Suara-suara lantang Mahmoud Darwish dilihat (dibimbangi) mampu mengancam posisi Israel. Suara-suaranya berjaya membangkitkan semangat penduduk Palestin bangkit menentang penjarahan dan ketidakadilan. Suara-suaranya berjaya menembus rasa senang yang dinikmati oleh pemuda Yahudi, yang kemudiannya mula menghasilkan rasa untuk membalasnya dengan provokasi dan sombong diri.

Kesannya, Mahmoud Darwish menjadi tokoh yang sangat disukai oleh rakyat Palestin dan diterima baik dalam PLO. Pada tahun 1987, beliau dilantik menduduki jawatankuasa eksekutif PLO, dan terbabit dalam merangka Deklarasi Kemerdekaan Palestin yang dibuat oleh PLO pada tahun 1988.

Namun, atas sikapnya yang keras, Mahmoud Darwish akhirnya mengambil keputusan berundur daripada PLO apabila Yasser Arafat mengkhianati Deklarasi Kemerdekaan Palestin itu, yakni bersetuju menandatangani Perjanjian Oslo pada tahun 1993.

Gelojak rasa marah dan kecewa terhadap persetujuan Yasser Arafat (1929-2004) telah membangkitkan semangat perjuangan beralih kepada Hamas. Mahmoud Darwish menganggap PLO sudah kehilangan arah serta tunduk dengan tipu daya Israel. Yasser Arafat dan pendokongnya sudah berjaya ‘dibeli’ oleh Israel.

Rawan hatinya menjadikan patritosme dan nasionalisme semakin berkerak keras. Semangat patritotik yang dibangkitkan melalui puisi-puisinya telah diiktiraf oleh peminat-peminatnya dari seluruh negara Arab sebagai ‘penjelmaan semula tradisi puisi politik dalam Islam’.

Dalam pada itu, Mahmoud Darwish tidak lupa orang-orang yang sangat mempengaruhi jiwa puisinya, termasuk Abd al-Wahhab al-Bayati (1926 – 1999) dan Badr Shakir al-Sayyab (1926 – 1964) dari Irak. Mahmoud Darwish juga sangat mengagumi idealisme puisi politik Yehuda Amichai (1924-2000), penyair Israel.

Al-Bayati merupakan seorang penyair sufi dan antara puisinya yang terkenal ialah “A’isha’s Mad Lover’ (terkandung dalam antologi Love Poems in the Seven Gates of the World, 1971), The Singer and the Moon (terjemahan Inggeris 1976), Eye of the Sun (1978), Love Under the Rain (1985), dan Love, Death, and Exile (1990).

Yehuda dilahirkan di Jerman, dengan nama asalnya Ludwig Pfeuffer daripada keluarga Yahudi Otordok. Yehuda dibawa berhijrah ke Israel bersama keluarga semasa berusia tujuh tahun (1935) dan akhirnya menetap di Jerusalem pada tahun 1936.

Selepas keluar daripada pasukan tentera British (1946), Yehuda belajar di Kolej Pendidikan David Yellin dan setelah tamat, bekerja sebagai guru di Haifa. Tahun 1956, melibatkan diri dalam peperangan di Sinai dan 1973 di Yom Kippur.

Novelnya yang terkenal ialah Not of This Time, Not of This Place (1963) yang menceritakan tentang seorang anak muda Jerman kembali ke leluhurnya setelah terbabit dalam siri peperangan selepas Perang Dunia II. Anak muda itu cuba mengembalikan ingatan lamanya (semasa kanak-kanak), dan membayangkan mengenai sebab musabab berlakunya holocaust.

Puisi-puisi Yehuda pula mengungkapkan kisah kehidupan seharian, menyoroti isu-isu falsafah hidup dan mati, termasuk persoalan yang bersangkut paut dengan pengetahuan dan praktis keagamaan.  Beliau dikategorikan sebagai penyair ‘post theological humanism’, dan memperoleh pelbagai anugerah. Antaranya: Shionsky Prize (1957), Agnon Prize (1976), Literary Lion Award (New York, 1994), Norwegian Bjornsin Poetry Award (1996) , Israel Prize for Hebrew Poetry (1982), dan Wurzburg’s Prize for Culture (1981).

