‘…selepas Perang 1967  khususnya, suara Palestin mula mewakili dan melambangkan dari sudut budaya, suara kebenaran dalam dunia Arab yang ternyata ditewaskan oleh kepuraan-puraannya sendiri dan juga oleh senjata Israel. Dengan itu orang buangan dan pujangga Palestin yang menentang pendudukan Israel, diwakili oleh insan seperti Mahmoud Darwish, Ghassan Kanafi, dan insan yang lain, telah mendapat kedudukan di pentas antarabangsa disebabkan suara mereka yang berterus terang itu agak menakjubkan dan kuat, serta kemunculan suatu bahasa baharu, yang bukan sahaja merangkumi golongan lelaki Palestin yang dilucutkan hak mengundi, tetapi juga penulis wanita dan para penulis yang datang daripada segmen penduduk tertentu yang dahulunya membisu: pekerja, guru, dan golongan seumpamanya.” (Jawab Edward W Said semasa ditanya oleh David Barsamain, Pena dan Pedang, terjemahan daripada The Pen and the Sword oleh Amir Muslim, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), 2015, hal. 32).

Saya mencari siapakah gerangan Mahmoud Darwish [atau] Ghassan Kanafi? Saya ingin tahu apakah sumbangan mereka sehingga menjadi peniup semangat api perjuangan yang tidak kunjung padam sehingga meletusnya Taufan Aqsa pada 7 Oktober 2023. Ertinya, jika diambil semangat yang menggoncang masyarakat Arab-Palestin selepas Perang Enam Hari (1967), jeda masanya sudah memasuki tahun ke-57, hampir enam dekad.

Ghassan Kanafi merupakan seorang wartawan dan menuangkan semangat patriotiknya dalam kebanyakan novel tulisannya, termasuk Men in the Sun (1963) dan Return to Haifa (1969). Ghassan lahir di Acre (1936) dan diusir daripada kampungnya oleh tentera Israel semasa serangan ganas pada bulan Mei 1948, selepas beberapa hari negara haram Israel diisytiharkan (14 Mei 1948). Beliau dan keluarganya menjadi pelarian di Damascus, dan bertindah sebagai menjadi pengarang majalah mingguan al-Hadaf, yang menjadi lidah rasmi Barisan Pembebasan Palestin (PFLP).

Tetapi, ia tidak bermakna tindakan ganas dan kejam Israel yang sudah bermula sejak puluhan tahun (sejak wilayah-wilayah Utsmaniah ditadbir oleh British dibawah Mandat Palestin selepas Perang Dunia I), atau sekurang-kurangnya menurut Rashid Khalidi, sejarawan Palestin yang menduduki kerusi Edward W Said dalam kajian Arab Moden di Universiti Columbia sejak tahun 1917, ia sudah lama bermula dan sejarah itu tidak harus dilupakan.

Menurut Rashid, masalah konflik Arab-Israel sudah muncul sejak tahun 1917, yakni dalam konteks peneroka-penjajah atau settler colonialism. Ketika itu, sama ada secara terang-terangan atau sembunyi, British telah melaksanakan pelbagai strategi politik untuk menyediakan ruang kepada kelompok Yahudi Zionis menjadikan Palestin sebagai negara, dalam konteks menyerahkan ‘tanah yang tidak berpenghuni kepada orang yang tidak bertanah’, bagi menamatkan mitos ‘diaspora Yahudi’.(Rashid Khalidi, The Hundred Years’ War on Palestine: A History of Settler Colonialism and Resistance, 1917-2017, New York: Metropolitan Books-Henry Holt and Company, 2020).

Tulis Rashid Khalidi: The Resurrection of the idea of Palestine faced an uphill battle in the wake of the 1967 in most part of the world…The Zionist narrative enjoyed complete dominance while the very word “Palestine” was almost unmentionable.

“Writers and poets both throughout the Palestianian diaspora and living inside Palestine –Ghassan Kanafi, Mahmoud Darwish, Emile Habibi, Fadwa Taouqan, and Tawfiq Zayyad, together with other gifted and engaged artists and intellectuals – played a vital role in renaissance, culturally and politically.

“Their work helped to reshape a sense of Palestinian identity and purpose that had been tested by Nakba and the barren years that followed. In novels, short stories, plays, and poetry, they gave voice to shared national experience of loss, exile, alienation. At same time, they evinced a stubborn insistence of the continuity of Palestinian identity and steadfastness in the face of daunting odds.

“The reshaping and revival of Palestinian identity that Kanafi, Darwish, Zayyad, Touqan, Habibi and others helped to spark with their literary ouput went in tanderm with the rise of new political movement and armed group.” (hal. 109-111).

