Pada tahun 1996, tiga tahun selepas mengundurkan diri daripada PLO atas sebab rasa kecewa dengan tindakan Yasser Arafat menandatangani Perjanjian Oslo (1993), Mahmoud Darwish kembali buat pertama kalinya ke Palestin untuk bertemu ahli keluaranya.

Semasa aktif sebagai seorang penyair, Mahmoud Darwish berjaya menghasilkan lebih 30 buku dalam bentuk antologi puisi dan lapan buku dalam bentuk prosa. Mahmoud Darwish meninggal dunia pada 9 Ogos 2008 di Houston, Texas, Amerika Syarikat selepas menjalani pembedahan jantung.

Beliau disemadikan di Ramalah, Palestin. Rakyat Palestin berkabung selama tiga hari menghormati peranan dan sumbangannya dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah leluhurnya, Palestin.

Pada tahun 2014, puisinya, Identity Card dijadikan filem dokumentari dengan judul “Write Down, I am an Arab’ dan turut dikepilkan bersama sepucuk surat pengakuan cintanya dengan seorang perempuan Yahudi, iaitu (Tamar Ben-Ami). Cinta itu berputik ketika umur Mahmoud Darwish 22 tahun dan Rita, berusia 16 setengah tahun. Kededuanya mula bertemu pada tahun 1962 dalam satu persidangan politik(komunisme), masing-masing terbabit sebagai aktivis parti berideologikan komunis. Ketika itu, Rita tinggal di Jerman.

Sebagaimana diceritakan oleh penggemarnya, Mahmoud Darwish adalah sosok peribadi yang hidupnya penuh kelakar, dan kadangkala sangat paradoks dengan semangat nasionalisme yang tumbuh daripada pengalaman leluhurnya terusir oleh kaum penjajah. Oleh sebab nilai-nilai patriotik yang menebal, Mahmoud Darwish terus kekal sebagai penyair nasionalis Palestin yang tiada tandingnya.

Mahmoud Darwish sangat dibenci oleh Israel, Ertinya, dalam hidup Mahmoud Darwish, yang pernah dikecewakan oleh dua orang perempuan – Rita dan seorang hakim (menyebabkan dia dipenjara)- tidak bermakna beliau adalah manusia anti-perempuan. Perempuan juga menjadi sebahagian daripada satira kehidupan dan pemikirannya. Bahkan, seorang wanita Perancis-Moroko, Simone Bitton pernah mengarahkan sebuah dokumentari mengenai Mahmoud Darwish pada tahun 1997 bertajuk Mahmoud Darwish untuk siaran TV Perancis, cukup tertarik dengan jiwa kentalnya, menyelami hati dan nurani cintanya terhadap Palestin.

Menariknya, mengenai pembabitan politiknya, di mana Mahmoud Darwish yang sangat cenderung dengan ideologi komunis, ikut terlibat dan salah seorang yang berpengaruh dalam PLO. Pemikiran dan sikap politiknya memberikan pengaruh yang besar dalam penentuan matlamat PLO selanjutnya, sehinggalah menjadi salah seorang penasihat kanan Yasser Arafat.

Selain menjadi penulis utama ucapan Yasser Arafat (antara taun 1987- hingga 1993), beliau ikut menyemarakkan pandangan-pandangan marxismenya dalam aktiviti politik PLO, kerana dirinya telah sebati dengan ideologi yang pernah diunggulinya selama 25 tahun (sejak 1962). Beliau pernah menjadi editor majalah milik Parti Rakha, yang berhaluan kiri.

Pada tahun 1947, ketika pembentukan negara haram Israel sedang rancak direncanakan oleh Amerika Syarikat di akhir Mandat Palestin (yang diserahkan oleh British), Mahmoud Darwish sangat sedih menyaksikan kekejaman Israel menceroboh desa kelahirannya, al-Birwa. Mahmoud merupakan anak kedua pasangan Salim dan Houreyyah Darwish.

Ketika itu usianya baharu 6 tahun. Dari situlah rasa pedih tumbuh dan memcengkam, merasai betapa hancurnya hati apabila keluarganya dipaksa meninggalkan kampung halaman, Atas keganasan rejim yang mahukan setiap inci bumi Palestin, dengan cara menipu, memaksa dan membunuh kejam para penentangnya, Mahmoud Darwish terus berkarya dengan emosi yang ngilu dan jiwa yang kental mengecam apa sahaja yang dilakukan oleh penentu politik penjajah, termasuk keganasan kumpulan-kumpulan mafia yang dilindungi oleh penjajah.