Al-Sayyab pernah dianugerahkan fellowship oleh Profesor Albert Hourani (1915-1993), dari University Durham, England sebagai calon ijazah kedoktoran di Universiti Oxford. Namun al-Sayyab tidak dapat berbuat demikian akibat penyakit yang dideritainya.  Antara karya al-Sayyab ialah Wilting Flowers (1947), Flowers and Myths (1950), Dawn of Peace (1951), The Blind Prostitute (1954), The Balcony of the Noblemen’s Daughter (1964) dan Weapons and Children (1955).

Meluas sambutan terhadap pusi-puisi Mahmoud Darwish sehingga ada di antaranya digubah oleh komposer dan dinyanyikan di dunia Arab. Antara mereka yang bersentuhan dengan puisi Mahmoud Darwish dalam nyanyian dan gubahan lagu ialah Marcel Khalife (komposer Lebanon, yang mendapat jolokan sebagai Bob Dylan Muzik Arab), Ahmad Qa’abour (penyanyi dan penggubah lagu dari Lebanon) dan Majida el-Roumi (penyanyi  bersuara soprano dari Lebanon).

Dalam puisi  yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris berjudul I Come From There, Mahmoud Darwish mengungkapkan:

I come from there and I have memories                                                                                     

Born as mortals are, I have a mother                                                                                             

And a house with many windows                                                                                                                   

I have brothers, friends                                                                                                                        

And a prison cell with a cold window                                                                                               

Mine is the wave, snatched by sea-gulls                                                                                                        

I have my own view                                                                                                                 

And an extra blade of grass                                                                                                               

Mine is the moon at the far edge of the words                                                                                        

And the bounty of birds                                                                                                               

And the immortal olive tree.

Sayu, pilu dan mencengkam rasa hidup dalam ‘tawanan’ di khemah-khemah pelarian yang kemudiannya disahkan sebagai penjara mega di bumi, yang tidak pernah wujud sebesar itu sebelumnya. Kalaupun Pertubuhan Zionis Antarabangsa mendakwa kem-kem konsentrasi yang dibina oleh Hitler dan sekutunya menjelang Perang Dunia II sebagai pusat penyiksaan, penjara mega ciptaan Israel adalah lebih kejam dan zalim.

Penjara mega sudah berlangsung begitu lama, dan tidak ada petunjuk akan ditutup selagi Israel tidak berjaya sepenuhnya meratakan bumi Palestin dan masih ada keturunan Arab Palestin.

Tulis Ilan Pappe: “The notorious mega-prison Israel contemplated in 1963, and then built 1967…The third generation [2017] of inmates are still there waiting for the world to acknowledge their suffering and to realize that, as long as their oppression continues, it will be impossible to engage constructively with oppression  elsewhere in the Middle East, and in particular in Syria.

“The immunity Israel has received over the last fifty years encourage others, regimes and oppositions alike, to believe that human and civil rights are irrelevant in the Middle East. The dismantling of the mega-prison in Palestine will sent a different, and more hopeful, message to everyone living in this troubled part of the world.” (Ilan Pappe, The Biggest Prison on Earth: A History of the Occupied Territories, London: One World Book, 2017, hal. 229).

Pada 7 Mac 2000, ketika diwawancara oleh New York Times, Mahmoud Darwish menyatakan bahawa dirinya tidak pernah membenci orang Yahudi. Katanya:  “The accusation is that I hate Jews. It’s not comfortable that they show me as a devil and an enemy of Israel. I am not a lover of Israel, of course. I have no reason to be. But I don’t hate Jews

Namun, apa yang dibenci oleh Mahmoud Darwish ialah Zionisme. Tidak semua aktivis Zionisme adalah orang Yahudi, Zionisme turut menjadi ideologi perjuangan penganut Kristian, yang bersifat sekular, liberal dan ateis.

Mereka menjadikan kisah-kisah klasik yang berlaku pada zaman Nabi Daud (David di Bukit Zion) sebagai teras perjuangan yang melampaui ajaran Judaisme, atau agama Yahudi. Zionisme adalah kelompok yang sangat kejam, tamak dan berusaha untuk menjadikan kelompok mereka berada lebih tinggi daripada agama dan undang-undang.

