Pembunuhan kejam puak Zionis Israel ke atas Ismail Haniyeh dan komander pasukan elit Hizbullah, Ali Jamal, serta presiden Iran Ebrahim Raisi, menunjukkan bahawa dunia hari ini semakin gawat. Ia memberi isyarat kepada keangkuhan zionis dan dunia barat, yang tidak akan tunduk kepada tekanan sesiapa pun.
Kemudian, rusuhan besar-besaran di beberapa tempat di UK, telah membuka mata kepada umat Islam seluruh dunia kepada gerakan anti-muslim di Eropah. Ketua penghasut kebencian terhadap orang Islam, dikatakan bermula dari hasutan seorang ekstremis anti-Islam bernama Tommy Robinson.
Namun ramai yang tidak tahu bahawa Tommy, yang nama sebenarnya ialah Stephen Christopher Yaxley-Lennon, ditaja sepenuhnya oleh organisasi-organisasi zionis pro-Israel dari Amerika Syarikat. Middle East Forum, sebuah organisasi yang menyokong Zionisme dan penubuhan negara Israel, Robert Shillman, seorang billionaire AS yang banyak menyumbang kepada institusi-institusi Israel, dan Nina Rosenwald, seorang dermawan Yahudi yang mengakui sebagai seorang ‘Zionis Tegar’, merupakan sebahagian penyumbang kepada agenda anti-Islam Tommy Robinson ini.
Maka terbukti bahawa puak zionis telah berjaya menguasai dunia, setelah jatuhnya kerajaan Islam seperti Granada dan Khilafah Uthmaniyah. Mereka mempengaruhi dunia dengan kekuatan ekonomi, lobi politik dan kegiatan gelap Mossad dan CIA. Dunia islam sebenarnya telah pun mereka takluk, sepanjang rentetan sejarah keganasan, penjajahan dan penjarahan mereka di semua penjuru dunia.
Sebenarnya, dunia telah lama dikuasai oleh “The New World Order”, yang berpaksikan zionis, dan dipelopori AS, Israel, Eropah Barat serta konco-konconya di merata dunia. Inilah apa yang dinamakan Empayar Romawi Baharu.
Hampir semua negara-negara umat Islam yang dikatakan merdeka tidak lebih dari 100 tahun umurnya, nyata sekali diratah dengan mudah oleh “Empayar Rumawi Baharu” ini. Justeru, adakah benar negara-negara Islam dan umatnya mempunyai kekuatan dan kesatuan yang disegani seluruh dunia?
Tragedi Gaza telah jelas melakarkan dunia berapa kerdilnya kesatuan dan kekuatan umat Islam. Kekejaman zionis ke atas saudara Palestin hanya menunjukkan betapa retaknya kesatuan umat Islam hari ini, dengan negara Arab yang mementingkan kabilah-kabilah mereka, dan sesetengah pemimpin Islam yang terlampau sibuk dengan masalah serta politik di dalam negara masing-masing. Sedangkan perjuangan rakyat Palestin sebenarnya mencabar keangkuhan puak zionis, dan kerana itu juga mereka mahu melenyapkan Gaza serta rakyatnya yang tidak bersalah, supaya menjadi pengajaran kepada dunia agar tidak mencabar penguasaan zionis barat.
Seperti yang diketahui umum, gerakan Yahudi dipelopori dan dikuasai oleh bangsa Ashkenazi, yang sebenarnya berasal dari Eropah, bukan Timur Tengah. Bangsa zionis penyembah setan ini telah menggunakan keturunan Yaakob untuk mencipta ilusi bahawa merekalah pewaris kerajaan Nabi Sulaiman AS. Mereka mencuri naratif dari ‘Old Testament’ atau kitab Perjanjian Lama, dan percaya bahawa merekalah kaum terpilih oleh Allah untuk memimpin manusia. Mereka juga menggunakan naratif ini untuk menetapkan bumi Palestin sebagai hak anugerah Allah pada mereka untuk selama-lamanya.
