Pada hari pengkebumian Ismail Haniyeh, iaitu selepas solat Jumaat di tanah perkuburan Lusail, utara Qatar dan sebelumnya disembahyangkan di Masjid Imam Muhammad Abul Wahab, ia dihadiri hampir keseluruhan oleh wakil negara Islam sebagai memberikan pernghormatan terakhir buat syuhada itu.

Kata-kata Ismail Haniyeh yang dipetik sebelum kematiannya: Saya tidak mati. Saya hanya akan menemui Sang Pencipta untuk meminta pertolongan untukmu’, menjadi sangat hebat dimuatnaikkan di media sosial. Ismail digambarkan mengadopsikan kanak-kanak Palestin seperti anak-anaknya sendiri. Ia cukup memberikan makna bahawa ‘kematiannya bukanlah berakhirnya perjuangan Palestin”. Semangat juangnya tidak pernah mati, walaupun jasad terbujur kaku dan hanya tinggal namanya.

Terbunuhnya Ismail Haniyeh di tangan Israel tidak akan mematahkan semangat Hamas dan setiap rakyat Paslestin kerana kekentalan dan ketegasan (ucapan-ucapan) berhadapan dengan penjajahan Tel Aviv terus dimuatnaikkan ke media sosial. Ia menjadi pembakar semangat yang tidak mudah dipatahkan biarpun ada halangan dan percubaan daripada pendokong Israel untuk menyekatnya.

Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, setelah tekanan-tekanan yang berat dikenakan oleh pendokong Israel, terbunuhnya Ismail Haniyeh menghidupkan semula keinginan mereka untuk bersolidariti terhadap kebangkitan rakyat Palestin. Ini kerana, pembunuhan kejam itu melengkapkan memori masyarakat antarabangsa terhadap betapa gilanya Israel. Israel adalah  pengganas dunia yang sebenar. Amerika Syarikat ialah raja hipokrasi.

Segala propaganda licik, mitos yang dicipta, perang istilah dan pembohongan selama ini menjadi subjek kajian yang berjaya membuka minda dan perasaan masyarakat antarabangsa (termasuk penganut Yahudi sendiri) sehingga ada yang berkata, selagi adanya negara haram Isreal, selagi Palestin tidak diberikan kemerdekaan, selagi itu dunia tidak akan aman. Ini kerana punca kepada masalah yang berpanjangan itu tidak dapat diselesaikan, biarpun ada pelbagai resolusi telah diputuskan. Israel akan terus keras kepala dan berlagak kebal, tidak boleh menerima jika narsisme pemimpinnya tidak diubati terlebih dahulu.

Cara yang terbaik untuk mengubati narsistik (tahap toksid yang paling tinggi) pemimpin Israel ialah seluruh masyarakat dunia bersatu kekuatan tidak mengadakan apa-apa hubungan dengan Israel dan memberikan tekanan kepada Amerika Syarikat dan sekutunya, agar Washington bukan lagi betindak sebagai ‘tangan yang membantu.’

Namun, ada banyak kesukaran yang terpaksa dihadapi apabila Amerika Syarikat dikembirikan peranannya sebagai kuasa ekonomi dan politik dunia (polis), selagi negara itu terus dikawal oleh minoriti Yahudi yang berideologikan zionis.  Bagaimanapun, langkah permulaan sudah pun dirintis sebagaimana BRICS berusaha menyahkan penggunaan dolar, dan negara-negara Arab sudah mula mengalihkan ketergantungan kepakaran Amerika Syarikat, mula beralih perlahan-lahan kepada China dan Rusia.

Penganalisis politik antarabangsa tempatan, Mohd Nasaie Ismail yang menulis buku Hari-Hari Akhir Israel di Bumi Palestin (Petaling Jaya: Buku Faqih, 2024) optimis bahawa Palestin akan merdeka dan Israel akan gagal dalam misinya, walaupun bilakah masanya tidak dapat dijangkakan dengan tepat. Dalam salah forum, Mohd Nasaie yakin bahawa pemergian bekas Perdana Menteri Palestin dan juga Ketua Biro Politik Hamas itu “tidak akan menguncupkan perjuangan membebaskan tanah Palestin, sebaliknya ia bakal menjadi ancaman besar kepada rejim Israel pada masa akan datang”. Ia akan membawa kepada penyatuan bangsa dan rakyat Palestin. (Sinar Harian, 1 Ogos 2024).