Roger Garaudy, seorang penulis dan ahli akademik Perancis, dari Protestan ke Katholik-komunis dan akhirnya memeluk Islam melakarkan Zionisme sebagai tiga bentuk doktrin – doktrin politik, doktrin nasionalis dan doktrin penjajahan. Atas nama doktrin-doktrin itulah negara haram Israel berjaya diwujudkan di Palestin setelah mendapat simpati dan dokongan negara-negara yang memenangi Perang Dunia II, yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

Pada Mahmoud Darwish, yang dibencinya ialah Zionis, bukan Yahudi. Zionis turut disertai oleh penganut Kristian dan mereka yang tidak mengamalkan mana-mana ajaran agama. Menurut Roger Garaudy: “Zionis sering mentakrifkan dirinya sebagai doktrin politik, yang jelas sangat menonjol pada tahun 1896 ‘sebagai gerakan politik yang diasaskan oleh Theodore Herzl”

Sebagai doktrin nasionalis, kata Roger Garaudy, “bukan lahir daripada Judaisme, tetapi daripada nasionalisme Eropah abad ke-19” di mana, “Theodore Herzl, pengasas Zionisme  tidak mendakwa dirinya tergolong dalam suatu agama.”

Memetik catatan pengasas Zionisme: “Ini (sifat keyahudian saya) tidak ada kena mengena dengan sifat taat kepada agama yang dibuat-buat. Meskipun saya taat kepada agama nenek moyang saya, namun saya bukan pentaksub dan tidak akan sekali-kali menjadi sedemikian.” Pada Roger Garaudy: Dia [Herzl] sebenarnya tidak berminat dengan “Tanah Suci”: untuk mencapai objektif nasionalisnya, dia boleh sahaja menerima Uganda atau Tripolitania, Cyprus atau Argentina, Mozambique atau Congo.

Bagaimanapun, penentangan oleh rakan-rakan Yahudinya telah mendorong Herzl agar menyedari betapa pentingnya “legenda agung” itu (Complete Diaries, Jilid 1, hal.56) sebagai “seruan penyatu daripada kuasa yang tidak dapat ditahan. Inilah slogan peransang yang tidak boleh diabaikan oleh politik realistik yang terbilang.

Mentranformasikan “legenda agung” bagi “kepulangan” ke Zion menjadi realiti sejarah, dia menguar-uarkan: Palestin ialah tanah air silam kita yang tidak dapat dilupakan. Nama itu sahaja akan menjadi seruan penyatu yang cukup kuat buat bangsa kita…..Bagi saya, persoalan Yahudi bukanlah persoalan sosial ataupun persoalan agama…ia persoalan nasional.”

Mengenai doktrin penjajah, jelas Roger Garaudy: “Herzl yang waras itu tidak menyembunyikan objektifnya.  Langkah pertama adalah untuk menubuhkan sebuah syarikat berkanun di bawah perlindungan England atau mana-mana kuasa lain sebagai batu loncatan untuk membentuk negara Yahudi.

Sebab itulah dia berusaha mendapatkan sokongan daripada seorang pakar dalam kerja seumpama ini, iaitu lanun penjajah, Cecil Rhodes, yang telah menggunakan syarikat berpiagamnya untuk menjadikan sebuah wilayah di selatan Afrika sebagai sebuah ‘subsidiari’ dengan memakai namanya sendiri: Rhodesia. Herzl menulis sepucuk surat kepada Rhodes pada 11 Januari 1902.” Kandungan surat itu menyebutkan hajatnya yang cukup besar, walaupun perkara yang disebutkan itu ‘ tiada kena mengena’ dengan Rhodes.

Jelas Herzl: “…rancangan ini berkait rapat dengan penjajahan…Dan apa yang saya mahu tuan lakukan ialah…mengesahkan bahawa tuan mengiktiraf rancangan Zionis.” Lantas, Roger Garaudy menyimpulkan: “…dalang Zionis yang penuh dengan tipu daya ini, dapat menjustifikasikan” penubuhan negara Yahudi.”

