Mahmoud Darwish lahir 13 Mac 1941 di sebuah kampung bernama al-Birwa, Galilea, Palestin, tujuh tahun sebelum tertubuhnya negara haram Israel. Setelah terbentuknya negara haram Israel (14 Mei 1948), Mahmoud dan keluarga bersama ribuan rakyat Palestin termasuk dalam kelompok “pelarian dalam negeri”, penduduk al-Birwa diusir kerana menolak rancangan elit berkuasa Israel (penjarah dan penjajah) daripada menerima konsensus leluhurnya mereka sebagai sebahagian daripada ‘tanah yang dijajah’, tanah yang menjadi milik Israel.

Pada tahun 1960-an, Mahmoud dipenjarakan apabila membacakan puisi-puisinya di beberapa buah desa tanpa kebenaran penjajah, yang dianggap oleh elit politik yang menjajah sebagai ancaman. Dia ditahan sebagai ‘tahanan rumah’. Waktu itu, Mahmoud Darwish sudah dipengaruhi oleh ideologi komunis. Ideologi komunis bukanlah sesuatu yang diharamkan di Palestin, kerana elit politik Israel turut menyelinap masuk ke dalam kehendak politiknya, termasuk melakukan pembantaian kejam dan tidak membenarkan etnik Palestin bersuara.

Ini membuktikan bahawa Israel sebenarnya lebih komunis daripada negara-negara komunis yang ditakuti oleh negara-negara barat sehingga mewujudkan doktrin Perang Dingin, menggunakan organisasi mafia untuk membunuh penduduk Palestin yang enggan membenarkan tanah mereka diambil, dan lebih dahsyat lagi ialah membunuh kanak-kanak kerana khuatir, apabila kanak-kanak itu membesar, mereka akan bangkit melawan Israel.

Sekarang, inilah yang berlaku. Generasi ‘kerdil’ pada suatu ketika, yang membesar di kem-kem pelarian bangkit memperjuangkan hak mereka, dan Mahmoud Darwish merupakan salah seorang yang pernah membesar di khemah pelarian. Dalam perang melawan Israel, dalam pedih kehilangan orang tua, sanak saudara dan sahabat, kanak-kanak Palestin terus bersuara kental, mereka tidak gentar pada kematian dan akan terus kekal di bumi Palestin, sanggup mati kerananya.

Semangat itu tidak dimiliki oleh kanak-kanak Israel yang sebaya, dan semangat itu sentiasa hidup dan dihidupkan dalam diri setiap kanak-kanak Palestin, biarpun sebahagian daripada mereka berada jauh daripada bumi Palestin. Suara-suara mereka, yang dahulunya ‘hilang dalam tangisan’ kembali bergema dan terus berjuang kerana mereka yakin Palestin pasti merdeka, biarpun jalannya sukar dan sangat berliku.

Slogan: Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka sudah berkumandang deras dan keras di mana-mana, hatta di Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Britain dan Kesatuan Eropah, yang menjadi ‘sahabat’ Israel. Persahabatan dengan Israel semakin terpenggal, bahkan proses pengundian di PBB beberapa bulan lalu memperlihatkan sokongan agar Palestin menjadi ahli, bererti diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat menunjukkan suara majoriti, ia menggambarkan mitos Israel semakin kabur dan mungkin terkubur.

Puisi-puisi Mahmoud Darwish mula diterjemahkan ke pelbagai bahasa, termasuk bahasa Inggeris. Khalayaknya semakin meluas, bahkan menjadi sebahagian daripada idea dan pemikiran apabila puisi-puisinya dinyanyikan, digubah menjadi lagu perjuangan mengatasi kekejaman yang masih berlaku dalam masyarakat moden. Puisi-puisinya menjadi bahan perenungan rentas budaya, etnik dan agama. Meruntum emosi dan nilai-nilai kemanusiaan.

Bahkan, beberapa dokumentari yang diasaskan bait-bait puisi Mahmoud Darwish diterbitkan. Ia diterbitkan bukan sahaja oleh aktivis kemanusiaan di negara Arab, ia turut diselenggarakan oleh mereka bukan dalam kalangan bergaris keturunan Arab, seperti berlaku di Amerika Syarikat dan Britain, walaupun dalam bentuk filem dokumentari.

Puisi-puisinya sangat nasionalis dan berjaya membangkitkan semangat rakyat Palestin setelah merasa sedikit parah akibat kecewa di atas kekalahan melawan Israel. Bahkan, dalam kalangan ahli politik Israel sendiri ada yang mencadangkan agar beberapa puisi pilihan Mahmoud Darwish dimasukkan dalam bahan pendidikan (kurikulum) di sekolah-sekolah menengah Israel, kerana nilai dan semangat patriotik yang terangkum di dalamnya sangat mendalam.