Bagi Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim), Dr Muhammad Azrin Omar, dunia kembali memberikan perhatian terhadap Palestin yang mulai pudar disebabkan kelicikan Zionis menormalisasikan kezaliman dan pembunuhan. Ia juga turut membangkitkan penilaian semula terhadap kebenaran propaganda Israel dan sekutunya.

Kata Dr Muhammad Azrin Omar: Kami percaya dengan pembunuhan Ismail Haniyeh bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan baru dalam perjuangan Palestin. Seperti kata pepatah: ‘satu gugur, seribu akan bangkit’.

Kematian Haniyeh akan melahirkan ribuan pejuang baru yang akan meneruskan perjuangan beliau.  Ini adalah detik penting di mana kita akan menyaksikan kebangkitan semangat perjuangan yang lebih kuat di kalangan rakyat Palestin dan penyokong mereka di seluruh dunia.” (Sinar Harian, 31 Julai 2024).

Rakyat Malaysia turut mengadakan solat jenazah ghaib buat Allahyarham Ismail Haniyeh tanpa disekat oleh perbezaan politik manakala pada 4 Ogos 2024 berlangsung Perhimpunan Solidariti Untuk Hamas di Arena Axiata Bukit Jalil. Ribuan orang turut bersolodiriti walaupun Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal berseru agar memboikotnya, atas ‘dendam’ akibat digantung selama enam bulan (sejak 18 Julai 2024), tidak dibenarkan hadir di Dewan Rakyat. Perhimpunan yang sama turut diadakan dalam skala yang lebih kecil di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, yang kebanyakannya menjadi salah satu lokasi pelancongan di ibu kota.

Begitu juga solidariti untuk Palestin terus ditunjukkan oleh masyarakat dunia ketika berlangsungnya Sukan Olimpik 2024 di Paris, Percancis, walaupun ada halangan daripada pihak berkuasa. Bendera dikibarkan dan pendokong Palestin sentiasa melaung-laungkan Free Palestin. Seorang atlet menarik diri apabila dihadapkan dengan lawannya dari Israel. Cukup menarik ialah apabila tular video seorang peserta (atlet) berjaya menendang kemas atlet Israel di gelanggang sehingga tidak bersedia bangkit untuk meneruskan perlawanan. Satu lagi ialah terbelunjurnya seorang atlet Israel setelah ditampar mukanya oleh seorang atlet di pentas lawan tampar muka.

Maknanya, di sepanjang temasya olimpik kali ini, Israel secara tidak langsungnya berjaya dimalukan oleh atlet-atlet negara lain yang mengambil bahagian, sama ada membabitkan perlawanan dengan atlet Israel ataupun tidak. Ia menjadi semakin semarak setelah berita kematian Ismail Haniyeh menguasai seluruh media di serata dunia, dan bagaimana jenazahnya diberikan penghormatan sehingga tiba  di ‘rumah terakhir’ dengan ribuan orang yang secara sukarela hadir mengiringi perjalanan tersebut.

Jika dicampurkan dengan jumlah orang yang melakukan solat jenazah ghaib, penghormatan itu mungkin boleh dianggap sebagai ‘perjalanan terakhir seorang pejuang’ yang paling ramai dihantar pemergiannya ke ‘rumah terakhir’. Ribuan orang bersembahyang jenazah di Teheran, dan ribuan pula orang bersembahyang jenazah di Masjid Imam Muhammad bin Abdul Wahab di Doha, Qatar manakala jutaan lagi umat Islam melakukan solat jenazah ghaib hampir di seluruh negara yang mempunyai penganut Islam yang ramai.