(Roger Garaudy, Mitos Dalam Penubuhan Israel Moden, terjemahan daripada The Founding Myths of Modern Israel oleh Amir Muslim, Kuala Lumpur: ITBM-IIUM Press, 2022, hal. 1-3).

Dalam kajian Nur Marsalha, seorang pensyarah keturunan Arab Palestin di Universiti London (khususnya di School of Oriental and African Studie, SOAS), puisi-puisi Mahmouud Darwish : “…by the incredibly rich social and cultural memories of historic Palestine.

His poetry gave a deep sense of such questions of Palestinian identity and his continued formation and transformation. While modern Arab nationalists strive for uniqueness and exclusivity and continuously search for purity in constructing their nationalisy identities, Darwish, by contrast, searched for subtle, mixed and subdued forms of identity represented by an appreciation of the shadowy and inclusive heritage of Palestine.

“This subtle and heritage was woven into the fabric of modern Palestine identity and the way identity was particularly framed by Darwish. …However, Darwish became the embodiment of multi-tiered Palestinian national identity and the most celebrated producer of linguistic and cultural memory in modern Palestine.

For Darwish, the multi-tiered conception of Palestinian identity is evident by the fact that is the product of all powerfull cultures that have passed through the land of Palestine: the Hellenistic, the Persian, the Roman, the Byzantine, the Aramic, the Arab, the Jewish, the Muslim, the Arab Jewish, the Ottoman, the British….modern representations of Palestinian Arab identity were deeply rooted in the history, geography and natural boundaries of the country, the toponymy and Arabic language and  cultures of Palestine and its evolution within the wider Arab environs.” (Nur Marsalha, Palestine: A Four Thousand Year History, London: Zed Books Ltd., 2018, hal. 262-263).

Ertinya, Mahmoud Darwish menerima kepelbagaian ras, silang budaya dan agama.  Semuanya, merupakan sejarah yang telah lama membentuk identiti sebenar Palestin. Sejak ribuan tahun, Palestin didiami oleh pelbagai suku etnik, kabilah dan ras, yang boleh hidup bersama dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai sebuah masyarakat atau komuniti.

Hal ini menepati apa yang ditulis oleh putera seorang ulama dari India. Dr Zafarul Islam Khan (putera almarhum Wahidudin Khan, 1925-2021) menulis: Zionis telah melakukan kebohongan besar terhadap dunia dan sejarah manusia. Zionis juga memanfaatkan secara maksimum ketidaktahuan manusia terhadap beberapa fakta. Propaganda Zionis tidak hanya berhasil di luar negeri, tetapi juga laris manusia di jantung dunia Islam dan di berbagai lembaga pemikiran yang menjadi panutan.

“Kita hidup dalam kekosongan yang menakutkan, meskipun pasar masih terlihat banyak pengunjung yang berlalu-lalang. Musibah yang terjadi silih berganti datang, tetapi para penanggung jawab sibuk memperhatikan hal-hal yang remeh. Kita selalu menggambar-gemborkan berbagai slogan ketika melakukan apa pun. Kita hanya memperhatikan perkataan kinerja mereka.

Perpustakaan kita penuh dengan berbagai macam buku, sayangnya hanya sedikit yang bermanfaat dan sangat sedikit yang masih bertahan. Sebenarnya di mana posisi kita sekarang pada kompetisi dunia dan perkembangannya yang ganas ini? Sampai bila kita boleh terus “mencetak poin”?

Sejarah Palestin merupakan ladang yang subur untuk bualan propaganda Zionis yang menyatakan bahawa Yahudi harus kembali ke wilayah mereka terdahulu. Kedustaan yang nyata ini tidak didukung oleh logik sejarah, politik mahupun sosial. Pihak kolonial Inggeris membenarkan bahawa mereka menjadikan Zionis sebagai sarana untuk menguasai Palestin. Sekarang, Amerika juga menjadikan aksi kelompok Zionis bersenjata untuk menegakkan kekuasaanya di Timur Tengah.