Atas restu PBB, yang dibentuk menggunakan kerangka Liga Bangsa-Bangsa yang diasaskan oleh pakatan jahat Amerika Syarikat dan sekutunya, negara Zionis Israel dideklarasikan secara rasminya sebagai sebuah negara, di atas tanah yang dirampas dan dijajah. Ia menyebabkan bumi Palestin terbelah dua, namun secara haramnya (dengan restu PBB), penjarah memiliki tanah melebihi sepatutnya, Isreal memiliki tanah yang lebih luas keimbang penduduk asalnya, iaitu keturunan Arab-Palestin.

Pada awalnya, Zionis menuntut keluasan tanah sebanyak 80 peratus. Setelah berakhirnya Mandat Palestin, PBB mengadakan rencana pembahagian “tanah” seolah-olah tanah itu tanah pusaka milik Amerika Syarikat atau British, dengan memberikan Palestin sekitar 46 peratus daripada seluruh keluasan tanah wilayah Palestin.

Mahmoud Darwish setelah itu melarikan diri ke Lebanon, dan setahun kemudian berpindah pula ke Jezzine (22 kilometer daripada bandar Sidon dan 40 kilomter ke selatan Beirut) dan Damour (Selatan Beirut di daerah majoriti beragama Kristian, terletak 20 kilometer dari Beirut).

Beberapa tahun kemudian, keluarga Mahmoud Darwish kembali ke Acre (dalam wilayah Israel) dan tinggal di Dier al-Asad. Di situ, Darwish bersekolah di Kafr Yasif, yang berjarak dua kilometer daripada Jadidie dan seterusnya berpindah pula ke Haifa. Mahmoud Darwish pernah belajar di Universiti Haifa.

Pada tahun 1952, Israel memperkenalkan undang-undang kerakyatan yang baharu, yang kononnya untuk memudahkan proses memberikan kerakyatan kepada keturunan Arab-Palestin di Israel. Keturuan Arab-Palestin dikenakan syarat yang ketat, termasuk ‘setia kepada Israel’, menerima pemerintahan Israel, ia merupakan syarat yang sangat sukar untuk dipenuhi.

Ia adalah satu pendekatan strategik Israel untuk menjadikan keturunan Arab-Palestin sebagai ‘pelarian’ dalam di tanah airnya sendiri. Ia juga sebagai langkah untuk membolehkan Yahudi menjadi penduduk majoriti, kerana mana-mana orang Yahudi yang berhijrah ke bumi Palestin diberikan kerakyatan cukup mudah.

Tulis Ilan Pappe: Zionism was a blend of nationalist ideology and colonial practice, It was limited scope: Zionists made up no more than five percent of the country’s overall population at that time, Living in colonies, they did not affect, not were they particularly noticed by, the local population. The potential for a future Jewish takeover of the country and the expulsion of the indigenous Palestine people

The Palestinian member of the Ottoman Parliament, Said al-Husayni, claimed on 6 May 1911 that ‘the Jews intend to create a state in the area that will include Palestine, Syria and Iraq. Howeever, al-Husayni belonged to a family, and a group of local notables, who until the 1930s preached against the Zionist colonialization while selling lands to the newcomers. As the Mandatory year went by, the sense of a looming danger, indeed catastrophe, settled in among the more intellectual section of the elite, but it was never translated into proper preparations for the existential danger awaiting their society.

“…. The early Zionist settlers directed most of their energy and resources towards buying up plots of land in an attempt to enter the local labour market and create social and communal networks that could sustain their as yet small and economically vulnerable group of newcomers. The more precise strategies of how best to take over Palestine as a whole and create a nation-state in the country, or in part of it, were later development, closely associated with British ideas of how best to solve the conflict Britain itself had done so much to exacerbate.

“The Zionist project could only be realised through the creation in Palestine of a purely Jewish state, both as a safe haven for Jews from persecution and a cradle for a new Jewish nationalism, And such as a state had to be exclusively Jewish not only in its socio-political structure but also its etnhnic composition.” (Ilan Pappe, The Ethnic Cleansing of Palestine, London: A Oneworld Books, 2011, hal. 30-34).