Inilah kuasa dan ‘kemenangan’ perjuangan rakyat Palestin yang dapat dibuktikan menerusi simpati dan empati yang muncul di segenap penjuru dunia, termasuk negara-negara yang pada suatu ketika mendokong Israel. Sebelumnya, negara-negara Eropah menyokong apa yang diminta oleh Amerika Syarikat, namun pada kali ini, tiga buah negara – Sepanyol, Ireland dan Norway – tidak sehaluan lagi dalam isu pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Setiap apa yang diucap dan dipertahankan oleh Israel dan Amerika Syarikat mengenai hak dan kemerdekaan Palestin, banyak negara berani mengambil langkah (juga pendirian) bertentangan walaupun sedar akan menerima akibatnya termasuk halangan perdagangan dan embargo ekonomi. Pada mereka, ia bukan soal mempolitikkan Palestin tetapi percubaan untuk mengembalikan Palestin sebagai negara yang berhak dan perlu mendapat sokongan masyarakat antarabangsa kerana mempertahankan hak yang sedang diceroboh dan dirampas oleh penjajah yang berideologikan Zionis.

Ketika bermulanya serangan balas Israel setelah Hamas melancarkan serangan pada 7 Oktober 2023, masyarakat antarabangsa berusaha melancarkan pemboikotan apa sahaja produk dan syarikat yang ada kaitan sama ada membantu atau milik Israel. Pemboikotan itu menjadi cukup berkesan apabila tularnya pemegang francais makanan segera, McDonald membekalkan makanan percuma kepada tentera Israel. Akhirnya, McDonald menerima kecaman dan pemboikotan yang dilihat pada permulaannya yang sangat berjaya.

Restoran itu tidak lagi mendapat pelanggan yang ramai, dan dilaporkan mengalami kerugian yang cukup. McDonald sedang menyusun strategi pemasaran yang baharu, termasuk cuba mengurangkan harga dan tawaran-tawaran samping lebih menarik. Bagaimanapun percubaan tersebut tidak mungkin separuh daripada pelanggan Islam akan kembali membeli makanan segera McDonald. Dalam sebahagian kanak-kanak Tadika, mereka cuba mencebek apabila jenama McDonald disebut.

Selain McDonald, jenama makanan segera francais Amerika Syarikat seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut, Starbucks, Kellog’s, KitiKat; jenama penjagaan diri dan kosmetik, Dior, keluaran dan edaran Unilever, Revlon, Estee Lauder, Palmolive, Neutrogena, Rexona, Dove, Palmolive dan Nivea mengalami penurunan jualan; jenama kasut sukan, iaitu Adidas dan Puma, di mana model Bela Hadid (Isabella Khair Hadid, lahir 9 Oktober 1996 di Washingtn DC), keturunan Amerika-Palestin dibatalkan kontrak mempromosi kasut retro jenama Adidas SL 72 (merujuk kepada Olimpik Munich, Jerman 1972 di mana 11 orang atlet Israel dan seorang polis Jerman terbunuh dalam serangan oleh sekelompok lelaki Palestin) menjerut emosi masyarakat antarabangsa dengan tindakan tersebut; dan paling menyebalkan ialah KFC yang terpaksa menutup sementara operasinya di lebih ratusan premis perniagaan di Malaysia, walaupun pemegang francaisinya adalah anak syarikat badan berkanun negeri Johor.

Sabtu lalu, 3 Ogos 2024 Hamas memulakan pemilihan dalam kalangan aktivisnya bagi menggantikan Allahyarham Ismail Haniyeh. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamas, pembunuhan Ismail Haniyeh akan menjadikan Hamas dan penentangan Palestin lebih kuat dan lebih berazam untuk meneruskan perjuangan menentang Israel. Hasil pencarian itu akan diumumkan setelah ianya selesai dilaksanakan. (Malaysia Gazette, 4 Ogos 2024).

Menurut Agensi: “Haniyeh ialah wajah diplomatik dan sesungguhnya prgamatik bagi Hamas bersama pendahulunya, Khaled Meshal.  Justeru, kesan pembunuhan Haniyeh harus difahami sebagai tamparan hebat kepada rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung dan kedua dari segi optik politik kerana beliau adalah penyokong awal pempolitik Hamas.

“Kemasukan beliau dan Hamas ke dalam politik kemudian membawa kepada pelantikannya sebagai Perdana Menteri Palestin apabila kumpulan itu memenangi pilihan raya perundangan pada tahun 2006.