Ada yang menyifatkannya seumpama pokok zaitun di jantung rakyat, dan sangat penting untuk ‘perpaduan budaya masyarakat Palestin.’ Namun, bagi Mahmoud Darwish, penyatuan Palestin dan Israel tidak mungkin akan berlaku jika senapang dan peluru terus menjadi perantaranya.

Menurut Haneen Tartir, salah seorang pengagum Mahmoud Darwish, dari Ramalah menyifatkan, peranan yang disemai dan diwariskan kepada rakyat Palestin oleh Mahmoud Darwish ‘adalah sangat penting’. Puisi-puisinya menjadi sebahagian dari sebuah simbol kebangkitan Palestin melawan penjajah, yakni dalam memperjuangkan kemerdekaan, menyemai semangat nasionalisme yang kuat. Mahmoud Darwish dianggap “suara rakyat Palestin di hadapan seluruh dunia. Dia menceritakan kisah kami sebagai orang Palestin.”

Pada tahun 2000, Menteri Pendidikan Israel, Yossi Sarid mencadangkan agar puisi-puisi Darwish dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah menengah Israel. Namun, cadangan itu kemudiannya ditolak oleh kelompok sayap kanan kabinet Israel. Kelompok sayap kanan, tidak mahu apa pun nilai dan semangat yang ada hubungan dengan Palestin disemai dalam jiwa anak-anak Israel, kerana Palestin dianggap sebagai ‘pengkhianat’ dan ‘penjahat’; menimbulkan pelbagai masalah terhadap Israel.

Mengenai kemenangan Hamas dalam Pilihan Raya Palestin pada tahun 2006, Mahmoud Darwish ikut berpartisipasi dan beberapa hari kemudian mendeklamasikan puisi-puisinya di hadapan 2,000 orang di Haifa. Menurut laporan The Guardian 2007, selain menyingkap kemenangan Hamas, Mahmoud Darwish menjelaskan: Kami telah menang, Gaza telah memenangkan kemerdekaannya dari Tebing Barat. Satu orang sekarang memiliki dua negara, dua penjara yang tidak saling menyapa. Kami mengenakan pakaian algojo.” (dipetik dari: https://tirto.id/profil-mahmoud-darwish-penyair-palestina-yang-mendunia-gSBV).

Puisinya, Identity Card (1964) atau maksudnya Kad Pengenalan Diri (KP atau dikenali sebagai MyKad di Malaysia atau KTP – Kartu Penduduk Tetap- di Indonesia) sangat berpengaruh sehingga dijadikan lirik lagu. Ia digubah musiknya oleh beberapa orang komposer Arab dan bukan Arab.

Kuasa lagu (song power) itu cukup besar, berjaya membangkitkan semula semangat berjuang untuk membebaskan tanah air selepas Perang Enam Hari (1967), lantunan kata-katanya sangat menyedihkan dan meruntun rasa ‘bersedia menyerah’ dalam diri segelintir (naluri) rakyat Palestin kerana perang itu benar-benar berjaya memecahkan kesatuan negara-negara Arab. Tetapi, nurani Mahmoud Darwish terus kental, selagi hayat dikandung badan.

Puisi itu cuba menterjemahkan mengenai jati diri orang Palestin dan menjadi amaran kepada penjajah Israel, yang sangat melukakan hati dan menjadi pembatas antara penduduk asal dan kaum penjajah, terutama di kawasan-kawasan sempadan (pintu masuk) yang dikawal.

Puisi itu cukup mewarnai lara dan kecewa di atas kehilangan ‘tanah air’ dan secara sinisnya mempersoalkan kerenah, dasar dan program penjajahan sehingga kanak-kanak pun sukar untuk belajar, hanya mampu menulis pada batu-batu yang ada, tetapi batu juga telah ‘diratakan’.

Secara lumrahnya, penduduk Palestin mempunyai bilangan anak yang ramai. Sebagai ketua keluarga, untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak: makanan, pakaian, pendidikan adalah sangat sukar setelah hadirnya penjarah dan penjajah. Ertinya, dalam perlawanan demografi itu, Palestin semakin kalah kerana rakyat-rakyatnya semakin berkurangan kesan genosid yang dilakukan manakala Israel terus meningkatkan jumlah populasi Yahudi dengan dasar imigrasi, dorongan penghijrahan dan tarikan menggunakan nama agama.