“….sangat jelas bahawa tidak ada dukungan sedikit pun terhadap tuntutan Yahudi atas negeri suci ini, bahkan tidak juga pada namanya.”  Dr Zafarul Islam, Siapa Orang Asli Palestin?, terjemahan Tarikh Filishtin al-Qadim oleh Rony Nugroho, Ciputat, Indonesia: PT Pustaka Alvabet, cetakan ketiga, 2023, hal. 7-8 dan 18).

Dalam hal ini, Mahmoud Darwish walaupun menentang rasa bangga terhadap ras sehingga mencetuskan pelbagai ketidakharmonian kehidupan bermasyakat, ia tidak bermakna bahawa dirinya hanyut dalam persengketaan sebegitu. Salah sebuah puisinya, Mahmoud Darwish menulis:

I was born cose to the sea to a Palestinian mother                                                                                        

and a Aramaic father,                                                                                                                                

to a Palestinian mother and a Moabite father,                                                                                                    

to a Palestinian mother                                                                                                                  

and Arab father.

(“In Praise of the High Shadow” (Madih al-Thil ak-A’ali’), dalam Nur Mursalha, 2018, hal. 262).

Puisinya, On This Earth, Mahmoud Darwish menulis:

We have on this earth what makes life worth living                                                                            

the aroma of bread at dawn                                                                                                            

a women’s opinion of men                                                                                                            

the works of Aeschylus                                                                                                                      

the beginning of love                                                                                                                          

grass on a stone                                                                                                                                       

mothers who live on the flute’s sigh                                                                                                          

and the invaders’ fear memories

….

We have on this earth what make life worth living                                                                                              

on this earth, the lady of earth                                                                                                              

the mother of all beginnings                                                                                                                          

the mother of all endings                                                                                                              

she was called Palestine                                                                                                                 

o lady, because you are my lady                                                                                                                         

I am worthy of life.

Ertinya, Palestin tetap kental dalam diri Mahmoud Darwis walau apapun berlaku, termasuk perubahan budaya, percampuran ras dan juga pola hidup. Kekentalan inilah yang dapat kita lihat dalam setiap kata-kata, bait-bait puisi dan perasaannya yang sebenar. Atas nama ‘cintakan watan’, Mahmoud Darwish tidak sanggup berubah, dan mengikuti naluri cintanya kepada seorang perempuan Yahudi yang dikenalinya semasa tahun-tahun awal menganyam rasa cinta (awal 1960-an). Humanismenya cukup mendalam dan kental, tetapi ada sempadan yang harus dipatuhi, yakni tidak mengorbankan semua milik kita daripada dirampas, juga kerana ‘cinta, tergadai semuanya’.

Dalam satu berita, Mahmoud Darwish menjelaskan: Saya akan terus memanusiawikan bahkan musuh saya sendiri. Guru pertama saya yang mengajar bahasa Hebrew adalah seorang Yahudi. Cinta pertama saya adalah seorang gadis Yahudi. Hakim yang pertama kali menghantar saya ke penjara adalah seorang perempuan Yahudi. Jadi, sejak awal lagi saya tidak melihat orang-orang Yahudi sebagai iblis atau malaikat, melainkan sebagai manusia.” (The Guardian, 8 Jun 2002).

Namun, bagi Israel, keturunan Arab-Palestin umpama iblis dan syaitan yang perlu diusir jauh. Apa yang kita tahu, semakin kuat Israel mengusir ‘syaitan dan iblis’, wajah-wajah ‘syaitan dan iblis’ terus membelit pada wajah dan jiwa setiap daripada mereka yang berideologikan Zionis.

Seperti ditulis oleh Ilan Pappe, “dunia tidak akan tertipu dengan helah mereka”, kerana ‘terdapat satu unsur dalam fahaman Zionisme yang selalu dilupakan…perihal bagaimana menjadikan hidup Yahudi itu sekular…kamu tidak boleh menggunakan kitab Bible sebagai justifikasi untuk menjajah Palestin. Itu satu campuran yang sangat luar biasa…satu gerakan yang dimulakan oleh orang yang tidak percaya Tuhan tetapi percaya Tuhan menjanjikan mereka bumi Palestin.