“Bagaimanapun, pembabitan politik yang sama, ditambah dengan statusnya sebagai pemimpin dalam buangan, bermakna jurang terbuka antara pengkalan Haniyeh di Qatar dan operasi darat di Gaza yang diketuai oleh Yahya Sinwar.” Serangan pada 7 Oktober adalah rencana Yahya Sinwar, bukannya ditetapkan oleh Ismail Haniyeh/ (Berita Minggu, 4 Ogos 2024)

Penghormatan dan kehadiran yang besar mengiringi ‘perjalanan terakhir’ Ismail Haniyeh menjadi epitome (teladan yang sempurna seorang pejuang) bahawa manusia yang baik, setiap hela nafasnya berjuang untuk kepentingan bangsa dan tanahairnya. Kematiannya diiktiraf sebagai syahid adalah petunjuk Allah SWT sebagai manusia teladan yang ‘hidup bermaruah’ dan setiap daripada manusia perlu adasikap dan amalan sedemikian, yang dikenali sebagai jihad.

Ini kerana, mereka yang syahid, walaupun pernah dituduh dan dikecam sebagai pengganas, kematiannya ditangisi oleh setiap manusia yang cintakan kedamaian dan menjadi pencetus semangat bagi orang-orang perjuangan, kemuliaannya dipancarkan tanpa ada paksaan dan tidak pernah diduga oleh sesiapa pun.  Itulah yang dapat kita pelajari daripada perjuangan tulus ikhlas Allahyarham Ismail Haniyeh untuk bangsa dan tanah air, tanpa pernah takut dengan ugutan dan cabaran.

Ketika ahli keluarganya dibunuh tragis, Allahyarham masih mampu tersenyum dan tidak pernah terdetik rasa kesalnya membabitkan diri dalam Hamas. Bahkan, ketika kematiannya sedang dipersiapkan untuk disemadikan, isterinya, Amal Haniyeh walaupun sebak menitip salam buat syuhada Gaza, ketika menyambut keranda jenazah suaminya di Lapangan Terbang Doha. Dalam video tersebut, Amal berkata:

Kamu adalah sandaranku di dunia dan akhirat. Kamulah kekasihku….

Sampaikan salam kepada semua syuhada Gaza…ucapkan salam kepada para pemimpin, kepada semua syuhada Gaza dan semua umat Islam. Kekasihku, semoga Allah memudahkan urusanmu di dunia dan di akhirat.”

Putera sulong Allahyarham, Abdel Salam Haniyeh ketika menerima berita kematian ayahandanya, bercakap melalui video: Darah ayah saya tidak lebih berharga dari darah anak-anak Gaza atau para lelaki di sana, dan air mata kami tidak lebih berharga dari air mata para ibu dan anak-anak para syuhada.

Kami katakan kepada penjajah, tidak peduli berapa banyak yang kalian bunuh, kalian tidak akan mampu menghentikan pawai (perarakan atau kebangkitan) dan revolusi rakyat Palestin. Setiap upaya pembunuhan terhadap para pemimpin akan menghidupkan kembali revolusi baru bagi rakyat kami dan dunia Islam.

Ayah saya telah mengejar kesyahidan siang dan malam kerana dia telah memilih jalan perlawanan, revolusi dan perjuangan sejak masa kecilnya.”

Puterinya, Latifah Ismail Haniyeh, 38 mencabar negara-negara Arab yang lebih dekat dengan Palestin tetapi menikus bila Israel menindas Gaza dan warga Palestin. Latifah mencabar kerana melihat sikap negara-negara Arab yang semakin pudar memperjuangkan kemerdekaan Palestin, dan lebih menyedihkan apabila menyalahkan Iran di atas kematian Ismail Haniyeh, bapanya. Cabar Latifah (terjemahan maksudnya daripada bahasa Arab):

“Kalian selama ini tidak menyambut ayahku di negara kalian. Wahai negara-negara Arab!, jarak negara kalian dengan negara kami, adalah lebih dekat berbanding negara kami dengan Iran. Akan tetapi Iran masih menjadi tumpuan kami, Iran lebih baik daripada kalian. Jadi kalian tidak layak membicarakan tentang Iran, yang lebih mulia daripada kalian. Iran ialah ibu kota negara Islam.”

