Ahli Falsafah paling menonjol pada zaman perkembangan falsafah Islam (700-1200) adalah Ibnu Rusyd. Di kalangan ilmuan barat, ia di kenal dengan nama Averoes. Di samping sebagai penulis ilmu pengetahuan seperti fiqh, kedoktoran, fizik, biologi dan astronomi, ia juga terkenal sebagai komentator pemikiran Plato, Aristoteles, al-Farabi, Ibnu Sina dan al-Ghazali. Ibnu Rusyd menulis komentarnya atas karya Aristoteles dalam tiga bahagian ulasan: al-Asgar (yang kecil), al-Ausat (yang sederhana) dan al-Akbar (yang besar). Sejak kecil ia telah mempelajari Al Quran, tafsir, hadis, fiqh dan sastera. Di samping itu, ia juga mendalami matematik, fizik, astronomi, falsafah dan ilmu kedoktoran. Keseluruhan pemikirannya itu tersebar du berbagai buku yang hingga kini terus di pelajari orang.
Ibnu Rusyd sebagai salah seorang filsuf Islam paling menonjol pada zaman perkembanagan falsafah Islam (700-1200) meningalkan khazanah ilmu logika dan falsafah. Keseluruhan pemikirannya tersebar dalam berbagai buku yang hingga kini dipelajari oleh banyak orang dan mempengaruhi corak pemikiran falsafah Islam. Salah satu pemikiran yang berkembang pasca – Ibnu Rusyd adalah falsafah Isyraqiyah yang diasaskan oleh as-Syurawardi. Falsafah Isyraqiyah atau sebutan aslinya hikmah al-asyraq merupakan salah satu mazhab penting dalam falsafah-falsafah Islam pasca Ibnu Rusyd.
Di barat, Ibnu Rusyd dikenal sebagai komentator falsafah Aristoteles, sedangkan di Timur sebagai pembela falsafah Barat (Yunani) dari tuduhan kafir. Tuduhan itu di lontarkan oleh al-Ghazali dalam bukunya Tahafut al-Falasifah (kerancuan para falsafah). Namun dalam karyanya, Tahafut al-Tahafut, Ibnu Rusyd mengungkapkan pembelaannya. Menurutnya, falsafah tidak bertentangan dengan Islam sehingga kaum muslim dianjurkan mempelajarinya. Seseorang tidak dapat dikatakan kafir jika masih percaya kepada Tuhan, rasul dan hari kiamat.
Ibnu Rusyd telah menulis sekitar 50 buku yang meliputi berbagai bidang. Selain bukunya yang berjudul Tahafut al-Tahafuut yang berisi pembelaan atas serangan al-Ghazali, ada beberapa karya Ibnu Rusyd yang terkenal, antara lain kitab Fasl al-Maqal fi ma Bain asy-Syari’ah wa al-Hikmah min al-Ittisal (tentang keselarasan agama dan akal), Kulliyatu fi’l Thibbang (tentang berbagai penyakit dan penyembuhannya dan kitab al-Kulliyyat (buku tentang falsafah). Adapun karyanya yang berjudul Bidayah al-Mujtahid (permulaan bagi Mujtahid) berisi permasalahan yang hukumnya telah disepakati dan masih di perdebatkan. Dalam karyanya itu ia memberikan komentar, baik secara ringkas mahupun panjang.
Untuk memahami Al Quran, Ibnu Rusyd menggunakan cara takwil. Takwil adalah meninggalkan erti harfiah ayat, lalu menggunakan erti kiasannya. Dalam memahami Al Quran, Ibnu Rusyd membahagi tiga golongan orang iaitu golongan awam, pendebat dan ahli fakir. Golongan awam tidak boleh menakwilkan Al Quran kerana mereka hanya mampu memahaminya secara harfiah, begitu pula golongan pendebat. Adapun golongan ahli fakir memiliki kemampuan untuk memahami Al Quran, baik makna lahir mahupun makna batin. Oleh kerana itu, takwil hanya di peruntukkan bagi golongan ahli fikir.
Ibnu Rusyd dekat dengan kalangan amir pada masa al-Muwahhidun (dinasti Islam di Afrika), khususnya dengan Sultan Abu Ya’kub Yusuf al-Mansur (amir ke-3 al-Muwahhidun). Ketika itu, Ibnu Rusyd dipercaya menjadi hakim di Sevilla dan selanjutnya menjadi ketua hakim di Kordoba. Kedudukannya itu meresahkan ulama fiqh yang tidak senang kepadanya. Fitnah pun di sebar. Ia di tuduh sebagai penyebar falsafah yang sesat. Akibatnya Ibnu Rusyd di asingkan. Pada tahun 1198 ilmuan besar ini meninggal di Maroko, namun kemudian jenazahnya dipindahkan ke Cardova.
Perjalanan Hidup Ringkas Ibnu Rusyd.
- 1126-Lahir di Kordoba.
- 1169-Menjadi kadi di Sevilla.
- 1170-Menjadi Ketua Kadi di Kordoba.
- 1182-Menjadi doktor istana.
- 1195-Difitnah dan karyanya dibakar; diasingkan.
- 1198-Meninggal di Marakech, Meroko.
Susunan: Wan Asmat Wan Ahmad
Recent Comments