Beliau ialah Kamaluddin Mohd b. Musa. Mendapat gelaran Dometri kerana beliau dilahirkan pada tahun 747 808H di kampung Dumaimarah, Mesir. Belajar di Al Azhar dan akhirnya menjadi pensyarah di situ.

Beliau tergolong dari ulama yang mengkaji ilmu-ilmu moden disamping ilmu agama seperti biologi, astronomi kemasyarakatan dan lainnya. Beliau dianggap sebagai ulama Al Azhar yang paling menonjol di bidang pengkajian ilmu biologi.

Beliau begitu gigih mengkaji jenis-jenis haiwan dan telah mengarang sebuah Ensiklopedia menyentuhnya iaitu “Hayatu al Haiwanu al Kubra”. Di sentuh dari beberapa sudut ilmiah yang tertentu mengenai haiwan seperti disudut sastera dan bahasa. Beliau dan bukunya itu tergolong dari penyumbang keilmuan di ketika itu.

Ensiklopedia Dumairi merangkumi pembicaraanya dari pelbagai sudut keilmuan, kesusteraan, sejarah, fiqh dan hadis yang menyentuh mengenai jenis-jenis haiwan dan kisah-kisahnya.

Ensiklopedia ini telah diterjemahkan ke beberapa bahasa dan dianggap rujukan terawal mengenai binatang. Ianya dilahirkan ketika mana manusia masih belum mengenali ilmu biologi.

Nama-nama binatang di dalam buku tersebut disusun mengikut index huruf. Ianya membicarakan 1069 jenis kehidupan dan disertakan tiap satunya dengan sifat-sifat istimewa yang tertentu mengikut pengetahuan ketika itu.

Beliau membicarakan secara teliti sifat-sifat haiwan yang mashur untuk menyumbangkan maklumat yang cukup kepada manusia.

Begitu juga telah mendatangkan nama-nama haiwan mengikut panggilan di pelbagai tempat di negara Arab disertakan pula dengan nama-nama perkembangannya di tiap peringkat.

Domeiri menyatakan di dalam usaha menerbitkan Ensiklopedianya beliau telah merujuk beratus buah buku dan antologi syair.

Sebanyak 560 buah buku rujukan untuk jilid pertama dan 199 buah untuk jilid ke dua. Ensiklopedia ini telah direngkaskan oleh Imam Sayuti di dalam sebuah buku berjudul “Daiwanu al Haiwan”.

Oleh: Nomi Saat

Translate »