Semasa berusia 19 tahun (1960), Mahmoud Darwish berjaya menghasilkan kumpulan puisi pertamanya, Asafir bil Ajniha (Willingness Birds atau terjemahan bahasa Indonesia, Burung-Burung Pipit Tanpa Sayap ), asalnya merupakan puisi eceran dalam majalah al-Fajr, penerbitan lidah rasmi Parti Buruh Israel (Mapam, ditubuhkan pada tahun 1948 dan dimansuhkan pada tahun 1997), di mana beliau ketika itu adalah penolong penyunting. Darwish kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pengarang, penerbitan rasmi akhbar Parti Komunis Israel (Rakah), iaitu majalah al-Jadid.

Lain-lain penerbitan yang dikerjakan oleh Mahmoud Darwish ialah Shu’un Filastiniyya (Palestine Affair), al-Karmel dan penyumbang tetap majalah Lotus, yang dibiayai oleh Mesir dan Kesatuan Soviet. Beliau pernah bertuga sebagai Pengarah Pusat Kajian Palestin, PLO sebaik sahaja menyertainya, Tahun 1988, Mahmoud Darwish menulis Deklarasi Kemerdekaan Rakyat Palestin,

Mahmoud Darwish menolak dakwaan antisemitik, dan katanya: The ascusation is that I hate Jews. It’s not comfortable that they show me as a devil anda an enemy of Israel. I am not a lover of Israel, of course, I have no reason to be. But I don’t hate Jews.”

Maksudnya, Darwish tidak membenci Yahudi, apa yang dilawannya ialah tindak laku Zionisme, perjuangan ideologi politik yang kejam, genosid dan keterlaluan. Ini kerana bukan semua Yahudi itu jahat, dan semua Yahudi mendokong Zionisme.

Zionisme turut disertai oleh pemeluk Kristian dan juga mereka yang hanya secara lahirnya beragama Yahudi, praktisnya tidak memahami agamanya, ada di antaranya ateis (termasuk pengasas gerakan Yahudi Antarabangsa, Theodore Herzl) dan agnostik.

Antara bait puisi dalam “Burung-Burung Pipit Tanpa Sayap”, Darwish menulis:

Kanak-kanak kami berselerak                                                                                                      

Tanpa rumah, tanpa alas kaki                                                                                                         

Lenyap, semua lorong menuju kebuntuan                                                                                              

Terpadam dalam kesengsaraan dan kekurangan                                                                     

Kerana mereka, kerana janji mereka aku berjuang.

Manakala dalam puisi “Darahku di Telapak Tangan”, Mahmoud Darwish berseru:

Duhai sepatu hitam berkilat!                                                                                                            

Dari segenap lingkungan                                                                                                    

Balas dendamku lebih besar                                                                                                           

Daripada suaraku dan usia pengecut.

Namun dalam ‘rasa gelora dan pekikan kemarahan’, Mahmoud Darwish sedar ledakan kata-kata tidak mampu ‘menembus dada manusia’. Setajam apa pun pena, peluru kata-kata tidak sedahsyat muntahnya peluru dan bom yang menyentak kerak tanah Gaza (Palestin), dan pada gemuruh itu, Darwish menulis puisi berjudul “Negeri”:

Gantung aku di atas pelepah kurma                                                                                                  

Gantung aku….kerana aku tak akan pernah mengkhianati kurma                                                     

Tanah ini milikku, dan sejak dulu aku perah susu unta dan airnya dengan sukarela                       

Negeriku bukan seikat cerita                                                                                              

Bukan kenangan, bukan sawah yang gerimis                                                                                                  

Negeriku bukan cerita dan nyanyian                                                                                                  

Bukan cahaya di atas pamor pedang                                                                                               

Negeriku kemarahan orang asing atas kesedihan                                                                                              

Dan anak kecil yang menginginkan pesta dan ciuman                                                                                

Angin begitu sempit di ruang tawanan                                                                                              

Si tua renta menangisi anaknya juga sawahnya                                                                              

Tanah ini kulit bagi tulang dan hatiku….                                                                                             

Di atas rerumputannya terbang seperti pohon kurma    

Gantung aku di atas pelepah kurma                                                                                         

Gantung aku kerana aku tidak pernah mengkhianati kurma   

(Mahmoud Darwish, Pencinta dari Palestina, terjemahan Fazabinal Alim, Diva Press, 2020, hal. 113).           