Mereka percaya kepulangan Yahudi ke tanah Palestin adalah sebahagian daripada rancangan Tuhan. Mereka ingin orang Yahudi pulang ke Palestin kerana mereka ingin mempercepat kedatangan al-Masih. Mereka juga anti-semitik. Ia satu tawaran ‘dua dalam satu’ kerana pada masa yang sama mereka boleh menghalau orang Yahudi dari Eropah.” (Noam Chomsky dan Ilan Pappe, Perihal Palestin, hal. 129-130)

Mahmoud Darwish tidak boleh berkorban ‘apa yang menjadi milik Palestin’ hanya kerana ingin mendapatkan sesuatu (termasuk cintanya dengan Rita), seperti yang dilakukan oleh Yasser Arafat, yang mengiktiraf negara haram Israel apabila bersetuju menandatangani Perjanjian Oslo. Mahmoud Darwish, yang tidak bersetuju, menjarakkan diri dengan PLO, dan menganggap keputusan tersebut seumpama ‘pelacur’; menggadaikan tanah air untuk mendapat habuan daripada penjarah dan penjajah.

Orang-orang Palestin yang memberikan harapan, semangat dan berjuang bersama-sama PLO juga kecewa, Yasser Arafat telah tunduk dengan kencenderungan penjajah, yang akan memudahkan regim Israel bertindak ganas, menyiksa keturunan Arab Palestin dan merampas tanah-tanah mereka sehingga Tebing Barat terkepung, terkawal dan ditentukan sepenuhnya secara tidak langsung oleh elit politik Israel.

Kekecewaan itu, akhirnya Mahmoud Darwish menjadi pendokong kepada perjuangan Hamas, yang dilihat lebih kental dan bersemangat juang ketimbang PLO, dan yakin, pada suatu hari Hamas mampu meraih kemenangan buat Palestin. PLO bukan sahaja sudah ‘hilang taring’ dan pemimpin-pemimpinnya ‘belot’, ada yang mula meengumpul ‘kekayaan peribadi’ dan ‘melacurkan perjuangan memerdekakan Palestin’.

Kerana PLO hilang arah itulah menjadikan Palestin semakin sehari semakin hilang tanah air, rakyat Palestin diperlakukan sesuka hati dan tidak pernah ada kata tegas proses perdamaian dengan Israel, sebabnya, Israel kekal berusaha meletakkan dirinya ‘kebal undang-undang.’ Lihat sahaja, walaupun digesa supaya melakukan gencatan senjata (hentikan serangan ke atas Gaza pada 10 Mei 2024), ia tidak membawa apa-apa kesan, Israel terus meluluh-lantakkan bumi Gaza. Tidak ada apa yang Isreal takut, tidak ada apa yang boleh menyekatnya, kerana jiwa dan hati nuraninya adalah syaitan yang bertopengkan manusia.

Biarpun pedih kerana terpaksa memutuskan perhubungan dengan Rita (Tamara Ben Avi), semangat patriotik Mahmoud Darwish tetap utuh dan kental hingga akhir hayat. Puisinya, Rita and the Riflle, membawa simbolisme ‘kerana cinta’ yang muncul sebagai gelojak perasaan antara seorang lelaki dan wanita dalam pentas emosi dan rasa hati, Mahmoud Darwish tidak berganjak untuk meneruskan lamunan zaman remajanya.

Puisi itu turut memberikan makna besar, yang sampai sekarang belum menjadikan kenyataan, bahawa Israel dan Palestin tidak mungkin akan mencapai persetujuan damai jika konsep penyelesaian dua negara terus dijadikan umpan genosid oleh Israel. Rakyat Palestin tidak boleh menerima Israel keran negara haram Israel itu bukan sejarah sebenar Palestin, walaupun sejarah kuno ada hubungannya dengan tiga agama wahyu –Judaisme, Kristian dan Islam – sebabnya, ideologi Zionis hanya muncul pada Abad ke-19, bukan selebar sejarah yang menjadi tunjang peradaban dunia yang cukup bersejarah yang lahir di Mesopotamia, Irak, Arab, Romawi dan Byzantium. Ia adalah sejarah yang mengukir makna ‘bencana’ dan kegilaan kelompok “matlamat menghalalkan cara”, dan ‘balas dendam’ yang ‘tersalah gelanggang.’

(BERSAMBUNG)

MONOSIN SOBRI

Translate »