Bangsa zionis ini menganggap bangsa dan kaum lain sebagai Goyim, dan hanya layak menjadi hamba abdi atau budak suruhan. Fahaman antara bangsa terpilih dan Goyim inilah yang menjadi alasan mereka untuk mendustai Allah SWT dan menzalimi manusia. Mereka menyebarkan fasad dengan meluas di atas muka bumi Allah ini, tanpa peduli kepada sesiapa pun.
Maka mengapa pula orang Islam seperti tidak bermaya untuk menjadi benteng kepada fahaman jahat ini? Untuk temukan jawapan, seorang muslim perlu melihat kepada kejatuhan Andalusia dan tamadun-tamadun Islam besar yang lain. Antara sebab utamanya adalah kerana pengkhianatan dari dalam. Tidak mustahil juga, wujud unsur pengkhianatan dalam kes pembunuhan ke atas Ismail Haniyeh.
Dunia telah bebas dikuasai mereka secara meluas, hanya setelah Khilafah Uthmaniah berjaya dijatuhkan oleh tangan-tangan bodoh orang Islam sendiri. Gerakan Tarekat, Sufi dan ajaran Tasawuf dengan pantas dimomokkan sebagai sesat dan hanya peninggalan zaman dahulu yang lapok. Amalan tasawuf atau tazkiyatun nafs berjaya dipisahkan dari aspek kehidupan dunia, khususnya dalam kepimpinan dan ketenteraan. Gerakan tarekat dan sufi ini terus dipinggirkan dengan begitu licik, melalui gerakan kononnya tajdid, dan akhirnya ruh dalam nurani umat islam menghilang lesap tanpa disedari, khususnya dalam aliran utama negara dan penguasa.
Kini kita berhadapan dengan masyarakat Islam yang takut dengan cabaran Empayar Rumawi Baharu ini, oleh kerana kelemahan dan kekotoran jiwa. Malah ada diantara kita yang terpengaruh sungguh dengan teori-teori akhir zaman yang berlegar di media sosial, seperti tertinggal akal fikiran yang waras dan objektif. Kemudian ditinggalkan pula amalan zikrullah yang sebenar, dan digantikan dengan amalan menatal tanpa henti pada skrin telefon pintar.
Bangkitlah umat Muhammad dari tidur lena yang panjang sebelum ini. Buang sifat cinta kepada dunia dan takut kepada mati, iaitu sifat Al-Wahn, dan hidupkan kembali amalan sufi sebagai pemangkin keberanian dalam jiwa.
Sejarah tamadun Islam telah melahirkan tokoh-tokoh tasawuf syar’ie, yang kini tidak diketengahkan kepada masyarakat awam. Imam Junayd Al-Baghdadi, Imam Abu Hamid Al-Ghazali, Syeikh Abdul Qadir Jailani, Syeikh Abu Hasan As-Shadhili, Syeikh Ibn’ Ata’illah Al-Askandari, telah banyak mengarang kitab-kitab yang memberikan akses kepada masyarakat kepada amalan tasawuf yang syar’ie.
Melalui ajaran tokoh-tokoh besar ini, lahir pemimpin dan pejuang Islam yang berani dan tidak dibelenggu oleh sifat ‘wahn’. Pemimpin-pemimpin hebat di zaman pertengahan seperti Sultan Nuruddin Mahmud Zengi, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, yang telah menjadikan negara masing-masing sebagai pusat ahli sufi. Hingga kepada pejuang Islam dunia moden seperti Umar Mokhtar di Libya, Imam Shamil di Caucasus, Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani di nusantara, dan Tok Gajah di tanah Melayu. Disiplin, aqidah, akhlaq, kefahaman, keutuhan peribadi, kekuatan semangat tauhid dan penyerahan total mereka kepada Allah SWT sangat digeruni oleh musuh-musuh Islam, terutamanya Empayar Rumawi Zionis Barat.
Maka kuatkan jiwa dengan amalan tasawuf syar’ie, kerana jika pembangunan jiwa tidak dipelihara, ianya sudah tentu akan memakan diri dan dunia yang semakin moden ini. Hati perlu dibersihkan dan diasuh supaya sentiasa tunduk kepada kehendak agama, dan dengannya akan lahir masyarakat Islam yang mampu berdepan dengan Empayar Rumawi Baharu.
Catatan: Ibnu Majid
Recent Comments