25 November 2023, yakni genap 50 hari berlakunya Taufan al-Aqsa, satu majlis peringatan dan mengenang pujangga Palestin, yang telah mengentalkan semangat memerdekakan Palestin, merakamkan penghargaan yang besar pengaruh kepenyairan Mahmoud Darwish. Dalam mengenang perjuangan tersebut, nama Darwish kembali tersohor di platform X apabila kisah cintanya yang tidak kesampaian diungkap kembali akibat konflik dua negara, Palestin dan Israel.

Tiga buah puisinya, Rita (1963), Rita, Your Eyes (1966) dan Rita and The Riffles (1969), cukup menceritakan apakah halangan-halangan yang terjadi antara sepasang kekasih itu. Tetapi, yang lebih dominan dan menyayat hati ialah Rita and The Riffles. Darwish menggambarkan kekasihnya, Rita atau nama sebenarnya ialah Tamar Ben-Ami menjadi punca perpisahan dan permusuhan antara mereka. Hatinya sangat sedih dan jiwanya diselubungi pilu sebaik sahaja mengetahui Ben Ami menyertai tentera Israel.

Ada yang mengatakan, Ben-Ami diserapkan ke pasukan mata-mata gelap (perisikan) dan tidak kurang pula berpendapat ia dilatih dalam pasukan infrantri. Kontroversi akhirnya terjawab apabila seorang pengarah filem wanita, Ibtisam Mara’ana Menuhin berjaya mengesan Ben Avi yang menghabiskan sisa-sisa hidupnya antara Israel dan Berlin ketika merangka filem dokumentari mengenai Mahmoud Darwish. Filem tersebut dikeluarkan pada tahun 2014 dengan judul Write Down, I’m An Arab.

Ibtisam beragama Islam, dilahirkan di utara Israel pada tahun 1975, dan sebelumnya pernah mengarah sebuah filem berjudul Faradis (Paradise), yang kemudiannya dinamakan Paradise Lost. Filem tersebut merupakan filem pertama yang dihasilkan menurut perspektif wanita Palestin. Projek filem dokumentari Mahmoud Darwish dimulakan pada tahun 2010, dan juga turut merupakan sentuhan emosi Ibtisam sendiri, hubungannya dengan masyarakat Yahudi, yang ada kenangan bercinta dengan seorang lelaki Yahudi.

Selepas projek tersebut siap, Ibtisam berusaha untuk menjejaki Rita. Selama enam bulan mencari, akhirnya berjaya mengesan Rita, yang telah pun menamatkan kariernya sebagai seorang artis tenter. Rita tinggal di Berlin, namun kerap juga pulang ke Israel. (https://margaridasantoslopes.com/2014/06/21/darwish-through-the-eyes-of-three-women-one-of-them-his-jewish-lover/)

Dalam masa yang sama, Darwish yang sangat cintakan (nasionalis) tanah leluhurnya, mula memperlihatkan kecintaan yang mendalam terhadap Palestin, yang kemudiannya berjinak-jinak dengan gerakan menentang Israel. Beberapa tahun kemudian, Mahmoud Darwish menyertai PLO dan dilantik menduduki jawatankuasa eksekutif PLO (Palestine Liberation Organisation) pimpinan Yasser Arafat. Ertinya, jalan perjuangan ‘membebaskan Palestin” membuatkan mereka terpaksa berpisah. Antara mereka ada paradok, konflik dan juga permusuhan yang tidak boleh dikompromikan atas apa pun alasan.

Dalam baris pertama puisi itu, Darwish menulis: Between Rita and my eyes / There is a riffle. Kalau diterjemahkan, mungkin maksudnya: Antara Rita dan Mataku / Ada sepucuk senapang. Sepucuk senapang membawa makna, cinta sepasang kekasih terhalang oleh   jurang yang sangat mematikan, cinta antara mereka tidak dapat diteruskan atau bertahan. Perpisahanlah yang mampu mengelakkan antara mereka terbunuh dan dibunuh oleh senapang.

Antara mereka sudah berbeza, rasa cinta bertukar menjadi musuh, dan ia mungkin cukup tragis sekiranya perkasihan itu berterusan, saling membunuh. Ia tidaklah seindah cinta berlainan agama dan etnik yang digambarkan pada kebanyakan tema filem Bollywood yang pernah kita saksikan. Cinta antara Darwish dan Rita tidak terhalang oleh sempadan agama, tetapi atas halangan politik: mempertahankan tanah air (Mahmoud Darwish) dan mempertaruhkan nyawa untuk menjarah tanah ‘bukan milik’ yang dirampas (Rita).