Keperluan menyediakan petempatan penduduk Yahudi menjadi tekanan kepada pemerintah Israel, maka dengan itu pelbagai provokasi dilakukan bagi mewajarkan tindakan mengusir, merampas dan menjarah tanah-tanah yang asalnya dimiliki beratus tahun oleh keturunan Arab-Palestin. Akhirnya, jumlah keluasan tanah milik Palestin yang dibahagikan berdasarkan ketetapan PBB (46 peratus), lebih separuh telah dirampas.

Dan, tentunya, keluasan tanah untuk Palestin akan menjadi semakin mengecil dengan tindakan ganas Israel membumiratakan Gaza, yang tentunya bakal diambil untuk tujuan politik dan penempatan kaum Yahudi selepas ini. Satu-satunya yang dapat dipastikan, Israel akan membina lebih banyak ‘zon kawalan’ dan ‘premis keselamatan’ di Gaza, yakni menghalang penduduk Palestin membina semula di atas puing-puing keruntuhan itu. Apatah lagi dalam keadaan penduduk Palestin disekat daripada mendapatkan bahan-bahan binaan, ketiadaan wang untuk pembangunan semula di mana Israel akan menggunakan lobinya, mempengaruhi Amerika Syarikat agar menyekat mana-mana entiti (badan bukan kerajaan, negara dan pertubuhan tertentu) untuk membantu.

Hal ini sudah menunjukkan bahawa Amerika Syarikat bersedia melakukannya, seperti pernah dijelaskan oleh wakil Amerika Syarikat ketika datang ke Malaysia beberapa bulan lalu. Brian Nelson menyatakan, Malaysia perlu menyekat sebarang aktiviti perdagangan dengan Iran, kerana Iran didakwa membantu Palestin. Iran didakwa menyalurkan pelbagai bantuan, dan ada dakwaan berlaku ‘pemindahan minyak’ di perairan Malaysia, yang dilakukan oleh kapal-kapal Iran ke kapal-kapal yang didaftarkan di Malaysia untuk dihantar ke negara lain, pembeli minyak Iran. Bagaimanapun, Malaysia memberikan jawapan, bahawa pemindahan itu tidak berlaku, manakala hubungan perdagangan atau kerjasama antara Malaysia-Iran akan terus berjalan selagi PBB tidak membuat sekatan terhadap Iran. Malaysia mematuhi keputusan PBB, bukan keputusan Amerika Syarikat.

Namun, apa yang kita tahu, Amerika Syarikat akan melakukan apa sahaja, seperti perseteruan ekonominya dengan China: perang perdagangan, yang sampai kini masih tidak benar-benar kembali kepada konsep perdagangan bebas dan terus mengekang penjualan produk China di negaranya. Hal itu sedang berlaku di Kesatuan Eropah, termasuk dakwaan bahawa China memberikan subsidi pengeluaran kereta elekttik (EV) yang memungkinkan harganya lebih murah daripada keluaran EV Eropah dan Amerika Syarikat.

Sebelumnya, bagi menyekat kemaraan firma teknologi komunikasi dari China, misalnya Huawei dan Z’tronic, dua firma itu didakwa melakukan penyadapan data pengguna dan disalurkan kepada China untuk tujuan pengintipan. Amerika Syarikat mengenakan pelbagai tindakan, sekatan dan hingga kini belum ada kesudahannya. Tebaharu, firma-firma Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap syarikat-syarikatnya yang membangunkan teknologi semikondukter di China, ada di antaranya telah menghentikan operasi.

Ini kerana beberapa tahun lalu, dunia berhadapan dengan krisis semikondukter, menyebabkan firma pengeluar automatif tidak dapat memenuhi permintaan pengeluaran kenderaan. Tetapi, dalam masa yang sama, industri automotif China terus melipatgandakan pengeluar kenderaan dengan pelbagai jenama. Situasi ini menjadikan China semakin dilihat sebagai pengeluar automotif yang bukan sahaja akan mencabar jenama automotif tradisional, bahkan akan menguasainya dengan pengeluaran EV yang menyebabkan Tesla tertekan, manakala pengeluar automatif Eropah, sebahagiannya telah menjadi milik pengusaha automatif China dan bekerjasama dengan pemain industri daripada China (misalnya, Geely dengan Mercedes yang mengeluarkan kereta jenama Smart, BYD dengan jenama MG, pergantungan Tesla dengan bekalan bateri EV daripada China, dan pelaburan hartawan, Warren Buffet (pemilik Backshire Hathway dengan aset USD$135 bilion dan menduduki tangga orang ke-10 terkaya di dunia tahun 2024) Amerika Syarikat dalam salah sebuah pengeluar bateri kereta elektrik China).