Selepas Perang Enam Hari (1967), yang memperlihatkan kali terakhir penyatuan negara-negara Arab menentang Israel, kebangkitan Nasserisme, keluarga Mahmoud Darwish kembali ke desa kelahirannya dalam situasi terpinga-pinga. Di desa kelahirannya, telah muncul dua buah kawasan pemukiman Yahudi dan dengan hati yang berat, sekali lagi mereka berhijrah ke lain tempat, iaitu menuju ke Deir al-Asad, terletak dalam daerah Galilea. Mulai saat itu, Mahmoud Darwish mula mengalami rasa mual yang mendalam,  kerana hidup sebagai migran dalam negara sendiri seumpama makhluk asing.

Dalam hatinya, rasa kecewa mengucur deras dan monolog terus berlegar: Engkau boleh bermain di bawah cahaya matahari sesuka hatimu, dan engkau ada alat mainan, tetapi aku tidak ada. Engkau ada rumah, dan aku tidak. Engkau meraikannya, tetapi aku tidak mampu Mengapa kita tidak boleh bermain bersama-sama?

Hati kecilnya sedar, ada jarak yang mematikan antara anak-anak Palestin dan anak-anak keturunan Yahudi di tanah leluhurnya. Ingatan, juga igauan itu terus membeku dan membangkitkan rasa benci tanpa kunjung padam. Lalu, Mahmoud Darwish menulis: Jika engkau menulis puisi seperti itu, aku akan memecat ayahmu dari pekerjaannya (buruh lombong).” Sebuah igauan dan ancaman yang sangat terngiang-ngiang di telinga. Ancaman oleh tentera Israel apabila cuak dengan kelantangan Mahmoud Darwish bersuara, dan menentang kekejaman yang berlaku. Namun, ugutan itu tidak berjaya mematahkan semangat dan jiwanya.

Mahmoud Darwish mula berkenalan dengan puisi ialah ketika bertemu dengan seorang penyanyi jalanan yang menjadi buruan tentera Israel, dan perkenalan tersebut membolehkan dirinya sedikit rasa terhibur, serta boleh tersenyum.

Mahmoud Darwish kemudian berpindah lagi. Kali ini berpindah ke Haifa dan melanjutkan pendidikan di sebuah sekolah menengah di Kafir Yasif. Dan, hasilnya pada usia 19 tahun, Mahmoud Darwish berjaya menghasilkan puisi rawannya yang pertama, yang dibukukan dengan judul Burung-Burung Pipit Tanpa Sayap.

Tidak hanya setakat itu, kumpulan puisi Dedaunan Zaitun menyusulinya. Puisi-puisinya terus mengalir deras dengan semangat patriotik dan menjadi pembangkit semangat kebangkitan kembali perjuangan Palestin untuk menetang kekejaman tentera Israel. Ketika itu, Mahmoud Darwish sudah pun menjadi editor majalah, lidah rasmi Parti Rakha.

Selepas beberapa tahun tamatnya Perang Enam Hari, Mahmoud Darwish melanjutkan pelajarannya ke Universiti Moskow. Sepanjang belajar di Moskow, Mahmoud Darwish semakin aktif berpuisi, dan semakin beliau memahami makna komunisme, yang akhirnya menjadi anutan ideologi politik yang cukup mengental.

Ketika itu, hubungan Israel dan Amerika Syarikat menjadi sedikit rengang apabila negara-negara Arab menjadikan embargo minyak. Amerika Syarikat yang sangat memerlukan minyak mengambil sikap ‘sedikit berjarak’ dengan Israel, kerana negara-negara Arab mengambil pendekatan tidak akan menjual minyak kepada mana-mana negara yang bersekutu dengan Israel.  Dunia menjadi sedikit tegang, OPEC berjaya menjadikan minyak sebagai ‘senjata’ yang sangat berkesan, yang dikenali sebagai petrodolar.

Atas keperluan tersebut, Amerika Syarikat mula mencari jalan untuk mendekatkan dirinya dengan negara-negara Arab. Tentunya, kita ingat peranan Syeikh Ahmed Zaki Yamani (1930-2021) dalam kes embargo minyak dalam tahun-tahun 1970-an.

Atas rasa kecintaan yang mendalam terhadap leluhurnya, Mahmoud Darwish mengambil keputusan berhenti belajar, dan hanya mampu bertahan selama setahun di Moskow. Mahmoud tidak kembali ke Palestin, tetapi pergi ke Mesir, dan kemudiannya ke Lebanon.

Pada tahun 1973, Mahmoud Darwish bergabung dengan PLO. Ketika itu, beliau menetap di Lebanon. Suaranya yang lantang menentang Israel membawa sekatan untuk kembali ke Palestin.

(BERSAMBUNG)

MONOSIN SOBRI

Translate »