Namun, dalam masyarakat Yahudi yang sangat rasis, tidak membenarkan mana-mana lelaki Yahudi berkahwin dengan wanita bukan Yahudi, dan di sebaliknya, seperti kata Rita, percintaan mereka wajib dirahsiakan. Hubungan mereka terjalin dalam ikatan yang sangat rahsia, apatah lagi ketika suasana perlawanan memuncak sejak Zionis berusaha keras menjadikan populasi Yahudi sebagai majoriti penduduk Palestin, dan dalam jangka masa panjang, dapat ‘membunuh’ keturunan Arab-Palestin secara demografi.

Akhirnya, Darwish dan Rita berpisah, berpisah dengan rasa penuh kebencian yang sangat dalam. Kebencian atas haluan pemikiran dan tindakan yang sangat besar konfliknya. Ia menjadi sebuah kebenaran dan bukannya romantisnya naluri dipunyai, mempunyai dan bergabung dalam satu kemuncak cinta sebagaimana dimimpikan oleh setiap pasangan kekasih.

Apakah Darwish sedar bahawa ‘cinta sejati’ bukan bermakna ‘memiliki’; seumpama ‘cinta monyet’ remaja atau ‘cinta pandang pertama’ anak-anak sekolah?  Pasangan itu semacam membenarkan sebuah kenyataan: Cinta tidak semestinya memiliki, cinta itu penuh dengan melankolik dan putus asa, rasa kecewa serta bersedia untuk ditinggalkan oleh pelbagai sebab dan rintangan.

Darwish kecewa, bahkan mengalami trauma bila mengenangkan tanah airnya semakin menggila dijarah oleh Israel, yang mempraktikkan amalan kejam penjajah seperti yang dilakukan oleh penjarah kulit putih ke atas penduduk asal di Afrika Selatan, Amerika Syarikat, New Zealand mahupun Australia.

Setelah ‘merompak dan membunuh’, para penjajah menyeksa, mengurung, dan menghalau penduduk asal kerana sebuah kiprah jahat, iaitu ingin menduduki dan memusnahkan sejarah Palestin atas nama ‘tanah yang dijanjikan’ dan ‘kembali ke Palestin’ selepas lebih dua ribu tahun meninggalkannya.

Ia adalah sebuah ‘kebenaran palsu’ daripada mitos yang membawa kepada penubuhan negara haram Israel, yang mahukan ‘mereka yang tidak bertanah (Yahudi yang hidup ribuan tahun secara diaspora)’ pulang atau kembali ke Palestin, sebuah wilayah yang dikatakan ‘tanah kosong’ atau ‘tidak berpenghuni, terra nullus.’

Ia berbeza dengan makna penjajahan yang biasa kita dengar, kerana penjajahan (colonialism) hanya sekadar mengaut hasil bumi (walaupun turut membunuh dan mengawal serta meminggirkan masyarakat setempat), pada akhirnya (penjarah) tidak berhajat untuk mendudukinya. Sebab itulah apa yang berlaku di Palestin, konflik yang panjang itu dikenali sebagai settler- colonialism.

Nur-Elddin Masalha menggambarkan settler-colonialism sebagai: Ignoring the existence and rights of indigenous peoples, British colonialist often saw large parts of earth as terra nullus, ‘nobody land’. This (originally Roman legal) expression was used to described territory which was not subject to the sovereignty of any European statesovereignty over territory which is terra nullus may be acquired through occupation and/or settler-colonialism.

“When the late 19th century European ‘Zionism nationalism’ arose as a political force calling for the settler-colonialism of Palestine and ‘the gathering of all Jews’, little attention was paid to the fact that Palestine was already populated.

“Indeed, the Basel Programme adopted at the First Congress, which launched political Zionism in 1897, made no mention of a Palestenian indigenous population when it spelled out of the movement’s objective: ‘the establishment of a publicly and legally secured home in Palestine for the Jewish people.” (Nur Masalha, Palestine: A Four Thousand Year History, London: Zed Books, 2018, hal. 292-293).

Atau, makna mudah yang diberikan oleh Profesor Sejarah Israel yang mengajar di University Exeter, England, Ilan Pappe keturunan Israel: seseorang yang merompak ‘rumah kita’, dan setelah berjaya mendapatkannya, menganggap rumah itu ‘rumahnya’. Apabila tuan rumah asal bangkit mempertahankan hak miliknya, ‘tuan rumah baharu’ hanya membenarkan tuan rumah asal untuk mengambil perabot dan barang-barang yang ada di dalamnya, kemudian tuan rumah asal dihalau keluar. Pemilik asal dibuai dengan momokan bahawa perampas hak milik itu sangat ‘baik hati’ kerana terus memperlihatkan kemurahan hati atas konsesi yang diberikan kepada tuan rumah yang dihalau.

