Abi Mahasin atau nama lengkapnya adalah Khalifa Ibnu Abi Mahasin. Menurut sumber sejarah yang lebih mahsyur, beliau dilahrkan pada tahun 126 di Syria. Beliau dikenali sebagai pakar perubatan mata yang berasal dari Aleppo.
Beliau juga mempunyai hubungan keluarga dengan Ibnu Abi Ushaybiah, iaitu seorang bibliografi dan ahli perubatan Muslim.
Beliau mula menulis karya-karya berkaitan dengan perubatan antara tahun 654H/1256M dan 674H/1275M.
Sebahagian besar dari karya-karyanya merangkumi bahasa Arab, yang salah satunya berjudul Kitab al-Kafi fi al-Kuhl. Buku Al-Kafi fi al-Kuhl (fi ath-Thibb) merupakan salah satu karyanya di bidang perubatan mata.
Di dalam buku itu beliau memberikan ringkasan mengenai sejarah perubatan mata. Beliau juga menguraikan beberapa masalah, antaranya adalah anatomi, fisiologi (Ilmu Fa’al Tubuh), serta kesihatan mata yang dilengkapi dengan nama-nama ubat yang dapat digunakan untuk menyembuhkan penyakit-penyakit tersebut.
Di samping itu, ia juga memberikan gambaran mengenai langkah-langkah pembedahan yang dapat dilakukan, misalnya untuk penyakit katarak.
Dalam buku teks tersebut disajikan beberapa gambar dan ilustrasi yang memperkuatkan isi buku, sehingga karyanya itu dianggap sebagai sebuah karya ilmiah yang bertaraf tinggi.
Berbagai-bagai manuskrip karyanya telah diterjemahkann semula oleh J. Hirshberg beserta rakan-rakannya.
Susunan KAMARIAH ALI
Recent Comments