Pentadbiran Joe Biden didakwa akan mengharamkan penjualan EV dari China di Amerika Syarikat setelah mendapat tahu bahawa firma automatif EV China akan membuka kilang di Mexico. Ini membuktikan bahawa Amerika Syarikat akan menekan mana-mana negara dan sesiapa sahaja yang ada hubungannya dengan ‘musuh’nya, apatah lagi bila ‘musuh’ itu mempunyai hubungan perdagangan dengan negara-negara tertentu yang mendokong Palestin. Ia bukan sesuatu yang semakin berkembang setelah Amerika Syarikat dilihat semakin gagal menjadi ‘polis dunia’ dan menjadi penggerak utama melaksanakan rundingan damai Israel-Palestin, yang terus dilihat bersandiwara. Ia menjadi suatu kegagalan yang parah apabila China berjaya membawa Iran dan Arab Saudi menamatkan sengketa selama tujuh tahun.

Dalam Perang Israel-Gaza, Iran yang membantu kumpulan Houthi (Selatan Yaman) turut mengancam Israel dan Israel juga rasa tergugat dengan sokongan Hizbullah dari Lebanon. EKoran daripada itu, Israel menyerang Lebanon, termasuk menyebabkan pegawai tentera kanan terbunuh di Kedutaan Iran di selatan Lebanon. Ia meningkatkan kemarahan Iran, di mana dua minggu selepas itu, Iran melancarkan lebih 300 dron dan peluru berpandu ke Israel sebagai amaran. Israel turut didakwa ada kaitannya dengan tragedi helikopter yang menyebabkan Perdana Menteri Iran, Ibrahim  Raisi terbunuh pada  19 Mei 2024, yakni hampir lima minggu selepas Iran melancarkan serangan amaran ke atas Israel (14 April 2024).

Setakat ini, nahas helikopter itu belum menemui ada kaitannya dengan ‘sabotaj Israel’ tetapi, ia tidak bermakna peranan Israel tidak ada hubungan langsung dengan tragedi tersebut memandangkan, Israel sudah banyak kali menjadi perancang dan penyebab kemalangan tragis serta pembunuhan tokoh-tokoh Revolusi Iran, termasuk saintis nuklear Iran. Israel juga terbabit dengan pelbagai pembohongan sehingga Iran dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan sekutunya berhubung proses pembinaan loji nuklear, menjual minyak secara haram (berselindung atas kebenaran menjual minyak untuk kemanusiaan) dan paling menipu ialah dakwaan terhadap Irak, mempunyai senjata pemusnah besar-besaran sehingga berjaya dilabelkan oleh George W Bush, yang dikatakan sengaja merancang Tragedi World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001 sebagai tindakan melumpuhkan kebangkitan Islam dan kedudukan Iran dan Irak sebagai kuasa politik yang besar di Timur Tengah. Bush pernah mendakwa bahawa tujuan melancarkan serangan ke atas dua buah negara terbabit sebagai ‘Perang Salib Baharu’, walaupun akhirnya terpaksa mengubah pandangannya, sebagai tindakan mengekang terorisme.

Sedikit sebanyak menggambarkan bagaimana maklumat-maklumat risikan Israel berjaya mempengaruhi keputusan RUmah Putih, biarpun hingga kini dakwaan ‘kebenaran maklumat risikan’ yang dikongsikan itu tidak pernah dapat dibuktik kebenarannya. Inilah lojik kebenaran yang berjaya dilakukan oleh Israel untuk memusnahkan negara-negara Arab dan negara-negara yang mendokong perjuangan Palestin, Israel akan melakukan apa sahaja pembohongan demi membolehkan negara haram itu dianggap sebagai ‘penentu keamanan sejagat’ dan berjaya dengan matlamatnya One World Order. (Ilan Pappe, Lobbying for Zionism on Both Side Sides of the Atlantic, London: Oneworld Publications, 2024; dan John J Mearsheimer dan Stephen M Walt, The Israel Lobby and US Foreign Policy, New York: Farrar, Straus and Giroux, 2007).