Atau, seperti tularnya sebuah infografik yang mendefinisikan Israel: ISRAELED (verb); taking something that isn’t yours, and the shamesessly pretending it belongs to you while playing the victim.

Israel melakonkan sandiwara, setelah menjarah dan menjajah, mereka adalah ‘mangsa’ kepada keganasan Palestin. Menukarkan fakta sejarah, dari gerombolan penjajah dan penjarah, pembunuh dan pezalim, kepada ‘hak mempertahankan diri’. Palestin akan terus dijadikan objek dan subjek, melancarkan serangan atau memulakan keganasan ke atas ‘keselamatan Israel’.

Apakah Palestin akan terus kekal menjadi ‘objek dan subjek’ misi settler-colonialism? Persoalan ini belum ada tanda bilakah akan berakhir. Sudah memasuki tahun ke 76, bayang-bayang perdamaian belum muncul, sebaliknya, Israel memperlihatkan ‘kepala batu’ dan tersangat angkuh. Keangkuhannya kerana Israel mendapat sokongan kuasa besar – Amerika Syarikat dan sekutunya – dan dibantu sama ada dalam bentuk kewangan (pelaburan) serta persenjataan moden.

Khabarnya, sejak bertindak balas selepas Hamas menyerang, kekuatan bom yang digugurkan di Gaza melebihi hampir tiga kali ganda keseluruhan kekuatan bom dan peluru yang dihamburkan Pihak Berikat dalam Perang Dunia II. Sejumlah lebih 38,000 penduduk Palestin terkorban, lebih 70 peratus adalah wanita, kanak-kanak dan orang tua yang bukanlah sasaran sebenar sebagaimana ditetapkan dalam etika perang.

Israel tidak mengendahkan semua larangan dan etika perang, apa yang diendahkan ialah ‘menghapuskan keseluruhan etnik Palestin’ tanpa rasa malu dan berdosa. Tentera Israel menyerang apa sahaja, daripada rumah dan kediaman penduduk Palestin, sekolah dan kem-kem pelarian. Lebih mengecewakan menyerang hospital, menyekat tugas doktor merawat pesakit, membiarkan kanak-kanak dan pesakit yang dirawat mati tanpa ubat-ubat dan kemudah oksigen, manakala bantuan kemanusiaan tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Kesedihan itu tidak merupakan kesedihan bagi jiwa narsistik para pemimpin Israel, perasaannya penuh dengan tuntutan algojo yang kejam. Sekatan demi sekatan dikuatkuasakan, penduduk Gaza dibiarkan kelaparan dan suasana kebuluran mengusung deras. Anak-anak kecil membesar dalam keadaan yang sangat daif, terbantut tumbesarannya akibat kekurangan zat.

Bahkan, ada laporan kekejaman askar Israel yang sangat tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun mereka yang waras. IDF (tentera Israel) menyembelih seorang wanita hamil 9 bulan, janinnya diberikan kepada segerombolan anjing liar yang berkeliaran. Tragedi itu berlaku di rumah sakit As-Syifa.

Biarpun tragedi terbaharu berlaku ketika ini, ia sangat mengingatkan rakyat Palestin kepada ungkapan puitis lara Mahmoud Darwish, terhadap zaman kanak-kanaknya: Engkau boleh bermain di bawah cahaya matahari sesuka hatimu, dan engkau ada alat mainan, tetapi aku tidak ada. Engkau ada rumah, dan aku tidak. Engkau meraikannya, tetapi aku tidak mampu Mengapa kita tidak boleh bermain bersama-sama?

Tuan rumah yang menuntut rumahnya digelar ‘pengganas’ dan ‘pengganas’ mesti diusir, ditangkap dan tentunya boleh dibunuh. Sepatutnya berterima kasih kepada ‘tuan rumah baharu’ kerana membenarkan tuan rumah asal mengambil barang-barang miliknya, bukan mempertahankan rumah miliknya yang asal. Bukankah itu namanya zalim? Ia lebih kejam daripada sejarah mana-mana pun, termasuk sejarah fir’aun yang menganggap dirinya adalah tuhan.