Ia menjadi cabaran kelak buat negara-negara Arab yang Sunni. Mereka hanya tahu bercakap tetapi tidak mahu bertindak berbanding negara-negara Islam yang majoritinya adalah Syiah – Hezbullah (Lubnan), Houthi (Yemen) dan Iran. Semua negara-negara Arab yang sunni seumpama wayang, menormalisasikan dengan Israel, kecuali Arab Saudi. Ini membawa maksud, dalam memperjuangkan kemerdekaan Palestin, negara-negara Syiah (majoriti penganut Syiah) lebih berani berhadapan dengan Israel. Negara-negeri memberikan komitmen yang membantu memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

Anak perempuan Ismail Haniyeh menyelar sikap pemimpin negara Arab yang Sunni. Negara-negara Arab yang Syiah tidak mengiktiraf Israel sebagaimana dikatakan oleh Ismail Haniyeh, manakala negara-negara Sunni (kecuali Arab Saudi) lebih suka bersahabat dengan Israel (normalisasi).  Dengan itu, Ismail Haniyeh tetap mengharapkan bahawa negara-negara Islam boleh bersatu semula untuk “menghalau Israel” bukannya saling menuding jari dan hipokrit ketika bercakap mengenai ‘jihad’ dan mempertahankan Islam.

Realiti politik sekarang, menunjukkan negara-negara Sunni telah mengkhianati perjuangan Islam dan melihat dengan senyum perlakuan kejam Israel membunuh rakyat Palestin dan membumikan rata Gaza, serta mengepong Tebing Barat. Tidak ada ketentuan jelas dan tindakan yang dilakukan untuk menentang Israel daripada terus menjarah Palestin.

Ini bukan soal akidah, ini adalah persoalan geopolitik. Mmanakala negara-negara Sunni lebih cenderung menjadi kapitalisme ekonomi dengan berlumba-lumba membina infrastruktur mega sedangkan rakyat Palestin hidup dalam kezaliman, kanak-kanak membesar tanpa zat makanan, dan tanpa sekolah, tanpa ubat-ubatan dan tanpa bekalan asas yang mencukupi.

Apa pun, segelintir pihak di Malaysia mengambil kesempatan ‘mengutip derma’ tetapi derma itu hanya sebahagian kecil sahaja disalurkan ke Palestin. Selebihnya, digunakan untuk tujuan tertentu, termasuk membeli kereta mewah dan aset oleh mereka berada di sebalik tabung tersebut. Tiada keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan, sebaliknya tidak amanah menguruskan sumber yang dipungut daripada orang ramai.

Itu adalah epitome kepada melawan sebuah kejujuran; sedangkan Ismail Haniyeh sepanjang hayatnya membuktikan dirinya sebagai epitome yang tegas dan konsisten memperjuangkan leluhurnya, tanpa rasa takut dan sesal walaupun ahli keluarga sendiri dibunuh terlebih dahulu. Legasi itu – tindakan, sikap, pendirian dan wawasan – akan dalam sanubari setiap jiwa warga Palestin yang masih hidup, dan perjuangan akan berterusan Palestin tidak merdeka.

Nyawa dan badan mereka pertaruhkan, keselesaan hidup tidak mereka kejar selagi Palestin belum merdeka.

Antara seruan Allahyarhan yang akan terus hidup: Maka kami di sini menyeru! Wahai bangsa Arab dan umat Islam yang merdeka di dunia ini!. Saya bukan suruh kamu diam tanpa berbuat apa-apa! Bahkan saya seru kamu untuk sertai peperangan ini dan menyumbang gelombang perang ini dengan harta dan senjata kamu, teknologi kamu, semua hasil ilmu sains kamu, yang boleh memberikan kemenangan, yang membuktikan kepahlawanan kamu.

“Kamu dan rakyat Gaza dan Palestin akan menulis sebuah tajuk pengakhiran penjajah Zionis yang dibenci. Seribu kali lebih baik.”

KAMARUN KH

Translate »