Penjajah mahukan seluruh bumi Palestin menjadi milik mereka dan sangat tamak: ‘milik orang lain’ menjadi ‘milik mereka’. Ia dilakukan dengan cara yang kejam, tidak berperikemanusiaan, melanggar peraturan dan undang-undang, kerana semangat dan jiwanya lebih liar daripada ‘binatang liar’. Rakyat Palestin dikurung dalam penjara mega terbesar. (Ilan Pappe, The Biggest Prison on Earth: A History of the Occupied Territories, London: A One World Book, 2017)

Di halaman 4, Ilan Pappe menjelaskan: The mega-prison was created in June 1967 not in order to maintain an occupation but, rather, as a practical response to the ideological prerequisites of Zionism: the need to control as much as possible of historical Palestine and create an absolute – if possible, exclusive – Jewish majority in it. These impetuses led to the ethnic cleansing of Palestine in 1948 and informed the policy formulated in June 1967, just as it feeds Israeli action today. The mega-prison was the logical and inevitable consequence of Zionist history and ideology.

Setiap rakyat Palestin dipaksa ‘setia kepada penjajah’ dan dalam masa yang sama,  ‘penjajah’ terus melakukan penyiksaan, menyalak provokasi mengheret kepada peperangan, dan melalui peperangan itulah mereka akan laksanakan apa sahaja ‘keinginan’ yang tidak pernah cukup dan sangat pelahap sehingga sangat melampau.

Identity Card

Put it on record                                                                                                                              

I am an Arab                                                                                                                             

And the number of my card is fifty thousand.

I have eight children                                                                                                               

And the ninth is due after summer.                                                                                            

What’s there to be angry about?

Put it on record                                                                                                                                    

I am Arab.                                                                                                                           

Working with comrades of toil in a quarry.                                                                                      

I have eight children                                                                                                                 

for them I wrest the loaf of bread                                                                                                    

The clothes and exercise book                                                                                                                 

From the rocks                                                                                                                          

And beg for alms at your door                                                                                                      

Lower not myself at your doorstep.                                                                                       

What’s there to be angry about?

Put it on record/ I am Arab.                                                                                                             

I am a name without a title                                                                                                          

Patient in a country where everything                                                                                               

Lives in a whirpool of anger.                                                                                                     

My roots                                                                                                                                   

Took hold before the birth of time                                                                                            

Before the burgeoning of the ages                                                                                                   

Before cypress and olive trees                                                                                                         

Before the proliferation of weeds.

My father is from the family of the plough                                                                                                       

Not from highborn nobles

And my grandfather was a peasant                                                                                             

Without line of genealogy.

My house is a watchman’s hut                                                                                                                

Made of sticks and reeds.                                                                                                         

Does my status satisfy you?                                                                                                         

I am a name without a surname.

I am an Arab                                                                                                                                       

Colour of hair: jet black.                                                                                                                    

Colour of eyes: brown.                                                                                                                   

My distinguishing feature: On my head the ‘iqal cords over a keffiyah                                                   

Scratching him who touches it.                                                                                                       

My address: I’m from a village: remote, forgotten                                                                                    

Its street without name                                                                                                                           

And all its men in the fields and quarry.                                                                                          

What’s there to be angry about?

Put it on record. I am Arab.                                                                                                      

You  stole my forefather’s vineyards                                                                                           

And land I used to till  I and all my childrens                                                                                     

And you left us and all my grandchildren                                                                                    

Nothing but these rocks.                                                                                                                         

Will your government be taking them too                                                                                        

As is being said?                                                                                                                                    

So!

Put it in record at the top of page one: I don’t hate people                                                                                    

I trespass on no one’s property.                                                                                                 

And yet, if I were to become hungry                                                                                              

I shall eat the flesh of my usurper.

Beware, beware of my hunger                                                                                                          

And of my anger!

(Terjemahan oleh Denys Johnson-Davies, dalam Third World Resurgence, No 310/311, June/July 2016, hal.56)

Selain menulis puisi-puisi yang ‘mengakar jati diri Palestin’, membangkitkan semangat perjuangan menentang penjajahan, Mahmoud Darwis aktif dalam bidang kewartawanan dan menjadi pengarang di beberapa buah jurnal sekitar tahun 1970-an,

Hasil karya yang ditulisnya antara tahun 1960 hingga akhir 1970-an sangat itu identik dengan rasa kecewanya di atas ‘occupied territories’ oleh Israel sehingga beliau terpaksa tinggal di luar Palestin selama bertahun-tahun lamanya. Antara tempat berlindung Mahmoud Darwish daripada buruan tentera Israel ialah Beirut (Lebanon) dan Paris (Perancis)

(BERSAMBUNG)

MONOSIN SOBRI

Translate »