Secara akademiknya, menurut Prof Ilan Pappe: Settler-colonialism adalah gubahan konsep daripada teori dan sejarah kolonialisme. Gerakan peneroka yang cuba membina hidup dan identiti baharu di negara yang sudah berpenduduk bukanlah sesuatu yang hanya berlaku di Palestin. Di Amerika, di kawasan hujung selatan Afrika, dan di Australia dan New Zealand, peneroka berkulit putih membinasakan penduduk asal dengan pelbagai cara, antaranya melalui genosid, agar mereka boleh menjadikan diri mereka sebagai pemilik negara tersebut dan mengubah identiti mereka sebagai penduduk asal.

Penggunaan istilahsettler-colonialism’ dalam kes Zionisme mula dipakai secara meluas dalam dunia akademik sekarang, sekaligus memberdayakan golongan aktivis untuk melihat dengan lebih jelas persamaan antara kes Israel dan Palestin dengan Afrika Selatan, serta mengaitkan nasib masyarakat Palestin dengan keadaan yang dikenakan pada Orang Asal Amerika.

“….Gerakan baharu ini lebih cenderung melihat sejarah Palestin sebagai tanah yang memerlukan sokongan dan perubahan. Menurut pandangan ini, seluruh tanah Palestin adalah kawasan yang dijajah dan dikepung oleh Israel, dan dalam kawasan tersebut rakyat Palestin hidup dalam undang-undang dan rejim yang menindas dan berakar dari sumber yang sama: Zionisme. Ia menekankan perkaitan antara ideologi dan posisi Israel sekarang berkenaan soal demografi dan kaum sebagai penghalang terbesar bagi usaha perdamaian antara Israel dan Palestin.

Pandangan ini lebih mudah untuk dijelaskan pada hari ini. Sejak 2010, perundangan Israel di Knesset – memaksa orang Palestin berwarganegara Israel memberikan kesetiaan pada negara Yahudi, dengan mengkodifikasikan (setakat ini) diskriminasi dalam pemberian kebajikanm hak tanah, dan pengambilan pekerja terhadap golongan minoriti Palestin – hal ini tentunya menyerlahkan sifat perkauman dan apartheid Israel sebagai sebuah negara.

Garis Hijau atau Israel Green Line yang membeza-bezakan darjat orang Palestin (termasuk yang di dalam Israel dan di kawasan yang dijajah) semakin menghilang kerana dasar pembasmian etnik kini mula dijalankan di kedua-dua belah pihak. Bahkan, penindasan yang berlapis terhadap orang Palestin yang tinggal di Israel adakalanya lebih teruk berbanding penindasan yang dikenakan pada penduduk yang tinggal di bawah pentadbiran ketenteraan yang rasmi atau tidak di Tebing Barat.” (Noam Chomsky dan Ilan Pappe, Perihal Palestin, terjemahan Maryam Zakiah, P.Jaya: The Biblio Press, 2024, hal.24-26).

Darwish merasakan cintanya dikhianati oleh Rita, dan hasratnya menjadi hal yang sangat membangkitkan rasa permusuhan, tiada lagi rasa cinta yang membuatkan hati tenteram dan damai. Ia cukup berbeza dengan episode-episod cinta yang pernah kita pernah ketahui, kerana cinta, semuanya halangan tidak menjadi kendala yang besar, semuanya berakhir dalam ‘happy ending’ seumpama garapan kisah cinta dalam kebanyakan tema filem Bollywood.

Kerana cinta, seseorang sanggup melupakan kerabat dan juga kebangsawanannya. Kerana cinta, segala-galanya diserahkan dan dilupakan, bahkan ada yang melencong pegangan agama. Tetapi, Darwish dan Rita tidak mampu mengorbankan ‘perjuangan bangsanya’: Darwish hadapi dengan tabularasa tidak dilihat sebagai sebuah persimpangan, semangatnya tetap kental untuk bangkit berjuang dengan pena dan jiwa yang kental, Palestin wajib dibebaskan, berkorban nyawa demi pertiwi. Rita, yang bukan ada nasab (leluhur) dengan Palestin, merupakan keturunan imigran yang tiba di Palestin daripada Yugoslavia.

Getus Darwish: Ah, Rita/Between us there are a million sparrow and images/and many a rendezvous/Fired at by a riffle/ Rita’s name was a feast in my mouth/Rita’s body was a wedding in my blood. [Oh Rita/ Antara kita ada sejuta burung pipit dan bayangan/ dan banyak juga penemuan/Ditembak dengan senapang/Rita, namamu sentiasa meniti di bibirku/Jenazahmu adalah sebuah persandinganku yang berdarah]

(BERSAMBUNG)

MONOSIN SOBRI

Translate »