Translate »